Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mee Chelong

 

Mee Chelong.

Makanan dalam bentuk mee berkuah sup perisa lada hitam. Pedas dan sedap. Mungkin antara kamu ada yang tidak pernah tahu apa itu mee chelong. Mari saya perkenalkan.

Bagi saya, mee chelong adalah memori silam yang tak mungkin saya lupakan. Kalau mahu saya simpulkan, mee chelong adalah perkara yang paling menggembirakan saya di waktu sarapan pagi. Mee chelong mengingatkan saya kepada pagi Ahad yang inda. Remang-remang bau pedas lada hitam, aroma manis bebola ikan dan bau klorofil dari sawi menusuk hidung, saya tahu pagi itu akan jadi sangat bermakna. Pagi yang mengenyangkan, menggembirakan dan pasti membuat saya tersenyum setiap kali teringat mee chelong.

Mee chelong adalah mee yang dimasak dalam sup lada hitam. Mee nya adalah mee lurus seperti sphagetti, kami panggil mee lidi. Mee lidi ni memang sebiji rupanya macam spaghetti cuma jauh lebih murah. Kalau dulu-dulu, boleh dapat mee lidi cap naga harga RM 1.00 sepeket. Kalau untuk makan satu family di pagi Ahad, 2 peket dah mencukupi. Sup mee chelong dibuat dari air rebusan ikan dan sebab itu mee chelong sangat secocok dengan bebola ikan. Dulu-dulu, ma akan suruh saya menguli bebola ikan sebab ma cakap,

"Lagi sedap kalau buat sendiri bebola ikan, lagi terasa ikan nya. Bebola ikan kat kedai tu banyak sangat tepungnya."

Tanpa banyak soal, saya akan tolong ma uli bebola ikan. Biasanya ma akan beli ikan selar kuning untuk buat bebola ikan sebab ma kata,

"ikan selar kuning ni nampak jer kecik tapi manis sungguh isinya."

Saya angguk saja. Benar, memang sedap kalau kita buat sendiri bebola ikan nya. Lebih manis dan mudah dimakan.

Tiba-tiba, saya teringat juga pada tomyam kaki ayam. Mungkin awak semua tak pernah makan tomyam kaki ayam. Tomyam kaki ayam ni adalah tomyam tapi isinya adalah kaki ayam. Haa...jangan ingat kaki ayam tu tak boleh dimakan. Kalau pandai gunakannya, kaki ayam pun rasa sedap. Masa dulu, akak saya lah juara buat tomyam kat rumah kami sampaikan ma pun belajar dari akak saya pasal tomyam. Dulu-dulu, tomyam kaki ayam ni simple sangat isinya. Tomyam isinya adalah kobis dan kaki ayam. Tomyam kaki ayam akan buat saya tersenyum sepanjang masa menunggu masa makan tengahari. Memang tak tipu, sedap betul tomyam kaki ayam akak saya.

Kami adik-beradik selalu makan tomyam kaki ayam waktu tengahari Sabtu. Kami hampar tikar dan duduk bawah pokok cempedak tepi rumah. Sambil akan saya cedok nasi masuk pinggan, kami semua beratur tak sabar menunggu dapat makan tomyam kaki ayam. Makan nasi beramai-ramai sambil menyedut udara segar sambil bergurau senda bersama adik-beradik.

Masih ingat lagi bubur lambuk ma. Orang kampung semua cakap bubur lambuk ma paling sedap. Bubur lambuk terengganu yang asli. Bahan-bahannya? Ikan selar kuning (untuk amik isi), lada hitam, beras, ubi kentang, pucuk kayu manis, pucuk kaduk, daun kunyit dan pucuk paku merah. Bubur lambuk ma tak sama macam bubur lambuk kampung baru. Bubur lambuk ma tiada ayam, udang, sotong, kacang dan jagung. Ma cakap,

"Itu bubur lambuk orang sebelah sana (pantai barat). Dia orang sama halia dan halba pun masuk juga dalam bubur lambuk."

Betul kata ma. Bubur lambuk pantai barat memang tak sesuai dengan citarasa saya. Jarang betul saya boleh habiskan kecuali tengah kelaparan macam rakyat Somalia. Pernah saya makan bubur lambuk Kampung Baru, saya tertanya-tanya dimana agaknya kesedapan yang dicanangkan oleh ramai orang? Mungkin selera saya tak kena dengan bubur lambuk Kampung Baru.

Dulu-dulu, saya selalu ingin makan spaghetti, pizza, burger McD, ayam KFC. Kalau boleh, hari-hari pun nak makan semua tu. Sekarang ni, hari-hari pun jumpa semua tu. Terus terang, saya suka makan bubur ayam McD. Sangat sedap especially kalau dimakan bersama ayam goreng McD. Saya juga suka spaghetti Pizza Hut especially Creamy Carbonarra. Memang kaya dengan keju dan cream yang menggiurkan, dihiasi dengan shitake. Memang menjilat dinding la.

Tapi, sesedap mana pun spaghetti tu, sesedap mana pun bubur ayam McD tu, sesedap mana pun ayam goreng McD tu, saya masih rasa ada yang kurang. Tak sama bila saya makan mee chelong, tomyam kaki ayam dan bubur lambuk ma.

Ma pernah cakap,

"Mee chelong ni macam hidup kita."

"Pahitnya sawi macam dugaan dalam hidup, manisnya bebola ikan macam saat-saat manis dalam hidup kita dan semuanya lunak bersama pedasnya lada hitam dan lembutnya mee. Hidup kita ini antara kenangan manis dan pahit yang beralun bersama lembut atau pedasnya kita meluahkan manis dan pahitnya kenangan tu. Kalau kita memilih untuk memilih menjadi "pedas", maka kita akan rasa kenangan manis itu kurang manisnya, kenangan pahit itu terlebih pahitnya. Maka, kita akan rasa kita ini kita ini adalah manusia paling malang dalam dunia ini."

"Cara kita memberikan pandangan diri kita terhadap orang lain adalah melalui cara kita bercakap. Cara kita bercakap juga mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita menilai hidup kita, cara kita melihat untung nasib kita. Maka, adalah terpulang pada kita samaada mahu merasa "pedas" atau "lembut"."

Dulu-dulu, saya tak pernah nak faham atau cuba fahamkan apa yang ma cakap. Bagi saya, itu semua kata-kata orang dewasa untuk orang dewasa saja fahami. Saya kira semua yang diperkatakan oleh ma bukanlah untuk saya.

Setelah lama jauh dari ma, tiba-tiba saya seolah-olah merasa saya memahami apa yang ma cuba tanamkan dalam diri saya. Mungkin bukan semuanya tapi sekurangnya saya tahu saya kena menyayangi mee chelong sebagai mana saya menyayangi diri saya sendiri.

Mungkin ada antara kamu yang tak pernah merasa semua yang saya perkatakan disini, yang mungkin takkan pernah faham betapa hidup ini susah bagi sesetengah insan, betapa hidup ini begitu kejam bagi sesetengah yang lain pula.

Bagi mereka yang merasa hidup mereka telah mudah, bersyukurlah dengan apa yang ada. Kurangkan merungut mengenai sedikit nasib buruk kamu. Bagi mereka yang hidup susah, jangan pernah menyerah terhadap kesusahan. Tuhan itu perbuatkan manusia itu dengan kekuatan masing-masing dan kamu adalah insan terpilih untuk melalui ujian-Nya. Saya kira selagi mana kamu mengucap syukur dengan hidup kamu, Tuhan akan perbuatkan segalanya cukup untuk kamu.

Pesanan bukan sekadar untuk kamu, tetapi untuk saya juga.

Seperti pisau tajam menikam dasar hati saya, terdengar bisikan halus "ah..rindunya aku pada mee chelong."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) feveret tuh kaki ayam.. buat sup pun masyuk.. kaki + tengkuk pergh.. layan.
  • 2) alamak. tom yam. *meleleh air liur
  • 3) wahhh...bestnye makan mee ape..mee chelong ehh...nak try lah....tomyam...emm bestnye..tomyam campur..makan mase panas2.......wahhhh.bestnye....hahahhaha

  • (Penulis)
    4)

    tu la tu. kaki ayam memang masyuk. sedap woo. goreng pedas pun sedap.

    ahaks. tomyam memang best. :P

    mee chelong sedap woo. dah lama tak makan mee chelong.

  • 5) cerpen yang penuh dengan makanan..sesuai dibaca dibulan pose yang mendatang..haha
  • 6) Walaupun cerpen ni penuh dengan makanan namun disebaliknya terkandung seribu rahsia kehidupan.
  • 7) huhu..lama xmakan mee chelong... =)
  • 8) mee chelong bukan mee calong ke?kalo sama..mmg bes aa..hehehe
  • 9) setakat ini, karya ini adalah yang terbaik daripada dueng.. saya sgt suka cerpen yg sebegini.. ada mesej yg tersembunyi cuba ditarik keluar dr sebuah kisah masyarakat yang simple.. i like!! sy baca yg seterusnya ya..
  • 10) bubur lambuk tganu mmg best!!!! darn~

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera