Imaginari: Klosur

 

19 Jun, 2013

Patah hati adalah sesuatu yang menyakitkan. Selepas bertahun-tahun bersama dengan orang yang jadi separuh nyawa kau, tak mungkin kau boleh terus bernafas selepas dia ucap 'au revoir'.

"So?"

"So?"

Dia berdiri bersandar di pintu yang telah aku kunci. Walaupun dalam kegelapan yang hanya diterangi lampu kecil murah yang mak cik aku belikan di Super Save, aku masih dapat lihat wajah dia -  senyum, senyuman seakan mahu menenangkan aku, dan aku tahu itulah tujuan dia muncul malam ini. Dia yang berbaju singlet hijau lumut dan berseluar skinny. Bermata sepet, berkulit kuning langsat, berbadan tegap walaupun berisi sikit daripada badan aku yang bak papan ini. Dia yang aku tak pasti wujud kerana apa - manifestasi minda yang penat, kerinduan yang teramat, imaginasi terlebih had ataupun aku sudah sakit mental agaknya.

Jujur aku cakap, aku mungkin juga sakit mental.

"You feel better now?" Tanyanya.

Aku mengusap hidung aku yang berhingus akibat menangis tak berhenti sejak tengah hari. Mata aku dah kembang, aku nampak sangat hodoh. Aku paling tak suka menangis, tapi malam ni air terjun kat mata datang macam air terjun Niagara. Unstoppable. Hari ini aku dapat klosur, klosur yang buat aku rasa lega, dalam masa yang sama, mematikan separuh jiwa aku.

Aku angkat bahu kat dia, dan kemudiannya dia duduk di sebelah aku, di atas katil aku yang tak berapa nak empuk sebab usia tilam yang belum cukup setahun pun itu. Handphone Samsung aku yang lama dalam genggaman aku, memainkan bunyi mesej WhatsApp yang masuk bertubi-tubi.

"Kau dah dapat jawapan yang you nak. Kau rasa lega?" Tanyanya lagi.

Aku mengangguk. "My wait is over. Dia dah putuskan tali yang menggantungkan aku. He helped me end it, finally." 

Dia senyum lagi, menggenggam tangan aku. "Korang berdua berkawan balik?"

Aku mengangguk.

"Kau rasa tu idea yang bagus?"

"You know the rules. Once kau dah cakap kau nak jadi just friends, kau tak boleh ungkit relationship matters dengan dia. Kau tak boleh win dia balik, tau."

"You can do that?"

"That's the hardest part." Handphone Samsung yang ada dalam genggaman aku, aku padamkan. Shut down. Aku letak dalam kotak di atas meja di tepi katil. "I won't be using this phone for a couple of weeks now. Takut aku buat perkara yang bodoh."

Dia usap rambut aku. Makin sebak aku oleh simpati dia.

"Aku rindu dia. Tapi aku tak boleh buat apa-apa."

"Kau sedih, Sammie. Sebab selama ni dia ikat kau, tapi kau tak nampak dia. Dan kini, kau nampak dia. Tapi kau tak boleh capai dia lagi."

"Dia tak boleh jadi milik aku lagi. I'm nothing to him now." Aku terlepas tangisan. Hodoh.

"Kau masih sayang dia?"

"Aku sayang dia setengah mati." Aku peluk bantal.

"Jadi, sayanglah dia. Kalau kau mati esok, kau takkan sempat sayang dia lagi."

Aku tergelak sikit dalam tangisan. "Woi, tu ayat dia tiga tahun lepas. Bengong."

"Hati ada otak sendiri, Sammie. Biar hati kau sayang sapa yang hati kau nak sayang, kau tak boleh nak control. Tapi ini," dia pegang tangan aku, "kau boleh control ni. Well, he doesn't need to know everything, no?"

Aku senyum. "He'll never know."

Aku mengeluh dalam kelegaan, dalam kesedihan. Aku pandang dia lagi.

"He's just a friend now.What'll happen to you?" Aku tanya dia. Dia yang berbaju singlet hijau lumut, berseluar skinny seasoned dan berkulit kuning langsat. Dia yang rupanya saling tak tumpah macam Eliott yang malam ini akhirnya bergelar bekas cinta hati aku. Dia yang menjelmakan diri ketika aku kesunyian, menemani aku dan menghentikan segala tangisan aku. Dia yang orang lain tak boleh nampak, hanya di mata aku sahaja. Dia yang kadang-kadang buat aku rasa aku sakit mental sebab aku dikatakan bercakap sendirian, tetapi hakikatnya aku bercakap dengan dia.

Tapi dia bukan jin, mind you.

"Kau nak aku stay?"

"You're still a part of me. You're that part of Eliott yang dia berikan dekat aku. As long as I love that shitty idiot, that part of him will always stay with me. I guess, it's you."

"So I'll stay, then." Dia senyum. 

Patah hati adalah sesuatu yang menyakitkan. Selepas bertahun-tahun bersama dengan orang yang jadi separuh nyawa kau, tak mungkin kau boleh terus bernafas selepas dia ucap 'au revoir'. 

+ + + +

Mungkin anda kena baca cerpen saya yang lagi satu 'Imaginari' sebelum anda baca drabble ni, supaya anda faham siapa dia yang berbaju singlet hijau lumut, berseluar skinny dan berkulit kuning langsat ini.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg