Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
HAKIKAT SEKADARNYA….
PROLOG
Aku berdiri sepi di tengah tengah majlis, memandang keayuan wajah dia yang tidak pernah membuat aku rasa tenteram….. keayuannyer semakin terserlah dengan persalinan bewarna putih ratu sehari selayak mendampingi raja sehari….sesuai dengan nama dia sendiri…. Ayu……
5 tahun, aku mengharungi hidup dengannya di sisi, melalui segala jenis dugaan dan tugasan…. Sesungguhnya, perasaan aku terhadap Ayu sangat mendalam…. Setulus dan sesuci embun pagi …. Dia mendengar segala jerit perih yang aku lalui , dalam usaha ku untuk membina kehidupan dan ekonomi yang lebih baik...dia penawar segala duka ku…. dia sentiasa di sisi ku di saat ku memerlukan….
Namun hakikatnya….. aku disini sekadar menghadiri….satu majlis ikatan perkahwinan antara cinta hati ku, dengan seorang jejaka tampan dan budiman….yang pastinya bukan aku……
Hakikatnya, sepanjang 5 tahun aku dan ayu berkerja sama, tidak sekali pernah aku meluahkan rasa hati…. Tidak pernah sekali pun aku melafaskan rasa cinta dan jauh sekali untuk kami bercinta…. Hakikatnya , dia adalah pembantu aku di tempat kerja…..
Hakikatnya, dia tidak mungkin jadi milik aku, kerna…….
CERITANYA
Lima tahun sudah, Ayu muncul di pejabatku sebagai pekerja baru, yang mana dia menjadi salah seorang kakitangan yang membantu aku menjalankan perniagaan. Dedikasi dan komitmen Ayu memang tidak berbelah bahagi…
Dan hati aku terpaut sejak awal pertemuan lagi…. Namun aku berusaha keras menafikan perasaan itu…. Setahun berlalu tanpa sebarang hubungan rapat…. “Strictly work” malahan aku sentiasa mengelak untuk keluar makan tengah hari demi untuk tidak pergi keluar makan bersama…. Kerana aku takut perasaan aku ini akan semakin berkembang….. sesungguhnya aku sangat tidak memerlukan perasaan ini ketika itu
Di tahun kedua, dengan perkembangan pernigaaan yang pesat, tugasan kami menjadi lebih sukar, dan aku tidak dapat mengelak terpaksa selalu bersama… dari berkumpulan sehingga hanya berdua…. Tapi aku terus menerus menjaga batas, semakin rapat tetapi sekadar kawan berkerja…dan terus menerus berlalu sehingga tahun kelima…. Saban tahun, keakraban kami membuat hati ku semakin layu….dia menjadi tunjang kekuatan ku…sentiasa sedia mendengar dan membantu...namun hingga saat ini , tidak pernah sekali pun aku melafaskan isi hati…..sehingga tibanya hari itu
Dia menghulurkan sekeping borang permohonan cuti, dengan jelas tertera permohonan itu adalah untuk cuti berkahwin….. terasa dunia ini gelap seketika…. Hati ku terluka ketika pena ku turun ke atas borang permohonan untuk memberi kebenaran cuti panjang….. tak dapat aku luahkan betapa beratnya perasaan ku ketika itu….. dan u luahkan isi hati ku dengan sekadar sepotong ayat ringkas, “Tahniah dan semoga bahagia selamnya”….
EPILOG
Hakikatnya, aku telah 10 tahun hidup berumah tangga, mengahwini Isteri ku yang baik budi pekerti, dan tiada cacat cela…. Sepanjang 10 tahun perkahwinan ianya sempurna dan cukup bahagia… tiada alasan untuk ku mengina perjanjian perkahwinan yang termeterai 10 tahun dahulu…mana mungkin aku melukakan hati isteri ku….
Hakikatnya, aku bukan lelaki yang sempurna, aku akui, aku memang jahat, hina dan keji, untuk mencintai wanita lain selain isteri ku…. dan selama itu aku memendam rasa dan berusaha keras untuk tidak langsung cuba untuk medampingi, malah jauh dari cuba memiliki Ayu… aku berusaha mengenalkan ayu kepada seorang sahabat yang aku kenali hati budi , sehingga tertaut cinta yang mendalam antara mereka, apa yang aku inginkan hanya untuk Ayu bahagia dan tidak bersamaku….
Dan hari ini, di dalam luka ku…aku bersyukur, walau aku curang dari segi emosi, tidak pernah sekali aku melampaui batas…perkahwinan ku kekal bahagia, tidak sekali isteri ku tahu akan perasaan hati ini…. Kerana sepanjang lima tahun derita hati ku ini, ku curahkan kasih sayang dan kebahagiaan seluas alam semesta untuk isteri ku… tanggungjawab ku untuk membahagiakan isteri ku, keinginan ku untuk melihat ayu menikmati bahagia yang sama walau bukan dengan ku…. ini pengorbanan ku , untuk dua wanita yang ku cintai…. Semoga ayu berbahagia dan aku akan menjaga isteri ku sepenuh jiwa raga dan kasih sayang selagi hayat ku di kandung badan
Cuma satuk detik hati ku…. pernah kah ayu mengerti, akan perasaan sebenar ku ini ???
Dan akan kuburi perasaan ini untuk diriku selamnya….dan selamnya ini semua sekadar satu rahsia…..