Misi penting

 

Pada hari Isnin yang lalu, saya telah mengambil keputusan untuk ponteng kerja.

Walaupun ia merupakan satu keputusan yang agak berat dan sukar, saya gagahkan jua. Pagi Isnin itu (pagi yang saya nak ponteng itulah!), saya bangun seperti biasa, bersiap dan memandu kereta ke stesen ERL, menaiki ERL sampai ke Kl Sentral, kemudian naik LRT Putra sampai ke stesen Universiti dan akhirnya sampai ke pejabat saya. Sesudah sampai di pejabat barulah saya teringat!

“eh! Semalam kan aku dah berniat untuk ponteng!! Aduiii!!”

Saya berkata sedemikian sambil menepuk dahi sebanyak dua kali setengah. Tanpa membuang masa, saya terus saja keluar dari pejabat saya dengan berlari. Sejurus selepas meninggalkan pejabat (bilik)saya, saya terserempak dengan bos saya yang nampaknya sedang berjalan ria hendak menuju ke biliknya. Sya buat-buat seperti sedang menjawab telefon. Apabila kami berselisih, tiba-tiba bos saya menahan saya dengan memegang lengan kiri saya.

“eh! Kau nak gi mana ni??”

“saya..er..saya ..”

“sakit perut?”

“emm..a..ah!!”

“tu la…jaga makan sikit..”

Setelah dia melepaskan genggaman tangannya, saya pun terus meneruskan larian untuk keluar dari kawasan tempat kerja saya itu. Pintu pagar utama sudah kelihatan. Ia hanya sepuluh langkah saja lagi. Lima langkah. Dua langkah.

“trut! Trut! Trut!”

Saya angkat telefon dan terkejut.

Bukan telefon aku. Rupa-rupanya ia adalah bunyi deringan telefon pak guard yang sedang bertugas di pagar utama. Pak guard tersebut menjawab panggilan telefonnya dengan suara yang agak lantang. Saya yang terhenti dapat menangkap dengan jelas butir-butir perkataan yang muntah daripada mulut pak guard itu.

“baiklah mak! Petang ni saya balik! Apa? Tak! Tak! Saya jalan kaki je mak! Exercise sikit! Ha hahaha!!”

Sesudah itu, saya meneruskan perjalanan ponteng kerja saya. Saya jalan kaki sampai ke stesen LRt, naik LRT dan turun di stesen Pasar Seni.

“Pasar Seni!”

Ah! Pasar Seni alias central market, CM. Lama sungguh aku tak melepak di situ. Aku teruskan berjalan menuruni anak tangga dan masuk ke dalam CM. Wah! Semuanya hampir tak sama macam dulu! Aku yang terkesima sedikit, terus melangkah sedikit-sedikit. Dulu, waktu zaman aku sekolah dulu, CM ni tempat aku melepak dan jalan-jalan cari idea. Masa tu, KL ialah kawasan CM, Puduraya, Kotaraya, Pertama kompleks, Sogo, dan sekitarnya saja. Bagi akulah. Sebab bukit Bintang aku malas nak pegi. Sesak dan ramai orang asing.

Seterusnya aku keluar dari CM dan membelok di deret McD yang setentang dengan pintu tepi CM. Sekali lagi aku tersentak. Sudah jadi kampung Myanmar, Nepal, Bangladesh!! Seram sejuk aku dibuatnya! Siap ada gerai jual sireh kelolaan Myanmar. Berderet! Apa nak jadi KL ni? Itu yang aku jeritkan di dalam hati. Dengan tak semena-mena salah seorang mat Myanmar jual sireh tu ‘approach’ aku.

“bang, mari makan sireh..sireh!!”

Cis! Menyirap darah aku.

“pandai jugak kau cakap melayu ye!!”

Itu yang aku jawab sambil terus berlalu. Aku sampai di sebuah kedai sangat sering aku lawati zaman 90-an dulu. Kedai Muzik Woh Fatt. Seperti biasa aku tengok-tengok saja. Sampai sekarang, aku masih belum mampu nak beli gitar yang elok. Dulu, aku beli gitar kapok je. Dekat 20 tahun aku pakai. Sampai meletup, pecah. Ha ha! Aku tergelak dalam usus.

Selepas itu, aku rasa macam nak melintas jalan. Aku pun tengok kiri kanan, lapang! Teruslah melintas!

“pon! Pon!! Pooon!!! Sebijik lori askar yang entah datang dari mana terus berlalu melintas betul-betul lima inci dari aku. Akibatnya kaki kananku digilis! Selepas beberapa saat barulah aku merasakan kesakitan yang amat sangat di seluruh kaki kanan.

“ARRRRGGGGGHHHHHHH!!!!!!duiii!!!!!”

Aku bangun dari katil dan terus kencing. Yeah!! Nampaknya aku berjaya ponteng kerja hari ini.  

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Mula2 memang pakai ganti diri Saya, lepas tu memang pakai ganti Aku. Huhu!!
  • 2) Aku naik bas dan turun dekat Bank Muamalat. Jalan kaki ke Kotaraya lalu Starbuck dan naik tingkat berapa aku dah lupa. Bila keluar lif aku pun menjadi orang Jepun.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa