Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Menari Dengan Gadis Gila

 

"Kau kenal Moira lama dah?"

"Taklah sangat, baru beberapa minggu. Kau kawan dia ke?"

"Boleh dikatakan macam tu. Aku cuma nak warning kau sikit, bro."

"Huh?"

"Moira tu ada gila sikit. Kalau kau sayangkan diri kau tu, kau jauhkan diri daripada dia."

"Apa yang kau merepek ni?"

"I know I sound ridiculous. Tapi aku jujur cakap, she's a bit crazy. Jangan dekati dia."

Lelaki yang tak dikenali itu terus blah sebelum sempat aku nak bertanya lagi. Kedatangannya secara tiba-tiba di food court yang terlalu ramai sangat orang ni memang mengejutkan aku. Sudahlah aku tak kenal dia, nak warining aku tentang Moira lagi tu! Aku syak dia dok perhatikan aku lepak dengan Moira sejak tengah hari tadi.

Tapi sedikitpun aku tak tergugat dengan amaran lelaki yang hanya bertshirt merah, bersweater hitam dan berseluar pendek paras lutut. Cuma yang lawaknya, dia tak pandai menggayakan rambutnya yang berpotongan pendek di tepi dan panjang mencecah dahi di hadapan. Bodoh, kalau tak pandai menggayakan haircut macam tu, apesal gatal nak potong rambut macam tu?

Dari jauh aku perhatikan Moira, yang masih di gerai jus, menunggu strawberry milkshakenya siap.

Moira seorang gadis yang aku baru kenal, dalam seminggu dua. Aku mula kenal dia sejak dia datang ke kedai aku membeli benih bunga kat kedai hipster Mak Long aku - benih bunga African Daisy dan benih bunga Poppy Californian Purple Gleam. Katanya dia teringin nak menanam bunga, dan dia tak pernah tanam bunga selama ni, jadi aku bantu dia sikit dan pilihkan pasu yang sesuai dan nasihat dia tentang penjagaan bunga yang sesuai - alahai, dah macam perempuan pulak bunyinya aku ni kan?

Tapi sejak tu, aku sering singgah ke rumah Moira untuk mengajar dia gardening, sekaligus membantu dia menjaga bunga sekali. Aku tinggalkan arahan-arahan penjagaan pokok bunga yang patut kat peti sejuk dia, dia harus tahu tu. Dan entah macam mana, kami jadi kawan.

Moira seorang gadis yang sangat misteri. Kedatangannya ke kedai Mak Long aku buat pertama kali dah memberi impresi bahawa dia seorang yang sangat berahsia. Dia memakai kardigan panjang berwarna coklat, waktu itu, serta tshirt hitam, seluar hitam dan yang paling menarik perhatianku, Dr Martens klasik hitam. Jarang kau jumpa awek yang pakai Dr Martens, lagi-lagi yang pakai Dr Martens dengan kardigan panjang - dah macam awek boho dah aku nampak.

Penampilan-penampilan dia selepas itu tidak jauh bezanya. Pakaiannya gelap, segelap matanya. Rambutnya panjang mencecah bawah bahu, serabut tapi serabut ada cantiknya. Ada sesuatu yang menarik dalam senyuman Moira, dan cara jelingannya apabila dia senyum. Seolah-olah mengatakan, "kau gila, tapi aku suka." Tapi Moira tak pernah bercerita tentang keluarganya ataupun kawan-kawannya. Dia selalu menyendiri.

Sebab tu aku heran macam mana mamat tadi boleh muncul dan boleh warning kat aku. Dia kata dia kawan Moira?

"Chocolate shake for you," Moira meletakkan chocolate shake di hadapan aku.

"Wah, saya tak mintak pun chocolate shake!" Kata aku.

"Ambik je lah, Farid."

Aku senyum kat dia. "Thanks."

Mata dia masih gelap waktu dia senyum. Senyumannya menarik.

+ + + +

"MOIRA!"

Aku hairan kenapa pintu rumah Moira tak berkunci waktu aku bergegas mencari dia. Moira tak jawab panggilan aku sejak pagi tadi, dan selalunya dia bangun seawal pukul 6 pagi untuk mula jogging di taman. Memang itu rutin harian dia, dan aku pun kerap kali meneman dia berjogging di taman awal-awal pagi sampaikan aku pun dah makin fit nampaknya. Hasrat nak balik gym tu datang kembali lepas rasa best beriadah.

"Moira! Where are you?"

Tiada kelibat Moira di ruang tamu, di bilik mandi, di dapur. Aku ketuk pintu bilik tidurnya - itu lah last resort dia.

"Moira?"

Tak berkunci. Aku buka pintu. Biliknya berhambur. Buku-buku novel tersusun elok di atas rak. Lukisan-lukisan dan lakaran tertampal di dinding. Hanya katilnya kosong, selimut tak berlipat, bantal berselerak. Kotak hitam kecil di atas lantai tidak terbuka seolah tidak terusik, tetapi sebuah buku kecil terbuka di atas lantai. Buku berkulit hijau dengan tulisan berangkai di dalamnya. Aku agak, buku jurnal.

Aku tak nampak Moira, tapi aku terdengar esakkannya.

Perlahan-lahan aku meniarap. "Moira, awak okey tak?"

Moira baring meniarap di bawah katil. Maskaranya luntur, dan mekap matanya comot. Aku agak dia baru siap menangis - atau sedang menangis?

"Sejuk..." Kata Moira. Suaranya pecah.

"Moira, come, let's get you out of there." Aku hulurkan tangan.

Moira menggeleng.

"Moira... Jom."

Dia sambut tangan aku.

+ + + +

Aku tak tahu apa yang berlaku, tapi Moira membisu setelah aku keluarkan dia daripada bawah katil. Dia tak senyum, dia tak menangis gak. Ekspresi wajah Moira yang neutral menakutkan aku, tapi aku nak tahu gak apa yang berlaku di sebalik apa yang terjadi dengan Moira.

Dia duduk dalam tab mandi dengan t-shirt hitamnya dan seluar pijama hitamnya, sambil aku basuh rambut dia yang kotor sebab sarang labah-labah dan debu bawah katil. Aku tak nak kacau dia, tapi bila aku basahkan rambut dia dengan shower, dia tak komplen pun apabila pakaiannya turut basah sekali.

Kau boleh cakap aku gila, tapi dia nampak cantik bila dia sedih.

"Moira, you know you can talk to me about just anything, right?"

Dia tidak membalas. Cuma termenung kosong.

"Moira." Aku belai rambut dia sambil aku basuh rambut dia.

"Farid. Hati saya dah rosak. Awak masih nak jadi kawan saya?"

Aku terkejut mendengar dia bersuara - finally - dan aku terus tersenyum. "Of course, Moira."

Moira melakarkan senyuman. "Saya suka rambut awak."

+ + + +

Aku rasa sakit berdenyut-denyut apabila aku cuba membuka mata. Badan aku terasa lenguh dan aku tak tahu kenapa. Aku angkat dari posisi badan yang aku sedar senget. Kepala aku pening, dan aku tak tahu kenapa. Deria aku kembali perlahan-lahan. Aku dengar lagu yang aku tak kenal sedang bermain, tapi aku kenal penyanyinya - Ke$ha.

Here I go, welcome to my funeral.

Padanlah sakit, aku tertidur kat atas konkrit. Eh? Tertidur? Aku tak ingat apa-apa. Aku kat mana?

All alone it's dark and cold, with every movie I die.

Aku panik sebentar. Tak berapa gelap, tak berapa terang. Aku lihat bayang seorang gadis sedang menari sendirian. Moira? Aku lihat sekeliling. Kalau aku teka betul, aku berada di atas tingkat bumbung sebuah bangunan. Tapi mana?

Kepala aku masih berdenyut-denyut. Sakitnya sampai aku pegang kepala aku... Kejap. Kenapa kepala aku terasa lain? Kenapa rambut aku dah lain? Pendek! Pendek di tepi dan panjang menutup dahi di hadapan. Macam mana boleh lain? Siapa yang potong?

I have destroyed our love, it's gone. Payback is sick, it's all my fault
.

Kejap. Ini bukan baju aku. Jaket hijau lumut ni bukan aku yang punya. t-shirt hitam ni bukan aku yang punya. Seluar jeans seasoned ini bukan aku yang punya. Kasut Adidas ni bukan aku yang punya - tapi kalau nak aku simpan, takde hal!

Lain bau pakaian ni. Bau minyak wangi. Bau husky, manly, sweet.

Apa yang dah berlaku ni?

Aku cuba bangun, tapi kaki aku sangat lenguh. "Moira!" Aku panggil dia.

Dia berhenti menari, dan aku dapat amati wajah dia yang tersenyum sedih. Mekap matanya luntur, matanya gelap, senyumannya tidak menampakkan gigi. Kali ini dia memakai jumper labuh berwarna coklat, seluar skinny hitam dan sneakers Converse hi cut. Dalam masa aku tertarik dengan kasutnya, aku pandang dia lagi.

"Moira, where are we?"

"Jordan, you're awake." Moira berlari ke arah aku.

Jordan? Kejap. Aku bukan Jordan. Aku Farid.

"Jangan tinggalkan aku lagi, kau tahu?" Katanya, tersenyum.

I'm dancing with tears in my eyes, just fighting to get through the night.

Aku panik. Apa yang dah berlaku ni? Aku cuba tak tunjuk wajah panik. Takut-takut dia ada senjata. Aku rasakan Moira sangat saiko ketika ni. Aku tak berani nak buat apa-apa! "Kenapa aku nak tinggalkan kau?" Aku jawab, berani.

"Sebab nanti aku mati lagi."

Aku teringat kata-kata stranger kat Aeon sebulan yang lepas. Mamat stranger yang aku ingat sekadar seorang ex-boyfriend yang jelaous.

"Moira tu ada gila sikit. Kalau kau sayangkan diri kau tu, kau jauhkan diri daripada dia."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg