Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for Cabutan Bertuah Pari-Pari, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cabutan Bertuah Pari-Pari

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 2,767
  • PAID

 

Sebaik sahaja saya membuka tingkap. Cahaya yang masuk diserap otak saya yang diperbuat daripada span. Cahaya yang paling baik datang selepas terbit fajar. Partikel segar yang tidak dijual di farmasi mahupun mana-mana hospital klinik.

Sebelum habis waktu duha. Seperti biasa saya hanya perlu menahan telinga kepada bunyi sepasang terompah seorang manusia kayu bernama kuali. Dengan gaya jalan lompat gagaknya. Kuali berdendang kegembiraan disepanjang kejiranan kami. Sebagai patung yang dikurniakan kehidupan manusia oleh pari-pari. Kuali diterima jiran tetangga dengan sifat pemurah dan simpati. Saya terpaksa menutup kejujuran saya dengan kepura-puraan. Saya menipu diri sendiri dan menyembunyikan suara kebencian yang mendap. Saya menyimpan keinginan untuk mengetam tubuhnya sehingga menjadi lidi. Itulah kemahuan saya usai menguak lebar daun tingkap. Supaya tidak ditohmah jiran tetangga sebagai katak tidak rela berdunia papa maklumat semasa. Saya mengikut rentak mereka dengan membuka tingkap setiap hari dan menyuakan senyuman yang artifisial sesama sendiri.

Pertukangan adalah tulang belakang kami. Kejiranan kami adalah daerah kiub rubik dengan variasi petak warna tidak disusun pada satu muka sahaja. Oleh kerana wawasan yang bersifat progresif. Petak rumah halaman kami selalunya berubah letak mengikut dasar polisi yang berganjak gerak. Hari ini tidak sama dengan besok atau dua kali lima sahaja ditanggang-terbalikkan. Tetapi saya tidak bimbang. Biar beralih selama beberapa dekat. Saya masih dibersebelahkan kepada jiran yang sama lebih seratus  kali berselang beberapa minggu. Jadi saya sangat masak itu dan ini. Hidup ini tidak perlu slogan, pahat saya di dalam hati.

Sementara habuk kayu masuk melalui tingkap segiempat yang melekat didinding rumah. Tidak perlu keluhan. Kegiatan pertukangan adalah panorama asas yang akan saya heret ke dalam mata saya yang berbentuk segiempat. Kepandaian saya memasang skru semata-mata. Kejiranan kami berpaksikan seni geometri yang bernama segiempat. Pancaindera kami telah bermutasi terhadap rupa yang sama. Tetapi ditengah-tengah letupan besar segiempat ini. Di dalam tubuh kami yang tidak dapat disentuh mana-mana tukul, paku, pahat atau gergaji. Ada jirim yang bentuknya tidak dapat dikelaskan geometri melainkan namanya sendiri. Hati.

Untuk menjaga hati saya. Saya selalu berjaga-jaga sebelum membuka tingkap. Saya takut partikel asing masuk ke kamar segiempat saya. Namun saya tidak punya pilihan. Tingkap saya seperti tingkap jiran-jiran saya juga, ditukangi oleh para tukang yang bekerja kuat di daerah kami. Bagi saya kebebasan tidak pernah ada. Jika ada, adakah dimensinya bulat?

Bila menyebut tukang bertukang. Saya sesekali tidak akan dapat melupakan Kuali. Namanya sahaja banyak ditulis dihamparan seluas akhbar yang membungkus otak saya. Span yang berat lagi berair ini secara anatominya adalah otak semata-mata. Fungsi fikiran hanya berlaku di pembungkusannya. Siapa mahu menafikan, Si Tukang yang baik hati lagi kesepian itu diberikan hadiah cabutan bertuah oleh pari-pari berupa seperangkat kehidupan manusia. Dengan memilih sekujur patung kayu untuk diberi jiwa manusia. Si Tukang mencurahkan ilmu dan kemanusiaannya supaya Kuali menjadi manusia ideal. Namun bersama sedikit kegelapan hati dan pemberontakan barangkali. Kuali menguasai ilmu pertukangan tersebut untuk mencapai cita-cita nafsunya.

Jangan tersihir oleh rupa paras dan populariti. Jangan cepat puas dengan kebenaran, pesan manusia tanpa nama. Kuali cuma barang kayu. Saya tidak layak menghukum jiran tetangga. Pada satu masa melalui tingkap saya di setengah malam dan setengah siang. Di waktu paling angker. Saya melihat Kuali memanjat tembok rumahnya. Tidak menggunakan cara kebiasaan itu mencuri prasangka saya. Saya tidak fikir tingkap saya menipu saya. Tidak mungkin mata saya diterobosi halusinasi. Hati saya masih ada! Tidak tertinggal di unit kecemasan. Saya sangsi mengapa jiran saya yang tinggal sebelah menyebelah punya tingkap yang sama tidak menyedari kejadian berkenaan.  Kata orang-orang dahulu, kita ada mata tetapi kita tidak melihat.

Ada kalanya tingkap rumah saya akan dihalangi asap dan kabut. Sisa kayu yang dibakar secara terbuka membuatkan paru-paru saya berdarah. Saya hampir membunuh diri dengan pistol air kerana menderita. Melalui lubang yang saya hasilkan dengan jari yang dibasahkan air liur. Saya dapat mengintip skandal pencemaran semesta yang dilakukan oleh Kuali. Saya cuba bercakap benar dengan jiran-jiran. Tetapi kebaikan saya dibalas dengan melipat saya ke dalam peti aduan bersama plastic gula-gula, duit satu sen dan kertas nombor giliran.

Selepas kematian Si Tukang yang dianggapnya seperti ayah kandung. Kuali mewarisi tukul, pahat, gergaji, paku oleh ayahnya yang berjiwa besar itu. Tidak dapat disangkal yang Kuali mempunyai kebolehan besar dengan alat tukang tersebut. Sebagai manusia yang dikurniakan perut, lutut dan kepala otak. Saya menginterprestasikan hidung kayu Kuali yang kian memanjang bukan berlaku atas hukum biologi. Kuali bukan pokok kayu lagi. Kuali adalah sekayu tubuh manusia sebenar-benarnya. Tubuh sendiri mengkhianati tuannya, kata ahli jiwa.

Ketika kuali menerawang di alam pertukangannya. Jiran tetangga saya akan membalas khidmatnya dengan terima kasih. Kuali dengan gergaji yang tajam, pahat yang keras dan tukul yang kuat mengerjakan tukangannya. Saya merenung pekerjaaannya dengan rasa bersalah. Saya cuba menutup pandangan saya dengan penafian berbentuk dongengan. Ketika saya mendengar ketuk bising tukang di luar rumah saya. Sengal paronia singgah merayap di kepala. Saya disuntik dengan racun berlabel prejudis, skeptical. Saya mula berhalusinasi bahawa Kuali dengan gergajinya sedang memotong kepala orang tua saya. Saya dihantui bayangan berupa Kuali bertukar Frankenstein lalu dating menghayunkan tukulnya kepada saya sehingga berkecai tubuh badan. Begitulah sebahagian aksi seram dan sadis yang saya hadapi. Saya menutup tingkap, menyumbat telinga. Saya dilelapkan oleh kebimbangan sendiri.

Sebaik sahaja saya membuka mata. Saya sendiri tahu hari berganti sudah. Saya dengan nyawa longlai membuka tingkap selepas mencuci muka. Cahaya dari mentari pekat menembus ke dalam kamar. Ruang tamu saya bertukar menjadi padang pasir. Keluarga saya menjadi unta dan pokok kurma. Saya diperintah oleh ayah untuk menyapa Kuali yang muncul secara tiba-tiba di tingkap rumah. Saya lebih suka menegur orang gila. Sudah berapa kali kaca tingkap saya pecah akibat ditusuk hidung panjang Kuali. Saya mengutip serpihan kaca untuk dibuang lalu mendapat luka dengan percuma. Darah yang menitis di atas lantai ditumbuhi pohon popi.

Saya terpaksa akur yang kejiranan kami penduduknya serba petak umpama petak hitam putih catur. Akibat tiada kemanusiaan. Saya kembali masuk ke dalam rumah segiempat saya demi kebaikan sendiri. Saya menjadi lara puteri yang akan diberi pertolongan orang keramat. Dari bawah katil, seekor tikus menggigit apa sahaja yang ada termasuk peti besi waja yang menyimpan salinan kedua semua memori dan nurani saya supaya tidak luput oleh kenyanyukan. Saya menjerit ketakutan sehingga terjatuh ke dalam lukisan minyak Edvard Munch.

Pada satu pagi sebelum membuka tingkap. Saya menyedari bahawa kotak mancis saya telah hilang. Saya teringat yang saya pernah meminta pertolongan Kulai supaya membaiki katil segiempat saya yang saya gunakan sebagai pesawat imaginasi saya ketika membelah semua awanan magis. Sebuah pertolongan harus dibayar dengan pengorbanan. Saya melepaskan mancis itu dengan berat hati sebagai balasan kepada perkhidmatan Kuali. Kuali menyukai kepatuhan saya. Mancis simpanan saya itu merupakan hadiah saguhati acara menampar kepala singa hidup. Kata nenek saya seorang pawang yang sudah dihalau ke permukaan lain kerana menyatakan dunia bakal kiamat, mancis itu adalah alat menuai hajat dengan sekali nyala. Saya mengeluh di dalam hati sambil melepaskan kekecewaan keluar tingkap. Menyesal. Saya mempersoalkan mengapa pari-pari tidak memilih bangku, meja, almari sahaja daripada memeilih Si Kuali itu!

Saya menyendiri dengan hiba di katil segiempat saya. Entah berapa tahun saya lena. Didalam kabus mimpi saya. Saya didatangi pari-pari. Dia memberitahu saya bahawa dia mendengar keluhan saya melalui cenderawasih yang melintas rumah segiempat saya. Dia menyatakan bahawa saya tidak pernah berseorangan. Dunia tidak bersegiempat, katanya. Saya mahu mempercayai bicaranya. Dia menyatakan bahawa apa yang berlaku berpunca daripada diri saya sendiri. Pada masa lalu, saya telah berhajat dimana dunia ini akan saya jadikan segiempat andai nombor saya dicabut oleh penganjur. Impian saya dimeterai oleh pari-pari. Dan saya menang hadiah periuk nasi elektrik tanpa memikirkan masa depan. Saya ditakdirkan kepada satu lagi hasil hajat permainan cabutan bertuah oleh pari-pari berupa patung kayu kesayangan Si Tukang dengan menanggung risiko dunia akan musnah saat Kuali menjadi dewasa. Bagi menghalang kiamat berlaku. Pari-pari menjadikan saya pemenang untuk hadiah saguhati acara menampar kepala singa dengan keberanian luar biasa. Ketamakan telah membawa Kuali kepada mancis milik saya. Pari-pari menceritakan bahawa Kuali yang pernah dihidupkannya dahulu sudah menjadi abu akibat dibakar api mancis kerana gelojoh dan gelabah. Tiada peluang ketiga, sambung pari-pari. Saya larut dengan cerita pari-pari sambil dihantui misteri yang bakal menjemput saya. Mungkin sedahsyat kesudahan Kuali?

Baca perbualan

Show your support for Cabutan Bertuah Pari-Pari, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph