Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Encik Subatron mahu ke pesta

 

Subatron telah menerima satu panggilan telefon pada suatu pagi di awal bulan april yang suam.

Ketika itu beliau sedang bersiap-siap untuk ke satu majlis lagha yang dianjurkan oleh Persatuan Jantan Tak Guna dikampungnya. Subatron sedang menyikat misainya ke arah bawah tatkala deringan telefon bimbit jenama pisangnya berbunyi. Akibat tersentak beliau telah tersikat misai dengan kuat sekali!

Ini menyebabkan sikat tersebut patah dan menghasilkan satu bucu tajam. Bucu yang tajam tersebut masuk mengenai ruang dalam lubang hidung sebelah kanan Subatron. Mujurlah tepat-tepat diruangan lubang tersebut terdapat sebiji jerawat masak yang sudah merening. Merening maksudnya  sudah hampir-hampir hendak meletus. Sama seperti gunung berapi Vesuvius yang mahu meleburkan Pompeii.

“pus!”

Jerawat tersebut meledak melimpahkan minyak dan nanah berdarah meleleh ke atas permukaan misai.

“Aduyaiyaipadayapaitaikutaiadipom!”

Subatron menjerit. Beliau berasa marah dan terkejut. Jeritannya sangat panjang dan kuat. Jikalau ada seekor hantu langsuir yang sedang kencing ditandas sekitar Subatron, pasti tentu langsuir tersebut akan tersentak dan akan diserang penyakit batu karang juga lemah jantung peringkat tenat Zon 2 sesi 2015/16 !

Akibat daripada itu misai Subatron telah menjadi kotor.

Beliau menjadi semakin geram kerana jam telah menunjukkan waktu acara joget lunggok untuk pesta lagha telah tiba. Dengan segera Subatron menjawab panggilan telefon yang telah mencacatkan kesucian misainya itu.

“Hello!”

“Encik Subatron ke?”

“Ya..saya..”

“ Tahniah! Isteri encik telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki..”

Subatron menjadi kaku dan mengeras. Sikat ditangannya terjatuh ke lantai. Nanah dimisainya sudah mulai mengering. Langsuir yang sedang menggunakan tandas ketawa dan terbang ke atas pokok di belakang rumah Subatron.

“hiii..hiii..hiiii…hiiiiiiiiii…..Subatron nak jadi bapak, tapi masih nak pegi pesta joget dan lagha! Hiii hii hii!!”

Sindiran si langsuir menyedarkan Subatron dari kealpaannya. Beliau segera menaiki motor C70 dan bergegas ke rumah bidan Lijah. Tempat dimana isteri dan anaknya yang baru dilahirkan sedang menunggu.

Selepas itu, langsuir kembali ke tandas untuk menarik cistern. Dia terlupa tadi.

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa