Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Penghukuman

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 3,022
  • FREE

 

Kau adalah manusia yang berpaut antara sudut dua bucu bintang yang terang. Dan apabila kau memaling kepada bumi. Kau pasti selalu melihat semua isinya memandang kau dengan penuh teruja. Sekalipun siang datang. Kau menjadi matahari yang menyenangkan pandangan mata atau lebih lagi sebuah pelangi. Seperti apa yang kau harapkan dan apa yang mereka mahukan. Dalam fantasia itu kau menyedari yang kau hanyalah sebahagian daripada bebola yang bernama bumi. Kau hanya menumpang sahaja pada bintang itu!

Lalu kau semahu-mahunya menutup kenyataan itu dengan tangan selebar bulan. Dan kau tahu biarpun kepayahan dan penderitaan itu disembunyikan dibelakangnya bersama umbra. Ia tidak akan berganjak pun biar setengah panjang rambut kau. Kau akan kembali juga menyembah graviti bumi asal-usul kau. Tetapi kau tegar tidak mencari penyelesaian. Kau tetap menjadi pelarian di tapak kaki kau sendiri. Tidak satu manusia pun tahu akan penyamaran kau. Rasa bersalah, berdosa, penyesalan, kesunyian, kekosongan dan ketakutan itu bersembunyi diam.

Apabila pada jiwa raga kau sendiri terjadi rekahan. Tiada penyelamat dapat menahan bebanan yang mahu keluar itu. Maka perbicaraan terakhir yang diputuskan kau adalah penghukuman terhadap diri sendiri. Sungguh kau hanya mereka-reka keadilan sendiri. Penghukuman yang kau jalankan itu ternyata adalah kezaliman buat diri kau sendiri. Dihujung penghukuman itu kau pun mati. Mati. Tragis yang mengiringi kematian kau menjadi satu lagi antara banyak siri-siri perbicaraan. Jadi penghukuman yang kau jalankan atas diri sendiri itu tidak pernah berpenamat dengan kematian. Malah ia bangkit merangkak di tengah-tengah manusia untuk menuntut keadilan yang kau ciptakan itu pula.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph