Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertapaan Di Bawah Pili Air

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 3,039
  • FREE

 

Sesudah diberi ganjaran berupa pujian menjulang di perhimpunan pagi isnin kerana menduduki tangga terbaik dalam sekolah bagi ujian percubaan. Pengetua menyambung pidatonya tentang generasi tiang negara. Dia menyarankan agar pencapaian membanggakan itu dapat diteruskan hingga perjuangan yang paling akhir untuk mengharumkan nama sekolah di mata benua alam semesta. Amat meremangkan bulu roma sekali ucapannya itu.

Pada satu pagi setelah muncul pelangi selepas hujan. Saya disapa oleh tukang kebun yang akan mesra dengan sesiapapun. Dia bertanya tentang cita-cita pada masa depan setelah kagum melihat saya diperkenalkan oleh pengetua di atas pentas dewan. Saya tidak menyatakan impian palsu saya sebagai doktor sakit tuan yang selalu saya tulis pada biodata dan borang-borang atau apabila ditanya oleh guru-guru atau pakar motivasi. Saya terputus percakapan lisan serta-merta walaupun menjadi juara debat dan pidato peringkat kebangsaan. Saya yang hidup semula lalu mati kembali dan hidup lagi kemudian melarikan diri tanpa diarahkan sistem saraf pusat. Saya pulang mengangkut igauan yang ditimbulkan tukang kebun yang peramah berkenaan.

Setelah gudang ingatan saya diisi berbilion rekod hasil ulangkaji. Hati saya meletus seperti ratusan perusuh melawan meriam air dan gas pemedih mata. Saya memujuk diri sambil melakukan autopsi kejiwaan dengan bertapa di bawah pili air. Saya menarik nafas dan menghembus. Ruang yang saya duduki menjadi kolam luas yang tenang. Saya terapung di atas air ribuan jam sebelum peperiksaan SPM.

Soalan:

Saya tidak mempunyai cita-cita atau perancangan masa depan. Bagi saya belajar itu sekadar memenuhi permintaan dan arahan daripada kedua-dua ibu bapa saya disamping pengaruh konsep dikriminasi atau prasangka berdasarkan pencapaian peperiksaan dan taraf pendidikan yang tertanam dikalangan masyarakat dan dirancakkan oleh media massa. Prestasi keseluruhan saya tidak akan dapat mengecewakan keluarga, bangsa dan negara.

Saya terbiasa mendapat perhatian program-program televisyen, artikel akhbar, majalah dan ceramah sekolah mahupun perhimpunan besar tahunan parti politik. Saya ditabalkan sebagai selebriti bakal wira masa depan glokal. Namun saya tidak merasa bangga atau cuba mendapatkan kedudukan yang lebih baik lagi. Saya langsung tidak bersemangat di sekolah. Saya hanya melalui hidup seperti aliran paip air PVC. Saya memerlukan cara untuk #@&$%!?.

***

Meditasi saya dicemari oleh katak hijau yang banyak bercakap menggunakan mikrofon dan berpakaian baju hujan berwarna kuning serta dengan serius bersuara, “Selamat menjawab. Semoga Berjaya dan tercapai cita-cita,” lalu melompat ke dalam kolam secara tiba-tiba sehingga menghasilkan gelombang yang mengubah ketenangan air yang saya duduki suku saat sebelum menjawab kertas peperiksaan.

Jawapan:

Secara asasnya anda sememangnya _ dan _ untuk belajar. Bagaimanapun, pada akhir ayat anda, “Saya memerlukan cara untuk #@&$%!?”. Ayat tersebut adalah ayat ‘pencerahan’ untuk  _ minda anda daripada aliran air pili yang lesu akibat masalah tekanan dari tangki serta menjadi bebas sodium flourida dan klorin yang merupakan pembunuh senyap yang tidak dipandang undang-undang serta pejabat kesihatan kepada aliran air deras seperti sungai tanpa diikat bil tinggi syarikat bekalan air. Ini bukan sahaja memberi kuasa kepada arus air itu sendiri malah boleh membawa _ kepada persekitaran laluan air tersebut.

Saya dapat menerbitkan dua kes daripada isu yang dinyatakan. Pertama, sikap _ terhadap masa akan datang. Mungkin ada suatu _ atau _ yang tersembunyi yang membuatkan anda tidak mahu melihat kehidupan anda pada hari esok. Barangkali juga prestasi anda terhadap _ berbeza dengan pandangan ibu bapa anda. Adalah normal dimana _ dan _ mempunyai pemikiran non-konvensional berbanding horizon pengalaman rakan sebaya serta kebiasaan masyarakat.

Namun yang pasti anda telah _ bahawa kehidupan masa depan anda perlu _ untuk anda mulakan langkah pertama. Yang sebenarnya, anda memang diberi _ dan _ kerana walaupun _ dan _ anda masih mampu mengecap kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan.

Kedua, saya dapat mengesan sikap _ anda yang tersembunyi yang menginginkan _. Sikap _ ini merupakan pemangkin untuk memacu _ tersebut. Jadikan _ anda sebagai petunjuk yang boleh mendorong untuk _ dan _. Tidak ada manusia lain yang boleh _ seseorang melainkan _ yang timbul daripada diri sendiri. Mesin masa tidak dapat menyelesaikan masalah masa lalu 99.999 peratus, secara logik misalnya.

Dorongan untuk _ itu mungkin boleh datang secara paksaan atau tidak langsung. Yang penting ialah bagaimana anda dapat menerima _ tersebut secara _. Jika anda _ dengan keinginan untuk _, peluang anda adalah _.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph