Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

AKU SUKA!!!!!

 

 

Aku termenung sendirian. Menanti dia seperti menunggu buah yang tak gugur ke bumi. Puas aku jolok namun, tak mahu juga dia gugur. Terkejut aku melihat dia berjalan beriringan dengan mamat tu. Lepas tu, siap pandang-pandang aku lagi. Risau juga aku kalau mamat lembut tu pecahkan rahsia aku.Aku cuba menoleh ke arah lain apabila mereka berjalan ke arah aku. Minta-mintalah jangan mamat tu pecahkan rahsia. Malu besar aku. Kononnya aku tak perasan kehadiran mereka, aku pura-pura terkejut apabila Salman menegur aku.           

“Buat apa kat sini sorang-sorang? Tunggu pak we ke?”           

Isyk, si lembut ni, main-main dengan aku pulak. Sengaja nak bagi aku naik angin dengan dia. Aku tersenyum tawar sambil memandang mereka berdua. Aku tengok si Fareq langsung tak memandang aku. Dia macam tengah cari orang. Aku tertanya-tanya siapa yang dicarinya sedangkan jawapannya ada dengan aku.            

“Awak cari sapa, Fareq? Macam ada hal jea,” payah gak nak aku gagahkan diri bertanya. Maklumlah, bukannya selalu aku dapat bercakap dengan dia. Dia seperti terkejut mendengar soalan aku dan terpana seketika.           

“Aaa… tak ada apa-apa. Saja jea tengok-tengok orang,” balas Fareq. Tapi, langsung dia tak tengok aku. Tak apa, sekurang-kurangnya dia tak perasan aku merenung dia. Salman tersenyum melihat aku dan Fareq. Sempat jugak dia angkat kening kat aku.           

Aku tersenyum lagi, tapi kali ini senyuman aku agak manis. Yalah, orang berbudi kita berbahasa. Aku patut berterima kasih dekat dia sebab tolong bawa Fareq. Aku tahu dia tak pecahkan rahsia aku.           

“Lin, awak kenal tak tulisan sapa nie?” tiba-tiba saja Fareq menghulurkan sekeping kertas yang amat aku kenali. Gulp! Bulat mata aku melihat kertas tersebut. Apa tidaknya, itu adalah surat yang aku bagi kat dia.           

“Err.. kenapa awak tanya saya?” Chit, bodoh punya soalan!           

“Salman kata awak reti baca tulisan orang… boleh tak?”           

Aku memandang Salman sekali lalu. Sempat juga aku menyeringai ke arahnya. Kemudian aku mengalihkan ke arah Fareq.           

“Cubalah… kau kan pandaiii baca tulisan orang.”           

Tak mengapa… lepas nie, kena kau, lembut.           

“Tengok apa saya boleh buat,” aku membalas seraya menyambut surat yang dihulurkannya. Aku berpura-pura meneliti surat tersebut. Sesekali aku menjeling ke arah Salman. Fareq masih lagi berdiri tanpa memandang aku.           

“Apa kata awak duduk dulu. Saya kena ambil masa nak ‘kenal’ tulisan nie.Bukannya senang nak kenal tulisan panjang macam ni,” chewah, berlagak profesionallah pulak yea. Fareq masih lagi berdiri tidak menghiraukan pelawaan ikhlas aku.           

“Tak pelah… terima kasih sajalah,” serentak itu dia merampas kertas yang ada di tangan aku. Aku terkejut lantas memandangnya yang sudah menghilang di celahan orang ramai. Salman juga turut hilang begitu saja tanpa berkata sepatah haram pun kepada aku.            

Sekali lagi aku kecewa. Kadang-kadang menyesal sebab tak berterus-terang. Tapi, kalau aku cakap nanti, takut aku yang malu besar. Malu? Habis, perasaan yang terpendam lama, macam mana? Isyk… ni yang payah kalau bermain dengan perasaan. Macam-macam kena fikir…           

Aku bingkas bangun meninggalkan tempat yang penuh dengan manusia yang sibuk mundar-mandir mencari apa yang diingini… sasterawatiler plak…Tiba-tiba, aku terkejut apabila telefon bimbitku bergetar di sebalik kocek seluar yang aku pakai dari pagi. Gulp! Buat kali kedua, aku menelan air liur apabila tertera nama Fareq di skrin telefon aku. Aku tarik nafas panjang-panjang sebelum menjawab panggilannya.           

“Hello?”           

“Amy, awak kat mana? Awak janji nak jumpa saya, tapi saya tak nampak pun perempuan yang pakai baju macam yang awak janjikan. Awak tipu saya?” Tak! Sumpah saya tak tipu awak. Kita dah jumpa tadi, tapi awak langsung tak pandang saya!           

“Err… saya… saya sibuk! Emm… emm… kita jumpa lain kali. Kali ni, biar saya yang tentukan tarikh. Ok?” Fuh! Lega sikit dapat tipu dia, tapi still aku rasa tak sedap hati. Yelah, aku ni budak baik, tak pernah tipu orang… eh, lupa memang dah lama aku tipu dia….hehehe….           

“Saya geram tapi… ok… bila lain kali kita nak jumpa?” Garang jugak mamat nie. Tak pe, aku suka!           

“Nantilah, kalau saya rasa saya dah bersedia dan tak sibuk, kita jumpa. Janganlah marah, ok?” Pujuk Lin, jangan tak pujuk. Tetiba jea aku rasa macam aku nie dah secara rasminya menjadi mak we dia. Aku rasa dia senyum walaupun aku tak nampak dia. Dia pernah cakap kat aku, dia suka cara aku bercakap. Katanya lagi aku pandai pujuk, sebab tu dia selalu marah… isyk, apa aku mengarut ni. Semua tu dia cakap kat ‘Amy’, bukan aku, Lin… apa pulak, Amy tue akulah…. Dah, berhenti sekarang jugak! STOP! 
**********

Hari ni aku memang letih. Letih yang tak terhingga sampaikan nak jalan pun dah tak larat. Rasanya kalau ada si Salman, dah lama aku suruh dia dukung aku. Peduli apa aku kalau orang nak kata. Lagipun, Salman. Heheh! Tak de orang nak katalah…. Alah, tu cuma kata-kata aku jea… suka berkata-kata…. Berapa banyak kata, daa?

Masuk jea dalam kelas aku terus melelapkan mata buat seketika, sebelum Encik Musa masuk mengajar. Waa… mengantuk betul buat review malam tadi. Dahlah apa yang aku baca langsung tak masuk dalam kepala otak ni. Asyik fikir pasal Fareq aje. Mamat tu betullah menyusahkan kepala pikir aku. Eh, apasal pulak aku nak salahkan dia? Kau selalu je macam tu, Lin.

Setelah aku rasa agak lama terlelap, aku membuka mata seluas-luasnya sambil membetulkan tulang belakang yang rasa macam nak terseliuh. Terkejut cimpanzi aku apabila melihat Encik Musa berdiri di depan menghadap papan putih. Tanpa menoleh kepada sesiapa, cepat-cepat aku capai nota dalam beg. Kononnya nak cover malu. Harap kelas jea penuh, sorang pun tak kejutkan aku.

“Dah lama ke Encik Musa masuk? Kenapa tak tolong kejutkan?” aku berbisik dalam nada separuh marah kepada… kepada… ah! Lantaklah sapa pun kat sebelah aku, yang penting dia tak tunaikan tanggungjawabnya sebagai rakan sekelas!

“Baru jea. Awak tidur lena sangat sampai meleleh air liur keluar. Tak sampai hati nak kejutkan awak,” orang kat sebelah menjawab dengan selambanya. Aku menoleh dan… aaa?… errr…heheh… air liur? Makkkk, malunya. Cepat-cepat aku mengesat bibir aku dengan hujung lengan baju kemeja hijau yang aku curi dari almari abang aku. Ceh, tak senonoh betul. Tak apa, yang penting air liur tak ada.Aku tersengih macam etak salai. Tapi, dia langsung tak pandang aku. Buruk sangat ke aku ni? Aku raba-raba muka aku dengan telapak tangan dan aku sedar memang aku buruk. Jerawat bertimbun tak tahu mana nak sorok. Patutlah dia tak sanggup nak pandang muka aku. Sepanjang tiga jam kelas Encik Musa, aku rasa macam sekejap jea. Tak puas aku tatap wajah tampan Fareq. Aku suka tengok wajah tampannya tekun mendengar setiap syarahan.

Tak boring ke dia? Kalau aku jadi dia dah lama aku out. Kusyuk betul dia memasang telinga. Well, kalau boring tak adalah orang panggil dia anak emas pensyarah. Poyolah tu! Aku tunggu untuk dia pergi dulu. Boleh aku tatap dia lama-lama. Tapi, boleh pulak dia termenung kat kerusi tu. Eh, silap! Bukan termenunglah, salin nota. Orang rajin, tak macam aku. Laa…. Tak pasal-pasal aku cipta satu lagi jurang antara aku dengan dia.Orang lain dah lama keluar, kalau aku lebih lama kat dalam ni, mesti dia syak. Baik aku keluar dulu, sembunyi, tunggu dia keluar lepas tu…tengoklah puas-puas. Selamat tinggal, Fareq. Belajar elok-elok ya.

“Awak nak pergi mana? Tak nak temankan saya ke?” baru jea aku nak angkat punggung, dia dah buka mulut. Aik! Dia cakap dengan aku ke? Aku pandang dia, tapi dia masih lagi leka menulis. Aku mimpi dalam jaga kot. Aku bingkas dan terus mengatur langkah. Tak semena-mena aku rasa tangan aku macam kena tarik. Aku terduduk balik di atas kerusi yang aku duduk sebentar tadi.

“Tunggu sekejap,” ringkas tapi cukup membuat aku kelu tak bersuara. Rasa macam nak pitam pun ada. Betul ke Fareq kat sebelah aku ni, atau betul ke dia tarik tangan aku atau aku yang ‘mendudukkan’ diri aku sendiri? Aku terus pandang dia, tapi sekelip pun dia tak pandang aku. Apa dah jadi ni? Aaa… tolong aku! Aku mimpi ke?Aku bangun sekali lagi untuk membuktikan situasi yang sedang berlaku. Sekali lagi tangan aku ditarik dan sekali lagi juga aku terduduk. Aku pandang dia dan kali ni barulah dia meletakkan pennya dan memandang aku.

“Saya suruh tunggu, sekejap tak boleh ke?” tak pasal-pasal aku kena marah. Aku masih lagi terkedu. Aku nak cakap apa? Orang yang tak pernah tegur saya di kolej, ajak saya tengok wayang….eh, iklan Pond’s lah pulak….  Kenapa dia suruh aku tunggu dia? Pelik tapi, hebat. Aku suka!Ok, dia suruh aku tunggu, tunggu jealah… boleh ambil kesempatan! Dia sambung balik kerja dia. Aku nak buat apa ya? Tengok dia? Tak boleh lama-lama nanti, berdosa…. Hehehe…. Salin nota macam dia? Hei, aku bukan rajin macam dia… habis tu, apa aku nak buat? Emm… tunggu jealah, dia yang suruh.Dekat setengah jam juga aku tunggu dia dalam bilik kuliah yang sejuk ni. Beku rasanya. Tiba-tiba saja dia kemas barang-barang dia dan bangun macam tu saja, macam aku tak ada kat tepi. Naik hairan juga aku… tadi beria-ia suruh aku tunggu, alih-alih bangun dan pergi macam tu jea. Aku duduk lagi kat situ, tunggu reaksi dia. Tak sampai lima langkah, dia berhenti dan berpaling ke arah aku.

Yes, aku dah agak dah! Cepatlah minta maaf… cepatlah….           

“Dah tak reti nak bangun sendiri?” Apa nie, asyik marah aku tak tentu pasal jea ni? Alamak, rasanya dia tahu tak pasal aku dan ‘Amy’? Sebab tu dia layan aku macam tu. Salman! Salman mana? Mesti lembut ni yang khabarkan kat dia. Tak boleh jadi, ini tak boleh jadi. Aku mesti ganyang mulut tempayan ni. Jaga kau, Salman.Takut dia meradang lebih hebat, aku segera bangun dan mengekorinya dari belakang. Orang kata, kalau dia marah memang teruk. Pernah satu ketika, dia tendang pintu bilik dia sampai tak boleh ditutup lagi. Macam mana nak tutup, dah tercabut! Aku tak nak jadi mangsa tak tentu pasal macam tu.

“Kita nak pergi mana?”Senyap jea. Makin takut aku dibuatnya. Aku terus mengekori sampailah dia bawa aku ke sebuah bangku kosong di tepi padang. Fareq merenung aku yang memang dari tadi merenung dia. Pandangannya yang tajam membuatkan aku lagi kecut perut. Aku menelan air liur namun terasa seperti kerongkongku tersekat. Apa ni? Janganlah seksa batin aku!

“Duduk,” macam Sarjan Alias yang mengajar kawat kat budak-budak Wataniah saja lagaknya. Aku pun apa lagi, takut punya pasal, duduklah gaya macam pengantin baru. Kalau dia duduk sebelah aku, mesti best. Aku tunduk jea memanjang. Tak beranilah nak tengok muka dia walaupun keinginan tue ada. Tanpa aku sedari, dia dah pun duduk kat sebelah aku. Yeah, yeah! Amylin duduk ngan jejaka pujaan Malaya…. Bangga tuee! Tapi, aku masih tak berani nak tengok wajah dia. Sedar tak sedar, telefon aku berbunyi. Chit! Kacau daun betullah. Sapalah yang gatal telefon aku masa ni? Tak tahu ke aku tengah dating? Heheh….memang tak ada orang tahu. Agaknya mak aku kot. Agaknya dia telefon suruh aku balik…. Mungkin jugak.

“Hello?” tak berjawab. Siapalah agaknya ye? “Hello?”Aku pandang Fareq. Dia langsung tak pandang aku, tapi wajahnya jatuh ke bawah memandang bumi. Panggilan yang aku terima sebentar tadi, tak putus lagi, jadi aku dengan bodohnya terus menghello-hello. Dahlah, bunyi bergema. Ini mesti telefon ni buat hal lagi. Bosan dengan panggilan misteri itu, aku tekad untuk mematikan telefon. Tapi belum sempat aku mematikannya, orang kat hujung talian terlebih dahulu mematikan panggilannya. Yang si Fareq ni, apahal dia buat aku macam ni?Aku memeriksa panggilan misteri itu dan…. mata aku terbeliak sekejap. Nak tahu apa dah jadi? Tunggu selepas iklan ini…. Sorry.

“Fareq.”           

Dia diam. Aku dah tak sedap duduk ni. Mamat ni, janganlah buat aku macam tu. Kang aku cium karang, menyesal.           

“Sampai bila awak nak tipu saya?” tiba-tiba saja dia tanya soalan macam tu. Aku terkedu. Tak tahu nak jawab apa. Mati kutu aku dibuatnya. Mak…. Tolong Lin, mak.           

“Orang tanya, jawablah,” suara Fareq meninggi. Makin aku seram seriau. Sejuk tangan aku. Kepala lutut menggigil tak di kira lagi.           

“Sa… saya… saya….”           

“Saya apa? Awak tahu tak, cara awak tu buat orang sakit hati. Awak perasan tak yang awak bermain dengan perasaan? Awak sedar tak semua tu?” aku tak habis cakap lagi, dia dah menyampuk. Dahlah tu, siap tengking-tengking aku lagi. Cakap pasal perasaan, tapi, dia dah lukakan perasaan aku. Tak cukup dengan tu, lepas tengking blah macam tu aje. Tinggalkan aku sorang-sorang kat tepi padang ni. Waa…. Sedihnya. Tak pasal-pasal air mata aku jatuh. Tak mauuu….. 
***********

Malas betul aku nak bangun pagi ni. Nak pergi kolej pun dah tak ada selera. Hilang mood aku sebab jantan tak guna tue. Eh, silap. Ada gunanya tue. Tunggu jealah suatu hari nanti.           

Tak ada selera? Bahasa apa kau pakai ni, Lin. Pigi dah Amylin. Makan berseleralah pulak….            Pintu bilik aku terkuak luas. Aku buka sikit mata aku agar dapat melihat siapakah yang bakal melangkah masuk. 1, 2, 3….           

“Lin, bangun. Sembahyang subuh…. Lin, dah pukul 6.30 dah ni. Cepatlah bangun. Kan nanti berebut bilik air dengan adik. Tak ada kelas ke?” lembut jea suara mak aku. Ni yang buat makin rasa sayang kat mak aku ni. Dan juga makin rasa nak tidur…. Heheheh… sorry, mak.            

Aku menggeliat malas dalam gebar tebal. Kipas yang berputar dari malam tadi menyebabkan bilik aku sejuk semacam. Itu pasal aku berbungkus. Mak aku pulak tak jemu-jemu menggoncangkan tubuh aku. Macam mengulit aku masa kecil-kecil dulu. Syoknyer….           

“Amylin Rashid!’           

“Yea… Lin bangunlah ni,” aku segera bingkas. Hah, sekali mak aku melenting, tak payah mimpi nak buka radio Era ke, HotFM ke, Klasik Nasional ke… tak payah mimpi. Radio dia dah cukup. Free pulak tu. Tak payah pakai karan.           

Aku melangkah malas ke bilik air, namun masalah pulak datang. Adik aku terlebih dahulu berlari gaya itiknya masuk ke dalam bilik air. Sudah! Kalau dah dia yang masuk dulu, entah dapet entah tidok eden nok mandi…. Walau bagaimanapun, dengan sukacitanya aku berasa gembira sebab mesti lepas ni….           

“Itulah, mak kejut awal-awal tak nak bangun. Dah, pergi masuk mandi dalam bilik mak,” kan betul cakap aku. Aku suka betul mandi dalam bilik terlarang ni. Bukannya apa, ada air panas, siap ada bathtub lagi.. Macam bilik mandi orang putih tu. Mak bapak aku ni nampak je macam orang kampung, tapi pandai juga bergaya macam orang kaya.            

Lepas jea aku mandi, terus aku bersiap untuk ke kolej. Masa aku tengah mandi tadi, tetiba aku terasa seperti mahu meminta maaf daripada Fareq. Aku nak dia tahu bahawa aku tak berniat nak tipu dia. Aku sebenarnya tak nak dia tertipu. Walaupun aku sendiri tak faham apa yang aku bebelkan tapi itulah yang aku nak cakapkan.            

Cepat-cepat aku berlari keluar dari rumah apabila jam tangan aku menunjukkan tepat jam 7.30 pagi. Aku pasti terlewat kalau aku terlepas bas lepas ni. Tapi, nasib Amylin memang baik. Dan-dan jea bas mini sampai waktu aku tengah membrekkan kaki aku, takut terlanggar orang. Fuh, tak lewat.           

Sesampai aku kat kolej, si Salman dah tercegat menunggu kat depan kelas. Dia kata dia ada benda mustahak nak beritahu aku. Tapi, dengan selambanya aku terus jalan tanpa menghiraukannya. Hati aku menggelegak sikit sebab aku yakin dan pasti, mesti dia yang beritahu Fareq pasal aku.          

“Lin, tunggulah aku. Dengarlah apa aku nak cakap…. Lin…. Aku tahu, mesti kau marah aku pasal Fareq. Bukan aku sengaja nak beritahu dia, dia yang paksa aku cakap...Lin...”           

Aku berpaling laju memandangnya. “Yang penting, aku dah kena marah dengan dia.”           

Dengan langkah yang laju, aku meninggalkan Salman tercegat seorang diri. Lantaklah, sapa suruh dia beritahu Fareq pasal aku.            

 Selang beberapa langkah, aku terpaksa berhenti apabila ada orang menghalang jalan aku. Dan...orang itu adalah....erk...nak marah aku lagi ke? Udahler, semalam dah teruk aku kena marah...Tapi, dia tersenyum!           

“Saya nak cakap dengan awak,” bibirnya yang tersenyum tu mula bersuara. Arkh! Dia tarik tangan aku, wooo!!!           

 “Awak nak bawa saya pergi mana ni!?” Ceh, jual mahal lak...aku tarik tangan aku, tapi ternyata cengkamannya lebih kuat dan....sakitnya, Tuhan jea yang tahu.           

 “Saya nak minta maaf.”           

“Err...saya yang....”           

“Syyhh...biar saya cakap.” Jari telunjuknya diletakkan ke bibir aku....errr...arr.... Sukanya!           

“Saya minta maaf sebab berkasar dengan awak semalam...Saya dah fikir balik kenapa awak buat macam tu dan saya faham. Awak maafkan saya?”           

“Arr...saya...”           

 “Lin...”           

“Saya...”           

“Amy...”           

“Errr....Sebenarnya saya...”           

 “Amylin...”           

Woi! Kot yea pun bagilah aku cakap dulu. Macam mana aku nak cakap kalau asyik menyampuk jea. Kalau menyampuk benda pekdah tak pe jugak, ini tidak...panggil nama aku jea. Dahla tue nama lain-lain pulak tu...tapi... hihik....Aku suka!

“Kenapa awak diam?”           

Tengok, ada ke dia tanya aku soalan macam tu? Dah awak menyampuk, macam mana saya nak cakap?           

 “Sa...saya...”           

 “Cakaplah.”           

Yealah...aku nak cakaplah ni... janganlah seksa aku. Siap tersengih lagi tengok aku tergaru-garu. Atau memang dia sengaja nak kenakan aku? Tapi, kenapa? Bertaruh? Isyk....tak mungkin. Fareq aku baikkk!           

“Awak...”           

“Lin...”           

Makkk! Kenapa dia buat anak mak macam ni? Gulp...dia pegang tangan aku? Betul ke ni...ke aku mimpi? Waaaaa!!!           

 “Tak pelah kalau awak tak nak cakap apa-apa... biar saya cakap...”           

Dia nak cakap apa?           

“Lin...selama ni saya sukakan Amy. Amy yang selalu buat saya ketawa. Amy yang selalu bagi saya semangat untuk terus hidup...tanpa saya sedari, Amy itu adalah awak, Lin. Apabila Salman beritahu saya yang awak adalah Amy yang saya cari, memang saya marah.           

 Marah sebab saya kena tipu. Marah sebab perasaan saya selama ini dipermainkan. Tapi, malam tadi saya rindukan Amy. Saya sangat sayangkan Amy. Jadi, saya ambil keputusan...”           

Dia rindukan aku? Dia sayangkan aku? Heheheh... Sukanya!!!           

“Lin...”           

 “Fa...”           

“Sudikah Lin terus menjadi permaisuri dalam hati saya?”           

Yeah!!!! Tue dia, permaisuri tue...hehehe..korang jangan jeles yek! Aaaaa...Sudi sesangat... tapi, aku nak jawab macam mana? Nanti kang dia menyampuk lagi. Ehm...angguk jealah...buat-buat gaya malu sikit, baru menjadi....hihik!           

 “Saya nak dengar dari mulut awak sendiri.”           

Pulak dah! Ok, saya nak cakap ni...jangan menyampuk tau!            

 “Saya...”           

“Terima kasih, Lin.”           

 Aaaaa.......nyampuk gak! Hantu sampuk ke apa budak ni? Tapi, tak pe....Aku suka! Hihik!                                                                           

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahhahaha..aku pun suka...cit yg bagus..sempoi n menarik....bgs2....hihihihihi.sukenyee.....
  • 2) ko copy paste teros dari word?  ley x edit sket...susun2 sket
  • 3) jap2.. amylin pompuan kan?? nape ade halkum?? gue konpius!!!
  • 4)

    bapok kot. pakai baju pon amek kat almari abang dia. ah..jangan kata ni kisah percintaan GAY. buwek buwek. buwek


  • (Penulis)
    5)

    gnee: thank you thank you

    zingg: thanks for remind.. dah edit but maybe tak perasan kot coz tgh rush

    syud: ada sebut amylin ada halkum ek? ehm... tak perasan lak. jap nak check

    zingg: alamak... ramai tul yg kompius nih...nmpk sgt citer tak sampai maksudnya....
    ni citer amylin aka amy aka lin yg ala2 tomboy. kasar sket. secara luaran tak ada sifat pompuan tapi hatinya tetap hati pompuan.
    dia bestfren ngn salman yang sotong.. contra identity la ni... amylin ni minat kat fareq yang kononnya macho tapi hancus...

     

     

     


  • (Penulis)
    6)

    sebnarnya citer ni diperam selama lebih 4 tahun... jadi gaya penulisan masih keanak-anakan....baru ada keyakinan nak bagi orang baca.

  • 7)

    huhu..kenak-anakan pun...keanak-anakan la...takpe...aku suke..

    nice r cite nih...sile la post cerita2 lain lg 

  • 8)  teruterubutzu ~~~ ko pun post ah jugak. jgan soh org je. keh keh keh

  • (Penulis)
    9)

    teru: thanks. insya allah ada masa, tuhan kurnia idea, adalah citer baru.

  • 10) cumeyyy..sukanye tgk die suka Tongue out

  • (Penulis)
    11)

    sapa comey? sy ke amylin? tihihihi...perasan nih!

     

  • 12) beshnya, cerita yang mengalir santai.... orang yang bacanya pun rasa santai je.... saya suka!
  • 13) suke citer nie.

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey