Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

A Red Rose For Jannah - Part 2

 

     Malam yang penuh kesunyian sudah berakhir. Kini subuh  telah tiba. Azan subuh jelas kedengaran di seluruh Kampung Ganggarak. Kelihatan bintang-bintang di langit semakin menghilang dan lenyap dari angkasa malam. Lantas, dia bangun dan membasuh muka. Hajat untuk solat subuh ditunaikan.  Setelah membasuh muka air wuduk terus di ambil dan bersedialah dia untuk mengerjakan solat.  Sejadah sedia di lemparkan. Telekungnya yang tersedia kemas atas meja kecil sebelah almari bajunya dipakai, lalu mengerjakan solat subuh. Gerak gerinya lembut, setiap surah dibaca dengan betul serta khusyuk. Mudah-mudahan solatnya itu diterima oleh Allah S.W.T dan dirinya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

 

      Selesai solat, telekung di bukanya lalu dilipat balik dan meletaknya kembali ke tempat asal manakala sejadah di gantungnya di hujung katil. Begitu tertib sekali anak muda ini. Jam menunjukkan pukul  lima tiga puluh minit pagi. Tanpa apa-apa lagi bicara, tuala yang berjemur di belakang kerusi  di tariknya pantas, lalu membawa diri menuju ke kamar mandi. Sememangnya sejuk udara pada pagi itu, namun itu tidak menjadi penghalang baginya. Selesai mandi, dia bersiap untuk ke sekolah lalu turun ke dapur untuk  bersarapan. Beg berwarna  turquoise  digalas dengan cermat, ‘keychain’ hati jelas kelihatan di sebelah kiri beg tersebut. Setelah dihadiahkan pada hari lahirnya pertengahan tahun lepas, itulah satu-satunya  benda yang amat berharga dalam hidup gadis muda  ini. ‘Keychain’ berbentuk hati  itu telah disimpannya selama setahun, sehingga sekarang ia sentiasa berada disisi tuannya.

 

       Di dapur kelihatan Mak Aida sibuk mengurus bekal untuk suaminya. Sarapan pagi telah siap di sediakan di atas meja , menunggu untuk di baham. Bubur ayam dan cucur pisang, itulah menu  untuk pagi itu. Meskipun tidak mewah namun ia cukup untuk mengisi perut yang kosong. Teh dalam teko di tuangnya, lalu di minumnya sedikit sebelum mula makan.    “ Bismilahirrahmannirahim”, mulutnya menyebut. Begitu enak sekali sarapan pagi, memang benar segala yang datang dari air tangan seorang ibu tiada tandingannya. Mak Aida hanya tersenyum melihat anak daranya makan.

 

        “ Nanti lepas makan, Ila tolong mama basuh pinggan ok?”, ujar Mak Aida.

 

         “ Ok, macam tak biasa jak mama ni…hehe…sedap sarapan pagi ni mak”, balas Rahilah dengan senyuman. Mulutnya masih mengunyah makanan. Rahilah keenakan. Dia begitu berterima kasih pada ibunya kerana sanggup membuat sarapan pagi hari-hari untuknya dan ahli keluarga yang lain.

 

        Mak Aida tersenyum. Anak manja yang dahulunya  kecil meminta suap ketika makan kini sudah menjadi  seorang  Anak dara yang telah matang  dan sudah pandai berdikari sendiri. Begitu cepat mereka  membesar. Selesai bersarapan, pinggan dan cawan di basuh seperti yang di janjikan. Rahilah ke ruang tamu, televisyen di pasangnya. Siaran astro oasis menjadi santapan untuk pagi itu. Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memasang televisyen pada waktu subuh, siaran ‘Indahnya Iman’ merupakan siaran yang wajib untuk di tonton awal pagi dalam rumahnya. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari siaran tersebut memenuhi setiap rongga rumah kampung itu. Menyerikannya dengan lebih lagi.

 

‘ten teeet…ten teeet…ten teeet’

 

 

       Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Pelik, siapakah yang menghubunginya awal pagi begini?. Lantas, telefon bimbitnya di keluarkan dari kocek baju. ‘One massage received’. Terpampang luas depan skrin lalu di bukanya mesej.


 [ as salam.  dah solat? sorry kalau ganggu, cuma nak bagitau yg kami dah balik kelmarin petang. Semua jalan dgn lancar, penat jugak laa…emm..apa-apa  pun harap sihat.  nanti jmpa d skolah ok?.  ada something  nak  kasi ni. Jgn lupa, Salam :) ] 

 

      Hatinya terdetik seketika. Adakah benar  apa yang telah dibacanya itu? atau ia hanya jenaka semata-mata?. Dalam kepalanya pelbagai persoalan muncul. Satu persatu dia cuba mencari jawapan yang mampu menjelaskan kenyataan itu tadi. Namun  tiada langsung yang boleh di fikirkan sebagai satu penjelasan. Walau apa pun  jua, mesej tersebut harus dibalas. Dirinya tertanya-tanya. Apakah ‘something’ itu?.  Pantas jarinya menekan butang-butang nombor sambil membina ayat untuk membalas mesej yang diterima. Selesai. Butang send ditekan maka terbalaslah mesej tersebut. Rahilah tersenyum sendirian, hatinya kembali ceria. Rindunya pada malam hari kini sudah hilang, sebaik saja menerima mesej daripada insan yang dirinduinya itu .Dia kini lebih bersemangat untuk menjalankan hari-hari terakhir persekolahannya pada tahun ini. Meskipun dirinya belum bersedia untuk menghadapi cabaran- cabaran yang sedia menunggunya pada tahun hadapan. Namun dia bertekad untuk bertahan agar tidak kecundang nanti. Jam menunjukkan pukul enam tiga puluh pagi. Sungguh jauh angan-angannya menghanyutkan dia pergi. Kedengaran bunyi bas sekolahnya berdesis di halaman rumah, tanpa melengahkan masa telefon bimbitnya di letakkan semula di atas meja kemudian dia memakai kasut dan menyalam ibunya. Lantas, menaiki bas menuju  ke sekolah.

 

 

*****************

 

 

[ wasalam. sudah tdi,  tak pa, tak ganggu pun.  Alhamdulillah  kalau dah balik.  penat?  bawak la berehat k? selesema sikit, tpi ok masih.. Nak bagi apa? Emmm…..ya la, nanti  jmpa d skolah. Salam :) ]

 

 

      Rifqi tersenyum. Mesej yang diterima membuat dirinya gembira sekali.  Hatinya berdebar  ketika  membaca mesej tersebut. ‘Alhamdulillah’, di bisiknya dalam hati. Senyuman lebar masih terukir kemas pada wajah teruna itu. Akhirnya rindunya terubat. Sekilas wajah seorang Hawa muncul dalam kotak mindanya. ‘Ya Allah’, sebutannya jelas kedengaran. Wajahnya yang cerah penuh kecerian menyeri taman hati anak muda itu yang sepi dan gelap gelita. Tak boleh dinafikan, dirinya telah jatuh hati pada insan tersebut. Namun, dia terdetik sebentar. Apakah ini sememangnya benar?. Perasaan yang dahulunya dikatakan tidak layak untuk diri lelaki ini kini muncul kerana segenap rasa ‘Cinta’?. Rifqi terkesima.  Dia tahu bahawa perasaan ini adalah salah untuknya miliki. Tetapi dia seolah-olah acuh tak acuh. Fikirannya melayang. Kemudian dia teringat sesuatu. Satu pesanan yang telah diberi kepadanya, oleh seorang teman. “Kalau dusta tika kasih diberi, maka dustalah cinta di hati, Kalau iman kacir di duniawi, maka hanyutlah cinta ilahi, Hendakkah diri mengejar dia? Meskipun hati sedia tuk DIA?”. Memang benar. Rifqi  beristighfar. Telefon bimbitnya di pegang erat, tidak akan ada yang mampu melepaskan. Keadaan menjadi sunyi. Dalam diam dia berdoa.

 

 

Dengan nama Allah yang  maha Pemurah lagi maha penyayang….

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam….

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya….

 

Ya Allah…tuhan yang menjalankan awan, menyalakan bintang dan memutarkan bumi…

Engkau merajai seluruh alam dan makhluk-makhluk termasuklah diriku sendiri, yang hanyalah seorang hamba yang lemah dalam medan duniawi ini. Engkau yang maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang tersisip dalam athma setiap manusia ciptaan-Mu.

 

Atas dasar ku hanyalah seorang hamba yang dahagakan kasih dan saying..

Tuhan yang maha esa, ku merafakkan kesyukuran pada-Mu ya Allah. Peliharalah hatiku yang celaru ini, kerna ku tak upaya menjaganya sendiri, agar ia bersih dan bernilai seperti biasa. Kerna diriku telah di perangkap oleh nafsuku yang haloba.

Kasihku pada-Mu yang teguh, kini semakin rapuh olehnya…

Perasaanku pada-Mu  yang dulunya tak  terkata kini gundah bak terhempas malapetaka gara-garanya…

Dan Rinduku pada-Mu semakin hari semakin hilang sedihnya serta air mata kerananya….

 

Ya Allah…tuhan yang menghentikan masa berdetik, meninggikan langit biru

Dan menggerakkan hati manusia, Aku hanya lelaki biasa.

Aku bukan Adam dek Muhammad S.A.W Yang sentiasa tabah dalam kehidupan…Serta tetap pendirian…

 Aku bukan Adam dek Umar bin Al-khattab Berani melawan musuh rakus…Menghayun pedang untuk menghampus…

 

Jika benar hatiku diketuk tirainya dengan sekilas wajah insan bernama

Nur’Jannah Rahilah . Engkau tabahkanlah hatiku ya Rahman, agar

Kasihku kekal setia pada-Mu yang selamanya…

Perasaanku takkan terpisah dari-Mu meskipun digoyah…

Dan rinduku akan-Mu tiada tandingan dengan rinduku padanya…

 

Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik

Untuk aku dan dirinya…Ku berserah, ya Allah…..

Sehingga atmosferaku terbakar, takkan ku terpisah dan lupa akan-Mu,

Yang sedia menemani saat diri keseorangan…

Maha suci Engkau, aku yakin Engkau pasti memperkenankan doaku ini.

Kerana Engkau Kaya lagi maha Agung.

 

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya…

Dan segala puji bagi tuhan Rabbulalamin…

 

 

 

 

        Doa diaminkan. Hatinya kembali tenang. Begitukah perasaannya apabila kita cinta? Mungkin. Dirinya sememangnya lemah, bukan sahana kerana urusan athma yang dialami, tetapi juga dengan urusan dunia yang bakal dihadapi. Dia ketika itu berdiri di halaman rumah, sambil-sambil menghirup udara segar yang menyelubungi atmosferanya. Ketenangan kini berada disisinya. Tetapi hanya sementara. Jam tangannya dilihat. Tujuh pagi, jelas kelihatan. Lewat!. Hatinya berbisik. Tanpa melengahkan masa tangan ibunya  di cium lalu dia beransur pergi ke sekolah. Dengan sebuah senyuman, harinya bermula.

 

  

*******************

 

 

      Rahilah turun dari bas bersama rakan-rakan yang lain. Di langit awan kelabu berkelompok menutupi paras rupa sang matahari. Satu petanda akan turunnya hujan. Suasana sekolah begitu sepi sekali. Apa tidaknya, cuti sekolah hampir tiba dan semestinya menjadi penungguan setiap pelajar di Malaysia. Beg berwarna turquoise  digalasnya masuk barisan kelas. Saat dirinya mula melangkah jalan, Rahilah terhenti  seolah-olah di tarik oleh seseorang atau ‘sesemakhluk’. Dia berpaling ke belakang. Dan kemudian terkesima. ‘Ya Allah!’, hatinya menjerit.

 

 

“ Assalammualaikum, Rahilah”, sambil matanya menatap mata si hawa.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) mcm ni ke anak muda bercinta sekarang? yelah, dulu mana ada handphone kan?

Cerpen-cerpen lain nukilan Nafis_95

Read all stories by Nafis_95