Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Awak yang selalu saya rindu

 

Saya masih ingat waktu pertama kali jumpa awak. Waktu itu kita sama-sama berarak ditengah jalanraya yang marak dengan manusia. Saya nampak awak mara dalam kelompok hadapan. Penuh yakin dan berani. Semangat awak menyala seperti galaknya matahari yang menyalai kulit kita ketika itu. Dan itulah pertama kalinya saya melihat awak. Dari jauh tentunya.

Saya juga tidak lupa bagaimana awak bersama beberapa demonstran lain berdiri kukuh dibarisan depan saat FRU yang lengkap berbelantan maju untuk membubarkan perhimpunan. Saya tidak tahu apa yang mendorong awak menjadi seberani itu. Namun yang saya tahu awak telah membuat nafas saya mogok sedetik dua. Jantung saya bergelentar rancak. Hati saya semacam berkata, ada apa sebenarnya dengan awak?

Mungkin awak tidak merasakan keberadaan saya di situ. Atau mungkin awak perasan tapi awak tidak peduli. Tapi untuk saya itulah momen yang paling mengesankan.Kerana berawal dari situ, saya mula mendekati awak. Perlahan-lahan saya telusuri jalur fikiran awak yang rencam macam warna pelangi. Saya terasa awak ini seperti sebuah naskah fiksyen yang sarat dengan elemen extraordinari.

Suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar. Itulah baris kata yang awak carik untuk membalas pemomokan terhadap diri awak bila cuba disamakan   dengan kelompok pelontar api. Awak juga turut diasak dengan soalan bersifat malafide, bagaimana jika dalam perjuangan ini awak jatuh dan kalah? Dengan sederhana awak jawab : I don’t care if I fall as long as some else will picks up my flag and keeps on fighting.

Sejujurnya saya benar-benar telah larut dalam setiap gerak juang awak. Semakin banyakyang saya cungkil tentang awak semakin kuat saya diasak dengan rasa yang saya sendiri tidak mengerti. Secara diam-diam ada rindu yang terlarik untuk awak. Mungkin sedikit klise tapi inilah rasa yang menggempur saya ketika ini. Saya cuba untuk bertahan dengan segenap kekuatan namun separuh dari diri saya memilih untuk tunduk menyerah.

Jadi hari ini saya datang dekat awak. Mengharap sesuatu yang mustahil. Saya tidak tahu apa yang awak rasakan ketika ini. Yang saya tahu saya telah dibelasah oleh rasa rindu yang melangit terhadap awak. Rindu yang telah membuat saya lengit. Jadi untuk hari ini saya berdiri depan pusara awak untuk menzahirkan rindu saya dan saya mahu awak tahu yang awak selalu hidup dalam kolam hati saya sampai bila-bila.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil