Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Baju

 

 

 

“Yeahhh!”

“Eh, kau pehal?”

“Haha. Ni ha. Awek yang aku jumpa kat wechat tu. Ajak jumpa minggu depan. Kau nak teman aku tak Zulfadhli bin Ariffin?”

“Hekeleh. Tu pun seronok ke. Malas la aku teman kau Khairi bin Jamaluddin. Entah sapa sapa la yang kau nak jumpa ni.”

“Ala kau ni. Tak sporting langsung la.”

“Yang kau pun,nak pegi blind date nak ajak aku dah kenapa?”

“Hehe. Aku segan la Zulfadhli bin Ariffin. Kau betul taknak teman aku?”

“Iye, betul. Kau pegi la sorang.”

“Okay, kalau macam tu kau teman aku pegi beli baju petang ni. Boleh?”

“Nak pegi blind date pun kena beli baju?”

“Awek tu kata, datang pakai baju warna ungu. Aku mana ada baju warna ungu. Jadi kena beli la. Teman aku eh.”

Zulfadhli bin Ariffin membuat muka seposen agar Khairi bin Jamaluddin setuju dengan ajakan dia. Namun di dalam hati Khairi bin Jamaluddin, ingin saja dia menampar muka Zulfadlhi bin Ariffin sehingga sawan. Tetapi disebabkan Zulfadhli bin Ariffin anak yatim, dia terpaksa berdiam diri sahaja.

“Haa. Nak baju ungu kan. Jap aku amik satu baju ni.” Khairi bin jamaluddin bangun dan menuju ke biliknya.

“Sejak bila kau ada baju warna ungu woi. Aku tak pernah Nampak pun kau pakai.” Laung Zulfadhli bin Ariffin dari luar bilik Khairi bin Jamaluddin.

“Aku memang ada pun. Cuma aku tak pernah pakai je.” Balas Khairi bin Jamaluddin dengan laungan yang lebih kuat dari Zulfadhli bin Ariffin.

“Eh dia ni. Kot ye pun tak payah la jerit kuat kuat. Ingat aku pekak ke.” Zulfadhli bin Ariffin bermonolog dalaman.

Hampir enam minit Khairi bin Jamaluddin masuk ke dalam bilik. Setelah 5 minit 37 saat, Khairi bin Jamaluddin pun keluar dari biliknya.

“Haaa. Nah baju warna ungu  yang awek tu nak kau pakai. Lengan panjang siap bunga bunga lagi.”

Khairi bin Jamaluddin menyerahkan baju kepada Zulfadhli bin Ariffin.

“Haha. Terima kasih la Khairi bin Jamaluddin. Kau memang sahabat baik dunia akhirat.”

“Takde hal lah. Kau try la dulu.”

“Oiiii!. Ni baju batik sekolah kau dulu. Gila apa kau nak aku pakai baju batik pegi dating!”

Zulfadhli bin Ariffin membaling baju batik itu ke muka Khairi bin Jamaluddin.

“Haahahahahahahahaha. Padan muka kau.” Khairi bin Jamaluddin ketawa sambil menampar nampar lantai marmar rumahnya. Tangannya merah namun tak diendahkan.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aaa kejamnya dpt kawan macam ni! hahah
  • 2) eh, ok apa baju batik sekolah. smart tu. tuck in sket, baru la nampak ada masa depan

Cerpen-cerpen lain nukilan harith

Read all stories by harith