Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KISAH KASIH..........(EPISOD 1)

 

 

Banglo yang terletak di hujung jalan kawasan perumahan elit itu penuh dengan ramai orang. Di padang depan terdapat beberapa penghuni rumah yang sedang membersihkan kawasan itu. Di hujung sudut halaman itu pula terdapat seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sedang sibuk menanam bunga matahari. Dari belakang seorang wanita muda yang sedang menyiram air pada pokok-pokok yang di jaga rapi itu menghalakan hos getah dengan sengaja ke arah pemuda tadi. Terdengar jeritan marah dan ketawa gelihati. Penghuni-penghuni lain yang sibuk dengan tugas masing-masing juga turut ketawa. Suasana gamat dan huru hara. Jerit di selang seli dengan ketawa. Akrab.

Seorang lelaki yang tinggi, berambut lurus sampai paras bahu, berjeans hitam dan memakai t-shirt putih berlengan pendek, berselipar jepun, baru saja keluar dari rumah banglo itu. Wajahnya cengkung tapi tampan, matanya redup dan bibirnya mengukir senyuman. Dia berjalan ke arah pemuda yang di siram air itu. Mereka masih terjerit-jerit.
‘Mat !!!’ laungnya.
Pemuda itu berlari ke arah lelaki itu.
‘Abang, tt..tt..tolong s..s..saya, si Li..Liza ni ja jahat…’ Mat yang gagap bertambah gagap disirami air. Liza masih terus memancut dari gelung getah berwarna oren itu. Mat menyorok di belakang lelaki itu. Liza memancut sedikit sebelum mengalihkan sasarannya ke tanah. Dia ketawa. Imran terpaksa beralih sedikit ke kiri untuk mengelakan diri dari turut di sirami air.

‘Ala Abang Imran ni, jangan lindung dia…..’ senyumnya masih terlekat. Imran hanya ketawa.
Imran baru 2 bulan di rumah itu. Dia penghuni baru, dia juga punya semangat baru. Dia mahu pulih. Dia mahu hidup seperti orang lain. Dia mahu merasa bahagia yang sudah lama hilang. Lebih 20 tahun dia menghabisi hidupnya bergelumang dengan dadah. Bermula dengan merokok seawal darjah 6, kemudian mencuba ganja, sedikit-sedikit dia mencuba pula heroin, dan sekarang dengan macam-macam jenis dadah di pasaran dia jauh hanyut, jauh dan hampir karam. Sudah banyak kali dia cuba menjauhkan diri dari benda haram itu tapi setiap kali dia jauh dia akan kembali semula pada kekasihnya itu. Dia bagaikan mabuk cinta.

Imran berbisik sesuatu kepada Mat yang hanya mengangguk dan tersengih-sengih. Liza yang hanya memerhati itu dapat menghidu sesuatu bakal terjadi, dengan cepat dia berlari ke belakang sambil tergelak-gelak. Mat dan Imran mengejarnya dari belakang. Suasana gamat sungguh. Penghuni-penghuni lainnya hanya ketawa. Liza dalam tawanan Imran sekarang. Mat tersengih-sengih menghampiri dia yang meronta-ronta ingin lepas dari pegangan Imran. Jeritan dan ketawa berselang seli. Mat semakin hampir, hos getah di tangannya di acu tepat mengenai muka Liza, Imran segera melepaskannya dan berlari ke tepi Mat sambil ketawa puas hati.

‘Mat !’ laung satu suara dari belakang. Ketiga-tiga mereka terus memusingkan kepala. Seorang wanita cantik bersaiz sederhana. Berseluar coklat muda dan berblous kuning cair. Rambutnya di ikat kemas. Bibirnya di rias lipstick berwarna merah jambu, nipis tapi tetap menawan.

‘C..c Cik Zz Zura…’ Mat dan Liza segera menghampiri Azura. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Imran hanya memerhati. Cantik bisik hatinya. Azura memandang sebentar pada Imran yang di depannya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman yang mesra.
‘Saya Azura,’ tangan di hulur, Imran segera menyambutnya. Matanya masih terlekat pada wajah bujur sirih dan bermata bulat.
‘Imran,’ jawabnya ringkas.
‘Abang Imran ni baru 2 bulan kak’ terang Liza tanpa di suruh.
‘Selamat datang.’
‘Terima kasih’
‘Cc Cik Zz Zura ni su..sukare..lawan..dia a..ajar ka…kami kom..komputer’
‘Bukan tu je bang, kak Zura adalah mentor support group kami’ tambah Liza. Imran hanya mengangguk.

Azura tersenyum puas. Dua bulan dia tidak ke pusat itu. Dia sibuk dengan tugasnya di luar negara. Semalam dia baru pulang dan hari ini terus dia ke rumah itu. Dari zaman sekolah lagi Azura suka memb a b i tkan diri dalam kumpulan-kumpulan seperti itu. Dia suka berkongsi pengalaman dan kasih dengan mereka yang memang memerlukan.

‘Kak Zura nak jumpa En. Aman jap. Nanti kita sembang ok.’ Katanya pada Liza dan Mat.
‘Nanti kita jumpa lagi’ ditujukan pada Imran yang malu-malu. Imran mengangguk.

Sejurus Azura berlalu, macam-macam yang di ceritakan pada Imran. Azura baik. Azura penyayang. Azura akan buat apa saja untuk mereka. Azura dah di anggap sebagai kakak dan macam-macam lagi. Tanpa cerita pun aku dah tau….Azura memang baik, desis hatinya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sapa yang komen sebelum ni?

    cerita ni boleh jadi cerita cinta yang berbeza, cuma kalau garapan latar tempat dan masyarakatnya menjadi. =)

    kalau tak, jadi cerita cinta kosong.

Cerpen-cerpen lain nukilan syawina05

Read all stories by syawina05