Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Surat Untuk Abang~

  • 8
  • syud
  • 16 years ago
  • 13,290
  • FREE

 

Surat

1

Abang,
Masih ingat lagi tak waktu kita diijabkabulkan? Waktu tu meriah sangat. Mak dan abah seronok sangat terima menantu. Adik-adik Huda pun gembira sangat sebab akhirnya  dapat juga mereka merasa nasi minyak Kak Long mereka ni. Bila tengok mereka tersenyum,air mata ni luruh ke pipi. Hangat, panas..tapi cukup menenangkan. Waktu tu, Huda tak henti-henti cakap dalam hati..terima kasih abang sebab hadir dalam hidup ini.

Kita kenal sebab abang jiran sebelah rumah. Setiap kali Huda balik dari kerja, abang gemar menegur. Huda tak ambil pusing sangat sebab abang muda dari Huda. Macam pangkat adik. Sebaya dengan Fakhrul, adik Huda yang kedua tapi bila dah makin kenal, abang cakap nak masuk meminang. Huda terkejut. Tak pernah terfikir abang nak kahwin dengan Huda. Huda sibuk dengan kerja,sungguh tak pernah terfikir ada lelaki akan hadir untuk jadikan Huda suri hidup mereka.

Bila abang bersungguh-sungguh, merayu-rayu meminta, Huda rasa tak sampai hati. Lagi-lagi bila mak desak suruh Huda terima. Huda buntu! Secara jujur, memang hati ini pernah tercuit waktu abang beria-ia bawa Huda ke hospital waktu Huda demam panas, abang masakkan bubur nasi untuk Huda. Hati ni terharu abang. Sungguh, abang cinta pertama Huda.Akhirnya, Huda terima juga lamaran abang sungguhpun terlalu singkat perkenalan kita.

Waktu diijabkabulkan, abang pakai baju putih susu. Kacak sangat dimata Huda. Huda tengok abang sedikit gugup.abang hela nafas sambil kesat peluh renik di dahi, Huda tersenyum simpul. Kelakar pula tengok abang waktu tu. Lepas Tok Imam aminkan kita, abang tersenyum puas. Huda nampak mata abang bersinar terang. Abang nampak gembira sangat. Waktu Huda kucup perlahan kedua belah tangan abang, Huda rasa gembira. Waktu tu, Huda nak cakap dekat abang..Huda sayang abang.

Kita bahagia sangat tika tu bang, jadi dimana silapnya? Hudakah yang bersalah?

2

Abang,
Huda baru selesai mandikan Iqa. November ni, genap umur dia dua tahun. Nakal sangat bang. Kadang-kadang ada juga mulut dia menyebut papa tapi pada siapa Huda nak tunjuk bila dia menyebut bang? Kadang-kadang keleteh manja dia buat Huda rasa sayu. Apa salah anak kita bang? Sampai abang sanggup tinggalkan kami?

Abang baik sangat waktu kita baru berkahwin. Waktu balik dari Bali, abang ikat mata Huda dengan kain. Abang pimpin Huda keluar kereta. Bila Huda buka mata. Sebuah rumah warna coklat cair tersergam indah didepan mata. Huda kucup pipi abang, Huda melonjak keriangan. Pada abang, Huda tak henti-henti ucap terima kasih. Abang cuma tersenyum. Ikhlaskah senyuman abang waktu tu?

Kita berlari disetiap pelusuk rumah. Dalam setiap sudut, kenangan abang ada dimana-mana. Acapkali bila Iqa tersenyum, Huda termanggu. Abang..apa salah Huda abang? Iqa, persis abang..senyumnya..matanya..semuanya seperti abang. Bila Iqa menangis, dan mengongoi..Huda peluk Iqa perlahan..Hati Huda selalu sayu bila memandang sebening mata miliknya. Iqa tak bersalah!


Abang..perlukah Huda memohon agar abang kembali?? Walaupun Huda tahu hati abang bukan untuk Huda lagi…

Abang

Surat untuk abang aku tatap kemas. Sudah puas air mata ini mengalir tak henti-henti. Sudah jenuh kutilik segala salah diri ini. Disetiap nadi dan sendi ini, nama abang berada dimana-mana. Acapkali bila bersedih, aku akan menulis. Biarpun tak pernah kesampaian, tapi aku terus menulis padahal aku tahu, abang tak sudi pun membacanya sekiranya surat-surat ini sampai padanya. Abang… suami yang sangat-sangat aku sanjung. Abang…cinta pertama yang cuba kubuang, kerana jarak perbezaan umur yang ketara.  Abang..insan yang meninggalkan diri ini..aku digantung tak bertali dan abang… ayah kepada Syafeeqa, satu-satunya buah hati pengarang jantungku.

Iqa menarik tanganku lembut sambil mulut kecilnya tak habis-habis menyebut-nyebut namaku. Aku mengikut sahaja arah tujunya, sungguh..anak kecilku itu sangat nakal..sangat lincah..dan sangat menghiburkan. Sampai di dapur, tangannya dituju ke atas peti ais. Cococrunch! Aku tersenyum. Mencubit pipinya dan mencapai cococrunch tersebut. Sengaja aku layang-layangkan agar jauh dari Iqa. Si kecil tu melompat-lompat bagai anak penguin.Kecil dan comel.

“Mama, nanak arr..Iqa nak kokoklunch!.” Dengan nada pelat Iqa memuncungkan bibirnya. Alahai..comelnya anak aku yang sorang ni. Aku tersenyum lagi. Pipinya aku cuit manja. Aku bergerak ke almari dapur. Mencapai mangkuk plastik kosong. Hanya suku aku tuangkan ke dalam mangkuk. Aku hulurkan mangkuk tersebut ke arahnya.Iqa menggeleng, minta diberikan lebih. Aku jegilkan mata. Bukan boleh dilayan. Makin layan makin menjadi. Ambil banyak-banyak lepas tu tak habis. Masuk angin je nanti. Aku memeluk mangkuk tersebut.Berpura-pura makan dihadapan Iqa. Iqa melopong. Tanganku ditariknya.

“Haa..tulah, lain kali mama bagi jangan ngada-ngada.” Iqa mencebik! Aku tersenyum puas.Iqa membalas senyumanku.

“Siapa ngada-ngada?.” Aku bertanya ke arahnya. Iqa garu kepala sambil tersengih.

 “Iqa.” Ala..comelnya….Kalaulah abang lihat Iqa sekarang, mesti abang pun akan setuju dengan aku. Aku tinggalkan Iqa diruang tamu dan bergerak ke atas. Bersiap ala kadar dan mencapai beg laptopku. Iqa disofa sedang sibuk menguis-nguis cococrunch kegemarannya. Aku mencapai beg power puff girl milik Iqa yang sarat berisi baju-baju serta teddynya.Iqa bergegas ke muka pintu bila melihat aku sudah bersiap-siap dan mencapai kasutnya. Sungguh, anak perempuanku itu sangat pandai berdikari. Aku letakkan segala-gala barang didalam kereta sementara Iqa menunggu dimuka pintu. Sebelah kanan menggenggam kasut, sebelah kiri menggenggam mangkuk yang separuh senget. Hampir-hampir memuntahkan cococrunch didalamnya.

Aku capai mangkuk dari tangan Iqa. Meletakkannya dilantai. Iqa duduk bila aku menyuruh. Tanganku lincah mencapai kasutnya manakala Iqa menghulurkan kakinya. Iqa tersenyum bila aku selesai memakaikannya kasut. Seperti biasa, tangannya didepangkan ke depan.Iqa memelukku erat kemudian mencium pipiku.Eleh..macam mama tak faham, nak suruh dukunglah tu.Aku ketawa. Kemudian mendukung Iqa masuk ke dalam kereta. Iqa tak banyak kerenah bila aku pakaikannya seat belt. Aku mencapai mangkuk cococrunch, mengunci gril dan masuk ke dalam kereta.

Kenangan abang mengucup dahiku setiap kali aku bergerak pergi kerja berputar perlahan.. Abang, Huda rindukan abang!

Syafeeqa Najwaa

 Aku resah bila Iqa tak buka mata. Iqa, tolonglah sedar sayang! Hakim disebelah menenangkan aku. Kata Hakim, Iqa demam panas. Demamnya belum kebah tapi dia berada dalam keadaan stabil. Syafeeqa Najwaa terbaring lesu di atas katil. Bibir kecil itu mengomel perlahan tapi aku gagal menangkap tutur katanya. Aku dekatkan telingaku ke arahnya. Tanganku menggenggam erat tangannya. Mama ada Iqa je dalam dunia ni sayang. Tolonglah sedar…Air mataku mengalir lesu. Selesu Syafeeqa Najwaa.
Hakim tepuk bahuku perlahan. “Huda, kau janganlah risau sangat. Kesihatan kau tu kena jaga.” Aku mengangguk. Akur dengan kata-kata Hakim bila kawan baikku itu memaksa aku makan. Bubur nasi terasa tawar. Macam mana aku mampu nak makan Kim kalau anak aku macam ni?? Aku tolak bubur nasi ke tepi. Tak larat nak menelan apa-apa. Rasa bagaikan menelan pasir.Kasar dan kesat.

Air mataku mengalir lagi. Wajah Iqa aku tatap puas. Susah rasanya berenggang dengan Iqa. Iqa mengadu demam semalam, asyik tidur di atas katil. Bila aku rasa dahinya, terasa panas. Nasi pun tak dijamah. Semalaman, dia hanya minum milo panas. Demi Iqa, aku  tinggalkan kerja-kerja yang menimbun dipejabat, aku tulikan telinga dengan makian dari bos. Apa yang penting..Iqa. Hakim terpaksa beredar kerana banyak lagi pesakit lain perlu diuruskannya. Aku hanya memandang Hakim menghilang dibalik pintu. Aku genggam erat tangan Iqa..dan entah bila aku terlena ditepi katilnya.

Aku terjaga bila telingaku sayup-sayup mendengar suara Iqa ketawa. Aku kesat kedua-dua anak mataku. Meraup wajahku syukur. Iqa sedang ketawa digeletek Hakim. Bagaikan mimpi bila Iqa memelukku. Walaupun masih sedikit panas tapi sekurang-kurangnya Iqa dah terjaga. Aku hulurkan teddy ke arah Iqa. Tersenyum. Hakim kemudian mengajak aku ke kafe sementara seorang jururawat menjaga Iqa.

“Iqa dah okey so tak ada alasan kau tak nak makan.Jom.” Hakim tersenyum. Aku membalas senyumannya dan berjalan beriringan dengannya.

One Last Breast

Tanganku ditepis kasar oleh abang. Kiranya berita yang kusampaikan tadi bagaikan tiada erti. Disaat aku meminta kasih, meminta sokongan serta sedikit sinar harapan, abang bagaikan tiada hati..tiada perasaan! Aku berlari mengejar abang saat abang melangkah keluar ke muka pintu. Tangisanku bagaikan hujan..tapi hampa..abang tetap melangkah laju..meninggalkan aku yang termanggu di muka pintu.

Kata Hakim, itu cuma alasan. Alasan seorang lelaki dayus yang tak ingin bertanggungjawab ke atas isterinya. Lelaki yang pada matanya..Nurul Huda ini cuma sampah! Waktu Hakim mengamuk sakan bila aku diperlakukan bagaikan binatang oleh abang,aku cuma diam. Waktu aku dikikis hebat dan segala-galanya aku tanggung, aku berdiam lagi..dan waktu abang meninggalkan aku…Hakim ingin mengajar abang.. tapi pertama kali dalam hidup, aku merayu padanya.. “Hakim,jangan. Dia tu suami aku.”

Kata Dr. Norakma, aku menghidap kanser payudara dan terpaksa menjalani mastectomy. Kiranya sebelah payudaraku akan dibuang. Lumpectomy tidak lagi berguna dilakukan memandangkan barahku sudah memasuki stage II. Aku akur..cuma aku mengharapkan agar abang menyokongku. Bukannya mengatakan bahawa aku bukan lagi seorang perempuan! Abang marah..katanya aku tak reti menjaga diri. Abang paksa aku menandatangani dokumen membenarkan dia berkahwin lain. Bila aku menolak, dia membentak marah.Kami bertengkar dan akhirnya, abang meninggalkan aku begitu sahaja. Aku digantung tak bertali.

Patah Sayap Kali Kedua

Tiada alasan untuk aku tak meneruskan hidup ini. Selagi diizinkan ALLAH untuk bernafas dimuka buminya ini. Aku ingin Syafeeqa Najwa merasa kasih sayang yang tak berbelah bahagi dariku. Biar tak sesempurna mana. Asalkan Iqa tahu mamanya ini sangat menyayangi dirinya. Selepas peristiwa Iqa demam panas, Hakim akan menelefonku tiap masa dan ketika. Untuk memastikan aku mengambil ubat. Sahabat aku yang sorang tu memang pantang kalau kesihatan aku terabai. Macam yang telah aku lakukan sepanjang Iqa sakit. Menangis dan terus menangis.

Hakim..kawan yang terlalu memahami. Kawan yang sentiasa ada saat senang dan susah. Dari saat Iqa bertatih sehingga kini, Hakim sentiasa ada. Kadang-kala aku memerli Hakim supaya dia berkahwin. Lagi-lagi bila melihat hubungan mesranya dengan Iqa. Hakim cuma tersenyum. Katanya, dia lebih selesa begini. Kerjanya sebagai seorang doktor menuntut masa dan hidupnya. Hakim lebih banyak berkampung di hospital daripada berada dirumahnya di Cheras. Kata Hakim, biarlah hidup ini untuk membantu yang memerlukan.

Waktu sekeping lagi kertas putih menjengah hidupku. Airmataku meluru laju. Aku hilang arah tujuan. Rasanya waktu itu aku ingin lari dari hidupku sendiri. Ya ALLAH, kiranya..ini ujian paling getir pernah terjadi dalam hidupku. Sekiranya ini suratan takdir hidupku yang telah terukir lama di Luh Mahfuz, aku redha. Cuma..saat aku memandang Syafeeqa Najwa, hatiku disagut pilu.Tak sempat aku melihat dia membesar.. maafkan mama sayang.. Mama ingin sekali tengok Iqa membesar.. masuk U..bekerja…berkahwin dan menjadi ibu..tapi…. aku bagaikan burung yang patah sayapnya buat kali kedua.

Tanganku menggigil hebat. Air mata terus mengalir. Hakim yang baru mendapat berita terus menerpa masuk. Pertama kali dalam hidupku, aku menangis dibahunya. Pertama kali dalam hidup, aku menangis dalam rangkulannya. Hakim..aku tak nak mati!

 Terima Kasih,Hakim

Hakim menghulurkan tangan. Memimpinku untuk bergerak ke mana-mana. Hakim membantuku untuk berbaring. Ubun-ubunku dikucupnya perlahan. Iqa yang sedang nyenyak tidur ditepiku aku tarik kesisi. Walaupun badanku berselirat dengan tiub-tiub air, namun Iqa setia menemaniku. Puas dipujuk supaya tinggal dengan mak dan abah tapi Iqa berdegil. Nak teman mama! Aku cuma tersenyum sayu. Saat-saat terakhir ini..kiranya dengan melihat mereka berdua sahaja,sudah cukup membahagiakan hati ini. Aku seka air mata yang mengalir dipipi saat Iqa lena dalam dakapan.

Hakim menarik kerusi.Merapati diriku. Tangannya perlahan-lahan mengelus rambutku. “Huda, tidurlah. Dah malam ni.” Aku anggukkan kepala. Perlahan-lahan memejamkan mata. Hakim menggenggam erat tanganku dan tidur dengan meletakkan kepalanya disisi katil. Aku buka mata kembali. Bila aku pandang ke kanan, wajah Hakim kutatap. Tenang. Aku usir rambutnya. Mencium pipinya. Air mata yang jatuh ke pipi aku seka lagi. Bila aku pandang ke kiri, Iqa sedang lena dalam dakapan. Aku cium ubun kepalanya. Perlahan-lahan aku berbisik. “Mama sayang Iqa.”

Pandanganku malam itu aku lontarkan keluar tingkap. Jauh di langit malam. Aku lihat bebintang sedang menari riang. Berkelip-kelip bagaikan tiada lagi esok. Aku pandang ke syiling yang putih dan kaku. Telingaku menangkap desiran kipas. Bagaikan mimpi, yang kini..Hakim adalah suamiku. Bagaikan mimpi..yang entah sampai bila aku mampu bernafas. Bagaikan mimpi..yang kini..aku sedang terbaring dihospital. Menanti detik terakhir dalam hidup..dan ditemani dua orang insan yang paling kusayang.

Waktu Hakim melamarku. Aku rasa sahabat aku itu sudah gila! Jangan kerana kasihan maka Hakim hendak memperjudikan hidup dia. Hakim dah gila ke nak kahwin dengan orang yang dah nak mati?? Hakim menepis kata-kataku dengan mudah. “Hanya orang yang dah mati sebelum masanya akan cakap macam tu. Aku ikhlas Huda. Aku nak berada disisi kau sehingga ke nafas terakhir. Aku nak jadi ayah Iqa sebab..aku cintakan kau.” Aku terkedu.Aku termanggu. Nafasku beku. Aku ingin lari tapi kemana? Haruskah aku lari dari orang yang mencintai diri ini?? Walaupun disaat akhir hidup ini..

Dua minggu kemudian, setelah menerima fasakh dari abang. Aku selamat diijabkabulkan dengan Zarul Hakim, sahabat yang kini suamiku. Yang sentiasa disisi. Terima kasih, Hakim kerana mencintai diri ini..seadanya.

Terakhir Untuk Abang

Abang,
Terima kasih sebab benarkan fasakh pada Huda. Kalau tak..mungkin Hakim takkan jadi suami Huda. Mungkin Huda takkan berpeluang merasakan kasih sayang dari Hakim. Iqa juga mungkin takkan gembira macam sekarang. Hakim berikan Iqa peluang untuk memanggil seseorang dengan gelaran papa. Gelaran yang tak pernah abang berikan peluang untuk dia menyebut..memanggil abang..papa.

Dulu..setiap kali Huda sedih.Nama abang Huda layangkan. Huda garapkan surat untuk abang. Huda imbau setiap kenangan kita bersama. Huda persoalkan kenapa abang buat Huda macam ni..tapi sekarang Huda sedar..itu semua suratan takdir. Dah tertulis dalam Qada’ dan Qadar Huda yang kita ditakdirkan bertemu dan Huda ditakdirkan diuji sebegini kuat. Huda pasrah abang.

Hakim tak pernah paksa Huda untuk sesuatu yang Huda tak suka.. Sentiasa memberikan sokongan pada Huda..Kalau tak kerana abang, mugkin Huda takkan diberikan kesempatan untuk merasakan kasih sayang dia. Iqa pun macam tu.. Terima kasih bang Huda ucapkan.

Huda takkan lama lagi hidup dimuka bumi ini..dan saat abang terima surat-surat ini, Huda dah tiada dimuka bumi ini. Huda harap abang maafkan segala kesilapan Huda sepanjang kita pernah jadi suami isteri. Abang..Huda harap abang berubah.. AIDS yang abang berikan pada Huda ini mungkin dah abang berikan pada yang lain bang.. Huda doakan moga Allah bukakan pintu hati abang.

Abang,
Biarlah Huda yang menjadi yang terakhir abang persiakan. Jangan lukakan hati wanita lain. Huda minta maaf kiranya atas kesilapan Huda, abang jadi macam ni.. Tolong maafkan Huda..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ok. baru go thru sekali. kejap lagi baca balik. one last breast. mcm pernah dgr je ayat tu! hehehe
  • 2)

    emm sdih gak cite nie..kurang asam punye lelaki yg bergelar abg itu..oo ssededap rese ye ngko nak tinggalkan huda ye..apa punye org la..barah payudara jer..bukan nye si huda 2 nak pon..pas2 bgi Aids plak..amboi2..sedapnye...hahhaha..emo2...isk 2...

    p/s: kesian kat iqa n mujur ade hakim..huhuhu...

  • 3) walla....anotha gud story..hehe..keep it up!

  • (Penulis)
    4)

    caha: one last breast? cilok ayat pn.dalilah...one of d breast cancer survivor! sgt mngagumi beliau~ huhuhu..sape2 rajen ble g blog beliau  http://onebreastbouncing.blogspot.com/

    gnee: berdoalah moga tak dpt hubby macam abg tu..kejam!

    spasticgal: tengs! =)

  • 5) syud well versed je dengan terms2 dia :p hehehehe mmg dah cukup syarat nak berumahtangga ah :>

  • (Penulis)
    6) amboih3 caha..muluttt... syud bru 20 ek..masih trlalu muda utk berkahwin..hehehe
  • 7) ala syud, kawan neu baru je kawin hari tu..3hb nov..umur pun same je dgn syud..hehe..tp papepun pandai ye syud memperkenalkan watak tanpa nama..watak yg x best aka abg..huhu..xde la terkena sape2 nnt =P

  • (Penulis)
    8)

    ahahaa..abg tu watak rekaan je.. kan ble kawen bini kene pnggil suami= abg! so..itulah dia abg.. harap2 dijauhkan dpt abg cam cite ni..sungguh kejam!

    p/s: psl kawen..no komen puhlizz..I'm still young! ngahahaha

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud