Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gerald Espada

 



"Haha, aku dah cakap tapi kamu semua tak percaya! Maka, Adiós perdedores!"

Bergema seluruh Uribe, sebuah pekan di dalam negeri Biscay dengan jeritan dan sapaan seorang lelaki. Memenangi tiket percuma untuk berhijrah ke Timur Afrika memang sudah lama menjadi impiannya. Dan ia memang jelas dalam setiap senyuman yang dilemparkan kepada setiap satu orang yang ditegurnya pagi itu.

Mereka-mereka yang disapa, ada yang membalas dengan senyuman. Tidak kurang yang menggelengkan kepala tersengih kerana masih terbayang cerita-cerita gila yang menyelubungi hidup lelaki tadi. Seorang dua sempat memberikan reaksi teruja sambil bertanya kalau-kalau ada peluang berniaga dedaging ikan paus di Afrika sana.

Lelaki itu, Gerald Espada, berumur awal 30-an. Bekas pegawai tentera yang dilucutkan jawatannya setelah dituduh belot membocorkan maklumat-maklumat risikan negerinya kepada musuh ketika perang saudara 3 tahun yang lepas, tetapi atas kekurangan bukti, hukuman mati tidak ditimpakan terhadap kepalanya.

Lelaki ini juga dikhabarkan baru putus kasih dengan seorang gadis manis sundal, Alexa Hemi, yang juga dikatakan sebab utama Espada ingin berhijrah ke suatu tempat yang jauh dan terpencil dari jajahan kaumnya. Maka, peluang untuk memenangi satu tiket percuma sebuah kapal pelancongan, Nuestra Señora de la Francisco, tidak dilepaskan. Digunakan setiap sen yang ada dalam simpanan untuk merasuah penganjur pertandingan yang juga satu-satunya pegawai kastam di dalam daerah tersebut.

Pada malam terakhir Espada di Uribe, dia bertemu Alexa. Mana tahu kalau-kalau gadis montok bermata biru itu masih punya hati untuk menyambut kasihnya. Seperti yang dia jangka, Alexa menolak.

"Tapi aku sudah bayangkan mahligai kita di tepi pantai nanti, tanpa keluhan ikan-ikan paus dilapah nanti, tempat kita menyambung mesra-mesra kita di sini."

"Gerald, hentikan!" Alexa simontok seperti terhibur melihat Espada merayu,"aku sudah katakan yang aku perlu bukan sentuhan-sentuhan madu dan gagahmu lagi. Aku ada gaya hidup. Aku perlu lebih dari 20 kati emas setiap tahun untuk menyelenggaranya."

Gerald Espada belum ingin kalah," maka ikutlah aku. Di sana aku dengar emas permata jadi batu-batu lontaran anak-anak kecil. Mungkin penat menggagar kan rasa perit tapi kalau itu harganya nafasmu, aku rela."

"Gerald, kau gila!" Alexa yang sebenarnya sudah lama ingin meninggalkan Espada untuk lelaki lain, mula berlalu dari situ.

Lelaki ini tertunduk. Geram," dan kau Alexa, mungkin lesbian."

Terdengar hilaian tawa Alexa sayup-sayup meninggalkan malam.

Subuh keesokan harinya Nuestra Señora de la Francisco sudah bersedia menunggu Espada. Kapal tersebut besarnya tidak besar. Lebih kurang setinggi dua bangunan perpustakaan diletak bertindih dan panjangnya mungkin 15 langkah berlari pecut 50 ela. Tiga tiang utamanya amat tinggi, dan tegap diukir dengan rajah-rajah unik seperti peta. Mungkin panduan untuk mengelak sesat di tanah besar.


Setibanya di atas dek, beberapa orang anak kapal kelihatan bertinggung menekup muka seperti kehilangan punca. Isi kapal tersebut tidak seperti yang dibayangkan Espada. Hanya beberapa orang anak kapal kelihatan. Tidak langsung seperti kapal-kapal membawa pelancong yang selalu digambarkan oleh mereka-mereka yang pernah melancong tapi akhirnya menjadi lanun-lanun Mediterranean. Sekilas hati Espada,"seperti kapal-kapal pengangkut hamba abdi. Aku mangsakah?"

"Kamu, bila kita akan mula berlayar?" Gerald Espada, seorang bekas tentera cuba mendapatkan kepastian mengenai jadual pelayaran. Ditujukan kepada seorang lelaki berbaju lusuh sedang mencuci lantai dek.

"Espada ya? Kapten kata engkau boleh kemudi kapal ini," dalam cebikan muka lelaki yang ditanya Espada tadi menjawab malas.

Sebenarnya Espada tidak pernah berlayar dengan mana-mana kapal sebesar ini atau sebesar manapun. Dia sebenarnya tidak pernah terlibat di dalam mana-mana peperangan pun. Dia hanya seorang pegawai kira-kira yang tugasnya lebih kepada pemetaan kawasan pertempuran dan strategi. Belum sempat ditugaskan membuat pemetaan kubu musuh ketika perang saudara yang lalu dia sudah hampir dipancung kepala oleh orang-orangnya sendiri.

Terkejut dengan kenyataan anak kapal tadi dia melilau-liar ke seluruh kapal. Tiada anak kapal di situ yang seperti tidak mengenalinya. Bingung semakin menjadi-jadi di dalam kepala Espada.

"Kau, pengawal kemudi, siapa nama kapten kapal ini? Atau, siapa nama kau sebagai permulaan?" Sekarang Gerald Espada sudah seperti polis penyiasat pula.

"Namaku Riera dan namanya Ezquerro Bilbazares," sambil mengunyah lebihan daging-daging semalam pengemudi itu yang dapat melihat wajah terkejut Espada menyambung,"kapten kata dia kenal kau wahai Gerarld. Dia tahu kau memang ingin keluar dari daerah ini. Dia tahu kau telah atau akan berdendam dengannya."

Espada memang amat kenal dengan Bilbazares. Malah dialah sebab Espada dan Alexa simanis sundal berbalah. Bilbazares pernah berkata kepadanya yang dia sendiri akan mencampakkan Espada jauh dari tanah kebiasaan demi untuk bersama dengan perempuan sundal tadi. Kini harapan Bilbazares telah tertunai.

"Kami semua anak-anak kapal adalah darah-darah dari tanah Galicia."

Mendengar Galicia, Espada sudah rasa sedikit kecut pada esofagus. Galicia merupakan negeri yang diperangi Biscay dalam perang saudara yang lepas. Walaupun keadaan sudah tenang di antara keduanya tapi apa sahaja boleh terjadi. Perang yang dulu pun dikatakan bermula kerana pemerintah Galicia ditipu timbangan daging ikan paus pembeliannya oleh beberapa pemborong tersohor Biscay.

"Jangan risau Gerald Espada. Kami semua amat ingin untuk berlayar dan sepeninggalan Bilbazares menyebabkan hanya kau yang kami fikir dapat membawa kami semua ke tanah perjanjian seterusnya."

Espada baru sedar di dalam kapal tersebut tiada bot atau sampan simpanan tersedia. Kapal sebesar Nuestra Señora de la Francisco ini tidak patut menghampiri tanah Biscay terlalu lama. Dan dia juga sedar anak-anak kapal tersebut semuanya adalah bekas-bekas kelasi yang telah dibayar Bilbazares dengan kekayaan bangsat itu sendiri. Espada telah terperangkap di dalam permainan yang sebenarnya satu bonus dan peluang yang tidak terfikirkan olehnya.

"Jadi orang muda, memandangkan kau telah sedar semua ini adalah cerita terancang, maka kau beritahu ke mana, biar kami kemudi," Riera memandang dengan sinis," kau ada pilihan untuk tinggal di sini membalas cerita dendam dengan si Bilbazares itu atau kau bawa sahaja kami ke tanah lain bertemu negeri-negeri yang belum kami ratahi isi buminya."

Terdiam Espada. Lama. Ketika ini dia sudah hilang runsing. Cuma terfikir pelayaran ini pasti mengerah penat kepala otaknya.

"Maka, begitulah! Kita tidak hanya akan berhenti di Utopia," dalam laungan ini Espada separuh tersenyum," kita ke Timur Tengah. Aku dengar di sana ada kebenaran dan aku memang dah lama ingin mencari TUHAN!"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    ya, mari kita ke timur tengah..=)

    best..x puas baca plak..want to read more citer2 yg mcm ni..

  • 2) wieuhh... nice story. memang tinggi imaginasi nih... ok, sila turun kejap cik cyberkop ;p. hm... ending mmg macam tu ye? konklusi - kepada pengakhiran perjalanan... apa relatif simbolik kepada 'mencari Tuhan?' saya rasa 'peneroka' dan 'pencari' berbeza... pendapat saya je nih ;)

  • (Penulis)
    3)

    Di dalam cerita ini, Gerarld adalah seorang bekas tentera yang kerjanya membuat kira2. Maka di sini boleh dirumuskan dia juga seorang ilmuan (dia tidak mengangkat senjata ketika perang saudara), menukar fikiran dan arah setelah apa yang berlaku di atas kapal tersebut.

    Terima kasih kerana sudi membaca uya? ;)

  • 4) siberkop memang pandai menghidupkan satu dunia berbeza. saya suka. sentuh saya.

  • (Penulis)
    5) Caha, I am now. Muahs!
  • 6)

    Tolong cakap ini adelah cerpen bersiri.

    siberkop, plis! it hurts! oh!

  • 7) hahahaa..siber dgn caha ade pape ke?? ahahahaa.. [gelak guling2]

    nice work~~
  • 8) siberkop, bile mau sambung cerita ni?

  • (Penulis)
    9) Err, ada harapan utk sequel ker citer ni? Err... maaa
  • 10) suka ngn kisah gerard ni... umpama cerita sejarah yang amat menarik...
  • 11) wow... daya imaginasi tinggi yang berbau seperti cerita klasik kebaratan.

    *menarik*

    pada val, cerita ini lebih elok kalau berhenti di sini saja. kalau disambung, mungkin lain kesannya atau mungkin tak setanding sambungannya.
  • 12) mungkin tak setanding sambungannya, atau tak setanding pangkal cerita?
  • 13) siberkop..mujurlah kamu bukanlah penulis buku teks sejarah KBSM..tak dapat den nak bayangkan...wahahha..
  • 14) i love this story. walaupun belum bermula satu adventure.. tapi dah terasa mood tu! haha

Cerpen-cerpen lain nukilan Siberkop

Read all stories by Siberkop