Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hidup atau mati (1)

 

:: LUKA ::  

Keputusan yang aku dengar, sesungguhnya berjaya merobek tangkai hatiku. Memang aku dah agak. Aku tahu, itulah jawapan yang bakal aku terima. Namun, entah mengapa sukar untuk aku mengakui setiap baris kata yang dituturkannya. 

Aku diam. Dia juga diam. Suasana di sekeliling aku turut diam seolah mengerti tangisan hati. 

Tangisan hati? Bukan memang dah hujan lebat dah kat luar? 

“Muktamad ke keputusan awak ni?” Bodoh! Aku dah tahu buat apa tanya. Tapi aku sebolehnya tak ingin berputus asa. Dia diam lagi. Aku berdehem untuk memecahkan kebuntuan. 

“Maaf. Saya dah tak ada apa nak cakap lagi.” 

Itulah kata-kata terakhir yang aku dengar dari peti suaranya setelah sekian lama aku menanti jawapan daripadanya.  

Azham. Nama yang selalu aku sebut dalam mimpi apatah lagi dalam jaga. Nama yang sering aku puja dan jaja segala kebaikan serta kelebihannya. Meski ramai yang cuba menjatuhkan  dia demi aku meninggalkan nama itu, mereka tidak berjaya. 

Maaf kawan-kawan, walau seribu fitnah yang korang lemparkan, bagi aku Azham tetap yang terbaik. 

“Azham tu bukan seperti yang kau sangka. Dia tu nampak je baik, tapi Tuhan je yang tahu... isky... tak sanggup aku nak cakap kat sini.” 

“Sudah-sudahlah, Syeda. Azham tak mungkin sukakan kau. Dia tu sombong, bongkak, perasan.... Segala macam lagi perkataan yang seerti. Percayalah!” 

“Okeylah..boleh dimaafkan kalau dia nak perasan atas dasar dia tu student MRSM, berbanding dengan kita yang belajar kat sekolah biasa ni. Tapi yang ni aku tak sanggup nak beritahu. Dia tu spesis lelaki yang tak sempurna sifat lelakinya...Kau faham tak?” 

Lantaklah bentuk fitnah yang macam mana korang nak simbah ke riba aku, bagi aku Azham tetap Azham yang aku kenal sewaktu di tingkatan dua dulu. Azham yang sopan. Azham yang reti nak hormat orang. Walau hakikatnya aku tak pernah terserempak dengan kebaikannya melainkan dia cuma tahu diam dan senyum. Ah! Yang penting dia baik. At least aku rasa dia baik. Hati aku menyatakan yang terbaik. Cinta!

Tapi, hari ini segala kebaikan yang kononnya aku gembar-gemburkan selama ini, hanya tinggal kata-kata. Hati aku, dia telah robek. Dia pecah deraikan perasaan aku yang mudah berderai. Dia kecewakan perasaan ini. Jawapan dia mematikan segala lamunan yang aku bina untuk hidup bersamanya. Mahligai yang kononnya untuk kami, sudah hancur bak dipukul badai gelora. 

Aku tahu aku dungu. Menagih cinta dan kasih dari insan yang tidak pernah mengungkap walau kata sahabat sekalipun. Bukannya aku tak tahu. Aku arif sangat. Dia tidak pernah menyukai aku apatah lagi mencintai aku! Dan dengan hidung yang macam hidung jambu, pipi pulak sengaja disorong-sorong, aku terhegeh-hegeh mengharapkan dia menyambut tangan aku. 

Chit! Bodoh! Perasan! Dungu! 

Sekarang, airmata dah mengalir laju ibarat empangan yang pecah. Perasaan yang disiat-siat, tak tahu nak mengadu kat siapa. Tiada orang yang sudi menampal luka-luka yang tak terlihat ini. Takkan aku nak mengadu kat kawan-kawan yang selama ini berusaha menyelamatkan aku daripada terluka.  

Itulah, sebelum terluka, cakap besar. Dah pedih berdarah baru reti nak melaung, melolong. Siapa yang sombong? Aku atau Azham? Mimpilah dengan Azham... jangan bangun kalau takut terluka.. 

Sekarang, aku dah tersedar dari mimpi ngeri. Mimpi ngeri yang menarik aku ke alam realiti yang pedih dan sayu. 

 :: JATUH BANGUN :: 

Bukan mudah untuk mencipta keindahan hidup di saat luka masih berdarah. Ucapan senang diungkap, namun untuk membenarkan ucapan sesukar menyatakan sebuah kenyataan berdarah. Ah, melalut! 

Kesan luka dilukai masih berdarah pekat. Aku takut untuk jatuh cinta. Aku gusar untuk menyukai. Serik benar hati aku menyatakan cinta dan sayang. Namun, aku harus sedar dan akui, tanpa cinta hidup aku hambar. Tanpa sayang, kosong terasa jiwa yang dahagakan pujian dan kata-kata romantis.  

Ya! Aku sedar aku masih bermimpi. Masakan tidak. Mana pernah aku bercinta. Aku hanya mencintai tanpa dicintai. Menyukai tanpa disukai. Menyayangi tanpa disayangi. Jadi, apa yang aku tahu tentang cinta? Mimpilah Syeda! Mimpilah sebelum terjaga. 

Ya Tuhan! Apa yang telah terjadi pada diri aku? Mengapa harus begini yang aku lalui? Kenapa tidak seperti manusia lain yang berjaya mengawal perasaan mereka? Tabahkanlah aku, ya Tuhan. Berikan aku kekuatan untuk bangkit dari mimpi yang panjang yang mengajak aku ke lembah duka. Aku ingin bangun. 

“Syeda, Yaya nak ajak Syeda ke birthday party Yaya hari Sabtu ni. Please datang. Yaya ajak Syeda dengan Noni je... buat kecil-kecilan je. Jangan lupa tau.” 

Ah! Ikut hati malas aku nak melangkah keluar dari rumah. Tidur lagi bagus. Tengok tv, layan perasaan. Tapi, sampai bila? Seharusnya ajakan Yaya merupakan bonus untuk aku bangun dan keluar dari kepompong yang aku sendiri cipta.

“Yaya, orang tak janji tau. Malaslah nak jalan...” Yaya tarik muncung. Aku pun satu. Orang dah ajak elok-elok, lagi mahu tolak. Makan free wei! Bukan kena masak pun. Dah tentu auntie Zarina yang masak, sedap-sedap pulak tu. Sampai je, duduk dan makan... 

“Please, Syeda. Yaya bukan nak sangat celebrate birthday ni kalau bukan nak raikan kawan-kawan terutama sekali Syeda. Yaya tak mahu dengar lagi Syeda duk merepek ingatkan Azham. Lagipun, tak ada siapa-siapa yang tak penting. Cuma family Yaya, Syeda dan Noni...eh, lupa! Actually, Zaid yang nak celebrate birthday Yaya,” tersengih lebar pulak mak cik ni bila sebut nama boyfriend sendiri. 

Tahukah kamu Yaya, bahawasanya sambutan hari lahir kamu di samping insan tersayang sebenarnya ibarat mencurah cuka ke luka yang terhiris dalam? Tega kah kamu membiarkan sahabatmu ini melihat kemesraan antara kamu dan Zaid? Tega kah kamu? Mungkin kah juga kamu sengaja mahu membuat aku cemburu? 

Maafkan aku, Yaya. Bukan niat aku untuk salah faham. Aku tahu niat suci kau, namun secara tak langsung kamu melukai hati aku. Aku terasa Yaya. 

“Yalah..tapi sure Noni pun ada sekali?” 

Yaya angguk laju disulami senyuman manis. Kaulah sahabat aku, Yaya... 

Dengan langkah yang separa rela, aku menuju ke tempat sambutan yang telah dirancang. Dari jauh, Noni melambai. Aku balas malas. Langkah yang sekejap tadi longlai jadi laju di saat langkah tinggal beberapa meter lagi.  

“Mana Zaid?” Sengaja aku bertanya dengan harapan palsu, Zaid tak jadi datang. 

“Sekejap lagi dia sampai. Korang makanlah dulu. Ehm... tadi Zaid telefon. Dia cakap dia bawa kawan sekali. Korang tak kisahkan?” 

Suka hatilah. Yang penting sekarang, aku nak menketedarah. Aku nak isi tembolok aku sepenuh-penuhnya supaya apabila sampai rumah nanti aku keletihan dan terus tidur tanpa perlu memikirkan soal Azham. 

 Arrgh! Kenapa nama tu mesti ada? Aku mahu lupakan dia. Tekad aku harus lupakan dia! Now I realise, nama dia merosakkan jiwa aku. Banyak sangat kemusnahan mental yang berlaku dengan tersebutnya nama dia.  

“Noni, aku tetap tak boleh nak lupakan dia. Macam mana ni?” 

“Nak kata dia jampi kau, dah sah-sah dia tak mahukan kau. Aku pun tak faham. Syeda, bagi aku senang je. Kau terima apa juga orang kata tentang dia. Nanti lambat-laun kau jumpa terima hakikat yang dia tu tak baik.” 

“Aku dah tak kisah tentang perasaan dia kat aku. Suka hati dialah nak benci aku ke nak marah ke... yang aku risau sekarang ni, hati aku masih melekat kat dia.” 

“Itulah masalah kau. Kau sendiri yang tak mahu lepaskan dia. Kalau macam tu memang payahlah. Lantaklah kau nak buat macam mana. Kau jiwang sorang-sorang ke, merayu cium kaki dia ke... aku dah tak mahu ambil peduli. Aku tahu, aku masih berkawan dengan orang yang waras fikirannya...” 

Hah! Ini dia sahabat aku dunia akhirat. Berterus-terang saja. Jangan takut, jangan segan untuk lukakan hati dan perasaan aku. Aku tak kisah. Langsung tak terasa hati. Hati aku dah kebal dengan cemuhan dan makian lantaran kata jawapan Azham lebih pedih dan bisa. Pengucapannya lembut dan penuh berhemat namun menikam kalbu ibarat panah beracun. Berbanding ayat tajam Noni, namun sayang terlalu tumpul untuk menembusi jantung hati aku.   

:: IRONI :: 

Ada sandwich, ada bihun goreng. Air sirap nampak merah menawan. Bau ayam BBQ menusuk hidung. Menu biasa untuk majlis hari jadi yang biasa. Ehm... apa lagi ya? Oh ya, kek yang masih elok terletak dengan sebuah ucapan di atasnya;            

“SELAMAT HARI JADI”
“YAYA DAH 18!!!” 

18 tahun? Yaya dah 18 tahun, makna kata dalam masa beberapa bulan aku akan menyusul masuk dalam kategori 18 tahun. Mungkinkah sebab itu fikiran aku banyak mengarut daripada memikirkan sesuatu yang berfaedah? Lagi-lagi melalut. 

Aku dah kenyang. Namun, mata masih lagi cerah. Badan aku masih lagi segar bugar. Kemesraan antara Yaya dan Zaid mengundang cemburu di hati aku. Nasib baik ada Noni. Masih solo macam aku. Kalau tak memang aku akan terasa kosong dan sunyi. Dua sahabat baik meninggalkan aku untuk insan bergelar kekasih. Oh tidak! Tak sanggup aku hadapi kenyataan pedih dan sedih itu. 

Yek eleh, emosionallah tu konon! Padahal mata dah layu!

“Yaya, aku kena balik. Mak aku dah telefon... Syeda, aku balik dulu.” 

Tidak! Jangan tinggalkan daku sendirian di sini! Eh! Balik jugalah! 

“Wei, tunggu. Aku pun nak balik.” 

“Alah, Syeda tunggulah dulu. Syeda tunggu Yaya, ya? Zaid tak nak balik lagi ni.” 

Habis tu, apakah kaitannya dengan aku?Mak bapak kau kan ada!

“Arr..ehm, yalah. Tapi, tak boleh lama tau. Pukul 10 orang dah kena balik.” 

Adoi! Adakah sengaja kamu mahu menyeksa jantung perasaan aku, wahai sahabat? 

“La, Zaid. Ni kawan kau kan? Apasal tak introduce? Diam je. Kesian dia, datang temankan kau, tapi kau buat tak tahu je.” 

Aku tahu perasaan kamu wahai jejaka yang sedang duduk diam tak bersuara sedari tadi. Kerana aku juga sering mengalami situasi begitu. Menjadi chaperon bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan aku. Dah membosankan. Alangkah baiknya sekiranya jawatan chaperon ini dimaktubkan dan diterima sebagai pekerjaan yang bergaji besar.  

Keberanian yang datang di saat aku tengah kebosanan. Nama Azham tiba-tiba menyerang gegendang telinga aku. Wajah Azham seperti terpamer di wajah kawan Zaid kini. Mungkinkah Azham datang dalam bentuk penyamaran? Zaid membawa Azham kepada aku? 

“Entahlah, kau ni Farid. Apasal diam ni? Nak kenalkan diri pun tak boleh ke? Buat malu kaum jelah kau ni.”  

Pulak dah! Tahukah kamu Zaid akan erti malu? Mungkin itu yang dirasai oleh kawanmu itu memandangkan dia adalah orang yang tidak dikenali di majlis pada malam ini. 

“Alahai... ada lagi ke lelaki pemalu zaman sekarang ni?”

Azham masih menerpa kotak ingatan aku. Azham pun pemalu. Sifat pemalu Azham lah yang memikat hati aku. Kerana Azham seorang jejaka pemalu, maka aku berani meluahkan isi hati aku yang terbuku. Adakah lelaki di hadapan aku ini juga punya sifat yang sama dengan lelaki idaman aku? 

“Awak Farid ek? Saya Syeda...”  

Hai, awak. Takkan senyum je. Itu mencabar namanya. 

Huhu..comelnya senyum awak. Azham saya pun comel. Eh! Azham saya? Ah! Persetan Azham. Jom mengorat Farid pulak. 

“Comellah awak senyum...” senyumlah lagi..eiii...comelnya....

Huhuu...gelak sayu..

 Azhammm~ ~ ~

“Eheh, Syeda. Farid ni pemalu orangnya. Jangan lebih-lebih. Jatuh saham orang jantan.” 

Adakah anda mula rasa terganggu gugat apabila kaum wanita juga tahu mengorat, hah? 

“Dah tu, kawan kau ni pemalu sangat. Takkan aku pun nak diam... Awak sebaya dengan kitorang  ek?” 

Sah, dunia dah nak terbalik. 

“Tak adalah...umur saya 19.” 

Ada suara rupanya. Ingatkan golongan paksu maksu tadi. Boleh pula jawab soalan aku. Dia cakap apa tadi? 19 tahun ke? Alalalala..... 

“Biar betul... mati-mati saya ingat budak form 2 tadi.” 

Sudah! Aku dah tak boleh nak berhenti. Sejak bila aku jadi teramat gatal macam ni? Ni semua pasal Azham. Kalau tak sebab aku berusaha nak lupakan dia, tak ada maknanya aku suka hati nak mengorat lelaki lain. Ini pun sebab dia seorang jejaka pemalu. Kalau bukan, kirim salam aku nak mengorat macam ni. Silap hari bulan aku sendiri yang tersipu. 

Kompem dunia dah nak terbalik sekejap lagi. 

Woi! Mak cik! Pak cik! Mana korang mahu pergi da? Takkan nak buat maksiat kot! Zaid, kau ingat sikit, mak bapak Yaya ada kat depan tuh! Aduh, sengaja diorang tinggalkan aku dengan budak kepit ni ke? Janganlah macam ni. Aku dah tak tahu nak ayat apa mamat ni. 

Ehm..senyum mu sungguh menawan. Sungguh comel. Sungguh memukau. Aku tak tipu. Mata dia bersinar, kena pula bawah lampu kalimantang. Aku suka tengok gigi dia yang berlapis. Macam gigi aku... 

“Muka kak Syeda macam muka abang ni,” eheh! Baby ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikirkan. Dah, pergi kacau kakak kau. Pergi check apa yang abang Zaid buat kat kakak kau tu. 

“Hahaha...pandailah baby tu. Ehem...” Huk!

Dia diam dan masih tersenyum. Entah kenapa, tiba-tiba aku jadi janggal. Pukul berapa sekarang ek? 

“Baby, panggil kak Yaya. Cakap kak Syeda dah nak balik.” 

Cepatlah baby, apahal kau ni terhegeh-hegeh!

“Syeda dah nak balik ke? Ehm, kejap okey? Zaid pun dah nak balik dah.” 

Adakah itu bermakna Zaid nak menghantar aku pulang? Rasanya tidak kerana Yaya tidak mungkin akan membenarkan boyfriendnya membonceng perempuan lain. Aku sendiri pun tak mungkin akan menumpang motor lelaki yang bukan muhrimku. Andai Yaya membenarkan sekalipun, mana mungkin. Bukankah tadi Zaid membonceng bersama Farid. Jadi di manakan seharusnya aku diletakkan? Di tayarkah? Oh tidak! 

“Awak tinggal kat mana? Nak saya hantarkan?” 

Aku menoleh ke kiri. Oh, silap! Dia ada di sebelah kanan. Sedang tersenyum dengan comelnya.  

Eeii... apa ni comel-comel depan muka aku malam-malam macam ni? Nak kena cium ke?  

Aku cuma membalas dengan senyuman. Ya bukan, tidak pun bukan. Aku pandang motosikal yang diparkir di hadapan rumah. 

“Saya hantar awak dulu. Kemudian saya patah balik ambil Zaid.” 

Bukankah tadi, dia seorang yang pemalu? Mengapakah pula dia berani untuk mengajak aku naik motor dia? Ouh! Inikah yang dinamakan alim-alim kucing.

Lebih kurang Azham je. Nampak je pemalu, pendiam..tapi tahap nakalnya boleh tahan. Menguatkan lagi teori aku bahawasanya lelaki tidak boleh dipercayai. Macam aku percayakan Azham. Sudahnya dia musnahkan kepercayaan aku dengan menghancurkan hati dan perasaan aku. Dah nak pukul 10; patutlah aku mula melalut la.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhuu..kemon syeda..ala..lupekan je lah azham..hampestos..xbest~ org xmo watpe nk trsorong2.. =)

    zaid oh zaid..

    p/s: ayat nak cium tu xley blah..haha..suddenly teringat someone~ eish..xsopan ah gurl gune nk cium..wiwiwiwiwwiii~

  • (Penulis)
    2) haaha... tu maknanya dah tak sanggup nak pandang muka comel... huhuhu...
    err..syud, pekena ngan zaid? farid la...
  • 3) huhuhhuh......best plak kisah ni....mana sambungannyer... x sabor nih
  • 4) Dia pecah deraikan perasaan aku yang mudah berderai. - salah satu derai tu lagi sedap kalau diubah.

    nak justifikasikan sifat gatal = sebab nak lupakan yang lama. nice. boleh guna pasni. koh koh
  • 5) hahhahha..lawak2..hahhaha...well mcm mana nak ckp ehh..mula2 bace mcm x berape paham le..pas2 lpas bace habis..baru paham..mm cite ni mcm nice jer..nak bace sterusnye..yang x leh bla 2..pempuan mengorat lelaki..nice2..very nice..i like...hahhaha..mentadarah..hahaha..dah lame x dgr...hahhaha..nice cikgu...
  • 6) "dia pecah deraikan perasaan aku yang mudah berkecai." amacam, ok tak? hehehe

  • (Penulis)
    7) ok gak tuh... lupa plak nak tukar... thnks dayya!
  • 8) owh..
    urm..mcm pnah dengar je nme azham nie...
    eh..ex-bf ku mse skolah rendah dulu? haha..
    *mode zaman 90an*

    nice.

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey