Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Drastik!~

  • 18
  • syud
  • 16 years ago
  • 3,218
  • FREE

 

Kedewasaan ini, membuatkan nafasku tiba-tiba terhenti. Bila segala semu tersingkap, aku penasaran. Jantungku, cuba bergerak kembali. Tapi beku. Sakit. Ketakutan yang mencengkam segenap diri ini, tiada taranya..andai mahu disamakan dengan kepahitan yang bakal aku telan nanti.

Mungkin, aku bersalah.Terlalu dungu. Terlalu dangkal. Bariskan segala kata bodoh, ya itu memang aku. Yang terlalu naïf. Terlalu sempit pemikiran. Yang tak pernah cuba untuk keluar. Kata orang melangkaui kotak kehidupan.

Petang ini, sewaktu aku bertafakur padaNya. Kesesalan tiada tara menebal dihati. Hati ini rasa berat.Sebal. Rasa sarat. Sesal.

****


Andai takdir bisa berbicara, tentu aku bisa membaca biasnya.

Kami bertemu waktu aku masih lagi anak comot. Tamat tingkatan lima dan baru mula mengenal dunia. Aku, gadis dapur yang gemar menegur. Rasanya cukup dikenali semua pelanggan.Gadis ramah.

Waktu tangan sibuk menguis ais dan ayam yang bogel aku selaputkan dengan ais, dia menegur. Pakcik kerang. Ya, pakcik yang saban pagi akan muncul membeli  satu plastik besar kerang. Kata Kak Nor, pakcik kerang meniaga malam hari. Dekat gerai penjaja kecil-kecilan. Dimana? Aku yang tak pernah berpijak dibumi itu. Aku hanya kerapkali berada jauh dari situ, cuma muncul sesekali ketika cuti dan kini..tamat bersekolah dari sekolah dikeliling kelapa sawit yang jauh di selatan tanah air.

Waktu dia menawarkan pekerjaan itu.Aku diam. Beranikah? Bekerja dengan orang yang tak pernah aku kenal tanpa usul periksa? Kali ini. Hanya kerana Kak Nor yang ada digerai sebelah dan kerana sudah jelak menjadi mangsa makian bos pasaraya yang tidak berhemah,tiada adab dan tatasusila.Kerana bosan diperlakukan lagak seperti orang suruhan. Aku, yang pada mulanya ragu mengundurkan diri secara hormat dan tawaran itu aku terima dengan tangan terbuka.

Takdir membawa aku ke situ.. ke satu tempat yang penuh dengan curahan sayang.. tapi siapa sangka, siapa menduga..pengakhirannya begini?

Tiga tahun lepas, waktu aku masih lagi budak hingusan. Tiap hari, membungkus nasi lemak,nasi ayam,menghantar minuman, bergurau senda dan melangkah pergi tatkala jarum jam mencecah angka sebelas. Bagai Cinderella yang harus pulang sebelum keretanya bertukar menjadi labu. Kuda-kudanya bertukar menjadi tikus-tikus busuk dan pakaian yang mewah bertukar menjadi compang-camping. Aku akur.Anak dara tak elok pulang lewat kata ibu.
 


****

Aku larikan anak mata dari bertembung dengan matanya. Benar, kadang-kala anak matanya nampak menakutkan. Tapi aku beristighfar. Aku buang jauh-jauh segala tanggapan buruk.Tak mungkin. Jangan berfikiran begitu!

Hari ini, aku akui. Aku memang bodoh. Kalau boleh dunia ini ketawa. Tentu bunyinya lebih kuat dari dentuman gunung berapi tika memuntahkan lahar-lahar merah dari perut bumi. Mungkin, lebih dahsyat dari tsunami dan mungkin seperti seteru angin yang menderu beserta taufan Isabelle.

“Bodoh!” Hatiku menjerit. Kali ini,kata-kata ibu berputar dikotak ingatan. Kalaulah ibu tahu..mesti hatiku akan teruk dirobek. Luka tersayat. Aku salah. Kalaulah boleh diulang masa, mungkin.. aku akan cuba lari sejauh mungkin. Akan cuba berada jauh dari daerah itu. Bukannya sedekat ini.Bukannya serapat ini.

Dalam cuti ini,waktu dia pitam tiba-tiba. Aku kaget bercampur cemas. Kenapa? Dan himpunan lautan manusia waktu dia diangkat ke dalam van buat aku terdiam. Tika itu, gerai itu dalam kawalan tangan ini. Hanya tinggal aku dan Bibik. Runsing? Tentu saja. Orang yang banyak mengambil berat tentang diri tiba-tiba begitu. Pelik? Tidak. Dalam usianya, tentu saja banyak penyakit kronik.

Kemudiannya, setelah hari-hari itu dilewati begitu saja dan sakit tuanya tiba-tiba kembali normal. Dia berbicara dan pengakuannya mengejutkan. Tutur katanya menyakitkan. Dan aku tiba-tiba rasa terkurung. Rasa takut. Tapi aku cuba buang jauh-jauh perasaan itu.

Satu hari waktu aku bersendiri dan ke pasaraya besar hanya untuk membeli barang yang dipinta ibu, dia menelefon. Bila putus, aku buat tak endah.Lantas aku masukkan sahaja ke dalam poket seluar kargo warna hijau lumut. Dalam detik masa itu,aku hanyut dalam kesibukkan mencari barang ibu. Mana mungkin telinga ini mendengar bunyi yang sayup-sayup? Natijahnya? Aku dituduh keluar berpacaran! Menggatal tak tentu hala dan rasanya..sangat menyakitkan bila dituduh sebegitu rupa.

Apa haknya? Sedangkan aku bukan lagi anak kecil. Aku bukan anaknya dan itu adalah privasi hidupku. Tambah mengejutkan, waktu pulang. Dia menunggu di hujung simpang. Gila! Memang dia sudah gila! Petang itu, hati aku kecut. Ingin menangis. Ingin bersembunyi tapi bagaimana? Harus aku berpaling dan kemudian dikatakan sebagai balaci? Pengkhianat? Dasar tak sedar dek untung?

****

Pagi. 8.45 a.m. Lokasi masih di situ tapi gerai kami sudah berpindah satu tapak dari gerai tiga tahun dahulu.

Rasanya sudah lebih sepuluh kali aku menekan ‘new device discovery’ tapi nama Setan tetap tidak muncul-muncul. Ada sejarahnya kenapa handphone abang yang umurnya lapan tahun lebih tua dariku itu sengaja disetkan namanya Setan. Dia, senior manager yang garang. Siapa sahaja yang dimarahinya pasti akan memakinya dalam diam. Dalam senyap.Mana mungkin berani marah berdepan bukan?

Tiga tahun dahulu.Aku sendiri pernah mendengar dia memaki dan kalau aku ditempat si penerima panggilan.Mungkin sahaja handphone ditangan sudah aku putuskan panggilan. Perlu apa mendengar makian? Buat memedihkan jiwa? Menyaratkan minda? Tapi, merekakan orang bawahan. Maka, mendengar dan patuh pada arahan adalah sebahagian daripada tugasan. Nasib orang makan gaji. Yang atas mengherdik,yang bawah mengeji.

Aku menjerit sengal tika aku sedar yang dia meng’on’kan bluetoothnya tapi tidak visible. Rasionalkah dia? Mahu sahaja aku luku kepalanya yang sebenarnya terletak agak tinggi berbanding kepalaku tapi bisa aku cecah menggunakan kakiku. Flying kick!

Aku mencuba lagi.Menghantar lagu ‘Kekasih Separuh Masa’ nyanyian Delima yang rasanya memang sesuai dengan si penerimanya. Abangku yang sengal.

Tiba-tiba aku tersentap. Suaranya bagai halilintar. Katanya kami tidak serius membuat kerja. Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba? Walhal sebelum ini, jutaan ratusan kalinya handphone ini sentiasa disisi, dan bermacam-macam lagu pernah kami putarkan berselang-seli. Sebentar Setan, sebentar Samsung hitam pekatku.

Dan selepas herdikan yang tinggal bersisa.Dia hilang begitu sahaja.Meninggalkan kami terpinga-pinga.

“Abang tau dia suka awak.”
Suka? Rasa nak pitam waktu tu juga. Hati ini seram sejuk.Beku.

“Abang anggap awak macam adik je.Abang dah ada isteri.Kenapa mesti dia cemburu?”
Otak aku tepu! Saraf seolah-olah tak menghantar isyarat.Aku terdiam.
 
“Fikir dia ayah je.Kalau tak dah lama berhentam!”
Mereka datang menenangkan.Nasib baik bibik suruh dia beristighfar.

Bicara kami panjang pagi itu.Semua cerita tersingkap disitu. Dan aku yang dangkal ini terdiam. Tak pernah menyangka ini terjadi…

Haruskah aku lari?
Biar jauh berbatu-batu?
Biar hilang dari pandangan,
Dan tiada hati bakal disakitkan.

Aku sayang isterinya. Bagai ibu sendiri yang membuatku ketawa sentiasa. Aku sayang anaknya, bagaikan abang yang telah aku hilang empat tahun lalu. Aku sayang anak perempuannya yang bagaikan adik perempuan tempat aku bergurau senda dan aku sayang budak-budak kecil yang dijaga isterinya.Yang ceria, ramah dan sentiasa memelukku erat tiap kali aku muncul dimuka pintu.Mereka manja denganku. Dan si debab yang menjerit namaku ditengah pasar malam seolah-olah semua orang di pasar mengenaliku. Mata mereka memandang dan aku peluk si debab.Suruh diam. Sayang si debab manja.

****

Aku terpaksa membuat keputusan ini.Agak drastik.Agak mengejutkan tapi perlu. Kata-kata mereka bermain-main difikiran.

“Fikir..awak tu anak dara.Jaga hati ibu dan ayah.Dah jadi macam ni.Jauhkan diri. Lagi-lagi famili awak baik dengan famili dia”

“Kalau ayah awak tahu.Mahu dia bergaduh besar.”
 
“Kalau awak tak ada..susah bibik.Siapa mahu bungkus? Siapa mahu ambil order?”

Drastik! Hujung minggu ini..itu yang pengakhiran. Bukan tak kesian. Bukan tak berperikemanusian.Bukan tiada hati perut.Tapi untuk semua. Agar hati aku sendiri tidak beku dan kecut.Agar aku bisa bernafas kembali. Agar aku tak menjadi mangsa tuduhan. Ini satu pengajaran..dan aku akur..andai pengajaran ini terpaksa aku bayar dengan harga yang terlalu mahal.

Pengorbanan yang tiada tara. Mungkin..sampai bila-bila aku tak bisa lagi menjengukkan diri. Memeluk si kecil-kecil yang manja denganku. Bergurau senda dengan mereka seperti biasa.Tak mungkin.. tapi aku akur. Kerana ini pengorbanan termahal. Harga untuk sebuah pengajaran. Satu hentian dalam hidup yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran. Kerana sikap aku yang ambil mudah. Ya Allah, aku pohon ampunan. Atas kesilapan dan sesal yang mungkin berpanjangan ini.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) koh koh. terus jadi prosa :p semoga berjaya nika-- i mean berhenti kerja :p
  • 2) terlalu mengikut perasaan. seharusnya lepas habis tulis bertenang dan fikirkan buruk baik tulisan :p pastu baru decide balik. :)
  • 3)

    huh? huhh?
    kenapa macam tak paham apa-apa???

  • 4) benci jadi orang ketiga bukan
  • 5) ngarutan*
    hehehe.. act, cik laila hanna, belum lagi jadi orang ke tiga, tu orang ke dua setengah.. (mampir jadi ketiga)

    hai cik syuhada, aku kan ada, berdiri tegak macam tiang-tiang lampu. hahaha ( y o p o )
    caha si suci juga ada... berdiri tegak macam ~~ (caha ko kalo berdiri tegak cam pe?)

    **komentar~~~
    bak kata caha, ur emosional feeling tu macam melampau. so then, penceritaan ini tak lebih dari melepaskan marah..mungkin lebih tepat bagai melepaskan perasaan. hehehehe~

  • (Penulis)
    6)

    yeee..mmg emosi syud tak stabil! hari ni berlari tapi xrasa apa-apa..hati beku..rasa marah..

    huhuu..ni lempias kemarahan je...klo di ceritakan..rasanya mau gila..

  • 7) valium pun selalu meluah perasaan juga. tapi lebih komersil la luahan dia (selambe bakar syud lagi)
    aku berdiri macam bullet train zing. ada kepala keretapi kat perut. berbentuk aerodinamik. hehe
  • 8)

    sori syud ptg semalam ade lab..ape2 pun jgn tensi lg syud..last day esok kan..be careful k..=)

    pergilah jauh
    carilah pada bunga yg lain
    bunga bukan sekuntum
    ramai lagi yang harum

    pergilah jauh
    belayarlah kau
    bukan di sini untuk labuhkan sauh
    nakhodahlah kapalmu sendiri
    tinggalkan aku di tebing ini

  • 9) a'ah k gne pon x paham...hehhe..

  • (Penulis)
    10)

    hahahaa..bakar ah caha..smpi jadi tauhu bakar pon..syud xkesah... =P

    nurie, huhu..it's ok =) aaa..xtau ah last day tu jadi ke tak..cam xnmpk jln kluar~

    huhu..cmne nk phmkan k.gnee ek? hohohoo

  • 11)

    hahha..k gnee dah paham dah...x pe elak kan dari die syud..n take care ok...

  • 12) hmm..sye cheesegurl sgt memahami ape yg syud luahkan ni..sbb sye pn penh mengalami benda cmni..

  • (Penulis)
    13) hohoo..dh kembali normal dh hidup~ alhamdulillah~
  • 14) saye agak lmbat bace cite ni..hehe..tapi same cm orang lain. x paham jugak. tapi hebat la syud. dlm marah2 bole tulis cerpen. saya kalau marah mampu tulis poem je :)
  • 15) tapi, walaupun cite ni agak tersirat, tapi ade element yg buat orang minat membaca rangkap demi rangkap..x tau ape dia. hehe

  • (Penulis)
    16) cuba baca perenggan kedua cite ni..ade 'pakcik kerang'..then, baca lg..konpem paham..hoho

    err..elemen apekah? aha..ni cite org marah~
  • 17) btl la...mmg xfhm... confius2..yg mmbuatkn myra nk terus mmbca sbb tulisan syud yg myra bca sblm ni mmg best
  • 18) tyme emo pon stil boleh menulis.. satu pujian awak!

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud