Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

takdir Syam dan Syah..

 

        Ilmu Tamadun Islam dan Asia mencurah-curah di setiap penjuru Dewan Kuliah Pusat Kenanga. Aku menumpukan sepenuh perhatian pada slaid kuliah yang terpapar pada skrin projektor di hadapan. Setiap butiran kalimah yang keluar daripada mulut Prof. Hasmi kucatat kemas pada buku nota kecilku. Tekun aku menulis tanpa mempedulikan rakan-rakan di sebelah. Kedengaran bunyi pen yang diketuk-ketukkan pada meja di belakang. Sesekali mengganggu tumpuanku. Sudah menjadi habit pelajar itu agaknya. Aku malas nak hiraukan. Sedang aku sibuk menulis, tiba-tiba pula satu benda kecil yang berat jatuh atas kepalaku.                        

       “Adoi!!”. Aku mengusap kepala yang sakit sambil tangan kanan mengutip benda kecil yang sudah jatuh ke lantai. Rupanya sebatang pen merah jenama Parker. Pen besi yang berat, padanlah kepalaku sakit. Memang nak kena orang yang mencederakan kepalaku ini! Aku memandang kiri dan kanan mencari si pemilik pen besi berat itu. 

       “Awak! Itu pen saya!” Kedengaran suara lelaki daripada belakang. Aku menoleh. Seorang pelajar lelaki yang cukup bergaya penampilannya. Memang bergaya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ya, bergaya saja lebih..tapi adap sopannya amatlah kurang.  Aku memandang pemilik pen besi berat itu dengan tajam. Menanti mulutnya menuturkan kata maaf. Walau secara sengaja atau tidak sengaja dia telah menyakiti kepalaku. Aku nak juga dia minta maaf. 

      “Awak pekak ke? Itu pen saya tu. Meh, bak sini balik!”   

      “Amboi! Cantiknya budi bahasa..tak tau adab ke?!” Aku menjelingnya sambil menunjukkan pen parker dalam genggamanku.

Tangannya cuba hendak capai pen di tanganku. Tapi aku cepat-cepat mengelak, menjauhkan darinya. Jangan harap aku nak pulangkan selagi dia tak meminta maaf dengan cara baik. Aku benci dengan orang yang tak tahu beradab sopan. Kurang sopan layanan orang padaku, jawabnya kurang sopan jugalah layanan balasku. 

      “Wei! Bak sinilah wei. Aku nak tulis nih!!” 

      “Hei makhluk takde adab!..yang kau jatuhkan atas kepala aku ni tadi apahal ha? Dah tu tak reti nak minta maaf. Banyak cantik muka kau!”  

      “Ek eleh, banyak songeh pulaklah budak perempuan ni. Suka hati akulah. Aku nak jatuhkan kayu balak kat atas kepala ko ke aku punya sukalah. Bagi sini balik pen aku tu!” Sepantas kilat dia bangun dan merentap kasar pen parkle merah daripada genggamanku. Serta merta darahku tersirap. Gunung berapi akan meletup! Perang dunia bakal meletus! 

      “Wei, ko nak cari pasal ek! Nak perang ke ni ha??!!”      

      “Shhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!”

Berdesing telingaku. Milah yang duduk di sebelah memberi isyarat dengan jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Mulutku serta-merta terkatup. Hajatku untuk menyemburkan sumpah seranah terbantut.  

      “Dahlah tu Syam. Kita kat Dewan kuliah ni. Prof. Hasmi kat depan tu..Jangan ko nak buat hal plak kat sini...” Bisik Siti di sebelah kiriku pula. Aku pandang sekeliling dan kulihat beberapa mata sedang memerhati. Mata Prof. Hasmi turut merenung tajam ke arahku. Serta merta kupamerkan sengihan kerang busuk kepada pemerhati sekalian. Niatku untuk berperang dibatalkan. Aku sempat menjeling mahluk di belakangku sebelum menoleh ke depan semula. Kalau bukan kerana Milah, Siti dan Prof. Hasmi, memang aku isytihar perang dunia dengan makhluk tak beradab itu.   

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

      Lepas sahaja habis kuliah Genetik di Fakulti S&T aku terus memecut laju keretaku ke Dewan Kuliah Pusat untuk menghadiri kuliah TITAS pula. Jadual waktu kuliah pada hari Isnin itu sememangnya padat, kelas berturut-turut sampai ke petang. Menyebabkan aku terkejar-kejar ke sana ke mari mencari dewan kuliah bagi kelas-kelas berikutnya.  

      “Eh, apa main langar-langgar ni? Takde mata ke?” Rungut lelaki di depanku yang telah kurempuh secara tak sengaja. Aku yang terkocoh-kocoh berlari nak meloloskan diri masuk ke dewan tadi tidak perasan pula akan kelibat orang yang sedang berdiri di muka pintu belakang dewan. Ini sudah kali ketiga aku bertembung dengannya secara tak sengaja di tempat yang sama.  

      “Opps, sorry...” Seperti biasa aku menutur kata maaf. 

      “Aik, kau lagi...” Dia merenungku dengan sengihan. Aku pula membalas dengan jelingan. Kenapalah malang nasib aku, asyik bertembung saja dengan mahkluk itu. Aku menggerutu dalam hati. 

      Tanpa mempedulikannya aku terus menyelinap perlahan-lahan masuk ke dalam dewan kuliah. Aku tak mahu mengganggu sesi pengajaran Prof. Hasmi yang sudah pun bermula setengah jam yang lalu. Dari jauh kulihat satu tempat kosong di sebelah Milah yang duduk di barisan hadapan. Aku tahu Siti dan Milah telah menyediakannya untukku. Tapi aku tak mahu pula ke tempat yang telah disediakan itu. Memang nak cari penyakit kalau aku yang datang lewat ni sengaja nak tunjuk muka ke depan pula. Tak pasal-pasal nanti aku menjadi bahan usikan Prof. Hasmi lagi seperti minggu sebelumnya. Aku tak ingin menjadi bahan gelakkan ratusan pelajar-pelajar lain buat ke sekian kalinya.  

       Mataku melilau mencari tempat duduk yang kosong di barisan belakang. Aku dapati dua tempat kosong di hujung kiri dewan. Aku baru saja nak melangkahkan kaki ke situ, tapi kelibat makhluk tadi pula muncul terlebih dahulu mengambil tempat pada salah satunya. Langkahan kakiku terhenti. Kulihat makhluk bergaya tak beradap itu mengukir senyuman sambil melambaikan tangannya mengisyaratkan aku untuk duduk di sebelahnya. Aku tercenggang hairan. Baik pula makhluk itu hari ini. Takkan aku nak duduk berjiran dengannya? 

      Aku mencari-cari lagi tempat kosong yang lain. Meninjau-ninjau tapi tak ada. Takkan nak tercongok berdiri saja di belakang ni. Nak tak nak, terpaksa juga aku duduk di sebelahnya.  

      Makhluk itu asyik tersengih macam kerang busuk di sebelahku. Aku buat tak nampak. 

      “Selalu ke datang lewat?” Dia bersuara. 

      “A’ah..dan selalu juga asyik bertembung dengan seekor makhluk yang juga suka datang lewat...” Jawabku selamba.  

      “Eh, aku bukan sengaja nak datang lewat. Dah dua minggu kereta masuk workshop..terpaksalah naik bas dari IP. Dah jalan jem, confirmlah lambat...” Dia memberi penjelasan sedangkan aku tak tanya pun. 

      “Itu kau punya pasallah...buat apa nak bagi tau aku....” Aku menjelingnya.  

      “Eik!!” Hmm..ok..ok.. Aku malas dah nak gaduh-gaduh ni. Daripada bermusuhan macam ni baik kita berkawan je..ye tak? Mmm..I’m Syahrul..and you Syam kan?” Dia menghulurkan tangannya. Aku mengerutkan kening. Apa mimpi makhluk ni mahu berkawan dengan aku? Salam yang dihulurkannya itu aku tak pedulikan, dan pandangan kubuang ke arah lain. 

      “Err, actually aku dah lama nak minta maaf dengan kau pasal tempoh hari tu. Aku tengah tension time tu, tak sengaja pula jatuhkan pen atas kepala kau. Then kau tu pula marah kat aku, aku pun naik angin jugaklah. Bila dah marah, surelah aku ni takde adab sopannya..hehe.. So, aku minta maaf banyak-banyak ye. Maaf zahir dan batin ok...”  Aku tak sangka pula makhluk ini tahu pula erti adab sopan rupanya.   

      “Baru sekarang ke nak minta maaf? kenapa tak tunggu lepas hari kiamat je?”            

      “Iskh..iskh..Kalau nak tunggu hari kiamat, tak tau lagi kau dan aku panjang umur ke tak sampai hari tu..takkan nak minta maaf kat dalam liang lahad kot.”  Dia mejawab dengan jawapan bodoh yang ada logiknya. Aku mencebik memandangnya yang tersengih macam kerang busuk. Boleh tahan jugak makhluk ini.

      “Hmm..sedangkan nabi ampunkan umat...takkan pula kau tak nak terima kemaafan aku ni...” Sindirnya lagi dengan muka baik yang dibuat-buatnya. Macam biasa aku buat muka selamba. Malas nak peduli. 

      “Aku dah minta maaf dah ni..takkan kau nak buat deh aje. Hei, cepatlah maafkan..”             

      “Sori..aku bukan nabi, aku ni insan biasa je..sebab aku ni insan biasalah aku susah sangat nak maafkan orang..” Aku berterus terang. 

      “Kau ni memang keras hati betullah. Wei, takkan kau masih nak panjangkan lagi permusuhan kita ni?” Musuh? Sejak bila aku bermusuh dengannya? Aku cuma tak maafkan dia. Aku semakin hairan dengan perangai makhluk yang banyak ragamnya ini. 

      “Kawan biar seribu, musuh jangan sekali...aku ikhlas ni...” Peribahasa apa pula yang dikeluarkannya. Semestinya menyindir aku lagi kerana salam persahabatannya masih belum kuterima.  

Aku berfikir seketika. Menggunakan akal dan bukannya hati. Ada betulnya juga apa yang dikatakannya itu. Aku tak rugi apa-apa pun kalau maafkan dia. Lagi pun malas juga aku asyik bermasam muka dengan makhluk ni. Tak ada faedahnya pun. Tambah dosa adalah. Daripada terus bermasam muka baik aku selesaikan di sini saja.

Dengan hati yang ikhlas aku buat keputusan untuk menyambut salam persahabatannya.  

      “Haa..macam nilah baru dunia boleh aman...kalau semua orang kat dunia ni macam kau, surelah dunia ni aman damai takde perang. Barulah wujudkan ketamadunan..baru ada masyarakat madani..hehe..” Entah apa pula makhluk ni mengarut. Nak menggantikan Prof. Hasmi di depan agaknya.  

      “Lain kali kalau bad mood tu bertempatlah juga ye. Jangan sampai kepala orang pula jadi mangsanya.” Aku sekadar mengingatkan.             

      “Haha..aku memang tak sengajalah hari tu. Tapi, apa pun memang salah aku jugak. Maaf ye..” Dia memohon maaf sekali lagi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Aku hanya senyum melihat telatahnya. Hari tu bukan main garangnya macam kingkong dia marah aku, hari ni bukan main pula dia jadi budak baik.  

      “Eh, name kau sape tadi?” 

      “Syahrul..tapi panggil je Syah..”  

      “Hmm Syah..mana kau tahu nama aku ek?"

      “Kau tu famous sangat kat Kolej CD. Sape yang tak kenal..” 

      “Famous?” Aku berfikir sejenak. “Oh, famous sebab garang ye?” 

       Syah mengangguk sambil ketawa. “Syamizulaikha Dewisalina, adik Mejar ketua pasukan Palapes, Minah comel yang garang giler..sape tak kenal..” 

Lantas ketawaku pecah. Tak sangka aku ni cukup terkenal. Ketawaku bersatu dengan ketawa Syah. Rancak kami berbual sehingga pengajaran Prof. Hasmi tidak menjadi tumpuan kami berdua pada hari itu.  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

       Semenjak hari itu aku dan Syah menjadi sahabat baik. Malah lebih akrab. Boleh dikatakan ramai di kalangan teman-teman lain yang tersalah tafsir akan keakraban aku dengan Syah. Mungkin mereka hairan bagaimana aku dengan Syah yang dahulunya hampir meletuskan perang, kini boleh-boleh pula menjadi sepasang sahabat baik. Macam-macam telahan mereka terhadap hubungan aku dengan Syah, tapi aku dan Syah tak pernah ambil pusing dengan perkara yang remeh ini. Walau apa pun tanggapan mereka, antara aku dan Syah hanyalah kawan biasa yang serasi bila bersama.  

        Persahabatan akrab aku dan Syah berlanjutan hingga ke semester-semester yang seterusnya. Walaupun kami tidak lagi mempunyai kuliah yang sama, namun Syah yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan akan merajinkan dirinya berkunjung ke Fakulti Sains&Teknologi semata-mata untuk menghabiskan masa bersamaku.  Setiap kali selepas lab petang, Syah akan menjemputku untuk sama-sama ke Anjung Selera demi menikmati makan malam ikan bakar kegemarannya.

       Aku sememangnya suka menghabiskan masa bersamanya. Telatah dan lawaknya membuat aku tidak kering gusi. Perangai gila-gilanya juga membuatkan aku terhibur. Tiap kali dia membuat aku marah, cepat-cepat dia akan memujukku. Aku yang terkenal dengan keras hati ini sekejap pula cair dengan pujukannya. Kebanyakan masa lapang kami dikongsikan bersama. Membuatkan kehidupan di alam universitiku ceria sentiasa. Namun persahabatan akrab yang terjalin antara aku dan Syah akhirnya bertukar rupa. Sampai ke pertengahan semester akhir segalanya berubah.   

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

       "Wei makcik Joyah! Korang berdua boleh diam tak? Aku nak concentrate ni!“ Aku bersuara lantang, memarahi dua sahabat sehati sejiwaku yang sedari tadi berbisik-bisik menganyam ketupat. Dahlah lecturer ni boring nak mampus. Hantu-hantu berdua ni pula buat bising. Midterm exam tinggal tiga minggu saja lagi. Aku menggumam dalam hati. Seperti biasa Milah dan Siti tersengih memandangku dan berhenti menganyam ketupat.  

        Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. Mesej daripada Syah. `Syam, aku  tunggu kau di  foyer lepas kelas.'  Satu lagi hantu. Bukannya dia tak tahu yang aku ada tutorial lagi lepas ni. Ikut suka hati dia saja nak buat appointment dengan aku! Habis sahaja kelas, aku berlari turun ke foyer mencari kelibat Syah.             

       “Ha Syah, apa hal datang jumpa aku plak time ni? Nak ajak dating lagi ke? Macam kau tak tau aku busy sampai ke petang ni...” Aku memandang Syah yang mengukir senyuman memanjang sampai ke telinga.  

       “Malam ni kau ada apa-apa program tak? Kalau kau free, malam ni aku tunggu kau kat Anjung Selera, tempat biasa. Mmm...aku ada surprise untuk kau... ok?” Syah menanti jawapan dariku dengan wajah penuh harapan.  

       “Apasal dengan kau ni? Demam ek? Tetiba jer nak bagi aku surprise! Kau lupa ke Syah, yang aku ni memang tak suka dengan kejutan!” Aku tidak puas hati dengan pelawaan Syah kali ini kerana aku sememangnya tidak suka kejutan. Dalam waktu yang sama, hatiku pula tidak sabar-sabar untuk mengetahui apakah kejutan yang dimaksudkan oleh Syah itu.  

       “Ala... sporting la geng... Janji...kali ni aje, ok? Jangan lupa tau! I’ll see you there around 8.00. Ok, aku chow dulu ek. Aku pun ada kelas ni... see you baby.” Syah terus berlalu menuju ke keretanya. Dibiarkan aku terkulat-kulat seorang diri.  

       Nak tak nak, tepat jam 8.15 minit malam aku tiba di Anjung Selera. Sampai saja di restoran tepi pantai itu, aku tidak perlu pula mencari-cari batang hidung Syah. Kerana Syah telah setia menantiku di tempat letak kereta dengan senyuman cerianya. Hairan juga aku, tak pernah-pernah makhluk ni tiba awal daripada aku. Hari ni bukan main punctual pulak dia!  

       “Wah! Pertama kali dalam sejarah persahabatan kita kau tepati waktu. Selalunya kalau janji pukul 8.00... pukul 8.30 pun belum tentu lagi aku nampak batang hidung kau. Ha, yang kau ni smart semacam malam ni apasal?”  

       “Sebenarnya Syam, aku nak kenalkan kau dengan girlfriend aku. Jom..” Syah mengiringi aku ke sebuah meja di mana seorang gadis ayu sedang duduk di situ.  

       “Kenalkan, ini kawan baik Syah, Syam. And Syam, this is Ain.” Syah memperkenalkan teman wanitanya kepadaku, kami masing-masing saling bersalaman sebagai tanda perkenalan. Lembut cara gadis itu menyambut salamku. Ayunya gadis ini. Telahku dalam hati.

       “Akhirnya kita bertemu juga. Syah selalu bercerita pasal Syam pada saya,” Ain berkata ramah.  

       “Hmm...cerita baik ke atau cerita tak baik? Si Syah ni bukan boleh percaya sangat. Suka memutarbelitkan cerita..” Aku membalas ramah. Aku cuba menyembunyikan perasaan terkejutku di atas perkenalan yang tidak diduga itu. Sejak bila pula si Syah ni ada teman wanita? Otakku ligat berfikir.  

        Sepanjang perjalanan pulang selepas pertemuan itu, aku membebel sendirian. Ternyata aku bengang dan marah dengan sikap Syah yang tidak jujur denganku selama ini. Rupanya dalam diam Syah dudah ada kekasih. Selama ini dia tidak pernah pun ceritakan kepadaku tentang Ain. Syah memang tidak jujur denganku. Aku jadi sakit hati, geram dan....cemburu?? Oh..Tidak! Kenapa aku harus ada perasaan sedemikian? Sedangkan aku dan Syah tidak lebih daripada seorang kawan. Ish...bodohnya aku, kenapa aku nak berperasaan macam ni pula?  Aku menafikan perasaan sendiri. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

       “Syam!” Jerit Syah dari jauh sambil melambaikan tangannya. Aku tidak menghiraukan panggilannya, kakiku terus melangkah laju menuju ke kereta.  Syah berlari menghampiriku. Menghalangku daripada membuka pintu kereta.

        “Syam, apasal dengan kau ni?” Syah memandang tepat ke mukaku. Sedikit pun aku tidak memberi riak balas terhadapnya. Dia yang tercegat berdiri di depan aku tak hiraukan. Pintu kereta tetap kubuka.

        ‘Pap!!’ Dengan pantas Syah menutup semula pintu kereta sebagai tanda menghalang aku beredar tanpa menjawab pertanyaannya. 

        “Kenapa ni Syah?!” Aku agak marah dengan tindakan spontannya itu. 

        “Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya akulah yang berhak menanyakan soalan itu pada kau. Kenapa sekarang ni kau macam nak jauhkan diri dari aku je? Cara kau tu, macam sakit hati je dengan aku. I did anything wrong to you ke Syam?”  

         Aku terdiam dengan kata-kata Syah. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. 

        “Habis tu?” 

        ‘Ringtone’. Telefon bimbit Syah tiba-tiba berbunyi.  “Mmm...Ain call..” Jelas Syah spontan.

Aku menolak Syah ke tepi dan masuk ke dalam perut kereta. Aku terus memecut meninggalkannya. Nama Ain membuatkan hatiku terasa seperti dicarik-carik. Kenapa dengan aku ni??   

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

        Hari-hari berikutnya perhubungan aku dengan Syah mula renggang. Aku semakin menjauhkan diri daripada Syah. Syah menghubungiku tetapi aku buat tak endah. Panggilan telefonnya aku tak jawab. Mesej-mesejnya aku biarkan. Bila dia datang ke fakultiku, aku cuba melarikan diri mengelak. Bila ada peluang terserempak pula, aku memberikan seribu macam alasan untuk cepat-cepat beredar. Aku akan meninggalkan Syah dalam keadaan yang terpinga-pinga.  

        Tapi semua itu berlaku hanya dalam seminggu saja. Selepas itu, tiada lagi panggilan telefon Syah menganggu tidurku. Tiada lagi mesej Syah menerjah masuk dalam Yahoo Messenggerku. Tiada lagi kelibat Syah menghalang pergerakanku. Mungkin dia sudah bosan dengan kerenahku. Akhirnya kesibukan di final semester membuatkan aku lebih mudah melupakan Syah. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------            

        Hari konvokesyen yang meriah diserikan lagi dengan senyuman ceria aku, Milah dan Siti. Gelak ketawa Milah dan Siti memeriahkan suasana. Dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi dan Kepujian dalam genggaman, kami bertiga mengambil gambar kenangan di hadapan tangga Dewan Canselor bersama keluarga masing-masing.  

        Tiba-tiba seorang wanita yang ku kenali dari jauh datang menghampiriku.  

        “Syam, boleh tak pinjam masa awak sekejap? Ada seseorang nak jumpa awak...” Kata Ain sambil mengarahkan jari telunjuk pada seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari kami. Aku yang kehairanan mengangguk. Siapa pula yang nak jumpa aku ni? Syah ke? Dengan hati yang tertanya-tanya, aku mengikuti langkah Ain menuju ke tempat lelaki yang dikatakan hendak berjumpa denganku.  

        “Kif, inilah Syam yang Syah cakapkan tu...” Kata Ain sambil memandang aku. Aku sedikit terkejut. Wajah lelaki yang bernama Kif itu seiras wajahnya dengan Syah, cuma lelaki ini lebih cerah sedikit berbanding Syah.  

        “Syam, kenalkan ini Kif saudara kembar Syah.” Ain memperkenalkan kepadaku. Aku sudah mengangaknya. Syah pernah memberitahuku yang dia mempunyai seorang saudara kembar yang menuntut di Pert, Australia. Tapi kenapa pula saudara kembarnya ini ada di sini? Dan kenapa pula nak jumpa aku. Mana pula perginya Syah? 

        “Err, ada apa Kif nak jumpa saya?” Aku mengeluarkan soalan yang bermain di benak fikiranku. 

        “Saya nak sampaikan kotak ni kat awak. Syah amanahkan pada saya supaya serahkan sendiri kat tangan awak.” Sebuah kotak ungu kecil dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya. Aku renung kotak ungu itu. Semakin banyak pula persoalan yang bermain difikiranku. Apa semua ni?? 

        “Mana Syah? Kenapa pula dia tak bagi sendiri kat saya?” 

        “Dua hari lepas dia dah bertolak Australia. Dia tak sempat nak bagi kat awak. So, dia suruh saya yang serahkan.” 

Apa? Syah ke Australia?? Bertambah-tambah kejutan aku pada hari ini. Mula-mula dengan kemunculan Kif, kemudian kotak kecil ini dan sekarang ni dengan berita Syah ke Australia pula. Tahap kebingungan sudah meningkat tinggi. 

       “Err, Syah dah dapat tawaran sambung study ke Australia ke?” Soalku menduga. Syah yang merupakan pelajar pintar sememangnya layak untuk mendapat tawaran secepat itu. 

       Aku menunggu jawapan kepastian daripada Ain dan Kif. Mereka saling berpandangan. Namun soalan aku tidak berjawab. Hanya riak wajah rasa bersalah yang ditunjukkan. Aku memandang mereka silih berganti.  

      “Erm, ha..I forgot to wish you. Congratulation ye sebab dah bergelar graduan.” Kif mengalih perbualan.  

      “Thanks..” Jawabku dengan senyum simpul memandang wajah Kif yang saling tak tumpah macam wajah Syah. Wajah seorang sahabat yang senyap tanpa berita. Kenapa Syah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal? Marahkah dia padaku? Timbul rasa bersalah dalam hatiku.

      “Tahniah juga dari saya Syam..” Ucap Ain yang sedari tadi membisu.  

      “Terimah kasih Ain..”  Gadis ayu itu aku renung. Gadis yang menjadi pilihan hati Syah. Siapalah aku jika dibandingkan dengannya.

      “Oklah Syam, saya dah pun serahkan kotak tu pada awak. Kitorang minta diri dulu ye..” Kif dan Ain berlalu meninggalkan aku yang masih bersisa dengan kekeliruan. 

**************************************************************************************************  

      Sepanjang persiapan majlis kenduri perkahwinan Siti di Kuantan, aku sering menjadi bahan usikan Siti dan Milah. Aku pantang berdamping dengan dengan dua sahabat sehati sejiwa denganku itu. Sudah semestinya kenangan lama akan dijadikan bahan usikan bila saja ada peluang bersama. Malah hal yang sensitif pun akan diungkitkan juga. Almaklumlah sudah setahun tidak bersua muka. Lepas sahaja habis konvokesyen aku berpindah mengikuti abang sulungku ke KL. Aku juga mendapat kerja dan menetap di situ. Siti dan Milah bekerja di negeri masing-masing di Kota Baharu dan Kuantan. Disebabkan masing-masing sibuk dengan hal sendiri kami jarang dapat berjumpa. Hanya teknologi yang menghubungkan kami bertiga. Kalau tidak dengan SMS, Yahoo Messengger. Itu pun jarang-jarang sekali dilakukan. Mengejar kerjaya masing-masing menyebabkan kami terlalu sibuk.

      Apabila dapat berkumpul bersama sudah semestinya amalan usik mengusik tidak dilupakan. Milah dan Siti tak habis-habis mengusikku dengan menyebut-nyebut nama Syah. Menyebabkan kenangan yang telah lama kuluputkan bercambah semula dalam kotak ingatanku. 

     “Syam, aku ada sent kad jemputan ke rumah Syah di Johor juga tau..” Siti bersuara sambil mengenyitkan mata pada Milah. Milah mengukir senyuman menyakatnya.  

     “Kalau nak jemput, jemput ajelah. So?” Soalku dengan lagak bersahaja. Sedang perasaan di hatiku aku sahaja yang tahu betapa berdebarnya aku. Syah? Ada peluang lagikah aku berjumpa dengannnya sedangkan dia bukankah berada di Autralia?

     “Ek eleh..buat-buat tak kesah konon. Cik Syam oi, buah hati lama pun boleh lupa ke..?” Milah menyiku pinggangku. Aku menjauhkan diri kegelian. 

     “Wei, korang ni kan..sejak di zaman universiti sampai sekarang, perangai tak ubah-ubah..asyik nak menyakat je kerja korang ek. Ko tu Siti dah nak jadi isteri orang pun masih lagi dengan perangai gile-gile kau tu..malang betullah si Azlan tu akan dapat isteri yang macam ni...” Aku kenakan Siti balik.  

      “Aik, aku cakap pasal Syahlah Syam..kenapa libatkan aku pulak. Ek eleh..nak tukar topiklah tu..” Siti mencebik.  

      “Tulah si Syam ni..nak mengata orang konon. Tak sedar diri dia tu asyik menyinglekan diri je.. Sekurang-kurangnya kau tu Siti dah nak kahwin dah.  Ha, aku ni pun dah ada tunang dah. Yang si Syam ni je yang nak jadi anak dara tua agaknya. Nak tunggu Syah juga ke Syam?” Milah memang tak habis-habis nak kenakan aku.  

      “Ishk..takde maknanyalah Milah! Korang pun tau kan aku dengan Syah tu dulu just kawan je. Korang ni memang sengaja je nak usik aku.” 

       “Yelah kawan tu kawan jugak. Tapi, kenapa dah lama aku tak dengar apa-apa cerita tentang Syah lagi daripada kau?” 

       “Ntahlah Milah..sekarang ni tak tau aku dengan Syah tu masih kawan lagi ke tak. Dah lama aku lost contact dengan dia.” 

       “Lost contact ke kau yang tak nak contact dia? Dulu bukan main bestfriend giler korang berdua. Start dari sem 1 sampai sem 7 macam belangkas je korang, sampai aku dengan Siti ni naik hairan. Tapi bila sampai je final sem, aku tengok lain pulak jadinya. Aku tau korang ada krisiskan? Mesti sebab si Ain budak Sains Marin dulu tu. Aku tau..” 

       “Eh, takdelah..memandai ajelah kau ni.” Rupanya Milah tahu segalanya. 

       “Tak payahlah nak selindung lagi dari kitorang Syam. Kitorang ni bestfriend kau, takkan kitorang tak tahu..” Siti menambah. Eh, rupanya Siti pun tahu. 

       “Dahlah..tak payahlah pula nak ungkit-ungkit lagi cerita lama tu lagi. Aku sendiri pun dah lama lupakan dah...” 

       “Takkan si Syah tu kau boleh lupa kot. Aku tak percayalah. Haaa..ni mesti dah ada buah hati lain ni kan?” Milah tak habis-habis. 

       “Hahaha..buah hati? Takde sapelah yang nak kat minah garang macam aku ni”  

      “Eleh, takde orang nak ke ko yang jual mahal. Zulkifli tu mana nak letak? Kot-kot si Zulkifli tu memang pakwe kau..saje je kau tak nak bagitau kitorang kan?...” 

       “Zulkifli? Zulkifli mana pula ni?”   

       “Zulkifli yang hantar surat misteri tulah.” Siti mengingatkan aku.  

Zulkifli? Siapa Zulkifli?! Milah dan Siti memang tidak sudah-sudah mengusikku bermula di hari pertama kami berjumpa. Nama Syah tidak lekang dari mulut mereka. Tidak habis dengan nama Syah, dengan seorang lagi lelaki aku dikaitkan. Semuanya berpunca daripada sepucuk surat kecil yang dihantar kepadaku oleh Cika, anak buah Siti.  

       Cika memberitahu bahawa surat itu daripada seorang abang yang sudah bergegas hendak pulang. Aku yang tengah sibuk mengangkat selusin pinggan kaca cuba menjenguk ke luar namun tiada bayang-bayang orang yang dikatakan Cika itu. Pelik sungguh, belum sempat hadiri majlis kahwin tapi dah angkat kaki pulang. Lagi pelik kerana sepucuk surat pula ditingalkan untukku.  

       Aku membaca surat itu yang hanya mengandungi 3 baris ayat yang ditulis dengan pen berdakwat merah,  

       Sudah setahun lamanya saya cuba jejaki awak Dewi...akhirnya saya temui juga awak di sini...
      
Terserlah keayuan Dewi dihiasi kebaya  ungu.. : Zulkifli.’ 

       Siapa Zulkifli? Aku tidak kenal pun. Disebabkan aku tak kenal langsung maka aku buat tak endah saja. Surat kecil itu aku buangkan ke dalam longkang. Aku buat tak endah tetapi Milah dan Siti bukan main endahnya. Entah dari mana mereka dapat tahu pasal surat tu sedangkan aku sudah pun campakkan. Rasanya sudah hancur berkecai pun surat tu di dalam longkang. Semestinya tak lain tak bukan ini kerja si Cika! Aku mengumam dalam hati. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Perkahwinan Siti berlangsung dengan sempurnannya. Aku yang mendapat cuti sebulan menghabiskan sisa cutiku itu untuk melepak di kampung Siti bersama Milah. Sedang aku berseronok bercuti panjang itu, tiba-tiba pula menerima panggilan telefon daripada Along di KL. Panggilan kerahan yang menyuruh aku segera pulang. Sesampainya di rumah, aku disajikan pula dengan berita paling tergempar. Berita yang diluar jangkaanku dan lebih teruk lagi kerana bersangkut paut dengan masa depanku. Aku tidak menyangka Along telah menerima bulat-bulat pinangan untukku daripada seorang lelaki yang bernama Zulkifli. Along buat keputusan tanpa berbincang denganku terlebih dahulu! 

      “Apa semua ni Long? Kenapa buat Dewi macam ni?!” Aku cuba meminta kepastian atas keputusan drastik yang dibuat Along. 

      “Along dah buat keputusan. 28 Oktober ni tarikh nikah Dewi dengan Zulkifli. Bersiap sedialah Dewi untuk menjalani kehidupan berumah tangga dalam tiga minggu lagi.” Along bersuara mendatar tapi terselit nada tegas pangkat Mejarnya.  

Siapa Zulkifli? Doktor? Lowyer? Majistret? Ahli Muzik? Peniup seksefon? Aku kenal ke? Aku cuba mengingat. Aku meneroka sistem memori otakku tapi nama itu tiada dalam memori. Tiada dalam senarai orang yang kukenali. Ah, itu tidak penting. Itu bukan jawapan kepada soalanku tadi. Bukan jawapan kepada persoalan yang bermain di benak fikiranku. Persoalan utama sekarang, kenapa Along buat keputusan tanpa berbincang denganku?            

     “Kalau ya pun Long, biarlah Dewi sendiri yang pilih bakal suami Dewi, dan tentukan bila masa Dewi nak kawin. Dewi bukan budak kecil lagi Long. Tak perlu Along nak tentukan semuanya untuk Dewi..” Aku cuba bersuara bagi menegakkan keadilan untuk diriku.

Sesungguhnya aku tidak mahu dikahwinkan dengan sesiapa yang aku tidak dikenali. Malahan dalam masa yang terdekat ini pula. Tiga minggu lagi? Memang suatu yang drastik dan tidak masuk akal! 

     “Sebab Dewi ni bukan budak kecillah Along nak Dewi berumah tangga secepat mungkin. Dewi dah besar panjang..dah jadi tanggungjawab Along sebagai anak sulung untuk kahwinkan adik Along bila dah sampai waktunya. Takkan itu pun Dewi tak faham...”  

Kalau itulah jawapannya, memang aku tak faham. Aku bukannya anak dara tua pun yang perlu dikahwinkan secepat mungkin.                                                

     “Tapi Long...” 

     “Dah, takde tapi-tapi lagi. Along dah buat keputusan. Pinangan tu pun Along dah terima. Cincin tunang ada pada pada Kak Long kau. Along dah informkan pada Tok Wan kat kampung. Semua sedara mara pun dah tahu. Persiapan pun dah mula dibuat dah. Dewi jangan nak buat perangai pulak nak membantah!” Kali ini dengan nada yang lebih tegas berbaur amaran. 

Ya Allah! Apakah semua ni? Perkahwinan paksa?? Semua persiapan sudah mula dibuat, semua saudara mara sudah pun tahu. Semua orang sudah tahu aku akan melangsungkan perkahwinan tiga minggu lagi..dan akulah orang terakhir yang mengetahuinya. Ini tidak adil! Along memang berlaku tidak adil padaku!  

      “Ini berkaitan masa depan Dewi. Along tak boleh campur tangan. Dewi nak kawin dengan siapa ke..tak nak kawin ke..itu hak Dewi! Hak Dewi untuk tentukan masa depan Dewi sendiri! Along tak ada hak atas kehidupan Dewi!” Bentakku. Aku tak mahu mengalah kerana ini melibatkan masa depanku. 

      “Along ada hak!!” Tengking Along dengan wajah merahnya. Aku terkesima. Nampaknya aku menaikan amarah Along.  

Ah, aku tak peduli. Along nak marah, marahlah. Ini hak aku. Aku cuba bersuara lagi, “Along takde hak dalam hal ni. Along tak boleh....” kata-kataku dipotong. 

       “Along berhak! Along bertanggungjawab atas hidup Dewi selagi Dewi masih belum bergelar isteri orang! Itu janji Along pada arwah ayah dan mak! Dewi faham tak??!!” Bergema suara Along bagai dentuman guruh. Aku menelan air liur. Kata-kata bantahan tersangkut dikerongkong apabila melihat Along berdiri di hadapanku dengan wajah serius Mejar Wan Shahidan Kassim.

        Aku tahu marah benar Along kali ini. Kak Long menghampiri Along, cuba meredahkan kemarahannya. Dalam masa yang sama memberi isyarat kepadaku agar tidak lagi membantah. Aku tunduk diam. Tidak berani lagi mengeluarkan kata-kata bantahan. Silap hari bulan pipi tembamku pula akan jadi sasaran.  Aku tahu kuasa mutlak abang sulungku mengatasi segala-galanya. Setelah pemergian ayah dan ibu ke rahmatullah lapan tahun yang lalu, Alonglah yang membesarkan aku. Alonglah yang bertindak sebagai ayah dan ibu kepadaku. Aku membesar dengan kasih sayang seorang abang yang terbaik di dunia ini. Satu-satunya abang yang aku miliki. Aku sedar selama ni semua tanggungjawab keluarga terletak pada bahunya. Dan bermakna juga semua keputusan keluarga terletak pada tangannya.  

       Aku tidak sanggup lagi bertegang lidah dengan Along. Dengan perasaan yang geram dan sakit hati aku berlari ke bilik. Kuhempaskan pintu sekuat hati. Lalu kurebahkan diri di atas katil dan menangis semahu-mahunya. Aku tidak menyangka Along akan buat begini padaku. Sampai hati Along. Bayangan wajah arwah ayah dan mak silih berganti muncul difikiranku. Aku benar-benar rindukan kasih sayang mereka. Air mataku mengalir deras tidak dapat dikawal. Aku menangis teresak-esak seperti anak kecil .  

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

      Bunyi telefon bimbitku yang tak henti-henti mengejutkan aku dari tidur. Aku membuka mata yang bengkak. Aku paksakan diri untuk bangun walaupun kepalaku terasa berat sekali untuk kuangkat. Kesan tangisan berjam-jam lamanya sebelum aku terlena. Aku mencapai beg hitamku dan mengeluarkan telefon bimbit. Bunyi ringtone serta merta berhenti. Tidak sempat untuk kujawab panggilan yang masuk tadi.  

       Kulihat pada skrin, tertera 3 misscalleds. Semuanya daripada Siti. Siti sahabat karibku yang baru melangsung perkahwinan sebulan yang lalu. Perkahwinan meriahnya kuhadiri dengan hati yang gembira. Siapa yang tidak gembira melihat rakan sendiri bahagia. Tiga minggu lagi giliran aku pula yang akan naik pelamin dan aku akan menghadiri perkahwinanku sediri dengan hati yang sedih.  

        Kulihat ada satu mesej dalam inbox. Lalu kubuka. Mesej daripada Siti: 

        Congra2lation my friend.  I’m hepi 4 u. “Akhirnya akan disatukan jua bersama orang tersayang” :)  

       “Akhirnya disatukan jua bersama orang tersayang....” Aku tersengih sendiri membaca ayat terakhir mesej Siti itu. Itulah kata-kata yang aku ucapkan pada Siti di hari pernikahannya, sejurus selepas dia sempurna diijabkabulkan bersama suami tersayang. Ternyata kata-kata itu dipulangkan kembali kepadaku. Aku ketawa sendiri. Sebenarnya aku ketawakan diriku sendiri. Kata-kata keramat itu tidak layak untukku. Tiada relevannya untuk aku yang akan disatukan bersama orang yang tidak kukenali.  

       “Syah..” Tiba-tiba nama itu terbit dari bibirku.

       Aku membuka laci meja kecil tepi katil. Lalu ku keluarkan sebuah kotak ungu. Kubuka kotak itu dan keluarkan sebatang pen parker merah. Bersama pen parker itu aku berteleku di atas katil. Pen merah yang menyaksikan pertemuan antara aku dan Syah. Kenangan yang telah sekian lama aku lupakan menjelma satu-persatu menerjah kotak fikiranku. Entah kenapa kebelakang ini aku asyik teringatkan dia. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

        Seminggu aku bermasam muka dengan Along. Aku isytiharkan perang dingin. Waktu makan juga aku berkurung di bilik. Mulanya nak isytiharkan sekali mogok lapar, tapi aku yang sememangnya perut gajah ini tidak layak untuk berbuat demikian. Kak Long, kakak ipar kesayanganku akan merangkap sebagai pelayan hotel lima bintang yang akan menghantarkan santapan ke bilikku setiap kali tibanya waktu makan. Sudah seminggu aku mengurungkan diri. Umpama Repunzel dalam cerita dongeng klasik fairytale. Bezanya cuma Along yang menjadi watak antagonisnya. Entah sampai bila perang dingin ini akan berterusan. Aku tidak betah lagi untuk menjadikan diriku Repunzel di bilik ini.  

       Sesuatu yang aku tidak duga, malam ini Along datang mengetuk pintu bilikku. Kali ini mood Along nampak baik. Mungkin ingin mengisytiharkan genjatan senjata agaknya. Aku pun sudah bosan dengan perang dingin ini.           

      “Along pegang janji Along pada arwah mak dan ayah dulu. Along akan jaga Dewi sebaik mungkin. Dan Along akan carikan jodoh yang terbaik untuk Dewi.” Mendatar Along memulakan bicaranya. 

      Aku tunduk diam. Tidak mahu berkata sepatah pun. Aku masih dengan rajukku. Syamizulaikha Dewisalina masih dengan keras hatinya. Adakah kedatangan Along kali ini untuk memujukku? Memujukku agar menerima keputusan gilanya? Atau pun kedatangannya ini untuk menaikkan bendera putih? Itu sesuatu yang tidak mungkin. Aku kebingungan. 

     “Along tau..adik Along dah besar panjang. Dah tahu buat keputusan sendiri..dah tak perlukan Along lagi.” Kata-kata Along itu membuatkan aku serba salah. Aku masih tunduk membisu. 

      “Walaupun Along dah terima pinangan tu, tapi keputusan sebenar masih terletak pada tangan Dewi. Sekarang maruah keluarga terletak pada tangan Dewi. Terpulanglah pada Dewi nak buat macam mana. Along takkan paksa...”  

      Aku mendongak memandang Along. Tidak percaya dengan apa yang baru ku dengar. Benarkah Along mengalah denganku? Selama ini Along tidak pernah beralah dalam hal penting sebegini apatah lagi hal yang melibatkan maruah keluarga. Along biasanya tegas dalam semua keputusan yang dibuatnya. Along memandangku dengan senyuman pahit terukir. Mengharapkan jawapan muktamad daripadaku. Aku pula tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan tika ini. Aku jadi serba salah. Aku tunduk memandang lantai semula.  

      “Kalau Dewi dah kata tidak, Along pun tak boleh nak buat macam mana. Keputusan Dewi tu Along terima dengan hati yang tenang.” Aku di birai katil masih tunduk membisu. Namun aku tahu jelas berat cara Along menyampaikan.  

      “Esok pagi mak Zulkifli akan datang ke mari untuk bincang persiapan seterusnya dengan Kak Long. Seperti yang Dewi harapkan, Along akan khabarkan penolakan pinangan tu kepadanya nanti. Dewi tak perlulah risau.” Sambung Along dengan keluhan berat. “Along tak nak kerana perkara ni hubungan kita dua beradik dingin. So, Along harap lepas ni Dewi takkan merajuk dengan Along lagi....” Kata-kata terkakhir daripada Along. Kemudian meninggalkan aku yang sedari tadi kaku tak bersuara. 

Aku memenangi perang dingin ini. Tapi kenapa hatiku pula tidak gembira? Malah terasa amat sakit. Bukankah ini yang aku mahu? Menyakiti hati Along yang telah banyak berkorban untukku? Hatiku berkecamuk seketika dan fikiranku keliru. Apakah wajar tindakan aku menghampakan hati Along? 

Sejurus kelibat Along hilang di sebalik pintu, aku beralih ke meja tepi katil. Aku ambil pen parker merah yang terletak dalam laci. Aku genggam erat pen itu di tanganku. Antara aku dan Syah? Ada harapankah?? Aku bingkas bangun dan meluru ke dapur mencari Kak Long untuk membincangkan sesuatu yang penting kepadanya. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

      

       Aku merenung pen parker hitam di atas meja kecil tepi katil. Aku melepaskan keluhan berat. Biarlah segala kenangan lalu kulepaskan pergi. Kurenung pula cincin tunang yang tersarung kemas dijari manisku. Cincin yang tersemat dijariku sejak dua minggu lalu. Tanpa kusedari airmataku gugur membasahi pipi yang baru disaluti mekap hasil sentuhan seni mak andam tadi. Sekelip mata air hangat itu mengalir deras membasahi kebaya songket ungu lembut yang tersarung ditubuhku. Perasaan apakah ini ya Allah? Aku menangisi hari pernikahanku sendiri. Hari ini hari bersejarah buat diriku. Sebentar lagi aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Zulkifli. Aku akan dijabkabulkan dengan lelaki itu yang aku kenali hanya pada namanya sahaja.

       Perkahwinan ini adalah perkahwinan drastik yang diaturkan oleh Along.  Perkahwinan yang pada mulanya aku tentang, tetapi akhirnya kuterima juga semata-mata kerana Along. Along sanggup berkorban untukku selama ini dan kenapa tidak pula aku sendiri yang berkorban untuk menjaga maruahnya kali ini. Perkahwinan ini adalah hadiahku kepada Along yang selama ini membesarkan aku dengan sempurnanya.

       Aku sudah nekad. Inilah jalan yang kupilih. Selepas ini hidupku hanya untuk lelaki yang bernama Zulkifli. Dialah suamiku yang akan memimpinku dalam menjalani kehidupan di masa hadapan. Biar kupadam semua memori Syah dari ingatanku selamanya. Tiada gunanya lagi aku mengenang kisah lama. Biar kubuang jauh-jauh daripada hidupku. Biar kututup kisah lama dan membuka lembaran baru dalam hidupku untuk membina rumah tangga yang sempurna bersama lelaki yang bergelar suamiku. Ini tekadku.             

       “Kak Dewi! Kak Dewi! Rombongan pengantin lelaki dah sampai!” Jerit Lyn, berlari menerpa masuk ke bilikku. Aku terkejut dan cepat-cepat menyeka airmata. 

       “Rombongan dah sampai ke?” Aku bertanya soalan bodoh. Lyn mengangguk. Serta merta jantungku berdegup kencang. Paluan kompang yang kuat menambahkan lagi degupan jatungku. Terasa seperti jantungku pula yang dipalu. Debaran apakah ini? 

       “Wei mak cik Syam, kenapa muka pucat je ni?” Soal Milah yang baru masuk bersama Siti. Mengambil tempat duduk di sisiku. 

       “Pengantin mana boleh buat muka monyok macam ni. Bakal suami dah ada kat luar tu. Senyumlah sikit cik pengantin oi...” Siti memandangku lalu pipiku ingin dicuitnya. Aku mengelak. 

       “Uish..luntur mekap aku nanti. Penat mak andam tadi mekapkan tau..berjam-jam lamanya.” Aku mengusap pipiku yang diselaputi mekap setebal setengah inci. Memang lenguh juga tengkukku tadi duduk berjam-jam macam patung. Bukan senang nak tancap balik kalau dah luntur. 

       “Ceh..ceh..luntur mekap konon. Belum sentuh pun dah luntur...Ni ha, rupa pengantin ke rupa momok ni?” Milah menyerahkan cermin kecil padaku. Kupandang dalam cermin, habis hitam seluruh bahagian bawah mata. Aku tersengih kambing memandang Siti dan Milah. Pantas saja tangan Siti dan Milah hinggap di mukaku. Membantu membersihkan dan membentulkan semula masakara yang telah luntur. Aku yang tidak reti dalam kerja-kerja menghias wajah ni memang tidak pandai betulkan sendiri. Maka jadi patung barbie lagilah aku berdiam diri. 

       “Kak Dewi nangis tadi ek. Ish..ish..akak ni..nak kawin pun nangis.” Lyn mengusik. Walaupun masih berusia di awal remaja, namun perangai adik Milah itu saling tak tumpah macam kakaknya. Suka mengusik. 

       “Biasalah terharu nak kawin dik. Kau budak kecik apa tau.” Jawabku spontan. Milah dan Siti ketawa mengekek di depanku. Aku memandang tajam mereka berdua. Tak tahu apa pula yang mereka ketawakan. Aku buat lawakkah? Tiba-tiba kulihat pula Milah mengeyitkan matanya pada Siti dan Siti pula membalas dengan mengakat keningnya sambil tersengih. Apa kenanya dengan kawan aku ni? 

      “Korang ada buat sesuatu kat belakang aku ek?” soalku curiga. Aku dapat menghidu sesuatu dan kulihat bayang-bayang tanduk pada kepala Siti dan Milah. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan mereka.  

      “Ishk, takdelah.” Siti cepat-cepat menyangkal. Milah pula tersengih.  

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------             

       Sejam berlalu dan selesailah upacara akad nikah di luar. Aku selamat diijabkabulkan dengan Zulkifli dengan sekali lafaz sahaja. Setelah doa diaminkan, Kak Long masuk ke bilikku bersama Puan Zaharah. Puan Zahara menyarungkan cincin nikah pada jari manisku menggantikan cincin tunang. Serta merta aku mencium tangan emak mertuaku itu. Lalu aku dipeluk dalam dakapannya. Terasa kasih sayang daripada seorang ibu yang selama ini aku dambakan.             

      “Cantik manis menantu mak ni ye. Patutlah Zulkifli berkenan sangat.” Puan Zaharah merenungku dengan senyuman suci seorang ibu. Pipiku disentuhnya lalu dielus lembut. Kali ni aku tak kesah mekap nak luntur, luntur sajalah. Aku suka sentuhan lembutnya. Bak sentuhan arwah mak. Baiknya mak mertuaku ini. Bertuah aku jadi menantunya. Harap-harap suamiku juga seperti mak mertuaku baiknya. Aku membalas dengan senyuman yang paling manis.             

      “Tahniah Dewi.” Giliran Kak Long memelukku. Aku membalas pelukan kakak iparku itu dengan erat. “Sekarang, Dewi dah jadi isteri orang, so jangan nakal-nakal lagi ye.”  Sambung Kal Long lagi. Aku mengangguk kepada kakak iparku yang selama ini banyak bersabar melayan kerenah adik iparnya yang banyak ragam ini.             

      Selepas Kak Long, giliran Siti dan Milah pula. Masing-masing serentak mengucapkan tahniah kepadaku. Kami bertiga berpelukan sesama sendiri.             

      “Dahlah tu Milah, Siti.. Giliran si suami pula nak masuk lepas ni..” Arahan Kak Long di muka pintu dengan senyum simpulnya membuatkan aku pula tersentak. Apa suami? Suamiku??

       “Yelah kak..kitorang nak keluar ni..” Jawab Siti. Mereka berdua melepaskan pelukan dan meninggalkan aku berseorangan di dalam bilik. Sempat Milah mengenyitkan mata padaku sebelum daun pintu ditutup. Peluh dingin mula membasahi dahiku. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

       Sebentar lagi suamiku akan masuk. Bagaimanakah orangnya? Kurus? Gemuk? Tinggi? Rendah? Hitam? Putih? Kacak ke? Bermacam-macam pula andaian yang mengusutkan fikiranku. Kenapa sebelum ini tidak terfikir pun tentang ini. Sekarang baru aku nak terfikir. Ah, abaikan. Itu semua tidak penting. Aku pun tidak mengharapkan yang lebih. Cukup sekadar dia mempunyai hati yang baik, suci bersih dan beriman. Itu sudah cukup bagiku. Walaubagaimana pun dia nanti, aku akan terima seadanya. Dia kini suamiku. Dan aku sebagai isteri akan setia padanya sampai ke anak cucu.  

       “Assalammualaikum..” Salam daripada seorang lelaki. Serta merta daun pintu terkuak. Suamikukah? Aku cepat-cepat menundukkan wajah.

       “Wa..wa..alaikumsalam..” jawabku sedikit gugup. Kulihat sepasang kaki berseluar baju Melayu berwarna ungu lembut sedang berjalan kearahku. Sepadan warnanya dengan kebaya songket yang tersarung ditubuhku. Sah! Dia suamiku! Aku meneguk air liur.  

       Kini suamiku betul-betul berdiri di hadapanku. Cepat-cepat kucapai tangan kanannya lalu kucium tanda hormat. Kurasakan sebelah tangannya mengelus lembut ubun-ubunku. Perlahan-lahan tangannya menyentuh daguku dan menarik ke atas. Aku tahu dia cuba mengucup dahiku. Sepantas kilat juga kupejamkan mata. Lama ku pejam tapi kucupan tak sampai pula ke dahiku. Aku membuka sebelah mata cuba mengintai. Kemudian kedua-duanya. Kulihat bayangan sekujur tubuh telah hilang. Hairan. Mana perginya suamiku?             

      “Dari mana awak dapat pen parker merah ni..?” Suara sayu itu membuatkan aku menoleh ke belakang. Kulihat suamiku sedang duduk di birai katil bersebelahan meja kecil. Tangannya memegang pen paker merah kepunyaan Syah. Aku bingkas bangun menghampirinya yang masih membelakangiku.            

      “Err, pen tu kawan saya bagi.. Kenapa, berminat ke?” Berminat sangat nampaknya suamiku sampai isteri di sini dilupakan.    

........to be continue..........           

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) iskk si nurie ni..kamu sengajakan..hahhahha..kompem syah 2..kompem..hahhaha..but nice story nurie..bagus..
  • 2)

    erk..tpi...

    Suara sayu itu membuatkan aku menoleh ke belakang. Kulihat suamiku sedang duduk di birai katil bersebelahan meja kecil. Tangannya memegang pen paker merah kepunyaan Syah.

     

    syam dh tgk suami die kan..isk3...kalo syah mesti die dh terkejut....aaaaa...bukan syah ke..isk2 

  • 3)

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    bukan syah eh?tidaaakk...aku rase kan..kif tuh.kembar syah!haha...boleh laaa.

    p/s:penat bce pnjg2 skali xending daa!hihi..nex

  • 4)

    taw takpe...ingatkan trus ade ending...huhu...

    Aku bingkas bangun menghampirinya yang masih membelakangiku.

    eh, ade harapan lagi zulkifli = syah...huhu

  • 5) mak oi syam. 3 minggu lagi nak MIDTERM xm pun dah emo kawan bising. makhluk skema jenis apakah syam ni. kagumm kagumm!

    nama penuh syahrul sebenarnya syahrul zulkifli la :p

  • (Penulis)
    6)

    gnee: memang sy sengajak bah tu gnee....hahah..:) Syah ke tu? entah..

    mizwa, granger & teru : hahaa..main teka tekilah la korang ye..hehe..ending pendek aje granger..sory ek sengaja kasi ko baca pnjg...

    caha : Skema ke? Oh..Tidakkk!! :P

    yelah tu kononnya nama pnuh syahrul zulkifli... and syah=zulkifli=kif...shah buat plastik surgery jd putih untuk menyamar jadi kembar dia..hahahahaaaaa.... klu tak, zulkifli adalah kembar ke3 syah?? hahaa.. addakah patut?? hehee..tunggu ajelah ek..

    p/s: act citer ni pendek jer..sy ni yg suka kasi panjang2kan lagi..ending dah ada..sad n hepi ending..x tau mana satu nk letak ni ek?? (fikir2) esok2 jelah post...

  • 7)

    syud yakin n konpom sratus pratus yg suami syam tu syah!! dah nama pon takdir syam n syah.. tp penceritaan agak kabur2 n malap2.. sbb xjelaskan dgn terperinci ape motif adenyer ain n kif..hehehhe.. kif pon watak yg tiba2 muncul ntah dr mana.. klo ain sorg yg kasi kotak tu i think it's better.. =)

    wah..suddenly rase cam nk kawen..hahahhaah

     


  • (Penulis)
    8)

    act aku tak pandai buat ending yb best2 nih..tp peranan ain dan kif mmg dah ada..tunggu dan lihat dan baca ending nti ye syud....:)

  • 9) syud : selambe syud. kawin je. bleh MARA saman :p
    nurie : ala nurie. syam yg skema. tak kata nurie. lain lah syam n nurie tu org yg sama. tapi nurie pun mmg skema. eh?
  • 10) caha: keji ahh..saman2 xmen ek..lgpon..xde calon ah nk kawen..ngeeee =)
  • 11) ahhh...tensen nye..cite tak abes lg..tibe2 berdebar2..aahhahahhaha

Cerpen-cerpen lain nukilan nurie

Read all stories by nurie