Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

imaginari; 24/4/2014

 

You light the fire up, and it's right in front of me.

Aku suka lagu Kina Grannis. Terutamanya lagu-lagu untuk album barunya, Elements. Mungkin sebab lagu-lagu barunya mengingatkan aku bahawa aku tak perlu terer dram untuk merakam lagu. Pakai mouth percussion dan bergendang-gendang pada tempat keras dah memadai.

Jadi aku membuat keputusan untuk arrange lagu sebaik sampai bilik nanti. Langit kat luar dah menampakkan tanda-tanda nak hujan - the heavy downpour kind. Aku pack barang aku yang berterabur di atas desk peribadi di bilik bacaan library lima tingkat ni. Student foreigner berambut afro yang duduk di desk di hadapan aku dah letak pensil dan layan iPad dia. Dari tadi aku teringin nak sentuh rambut dia.

Aku selalu bawa dua beg sejak kebelakangan ni. Satu rucksack yang aku galas di belakang untuk simpan buku dan notepad free dari University of Reading. Satu lagi beg laptop yang aku sandang. Satu-satunya benda yang aku tak pack masuk kedua-dua beg ni adalah sekuntum bunga kemboja putih yang aku pungut dari bawah pokok kemboja di luar library.

Aku rasa aku mereng sikit sebab bunga cantik macam tu pun boleh buat aku senyum. Aduh, cantik kot.

Guntur dah berguntur apabila aku keluar menyusuri jalan fakulti Geoinformatik. Semua orang berlari mencari shelter takut tiba-tiba hujan. Aku? Aku jalan dengan perlahan, satu langkah demi satu langkah sambil pegang bunga.

Sambil itu, aku menyusuri memori comel yang bernah berlangsung kat bangunan fakulti itu. Tempat lama ATM mesin bertapak. Tahun-tahun lepas aku pernah dimalukan di ATM machine tersebut. Jejaka romantik punya pasal, aku hilang macho pada hari itu.

"Yang you obses kat bunga kemboja ni apasal?" Tak perlu intro lah - jejaka berambut Korea, berkulit kuning langsat, berbaju t-shirt fitted hitam kosong dan berseluar skinny seasoned berjalan mengiring aku.

"Salah?" Aku balas balik.

Dia cuma gelak. Sebelah tangan memeluk lengan aku dan sebelah tangan masuk poket. "You look happier these days. Mamat haritu mula pay attention kat you, eh?"

"Eh," aku mengeluh. "Aku dah give up nak cuba get noticed by him. Peduli dia lah. Kot-kot hati dia dah ada orang ambik."

"Hmm," balasnya. "Cari lain lah."

"Malaslah. You set a standard too high."

"I'm flattered," dia senyum, kena puji. "Tapi alah, carilah sorang kalau boleh. Nanti you bosan kat sini."

Aku menggeleng. "I tak ada rasa nak mencari la. I know, I miss being infatuated with someone - it's the best feeling one could ever have. Tapi, I tak nak paksa that kind of feelings, you know?"

"Sure, sebab you infatuated dengan I," guraunya.

"Heh, I am not."

Dia buat-buat terkejut. Pondan! "You're not? Who are you and what have you done to Sarrah?"

"Shut up," tegas aku. "You're not infatuated with me, tapi ada I sindir you?"

"Jadi?"

Aku senyum kat dia. "Sure, I rindu you every now and then. Tapi tak ada la sampai aku meronta-ronta nak you datang kat I. Tak ada rasa macam tu."

Dia tersenyum balik. Semacam bangga. Dia atur reben kat atas kepala aku. "Gadis bernombor tiga. Proud of you."

Kami terus berjalan sambil bernyanyi-nyanyi lagu Kina Grannis - aku je yang menyanyi, dia cuma buat suara harmoni. Aku bagitau dia lagi In Your Arms sangat mengingatkan aku dengan dia, tapi bukan jenis memori yang depressing. Jenis memori yang indah.

Macam biasa, dia pimpin aku waktu melintas jalan. Ah, sekarang, masa untuk makan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) i just love your writing. i really do.

    eks-ouh-eks-ouh.

  • (Penulis)
    2) @uculer, did you feel my nostrils tensing next to you
  • 3) no. i am too busy getting sync-ing our heart beats.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg