Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tragedi V-Day

 

Semalam Hari Valentine. 14 Februari 2007. Mungkin sudah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa semalam bakal jadi titik penting hidup aku. Untuk menerima bahawa terjadinya yang telah terjadi ibarat menelan jadam. Pahit nya meresap ke segenap isi perut, meninggalkan sisa-sisa kepahitan tak terhilang serta merta. Entah lah...mungkin saja bila mana aku dah bersedia untuk melepaskan dia pergi dari memoriku, mungkin diri ini masih sedar bahawa diri ini masih utuh berdiri dan bermimpi. Sekarang, biarkan aku dalam mimpi ngeri ku, melayan rasa pahit bak jadam ini.

Semalam, aku menerima satu berita. Berita yang tidak pernah ku sangka-sangka datang menjengah ketika aku meluputkan ingatan terhadap dia. Datangnya ingatan itu mengetuk rasa sedih ku, menyiat-nyiat perasaan ku. Diri aku meronta-ronta minta dilepaskan dari belenggu ini. Aku tak sanggup lagi mengenangkan dia.

Semalam, ku dengar berita yang membuat aku rasa bagai mahu mati. Dia yang dulu sentiasa membuat ku tersenyum kini sudah tiada. Lebih menyedihkan, aku tidak dapat bersua dengan nya buat kali terakhir nya. Janji yang termetrai hancur lerai dek kesibukan kerja. Untuk menyalahkan kerja, aku tidak sanggup. Itulah dedikasi aku, itulah masa depan aku. mungkin dia tak ngerti betapa aku amat dedikasikan hidup aku terhadap kerja yang satu ini.

Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak cinta tetapi sayangnya terdapat durjana menghantar dia pulang ke hadrat Ilahi. Oh Tuhan, kenapa mesti disaat begini. Disaat aku sangkakan segalanya berjalan lancar antara kami. Ketika aku sangat rindukan dia, ketika aku hampir saja mati tanpanya.

Nyaris aku hilang pertimbangan. Semua teman2 membisu. Seorang pun tidak berani bersuara. Aku hilang sabar.

"Kenapa ko tak cakap kat aku?", soal aku dgn marah.
"Bukan aku taknak bagitahu ko tapi......" jawab roomate aku teragak-agak.
"Tapi apa lagi? Ko ingat aku ni sape dgn dia???? Sampai hati ko wat aku camni. Aku tak layak tahu ke??? HAAAA...AKU TAK LAYAK TAHU KE??????" jerit aku.
"Aku taknak tengok ko marah-marah. Lagi pulak, benda kecik je pun. Rileks la beb."ujar roomate aku, gugup untuk menenangkan aku yang sudah tidak terkawal marahnya.

Masih cuba mengawal emosi yang sudah berantakkan, aku cuba menghalang hilang pertimbangan terhadap roomate sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------- 

"Ahhh,...sudahlah. Banyak la alasan ko. Cibai la sape yang tibai buah oren aku ni. Dah la yang terakhir tu beb. Susah nak carik yang manis camtu." ujar aku bersungguh-sungguh marahnya." kata aku.

"Loh. nanti aku ganti la balik. dramatik sial ko ni. Oren jer pun. Itu pun nak kecoh satu rumah ke?" housemate lain cuba menenangkan.

"Aku takder la marah, cuma aku kesal. Tapi since korang dah janji nak ganti, ganti sekilo la. Aku ketagih makan oren sekarang ni. hehehe. " kata ku cuba berlelucon.

"Beres. Tapi kita wat party sempena CNY la. hehehe." kata housemate sambil disambut gelak ketawa. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) mongoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooKKKKKK. kah kah , keh keh.. kih kih. hahaha huhu hoho
  • 2) hahahahahaha..lawak sampai menagis air mata oren ni..;p
  • 3) ciss. tertipu! tensinyeeeee. :P
  • 4) cehh..hanya kerana oren?? busuk arr mangi!! tensi2.. =P
  • 5) hahah.. tensen je ade housemate cm mangi...oren pun leh wat jd drama sebabak
  • 6) iskk..buat saspen je...hahahhahahha..x patut la...
  • 7) hadeh...emosi btul aku bace cerpen kali ni...ishkishk..kalo ade la rumet camni...konfem aku lempar buah oren bertubi2 kt die..ngehngehngeh

  • (Penulis)
    8)

    hahahha. gomen neee guys. btw, you guys enjoying this right? hehehe. btw, citer ni aku post lama dah dalam blog, sesaje nak post kat sini plak. tengok semua orang cam tensen je, so nak bagi citer yang cool down kan semua orang.

    gomen nasai minna (mintak maaf semua).

  • 9) haha . mangi buat karya sebegini. lain dari peribadi mangi yg biasa aku lihat. hehe.
  • 10) hek ele~~ kes oren sbijik jer!! tension ark leh rumet cam gini.. =p
  • 11) ceh, oren aje..... buat apa lah nak huru-harakan satu kampong
  • 12) chet!!!!!!.. valentine mendenya! oren sebijik pon mengamuk sakan! hampeh! hampeh! but u make me laugh out loud...

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera