Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SURAT CINTA UNTUK ZAHID

  • 5
  • j_ana
  • 11 years ago
  • 3,565
  • FREE

 

“Aku dah cakap, jangan bagi aku surat-surat cinta kau tu lagi. Aku benci! Rimas! Nah, ambil kau!” jerkah Zahid padanya. Aku di sebelah terlopong mendengarkan nada tinggi dan keras itu keluar dari bibir seorang lelaki yang penyayang, yang sopan santun. Dia kini jauh dari dirinya yang dulu, atau mungkin memang itu perangai sebenarnya.

 

Zzssss!!

 

Satu kotak kasut melayang di udara, bucunya terkena sedikit di dahi putih Hani. Aku lihat Hani menahan sakit dan mengerang kecil. Isi kotak itu cumalah surat-surat tulisan tangan, sampulnya berwarna-warni. Tapi sayangnya surat itu, yang Zahid simpan hampir setahun, tak sedikit pun memberinya rasa simpati terhadap gadis itu.

 

Dan tak lama itu pula, satu hentakan yang padu jatuh mengenai belakang kepalanya. Darah pekat mengalir perlahan-lahan turun dari kepala dan jatuh menitis mengenai baju dan bumi. Akhirnya, kita akan bersatu di sana. Ya sayang, di sana. Di syurgaku, mungkin neraka buatmu.

 

 

3 Jun 2013

 

Hani berjalan perlahan menuju ke arah motor yang diparkir di depan tangga. Kakinya sakit dihentak dengan roda beg sekolah seorang kanak-kanak ketika sedang melalui jejantas di depan Sekolah Rendah Taman Cahaya. Tapi dia cuba senyum dan berjalan seperti biasa, tak mahu ada yang perasan kejadian tadi. Biasa, budak lagi.

 

Jejaka berseluar jeans biru tua itu menyerahkan helmet hitam padanya. Dia tidak sedikit pun melihat ke arah Hani, sebaliknya matanya melilau ke depan dan belakang, bagai memerhati sesuatu.

 

“Awak tengok apa tu?” ringkas tanyanya. Hani bingung dengan sikap Zahid, kadang-kadang suka lihat sana sini, kadang-kadang hanya tengok dia saja. Ada perempuan cantik dan seksi lalu? Tak. Ada kemalangan di seberang jalan? Pun tidak. Tapi matanya masih melilau sana sini tanpa menghiraukan pertanyaan Hani.

 

Naik atas motor, bukan tabiat Hani untuk memegang orang yang membawa motor. Tapi Zahid perasan akan perbezaan Hani, memaut pinggangnya dengan kemas. Semakin dipulas, semakin kuat dipeluk. Tapi Zahid diamkan saja, mungkin inilah masanya untuk dia bertanyakan kembali cinta mereka.

 

Sampai di rumah, Zahid membuka mangga pintu sambil memerhati kiri kanan. Tiada orang. Dia memberi isyarat kepada Hani supaya segera masuk. Hani masuk dan terus ke dalam bilik di tingkat atas. Baring di atas katil yang empuk membuatkan dia rasa selesa, dan hampir tidur. Zahid hanya memandang lesu dan hampa, kerana Hani tak lagi menunggunya seperti dulu.

 

“Awak sayang saya tak?” tanya Hani sebaik Zahid rebah di sebelahnya. Zahid senyum dan memeluk Hani. Sayangnya Zahid pada buah hatinya itu hanya tuhan yang tahu. Tapi entah kenapa, rasa cinta tak cukup kuat, atau mungkin dia tak percaya cinta. Bukan keinginannya untuk mengongkong Hani, jauh sekali dari ingin memaksa gadis manja 19 tahun itu untuk terus-terusan dengannya. Tapi dia ingin memiliki Hani dengan cara yang mutlak, itu pun bila dia sudah betul-betul bersedia.

 

“Awak sayang saya kan..tapi kenapa awak tak nak kahwin dengan saya?” tanya Hani lagi, manja. Tapi senyuman Zahid mati. Nasib baik Hani masih memejamkan matanya, dan hanya tanggannya yang memegang erat tangan sasa Zahid. Dua kali Hani tanyakan soalan yang sama, sekali ketika lima bulan mereka berkenalan, dan sekali lagi ketika Hani sedang berpacaran dengan seorang lelaki bodoh yang sebaya dengannya.

 

Bodoh kerana Hani dipermainkan dengan sewenangnya. Bukan Hani yang bodoh, kerana dia tahu lelaki itu tidak jujur, tapi dia masih bertahan dengan lelaki bodoh itu kerana dia percaya lelaki bernama Aiman itu akan berubah. Tapi Aiman yang bodoh kerana melepaskan Hani yang sentiasa taat setia padanya. Bodoh punya lelaki.

 

Zahid memang menganggap Aiman bodoh. Tapi tidak diluahkan, kerana terlalu sayangkan Hani. Tapi untuk menikahi Hani, dia tak bersedia. Ini kali ketiganya Hani bertanya soalan yang sama, tapi kali ini Hani berpacaran pula dengan seorang lelaki yang dipanggil SAYANG.

 

“Siapa SAYANG?” tangan Hani dilepaskan, pelukannya dileraikan. Hani tersentak dengan tindakan drastik Zahid. Dalam hati, dia terkilan dengan kelakuan buah hatinya itu.

 

 

16 Mei 2013

 

“Ayang kat Time Square, tadi kawan ajak tengok wayang. Ingatkan ada masa lagi nak balik kolej balik. Maaf bang,” sayu suara Hani meminta simpati dari SAYANG. Sekejap lagi wayang akan bermula, takkanlah nak balik dah. Kesian Razif, dah nak balik Kelantan dah minggu depan. Hari ini saja yang Hani ada masa, itu pun, entahlah, belum kahwin dah kena tegur.

 

“Kenapa tak bagitahu abang? Abang dah nak keluar dah ni,” suara lelaki yang kuat bergema dalam corong telefon. Hani memandang ke kanan dan ke kiri, ingin memastikan yang tiada bayang lelaki yang dipanggil abang itu. Selamat, tiada. Hani bilangkan yang lagi sejam dia akan pulang ke kolej, tapi SAYANG tetap marah-marah.

 

Pagi itu, sebelum dia berangkat ke kolej, SAYANG telah menelefonya. Mereka berbual mesra dan penuh riang. Tapi sempat Hani beri tahu padanya yang dia tiada kredit. Jadi dia fikir SAYANG faham. Malangnya, sebelum masuk ke panggung wayang, Razif memberikan wang kertas RM50 kepadanya, katanya hadiah terima kasih kerana keluar dengannya hari itu. Kawan lama yang saling menyayangi, tak ubah seperti adik dan abang. Razif ke tandas sebentar, jadi Hani bercadang untuk membeli topup kredit. Belum pun sempat dia sampai ke kedai topup, telefon berdering.

 

Dan bermula dari itu, setiap 10 minit sekali SAYANG akan menelefonnya, tak pun menghantar mesej kepadanya. Ada masa dia merayu supaya SAYANG datang ke sana, tapi SAYANG tidak peduli. Hampir dua jam, 10 minit sebelum cerita tamat, Razif keluar panggung. Katanya mahu ke tandas. Tapi setamatnya cerita itu, Hanilah orang terakhir keluar. Matanya melilau kanan kiri, mencari kelibat sahabatnya itu. Selepas dia berjalan menuju ke tandas, telefon bimbitnya berbunyi.

 

“Saya dah dalam teksi. Nak pulang ke rumah. Maaflah mengganggu awak dan kekasih awak. Saya tahu saya tak patut meminta awak untuk menemani saya di hari-hari terakhir saya di Kuala Lumpur ini. Awak harus mendapatkan kebahagiaan dengan dia. Kejarlah cinta dan kebahagiaan awak. Maafkan saya menyebabkan awak dan dia bergaduh. Saya akan simpan kenangan kita dan hari ini sebagai ingatan yang akan tersemat abadi di hati. Terima kasih menemani saya.”

 

Petikan mesej yang tertera di telefon bimbit putih pemberian Razif tiga tahun lepas, membuatkannya hampir menangis. Dengan keadaan yang hampir hujan di luar, terasa sungguh menyeksakan. Kerana lelaki yang tak mahu faham dengan dirinya, dirasakan sia-sia untuk setia. Menyakitkan dan menyeksakan. Terlalu membebankan.

 

Berkali-kali Hani menghubunginya, tapi dia tetap biarkan tak berjawab. Sampaikan hujan yang lebat diharung juga. Biarlah apa yang akan terjadi, hujan atau dilanggar lari, ingin dikejarnya bayangan lelaki bernama Razif. Tapi tak mungkin, Razif dah pun sampai entah di mana. Tanpa sebarang jawapan. Hani menangis dengan baju yang lencun, pulang ke kolejnya.

 

Di kolej, SAYANG telah sedia menunggu. Berkali-kali dia meminta maaf, Hani sekadar mendiamkan diri dan mengambil helmet dari tangan SAYANG dengan kasar. SAYANG minta beg, nak diletak di raga motor. Tapi Hani terus naik atas motor dan diam. Motor mereka meluncur laju di atas jalan raya yang basah dek hujan.

 

 

21 Mei 2013

 

Orang ke masjid, mereka ke rumah sewa SAYANG. Kawan-kawan SAYANG sedia menanti di rumah. Biasanya, Hani dan SAYANG hanya duduk di dalam bilik, tapi tidak hari itu. SAYANG memilih untuk duduk di ruang tamu dengan kipas di atas kepalanya. Panas cuaca hari itu. Hani hanya menurut.

 

Tiba-tiba tangan Hani dipegang oleh salah seorang dari kawan SAYANG. SAYANG ke tandas sebentar ketika itu. Bila Hani menarik tangannya, seorang lagi kawan SAYANG memegang tangannya. Hani hampir menjerit sewaktu SAYANG tiba-tiba menumbuk belakang badan kawannya itu. Ditariknya tangan Hani, disambar dua helmet di tepi dinding, dan masuk ke bilik.

 

“Ayang dah cakap, ayang tak suka duduk sini. Tak boleh ke kita tak payah duduk sini?” tanya Hani sambil menangis.

 

“Ini rumah abang juga, abang bayar sewa. Abang minta maaflah.” Jawab SAYANG, hambar.

 

“Abang sayang ayang ke tak ni?”

 

“Ayang tau kan abang cintakan ayang. Apa yang ayang merepek ni? Jangan merepek lagi boleh tak?”

 

Lantas Hani digomoli lagi. Kali ini SAYANG bertindak lebih rakus dari sebelum-sebelum ini. Ya, Hani membiarkan saja walau tidak merelakan. Bukan kerana dia menikmati setiap sentuhan dan tujahan dari kekasihnya itu, tapi dia merasakan tiada apa yang hendak dipertahankannya lagi. Dia sendiri memang tidak suci saat mereka berdua berkenalan.

 

 

3 Jun 2013

 

Tengahari itu, Hani berjalan lesu meninggalkan rumah Zahid. Zahid terduduk. Ingin dia hantar buah hatinya ke mana yang ingin dituju, tapi gadis bertegas mahu jalan sendiri. Dipintanya supaya jangan dicari lagi, dan Zahid terkaku.

 

Hani meninggalkan Zahid dengan soalan tak berjawapan. Siapa SAYANG? Tapi Hani tidak mahu memberitahu soal masalah hatinya terhadap lelaki bernama SAYANG itu. Dia pergi mendapatkan SAYANG yang sedia menunggu untuk berjumpa di kedai makan di Selayang.

 

Dan petangnya, selepas makan, mereka pulang ke rumah sewa SAYANG. Terus ke bilik. Takut perkara lama berulang lagi.

 

“Abang, ayang ada hal nak cakap. Boleh tak?” tanya Hani dengan berhati-hati.

 

“Ayang nak minta maaf kat abang. Ayang dah tak boleh teruskan hubungan kita. Boleh tak ayang nak minta putus?” Hani memeluk erat tubuh SAYANG dengan harapan mereka tak akan bergaduh.

 

Fikiran SAYANG menerewang entah ke mana. Memori suka duka mereka bersama sepanjang dua bulan ini satu persatu menerobos ruang mindanya yang bercelaru. Terasa hatinya bagai dihempas batu dan ditambah dengan tangga besi. Robek hatinya, luluh jiwanya, berkecai harapannya. Airmata mengalir lesu dari matanya. Dia perlahan-perlahan memejamkan mata dan tidur kepenatan tanpa sebarang suara. Hani hanya menurut dan sama-sama tertidur.

 

 

12 Jun 2013

 

Hampir seminggu Hani gila bayang. Dia meroyan teruk, tahap kritikal. Dia nekad untuk ke rumah Zahid. Rindu hatinya tidak tertahan lagi. Menyesal kerana meninggalkan Zahid dengan pesanan yang bodoh, pesan supaya jangan mencarinya lagi. Menyesal kerana membuang semua mesej dan nombor telefon Zahid. Menyesal kerana meninggalkan Zahid.

 

Hari ini, Hani pergi ke kediaman Zahid. Sampai di tingkat paling atas, Hani mengeluarkan kertas dan pen dari dalam beg galasnya yang berat dan sarat dengan barang-barangnya. Ditulis mesej sambil berjalan, lalu diselitkan di bawah pintu rumah itu.

 

Call saya balik. Please.

Yang merinduimu,

Hani.

 

 

Selama setahun ini, Zahid sedikit pun tidak tergerak hati untuk menghubungi Hani. Dia juga rindu pada Hani, tapi kali ini hatinya benar-benar sakit. Dia merasa dipermainkan. Walaupun kata-kata cinta dan rindu dilafazkan dalam setiap surat yang melayang di dasar pintu rumahnya, bukanlah sejujur cinta sebenarnya. Tindakan Hani menghantar surat-surat itu tak lebih pula dari sekadar meroyan gilakan jantan.

 

Hani masih menanti panggilan atau mesej dari Zahid. Tapi telefon bimbitnya sepi tanpa respon dari jejaka itu. Kalau ada pun, dari orang yang tak diingini. Dibuka laman facebook, mengharapkan ada Private Message dari Zahid, juga tiada. Ada sekali dua update dan gambar terbaru, tapi tetap tidak membalas mesej-mesejnya. Remuk hatinya.

 

Hari ini Hani nekad lagi, dengan azam yang lebih membara. Cintanya pada Zahid, dan dia tahu Zahid juga mencintainya. Mereka adalah satu, kerana itu jugalah hatinya sayu. Andai perlu mati, biarlah mati kalau itu saja caranya untuk kembali bersatu.

 

 

17 Jun 2014

 

Dia mengetuk pintu rumah itu. Jejaka yang merindui kekasihnya itu membuka pintu. Hani tak menyangka yang Zahid ada di rumah. Dia seorang saja di situ. Menarik tangan kekasihnya itu masuk, dipaut pinggangnya, ditutup pintu perlahan-lahan. Dahi Hani dicium, dan kemudian dia menolak Hani sampai jatuh terjelepok di atas kerusi.

 

Hani terlopong mendengarkan nada tinggi dan keras keluar dari bibir seorang lelaki yang penyayang, yang sopan santun. Dia kini jauh dari dirinya yang dulu, atau mungkin memang itu perangai sebenarnya. Hani menyedari kasih sayangnya tidak lagi dihargai.

 

Zzssss!!

 

Satu kotak kasut melayang di udara, bucunya terkena sedikit di dahi putihku. Aku menahan sakit dan mengerang kecil. Isi kotak itu cumalah surat-surat tulisan tangan, sampulnya berwarna-warni. Tapi sayangnya surat itu, yang Zahid simpan hampir setahun, tak sedikit pun memberinya rasa simpati terhadap aku, gadis malang itu.

 

Dan tak lama itu pula, satu hentakan yang padu jatuh mengenai belakang kepalanya. Aku hayunkan pasu di meja kecil di sebelah kerusi yang aku duduki ini. Darah pekat mengalir perlahan-lahan turun dari kepala dan jatuh menitis mengenai baju dan bumi. Ya, akulah Hani Asyikin. Demi cinta, akhirnya, kita akan bersatu di sana. Ya sayang, di sana. Kita tak boleh terpisah, dan akhirnya kami rebah bersama.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Terima kasih, surat cinta untuk saya.

  • (Penulis)
    2) sama-sama kasih,adika...tapi itu untuk zahid,bukan awak..:nono

  • (Penulis)
    3) sama-sama kasih,adika...tapi itu untuk zahid,bukan awak..:nono
  • 4) Hahaha, gurau jerlah... nama saya bukan adika pun. Cerpen yang agak unik (Dalam bentuk diari). Banyak juga kaedah penulisan seperti Dalam format skrip tv pun boleh dijadikan cerpen. Bahasa kamu pun agak baik. Tahniah ya. Rajin-rajin bukalah karya saya juga. Berhabuk dah tu... entah siapa jer yang tengok

  • (Penulis)
    5) cerpen dalam format skrip tv? macam mana tu? ada juga baca, baru satu..agak pusing tapi masih boleh difahami cerita hang apa ntah tadi..

Cerpen-cerpen lain nukilan j_ana

Read all stories by j_ana