Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Paris bayar zakat

  • 2
  • 26life
  • 11 years ago
  • 11,259
  • FREE

 

Selalunya aku jenis suka menyepi diri. Malas mahu bicara apa-apa dan senyap dalam hidup. Tak banyak yang boleh dibicarakan sebab bila orang tahu , aku akan jadi tak selesa.

Kekurangan diri adalah sesuatu yang wajib. Merendah diri kadang-kala menjadi aktiviti penuh ikhlas. Cerita tentang orang yang tak tentu hala cita-cita. Jauh masa depan kena renung sebab aku tak rasa diri ini cukup telus bila bercerita.

Maka jadilah semuanya separa fiksyen belaka. Atau fiksyen sepenuhnya. Atau kau semua kena tipu secara total.

Kita semua tak tahu bila masa yang kita akan jatuh menyembam bumi, cium tanah, gigit batu. Namun bila bangun kita hanya perasan satu denai kecil, laluan untuk teruskan perjalanan hidup.

Sangkaan kita, itulah sahaja pilihan yang ada. Mungkin ya, mungkin juga kita silap. Macam aku, kalah main mesin lagi hari ini. Cilakak.

Raya keempat ,

Si Paris jadi semakin segak. Baju melayu masih diperagakan, kaca mata hitam tak lepas jadi aksesori. Kocek penuh dengan gumpalan duit raya.

Tahun ini rezeki Si Paris makin menjadi. Semua orang rajin hulur duit raya. Entah apa tangkal mangkuk sekor ini pakai.

Ditengah ruang tamu Si Paris terbaring dengan kaki bersilang. Tangan sentiasa tekup pada kocek seluar baju melayu. Bibir tebal terjuih cuba belajar bersiul. Di sisi adalah juga makcik, ibu serta adik-beradik yang lain. Juga terbaring kepanasan. Hasil dari penangan kuah kacang dan rendang yang tak habis-habis makan.

Si Paris dah mula berangan ‘kereta control’ mampu milik.

“Tengah-tengah panas begini, nampak hebat kalau dapat pegang aiskrim” gurindam Si Paris tak habis-habis.

PON!! PON!!!POOOONNN!!

Pucuk dicita, kayu balak yang datang. Ada penjual aiskrim lalu dan berhenti depan pagar rumah.

“Haaaa!!!!  Orang jual aiskrim…jommmm!!!” Si Paris bingkas bangun dan mengajak adik beradik lain. Ibu dan makcik mengikut sekali. Tekak kalau kena aiskrim masa panas-panas  begini cuacanya, memang terbaik. Gaya urban tengah kampung bila dapat duit raya.

“ Takpe semua. Hari ini Paris belanja semua”  Ini kali pertama. Ulang kembali, kali pertama Si Paris bagi zakat duit raya.

Ibu dan makcik dalam nak seluk-seluk duit dalam baju, sorok balik. Benda datang sekali seumur hidup jer ni kalau Si Paris hendak belanja makan.

Apa lagi, memang laku kali ini jualan si penjual aiskrim. Strategi datang 2-3 hari selepas hari raya mesti diulang lagi tahun depan.

Lima minit berlalu, semua duduk depan pangkin menikmati aiskrim yang Si Paris belanja. Namun, dia rasa sedikit pelik.

Si Paris tenung seorang demi seorang. Tak puas hati, dia tenung lagi.

“Haaih???” pelik rasanya bila menjilat aiskrim yang berharga 30 sen ini. Debaran Si Paris semakin mendalam. Rasa sedikit kecewa pun ada. Hati berbelah bahagi.

Mana tidaknya, sebelah menyebelah semua asyik dengan aiskrim cornetto, aiskrim cawan, mangkuk.

Ibu Si Paris mengekek.

Itulah siapa suruh pelawa nak belanja. Hari itu Si Paris kena ketuk dekat 20 ringgit. Si Paris dapat aiskrim 30 sen sahaja.

 Nasib baik penjual aiskrim itu tak jual sekali Hagen Daaz, kalau tidak mahu hancur lebur impian Si Paris mahu beli ‘kereta control’ mampu milik.

 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Selamat Hari raya 26life!
    banyak ke duit raya? Agak-agak boleh belanja saya sekali makan ais krim??

  • (Penulis)
    2) mari-mari..hahaha

    selamat hari raya jugak.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life