TEPUK BATANG AISKRIM (INILAH HARINYA AKU MENDAPAT SEORANG MUSUH KETAT)

 

"Satu game. Siapa menang, dia dapat King yang kalah." Aku letak syarat.

Suri angguk. Budak sekolah petang yang tidak asing dalam dunia penepukan batang aiskrim.

"Kau tengoklah apa aku akan buat dengan King kau bila kau kalah kejap lagi." Suri tersengih jahat.

Suasana di kantin makin hangat. Ramai yang mula mengerumun. Liyana yang tadi asyik menjamah burger juga terhenti, dia memandang aku tajam dan mengisyarat:

Kau mesti menang! Maruah sekolah ni berada di tangan kau!

Aku balas pandang dia. Ketap bibir dan angguk.

"Come on, Reza. Kasi menang. Berlagak sangat tadi dia ni. Kau ajar dia biar dia check-in gua tak keluar-keluar dah!" Zul hadir di sebelah.

Aku dan Suri sediakan King masing-masing. Peluh dingin mula terbit. "Baiklah, biar aku jalan dulu.." 

PAP!

Tepukan pertama melentingkan King ke posisi yang aku mahu. Menghampiri secara strategik kedudukan King milik Suri.

Sorak sorai kian bergema. Kata sokong dan nista saling berbalas. Namun, tiada satu pun singgah di telinga. Aku terlalu fokus pada perlawanan. Tanpa aku sedar, inilah harinya aku mendapat seorang musuh ketat!


----
 

KRINGG!!

Loceng jam 10 berbunyi. Suasana yang tadinya merupakan sebuah sekolah segera bertukar. Deretan askar kecil keluar kelas sebelum bercempera. Kini keadaan dah tak ubah seperti pusat rekreasi kanak-kanak.

Ada ke taman bermain kejar-kejar. Ada ke wakaf membuka bekal. Begitu juga yang ke koperasi membeli keperluan. Sekarang tengah musim main tindih pemadam. Maka objek putih empat segi tu jadi komoditi hangat. Terutama yang ada gambar bendera negara-negara.

“Zul! Laju semacam je.” Tegur aku pada seorang kawan sewaktu menuju ke kantin. Zul tunjuk seberkas batang aiskrim di tangan. Aku segera faham.

“Kau lawan siapa hari ni?”

“Suri.. dia budak petang.” Jawab Zul sedikit tegang. “Semalam dia bakar-bakar aku ajak lawan. Poyo gila.”

Aku sengih mendengar. Zul memang begini. Asal kena cabar sikit bengkaklah hati. Asal kena bakar sikit, berasaplah jiwa. 

“Kira champion sekolah kita lawan champion sekolah petang ke macam mana ni?” Aku jack sikit. Zul gelak.

“Belah la. Aku champion pasal kau tak mau main hari tu. Boleh la aku cari makan. Cuba kalau kau ada?” Ujar Zul sebelum minta diri dan berlalu. 

Selain tindih pemadam, tepuk batang aiskrim ini pun tengah trending. Mana ada lantai kosong, adalah sekumpulan murid bersila terbongkok-bongkok. Permainannya mudah. Dua pemain saling menepuk batang milik mereka. 

Tepuk! Tepuk! Batang siapa kena tindih dia kalah. Tepuk! Tepuk! Haaa... tepuk batang aiskrim, bai. Bukan batang lain.

Zul pula memang jenis taksub dalam apa saja bidang yang dia ceburi. Minat main batang aiskrim habis dia tapau semua yang lain. Minat dengan pasukan Liverpool pun habis dia tapau. Dia tapau orang yang kutuk pasukan dia.

Disebabkan radiasi tepuk lantai yang terhasil waktu bermain selalunya melebihi kadar microsievert per jam yang dibenarkan, aku dan Zul selalu kena pangkah dengan ketua kelas.

“Bisinglahh! Nak main dekat luarlah! Tu, dekat tempat pengumpulan sampah bersepadu tu ke.” Pernah sekali ketua kelas, Liyana Edlina ni marah kita orang sambil acah-acah lawak.  

“Pusat pengumpulan sampah bersepadu yaa..” Aku baru aje nak bangun pergi ikat tocang dia dekat kipas. Lepas tu ambil kotak pensil dia baling keluar tingkap.

“Reza.. Reza. Sabar Za. Jangan macam ni. Dia cuma buat kerja dia. Za, please. Kau kena faham kedudukan dia.” Pujuk Zul. Mujur Liyana ni ada tempat di hati Zul. Kalau tak, alamatnya aku dah kurung dalam almari belakang kelas tu.

Sampai di kantin, aku beratur di barisan yang menjual keropok. Sebatang kayu aiskrim aku keluarkan dari kocek. 

“Bang, lawa bang King abang.” Tegur seorang budak junior yang beratur di barisan nasi lemak.

Aku senyum bangga.

King adalah batang aiskrim yang digunakan untuk berlawan. Dalam perlawanan biasa, bila sesuatu King kalah kepada lawan, pemain perlu serahkan sebatang kayu aiskrim lain sebagai ganti. Jadi tak hairanlah kalau seorang pemain tegar dilihat berjalan bersama seberkas batang aiskrim di tangan, macam Zul tadi.

Tapi dalam perlawanan yang lebih serius, pemain boleh putuskan untuk berlawan secara Battle Royale. Siapa kalah, Kingnya perlu diserah! Terpulang pada pemenang sama adanak gunakan King tu semula atau selitkan dalam buku setem Book of Shame!

Aku belek King di tangan. Batang leper berkenaan bukan lagi kayu aiskrim biasa. Aku dah kemaskan permukaan dengan kertas pasir gred 40. Kasi licin dan ringan. Diukir cantik-cantik. Kemudian dililin permukaan untuk ketahanan lalu diberi nama “Aboogit,” sempena nama jurus agung karektor permainan konsol kegemaran.

Bukan aku yang memilih King. Tetapi King ini yang pilih aku.
Aku pejam mata mengenang saat aku terpijak batang aiskrim ni masa balik sekolah minggu lepas. Nostalgik!

King si Zul pulak lagilah. Nama aje pun dah Taming Sari. Kalau aku punya setakat disagat kertas pasir, Zul punya siap bersepuh emas. Dia warna pakai pen dakwat yang mahal tu. Standard aku, tak mampu belilah!

Sesuai dengan championnya, sesuailah dengan takzub Zul pada Taming Sarinya!

“Reza! Reza!”

Tiba-tiba bahu aku digoncang. Aku menoleh.

“Zul?! Wei, apahal ni?” Kaget aku tengok riak Zul cuak semacam.
“Kau kena balas dendam untuk akuReza. Teruk aku kena tapau ni. Habis separuh batang aiskrim aku kena bagi dia.”
“Suri tapau kau?” Menyala amarah aku dengar kawan kena buli. Zul angguk pasrah.

Demi seorang kawan, “Ini tak boleh jadi. Ayuh!”

----

“Haaa.. ada lagi? Aku ingat sekolah ni dah tak ada pencabar lain dah. Yelah, yang mengaku juara pun dah bungkus baikk punya. Setakat entah rangking ke berapa ni, apalah sangat.” Suri menombak ego sebelum sempat aku sentak batang hikmat dari poket. Kejung kejap tangan ni untuk beraksi.

Aku kibas-kibas pasir sebelum menurunkan punggung dan sila.

Selepas menetapkan syarat-syarat, perlawanan pun bermula. Taruhannya bukan kecil. Ini adalah Battle Royale. Tewas bermakna King akan disambar. Kalah maka maruah akan tercalar!

Aku tiada pilihan itu!

“Go Reza, Go! Main betul-betul. Jangan kalah woi!” Zul menjerit-jerit di sebelah. Histeris.

“You boleh Reza! Come on! Kalau menang ni, I janji akan beri sokongan penuh untuk you training dekat dalam kelas!” Liyana pula menambah.

Batang-batang aiskrim saling melayang. Tepukan berkemahiran tinggi bertukar ganti. Kadang menidakkan fizik. Kadang menterbalikkan logik. Setiap giliran perlawanan semakin sengit. King saling mencari kedudukan. Menyasar lawan untuk dibaham. 

Aku melihat peluang terbaik untuk aku menang.

PAP!

Lantunan batang aiskrim aku memaku penuh debar mata-mata yang menonton. Teroleng melayang penuh harapan. Lantas mendarat dengan bergaya di sebelah King milik Suri.

WHATT?!

Tak tindih! Dia jatuh betul-betul sebelah King milik Suri. Peluang terbuka untuk pemain lawan! Tubuh aku mengeras!

Dengan tepukan tipis, Suri berjaya mengangkat batangnya menindih batang aiskrim yang aku gunakan.

BEDEBAHHH!!

“Yeaaahhhhh! Aku menang lagiii!!” Lonjak Suri penuh ekstatik. Aku terpaku penuh tragik!

Ketika aku ingat keadaan tidak akan menjadi lebih buruk, Suri dengan penuh lagaknya merampas King yang ditindih tadi.

“Sorrylah. Aku tak ingin nak guna atau simpan King sampah macam ni dalam book of shame aku.”

KRAP KRUP KRAP! PIUNGGG!

Luluh hati aku melihat King yang aku gunakan tadi kini telah musnah dimamah kedurjaan Suri. Aku terduduk. Hiba.

Di sebelah, aku lihat keadaan Zul lebih teruk lagi. Matanya terbeliak buntang tidak percaya, mulutnya menguak tapi tiada bicara.

“Err.. Zul... kau okey?”

“Taming Sari aku... T–Ta–Taming Sari aku...” Antara dengar atau tidak rintihan itu datang dari Zul.

“BADIGOOOLLLL!! YANG PERGI MAIN TADI PAKAI KING AKU APASALL.. BAGHALL!!” Seluruh kantin sehingga ke koperasi hingar seakan dilanda todak.

AKU TAKKAN MAAFKAN KAU, SETANN!! KAU BUKAN KAWAN AKU LAGI.. AAARGGHHHH!!!!

Carutan dari Zul berlarutan dan bergema dalam kepala sepanjang hari. Aku pasrah. Inilah harinya aku mendapat seorang musuh ketat.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha kemunculan Caha!

  • (Penulis)
    2) Haha. Hello twentysix!
    Ini sebenarnya karya zaman PCB#4: Sukan / Permainan. Tapi zaman tu tak sempat habiskan. Setelah 5 tahun.. my oh my
  • 3) dapat rasa saspen dan nostalgiknya... (tengah buat mental note untuk kumpul batang aiskrim dari sekarang supaya dapat ajar anak main satu hari nanti)

  • (Penulis)
    4) Hello val! Lama tak dengar khabar. Anak age berapa dah? 7 tahun dulu kita futsal dekat PJ lagi. Haha.
  • 5) Rindunya. %uD83D%uDE06
  • 6) Lamanya tak masuk Kapa sampaikan emotikon pun tak menjadi. Haha.
  • 7) ssh payah aku login semata-mata nk komen. seb baik Chrome ada remember pwd or else jenuh aku nk perah otak. berpuluh tahun tak login sini. hahahaaa.. cerpen ni menghiburkan aku. tahniah.. (liyana tgh mkn burger ye? perli ke apa nih..)
  • 8) hahah dapat rasa dia punya saspen tu. takpe caha, kalau simpan 5 tahun boleh hilangkan rindu kami.

  • (Penulis)
    9) Hai WallaWalla. Nak 2 paket perisa smoke smoke BBQ dan spice spice baby ya! Kenangan sangat nampak nick ni

    Pinky: Ibu berpantang apa khabar? Eh ke dah habis berpantang. Ha Ha. No no, Liyana tu bukan sebab nak burgerkan Ilyana. Bukan bukan. Hehe.

    Uculer: Hai hai Uculer! Masih peminat iced chocolata-apa-tah di dunkins?

    Mixed emotion betullahkan bila berkomunikasi semula di sini..
  • 10) lama dah kita semua tak berkomunikasi kot. asyik sunyi je. dia punya sunyi tu pulak berganda-ganda.
  • 11) Awak jangan nak bahan nick WallaWalla ni. Karang ada yang tabur umpan dan bahan macam dalam iklan dia karang. Kakaka. Kenangan lalu mengusik jiwa~ Weewuuu~
  • 12) wah caah buat comeback la!

    tak pernah dengar main tindih pemadam tu, macam mana ek?
  • 13) alamak salah eja daa...

    sori..caha jadi caah
  • 14) wah, not bad Caha. Sangat terinspirasi untuk buat comeback setelah membaca http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/3294-insolvensi-hati-2 nampaknya. eh, ye ke?

    dulu tak penah main tepuk batang ais krim. main getah dgn batu seremban ada lah.
  • 15) awak, saya tukar tajuk cerita la.
  • 16) eh, boleh komen! haha. gila lama tak log in sini. mimpi apa ntah.

  • (Penulis)
    17) kaksal: ni namanya kentut-kentut akhir

    cika: kenapakah bertukar tajuk, seswatuh! hehe

    keroppi: kan. kita semua akhir-akhir ini kerap bermimpi. dan mimpi itu adalah mengomen di kapasitor!
  • 18) yeah Cahatoming Suci! lama tak dengar bro!
  • 19) hahahahaha. gila, ini thrill sangat ni.

Cerpen-cerpen lain nukilan cahatomic

Read all stories by cahatomic