Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Antara Hati

  • 12
  • syud
  • 17 years ago
  • 10,297
  • FREE

 

Mataku tertancap pada skrin laptop. Profil friendster milikku kutatap puas. Jari jemariku ligat menolak cursor. Sebaik sahaja cursor tersebut menyentuh sebuah nama, aku menekan klik.


"Afi..." aku hanya memandang satu persatu gambar dihadapan mataku. Gambar Afi segak berbaju biru dan berhari raya diperantauan dengan rakan-rakan barunya. Dibawah pohon sakura di negara matahari terbit itu, Afi kelihatan ceria.

Mohd Hanafi Zakaria. Orangnya memang nakal, selalu cari pasal dan buat aku sakit hati tapi yang menariknya, dia tak pernah gagal buat aku tersenyum. Dua tahun berada dalam kelas yang sama buat aku kenal hati budinya.

Kami selalu bergaduh dalam kelas tapi kadang-kala boleh ‘ngam’ juga. Perkara yang paling kukagumi tentang Afi- dia genius!

Tamat sekolah menengah, aku dan Afi terputus hubungan hinggalah ketika keputusan SPM keluar. Afi melambaikan tangan memanggilku. Terkocoh-kocoh aku berlari dengan kurung orenku.

"Kau dapat berapa?." "8A" aku menjawab ringkas. Afi cuma tersengih. "Yang kau pula, tersengih-sengih, dapat berapa?." "Tak banyak...10 je." Aku mencebik. Tak banyak, 10 je.. teruk! Dia dapat semua A!!!!

Afi mengambil nombor telefonku dan itu adalah kali terakhir kami bersua. Sementara menunggu panggilan matrikulasi, aku bekerja disebuah gerai makan. Afi pula ketika itu sedang sibuk dengan persediaan pra-universiti. Bakal juruteralah katakan!

 

* * * * * *

 

 

Sedang sibuk mengambil pesanan, handphoneku berbunyi. ‛1 message received’. Aku membuka mesej tersebut.

Auni, aku nak bertunang hujung minggu ni.Aku tahu ahad ni birthday ko tapi ble tak ko datang sini?- Afi’

Aku ketawa.Afi memang nak kena.Bertunang konon.Aku membalas sms tersebut dengan ucapan tahniah! 5 minit kemudian Afi menelefonku tapi cepat-cepat aku memintas.Banyak pelanggan!

Habis kerja,tangaku ligat menelefon Afi. Beria-ia dia bercerita mengenai pertunangan paksa tersebut. Lerr..mak mamat ni pun satu.Sekarang bukan zaman dulu-dulu.Ingatkan kahwin je ada kahwin paksa. Tunang pun? Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Di akhir perbualan, Afi ketawa girang. Dah agak dah,terkena lagi aku! Afi..Afi...

* * * * *

 

Tiga bulan terakhir sebelum Afi berangkat ke Jepun, Afi semakin rajin menghubungiku. Boleh dikatakan setiap malam, hariku berakhir dengan panggilannya. Ada-ada je cerita yang ingin dikongsinya denganku, pasal awek dia, kakak farmasi dan kehidupannya. Kadang-kadang kami menyanyi berdua kala jam mencecah 3 pagi!

Afi jadi tempat aku mengadu. Walaupun jauh, walaupun aku tak melihat wajahnya tapi perhatian dari dia saja cukup untuk buat aku bahagia. Afi kawan terbaik pernah aku miliki!

* * * * * *

Semenjak Afi berada di Jepun. Kami semakin jarang berhubung. Hanya email, friendster dan yahoo messenger menjadi penyelamat.

Pernah satu ketika,aku berperang besar dengan Afi. Semuanya gara-gara dia jarang menghubungiku. Balik-balik aku je yang kena! Getus hatiku. Aku keliru.. Entah..sejak bila perasaanku berubah. Aku rindukan Afi. Hidup tanpanya buat aku jadi serba tak kena. Ana, roomateku menegur. Katanya, mungkin dalam diam, aku jatuh cinta pada Afi.

Puas aku menafikan. Tak mungkin! Aku dan Afi hanya kawan karib. Tak lebih dari itu..tapi makin kuat aku menafikan makin kuat hatiku mengiyakan. Akhirnya.. aku akur... aku memang cintakan dia.

Rajukku tak lama..sungguh...aku terlalu sayangkan Afi.. walaupun Afi bukan milikku tapi aku gagal melupakannya....

* * * * * *

 

5 tahun kemudian....

"Auni,kejaplah.Jangalah lari-lari.Aku penatlah kejar." Amirul tunduk memegang lututnya. Nafasnya tercungap-cungap. "Afi dah sampailah.Nanti kita terlambat pula."Aku menarik tangan Amirul dan terus berlari meredah orang ramai.Aku memerhatikan sekeliling. Mengerutkan mulutku dan memandang Amirul kembali. Amirul mengangkat tangan tanda menyerah. "Aku dah tak larat nak lari dah cik Auni oiii..call arr Afi tu.Suruh dia carik kita." Aku mengeluh.

Bengonglah si lonjong ni.Orang tu baru balik oversea.Nak call nombor apa?. Aku merenung balai ketibaan, tiba-tiba jantungku berhenti berdegup buat seketika. Afi kelihatan kemas dengan jaket kulit hitam,wajahnya tak jauh berubah tapi mamat tu dah gemuk sikit.Disisinya kelihatan emak dan abahnya serta seorang gadis berkulit cerah. "Mungkin tu kot awek dia." Aku separuh berbisik. Aku berjalan ke arah mereka. "Hai, Afi." Afi tersenyum dan melambaiku. Setelah bersalaman dengan mereka, aku menarik Amirul. "Kenalkan, ni tunang saya, Amirul Hakim."

 

Tunang? Bila masa aku jadi tunang dia? Amirul tersengih. Afi menghulurkan tangan dan mereka berjabat tangan.

 

* * * * * *

Auni hanya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang dari KLIA ke Shah Alam. Sampai di kampus, Amirul bertanya. "Auni, kau ok ke?." "Hm..." Auni Cuma menganggukkan kepalanya. Wajahnya sugul tapi kemudian dia tersenyum. Dia memandang ke arah Amirul. "Sekurang-kurangnya dia dah balik. Kan Mirul?."

Amirul cuma mengangguk. Auni Nadia terlalu sayangkan Hanafi, dari awal perkenalan, nama Afi tak pernah lekang dari bibirnya.

Semenjak Afi kembali ke Malaysia, Auni semakin ceria. Ada je cerita tentang Afi disampaikan pada Amirul. Amirul cuma mendengar. Dia mahu Auni gembira.

* * * * * *

 

"Aku tak tau pulak kau dah bertunang." Afi memandang ke arahku. Aku tersengih. "Kau ni gilalah Afi, aku U pun tak habis lagi.Bertunang...aku main-main jelah hari tu." Aku ketawa. Pantas Afi mencubit lenganku. "Sakitlah!." Aku meniup-niup bahuku.Serentak dengan itu kakinya kupijak. Afi menjerit. "Padan muka!." Afi bertambah geram. Dia mengejarku. Aku berlari dan ketawa memerhatikan gelagatnya.

Penat berlari, kami duduk disebuah bangku. Afi menolak bahuku. "Apa?." Aku memandangnya. "Amirul tu siapa?." "Bf." Selamba aku menjawab. "Oooo..dah ada bf tak bagitahu aku.Takpe-takpe." Afi memandang ke arah lain.Ceh, merajuk konon. Aku tersenyum. "Ala bucuk-bucuk. Tu pon nak merajuk. Betullah bf.. ‘kawan lelaki’. Bukan bf?." Aku mengenyitkan mataku. Kami sama-sama ketawa.

 

* * * * * *

 

 

Auni duduk membaca dihadapan library sambil mendengar mp3. Tiba-tiba bahunya ditolak. Auni terkejut dan menoleh. Lerr..mamat ni. Amirul melabuhkan punggungnya dan menekan off button pada mp3 milik Auni. Auni mendengus geram. "Hee..nak apa?. Kacau orang je." "Kacau? Ooo..mentang-mentanglah Afi dah balik..sekarang sombong ek." Auni tersengih. Ala..ni lagi sorang kuat merajuk.Ngade-ngade! "Tak adalah.. ye..ada apa encik Amirul yang kachak, ensem lagi bergaya?." Amirul tersenyum.

Tangan Auni segera ditariknya. "Jom pergi minum." Auni menumbuk bahu Amirul. "Busuk! Kot ye pun kasilah aku kemas barang aku dulu." Amirul menggaru-garu kepalanya sambil tersengih sementara Auni mengemas. Mereka berjalan beriringan ke kafe.Tiba-tiba sebuah Honda Civic berhenti, Afi melambai.

"Alamak Mirul..Afi dah datanglah.kita minum lain kali jelah okey. Aku blah dulu ye.Bye." Amirul hanya tersenyum dan mengeluh bila kelibat mereka hilang dari pandangan.

* * * * * *

 

"Aku nak kau hilang dari hidup Auni!." Afi mendongak. Wajah serius Amirul dipandangnya. "Tapi kenapa?." Amirul menghirup Nescafe panas perlahan. "Tanya diri kau sendiri Afi.Kenapa kau beri dia harapan sedangkan kau dah ada yang lain?." Afi memandang Amirul. Penuh tanda tanya. "Aku tak faham, apa maksud kau? Aku dengan Auni dah lama berkawan."

"Auni sukakan kau Afi! Dia sentiasa ingat kau, ada disamping kau waktu kau perlukan dia..tapi aku tahu..kau selalu lukakan hati dia." Auni sukakan aku? Afi tersenyum. Sejak dia balik ke Malaysia, memang hubungan mereka semakin rapat. Diam-diam, hatinya asyik memikirkan Auni. Huda, tunangnya semakin jauh dari dirinya.

"Tolong..jauhkan diri kau dari Auni.Please..." Amirul merayu sebelum berlalu pergi.

* * * * * *

 

"Amirul!!." Aku menjerit. Air mataku tumpah. Aku seakan tidak percaya bila Amirul meluru ke arah kami ketika aku dan Afi sedang duduk ditepi padang. Mereka bertumbuk dan aku terpempam.

Amirul berhenti bertumbuk begitu juga Afi. Air mataku tumpah lagi. Aku tunduk dan mengetap bibir. "Cukup..berhenti bergaduh." Aku berpaling dan mula melangkah pergi.

Langkahku terhenti bila kurasakan tanganku dicapai oleh seseorang. Amirul memandangku sugul, pipinya sedikit bengkak. "Auni, aku minta maaf." "Kenapa? Kenapa kau buat semua ni Mirul??!." Ada sedikit getar dihujung suaraku, geram barangkali.

"Sebab aku nak kau berhenti berharap! Afi cuma kawan kau..dia takkan jadi lebih dari itu sebab dia dah ada tunang. Puas aku suruh dia jauhkan diri dari kau tapi dia degil!." Tunang? Aku berpaling ke arah Afi yang baru bangun. Bila Afi merapatiku, aku menolaknya. Air mataku jatuh ke pipi. "Aku cintakan kau Auni Nadia dan aku tak suka tengok orang sia-siakan kau." Amirul mengenggam tanganku.

Afi menolaknya ketepi. Wajah Auni dipegangnya dengan kedua-dua belah tangan. Mata mereka bertentangan. "Auni, aku memang nak putuskan pertunangan aku dengan Huda. Aku sukakan kau." Auni membentak marah. "Suka?? Aku memang pernah cintakan kau tapi itu dulu dan bila kau balik, suka tu muncul balik tapi saat ni..aku rasa macam sampah!. Kalau dah sampai tahap tunang..memang tak sepatutnya kau suka aku Afi."

Perlahan-lahan, tangan Afi kutarik. "Afi, Huda tunang kau. Bukan aku, kalau kau dah bertunang dengan dia.Maknanya kau dah berjanji untuk memperisterikan dia.Aku nak berhenti berharap Afi but we will always be friends forever." Afi mengangguk lemah. Akur dengan kehendak Auni.

 

Langkahku kuatur kemas. Amirul yang sedang tunduk menguis rumput kuhampiri. Aku tersenyum. Tangannya kutarik. "Thanks sebab tumbukkan dia untuk aku.Jom."Amirul tersenyum memandangku. "Err...yang aku cakap tadi?." Auni garu kepala. Saja buat-buat tak tahu"Yang mana?." Amirul malu. Pipinya mula merona merah. "Ala.. yang aku..aku suka..suka.." "Ooo.yang tu..yang tu tahun depan aku bagi jawapan." Auni ketawa manakala Amirul membentak marah.

Afi hanya memandang dari kejauhan. Semoga kau bahagia Auni. Maafkan aku kerana terlambat menyintaimu.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) emmm..ok la cite ni..kalo bleh..baiki lagi yer...kasik best lagi...
  • 2) erk...erk,,er...cam geli je mamat tuh. ape terlambat plak.terhegeh2 plak tuh.sian siot tunang die.mati je bagus. dah tuh yg g betumbuk plak.ades.
    nape ko tulis nama sume `A` kat depan,susah nak beza2 kan watak..auni amirul afi~~~[apun]~~

  • (Penulis)
    3) cite rekaan semata2..hehe..sorrylah.. ni cite bertahun2 dulu, zaman sekolah.. f3 dulu... salin balik jek.[sbb trjumpa buku conteng tu]. nnti sy wat cite baru.. A? saje je.. A wat permulaan.. pasni kite guna B,C plak
  • 4) keke.. aku teringin je ade laki gaduh tuk aku.. haha! cam best je yerk??? ok je cite ni.. chaiyok2~
  • 5)

    nice one syud. nak tulis citer2 cani. tak pandai.


  • (Penulis)
    6)

    nameless: tulah..ade sape2 nk gduh utk syud??? [dgn mata yg bulat smbil tersengih nakal]

    caha: tq! ni karut2 je ni..time tgh jiwang

  • 7) aku!!! aku nak makan ..xmo gaduh ,,xleh.. xcukup tinggi.. nanti belum gaduh dah melayang

  • (Penulis)
    8)

    zinggof: makan?? nak makan syud?? eh..sy bukan bzkut @ ice cream yg enak utk dimakan..hehehe

  • 9) hehehe...nape la lelaki camtu...tang depan mata selalu tak nmpk..da tak dapat, baru terhegeh2..agagagag...bes citer nih..tapi macam rushing sangat..kipidap syud~

  • (Penulis)
    10) haha..cite lama..zaman bodo2 dulu :D *sengih maluuu*
  • 11) eh... nama dia afi la... hahaha

    dh berkurun baru nk baca..
  • 12) nice....baru jumpe cite ni..hehehhe

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud