Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hidup atau mati (2)

 

 :: RUNGKAIKAN KISAH ITU :: 

Aku tahu kawan-kawan aku mengambil berat akan hal aku. Mereka sebolehnya tak mahu meninggalkan aku kesepian dan kesunyian melayan perasaan. Lantas, sering mereka mengajak aku menemani mereka berdating. Tapi, tidak mereka sedar bahawa cara mereka itu mengundang rasa pedih dan sedih di hati aku. 

Yaya sering mengajak aku menemaninya ketika keluar dengan Zaid. Dan sering aku menolak kerana tak mahu terluka lagi dengan kemesraan mereka berdua. Tapi, kali ini aku tak boleh menolak lagi. 

“Yaya nak Syeda ikut. Zaid ada janji dengan kawan dia...Farid. Ingat lagi tak!? Kalau Zaid jalan-jalan dengan Farid, takkan Yaya sorang-sorang. Jomlah, Syeda temankan Yaya, okey?” 

Susah betullah jadi manusia yang single ni. Tak ada alasan yang boleh digunakan untuk menolak ajakan kawan baik nan satu ni. Lagi-lagi orang belanja makan, belanja minum... tambang bas pun orang belanja... Jom ambil kesempatan yang ada.

 

 Okey... sewaktu kali pertama bertemu, dia sangat pemalu. Kemudian dalam tempoh beberapa minit dia jadi berani. Sekarang, sekali lagi dia jadi pemalu? Bagaimana sikap dia yang sebenarnya?  

Keliru ku keliru.... 

“Alamak, hujanlah. Jadi ke nak pergi ni? Orang takut nanti hujan lebat.” 

Rintik-rintik hujan yang menitis membasahi bumi membuatkan hati aku tak keruan. Aku memang tak suka keluar hujan-hujan macam ni. Meskipun cuma hujan setitik dua. Nasib baik aku bawa beg besar. Boleh jugak bawa payung. 

“Tak apa... Kalau hujan, saya boleh lindung awak.”  Sungguh aku terkejut. Diakah yang menjawab itu? Aku jeling dia dan tersenyum nipis. Malas nak layan. Kalau aku layan, nanti jadi benda lain pula. Sudahlah dia ni macam sukar untuk dijangka.  

Agenda tetap diteruskan walau hujan terus membasahi. Aku nak tarik muka pun... orang dah belanja tambang. Nak belanja makan lagi. Tepi pantai gitu...huhuk.... walaupun bukan dengan orang yang tersayang. Makan free tepi pantai...best tul! 

‘Syeda, sebenarnya Farid nak kenal rapat dengan Syeda.’ 

Yaya bermain mata dengan aku setelah mencuit lengan aku. Sesekali tangannya membuat isyarat yang hanya aku dan Yaya faham. Aku membuat memek muka sebagai jawapan kepada kenyataan Yaya. 

‘Apasal dia tak cakap sendiri?’ 

Sekali lagi hanya aku dan Yaya yang faham. Yaya mengangkat bahu sebelum merenung Zaid yang duduk di hadapannya. Zaid dah mula terkebil-kebil dengan keletah kami. Farid yang dari tadi tak bersuara, mengangkat muka memandang kami sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Zaid. Keningnya sedikit terangkat. 

“Syeda, kami nak jalan-jalan kat situ kejap ya,” ujar Yaya lebih berupa kepada sebuah ayat penyata bukannya meminta izin. Aku tersedak. 

Eh, kau nak tinggalkan aku dengan mamat ni ke? Habis, apa yang aku nak cakap? Hari tu bolehlah... malam..aku bukannya perasaan sangat dia pandang aku atau tak. Hari ni, siang hari, matahari memancar walaupun sebentar tadi hujan renyai-renyai. Dia pula duduk bertentangan dengan aku dan sedang memandang aku! 

“Jom... kita duduk sana.” 

Aku mengangkat muka dan berhenti daripada mengacau minuman dengan straw. Dia tersenyum memandang aku.  

Ehm.. nak ikut ke tak? Best juga dapat duduk tepi pantai di sebelah jejaka comel ni... Hahaha.. Setan dah tumbuh tanduk!  

:: DAN BERMULA SEBUAH CERITA:: 

Pertemuan kedua aku bersama Farid berakhir di saat hujan masih renyai. Pelawaan dia untuk melindungi aku seandainya hujan lebat, aku sangkakan sebagai gurauan atau mungkin sekadar berbasa-basi. Rupa-rupanya dia memang bersungguh. Sewaktu melangkah turun dari bas, hujan semakin menggila dan dia dengan bersungguh cuba merapati aku lalu melindungi wajah aku dengan lengannya yang... well, tak adalah besar sangat! 

Selang beberapa hari selepas pertemuan kami, Zaid menyampaikan pesan Farid. Katanya dia nak nombor telefon aku. Pada mulanya, aku menyangka Zaid sekadar bergurau memandangkan Zaid memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyakat aku lebih-lebih lagi selepas perkenalan aku dengan Farid.  

“Betul! Buat apa aku nak tipu kau. Farid memang nak nombor telefon kau. Dia nak kenal kau dengan lebih rapat lagi.” 

Aku pandang Zaid dengan jelingan yang penuh tanda tanya. Farid nak kenal dengan lebih rapat? Azham yang asalnya rapat dengan aku boleh menjauh, inikan pula manusia yang aku tak tahu asal usul latar belakang, nak kenal aku dengan lebih rapat? 

“Suka hati kaulah. Kalau betul dia nak nombor aku, suruh dia cari sendiri. Aku tak nak kasi sendiri...” 

Akhirnya, nombor telefon aku yang mana bukan hak milik aku... nombor rumah nenek aku... sampai ke tangannya. Yaya yang bagi setelah didesak oleh Zaid. Ehm... okey, aku yang bagi kepada Yaya setelah didesak oleh Yaya yang didesak oleh Zaid kerana didesak oleh Farid.  

Malam tu aku tunggu panggilan daripada Farid. Risau juga kalau-kalau Mak Su aku yang angkat. Mana pernah ada lelaki telefon rumah nenek nak cakap dengan aku. Kawan-kawan sekolah biasalah. Itu pun atas urusan rasmi sahaja. Urusan kerja sekolah lah. Walau bagaimanapun, setelah lebih daripada sejam aku menunggu., dia tak telefon. 

Keesokannya aku buat tak tahu memandangkan aku tak nak berharap. Berharap! Aku terlalu berharap yang Azham akan menerima aku walau aku yakin dan tahu yang dia akan memusnahkan harapan aku. Oleh sebab itu, aku dah tak berani nak berharap lagi. Cukuplah sakit dan pedih kerana Azham. Aku tak mahu membina benteng kebencian terhadap lelaki lain.

 

Tapikan, kalau kita buat bodoh, waktu tu lah perkara yang kita dok tunggu sebelum ni terjadi. Macam kes Farid. Aku tunggu, dia tak telefon. Aku tak tunggu, dan-dan tu jugak telefon tu nak berdering. Nasib baik Mak Su tak banyak soal. Mungkin dia ingat kawan sekolah... 

Selepas kali pertama dia menghubungi aku, dia terus berani menghubungi aku. Sampailah satu panggilan yang mengubah perjalanan hidup aku. 

“Syeda, macam mana kalau saya kata saya nak awak jadi teman istimewa saya?”  

Err... tak sampai sebulan kita kenal. 

“Tapi...” 

“Saya tahu terlalu awal. Tapi, kalau awak nak tahu, saya dah mula sukakan awak masa hari lahir girlfriend Zaid. Cara awak yang berani, membuatkan saya kagum. Belum pernah seorang gadis menegur saya macam awak hari tu. Awak buat saya rasa dihargai.” 

Adoi! Memang silaplah langkah aku hari tu!

“Farid, boleh tak Farid bagi orang masa? Kita baru berkawan, banyak lagi tentang Farid yang orang tak tahu.” 

Orang? Orang mana? Kalau mami dengar aku guna ganti diri macam ni, pasti aku kena bebel. 

“Sebab tu saya nak awak jadi teman istimewa saya. Lebih senang awak nak tahu tentang saya nanti dan saya pun boleh tahu banyak tentang awak.” 

“Tapi, bagi orang fikir dulu la.” 

Dan, entah mengapa, dalam tempoh tak sampai seminggu aku membuat keputusan untuk menyambut tangan yang Farid hulurkan. Aku pernah terluka dengan tindakan Azham menolak tangan yang ku hulurkan. Aku kecewa sangat apabila Azham memberi sebuah keputusan yang aku tak ingin dengar. Jadi, mesti Farid juga akan turut merasa apa yang pernah aku rasa. Sanggupkah aku melukai perasaan orang lain sedangkan aku sudah mempunyai pengalaman betapa perit dan pedihnya luka tersebut. 

“Yaya rasa apa saja keputusan Syeda, yang penting Syeda tahu perkara tu betul dan tak menyusahkan sesiapa terutama sekali diri Syeda sendiri. Kalau Syeda rasa Farid adalah yang terbaik untuk Syeda, terimalah dia. Tapi, jangan paksa diri kalau rasa sebaliknya.” 

Yaya berusaha memberi pandangan yang terbaik. Aku tahu maksud dia. Dia tahu aku masih berharapkan Azham dan ingin melupakan Azham. Tapi, dia juga tahu Farid bukanlah jalan penutup cerita hidup aku. 

“Tapikan, Yaya..orang rasa baik orang terima je Farid, kan? Lebih baik daripada orang dok ingatkan Azham yang bodoh tak nampak orang suka kat dia, kan?” 

“Ehm...” 

Ada nada ragu-ragu dalam jawapan Yaya. Namun, aku dah tak ambil pusing. Keputusan telah pun aku buat dan Farid yang menanti jawapan aku akan mendapat khabar gembira nanti. Bagi aku, Farid tiada kurangnya. Berbanding Azham yang langsung tak menghargai kehadiran aku malah menyisihkan aku dari kehidupannya.

Sekurang-kurangnya Farid sedar yang aku menyedari kehadirannya dan dia juga menghargai aku di dalam hidupnya.   

:: BETULKAH?:: 

Serius... meskipun hubungan aku dengan Farid berjalan tanpa masalah, namun aku rasa  seperti satu beban menimpa bahu aku. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati setiap kali Farid mengungkapkan kata sayang dan rindu dia pada aku.  

“Awak, awak tahukan saya sayang awak?” 

“Ehmm...” 

“Syeda, awak hidup mati saya. Walau apapun yang terjadi, saya tetap akan sayang awak seorang. Saya rasa hidup saya lain kalau awak tak ada.” 

“Apa yang Farid merepek ni? Orang tak sukalah.” 

Aku tak suka dia bicara tentang hati dan perasaan dia. Seperti dia meletakkan hujung senapang di kepalaku untuk mengakui sesuatu yang tak mungkin terucapkan olehku. 

“Syeda, saya nak jumpa awak esok. Kali ni tolong... saya minta awak datang seorang diri,” permintaan dia sukar untuk aku lunaskan. 

“Mana boleh. Kitakan dah janji. Orang tak boleh keluar berdua dengan dia. Orang kena bawa kawan kalau Farid nak sangat jumpa.” 

“Ini hal hidup mati saya!” 

“Hidup mati lagi!” 

“Syeda...” 

“Tapi, esokkan orang sekolah.” Aku masih cuba mencari alasan agar dia tidak terus mendesak. Aku memang tak boleh dan takkan keluar berdua dengan lelaki lebih-lebih lagi ke bandar K. Nak mampus ke? Pak Su kerja betul-betul kat tengah bandar tu, buatnya aku terserempak dengan dia. Lepas tu selain daripada Pak Su, Kak Ya; dua pupu aku pun berniaga di bazar di bandar K.  

“Lepas sekolah, saya tunggu awak kat perhentian bas depan sekolah.” 

Ish, tak faham ke? Aku tak nak jumpa! Cukuplah Mak Su dah mulai syak dengan panggilan telefon hampir tiap-tiap malam. Mami pun dah mulai menyoal siasat apabila aku sering menerima panggilan. Aku ceritakan pada mami tentang hubungan aku dan Farid. Pada mulanya, mami cuba menentang. Namun, setelah aku cuba berdiplomasi, mami membenarkan dengan syarat, pelajaran tetap yang teratas. Orait! Don’t worry, mami. 

“Jangan! Kita jumpa kat depan Muda Osman je. Farid tunggu orang kat situ.” 

Nak tak nak aku terpaksa bersetuju. Lebih-lebih lagi dia sering kali ungkapkan kata hidup mati. Risau juga aku kalau mamat ni buat perkara yang bukan-bukan. Dia macam dah benar-benar ikat hati dan perasaannya pada aku.  

Keesokannya, aku tunaikan janji. Walaupun dalam keadaan terpaksa tapi ada juga rasa suka... Wah! Aku dah dewasa rupanya. Dah pandai dating berdua-duaan. Err.. sebenarnya ini kali kedua aku keluar dengan dia. Kali kedua masa ke pantai menemani Zaid dan Yaya. So, rasanya memang patutlah dia beria-ia benar nak keluar dengan aku. 

Hidup mati konon! 

Kedai buku Muda Osman menjadi saksi pertemuan kami. Hahah...kelakarlah pula. Sebenarnya ada rasa gusar. Apa tidaknya, aku terus ke bandar K seorang diri dengan berpakaian sekolah hitam putih. Dia pula hanya mengenakan T-shirt berlengan pendek bersama jeans biru lusuh. Tengah rehat daripada kerja katanya.

Aku pandang jam di pergelangan tangan. 3.00 petang. Aik! Takkan rehat lagi kot? 

“Tak apa. Saya bukan kerja pejabat nak kena masuk ikut time.” 

“So, takkan kita nak berdiri kat sini je.” 

Aku pusing kiri, aku pusing kanan. Orang ramai melintas di hadapan kami. Beberapa muka yang aku tak kenal namun, mengenakan uniform yang sama dengan aku memandang aku dengan sebuah pandangan yang pelik. 

Kenapa? Baju aku koyak ke? Atau korang jeles tengok aku berdiri di sebelah lelaki yang comel tapi berpakaian kasual? Ya, dia bukan budak sekolah. Aku yang masih bersekolah! 

“Dah makan?” 

Belumlah, nak belanja ke?

 

Aku pandang dia. Aku membulatkan mata cuba bertanya kembali. Dan dia senyum. Senyuman yang comel. Memang kalau nak dibandingkan dengan Azham, senyuman Farid lagi comel. Azham, senyum dia macam kaku je. Tapi, Farid..kalau dia senyum menampakkan gigi taringnya yang berlapis tu, lagi comel. 

Tapi, Azham adalah Azham. Lelaki pertama yang bertakhta di hati aku. Yang betul-betul buat aku faham tentang sakit dan penawarnya sebuah cinta. Memang Farid yang memberi aku cinta dan sayang, tapi aku lebih memahami semua itu kerana Azham.  

“Kita makan kat pasar besar...” 

Dia bukan mencadangkan tapi mengajak tanpa menunggu persetujuan aku. Aku tengok kaki dia melangkah melewati aku. Beberapa langkah ketika, dia berpaling. Tanpa banyak soal aku menuruti langkah dia. Dia menghulurkan tangan cuba mencapai buku yang kejap di pegangan aku. Sekejap saja buku aku bertukar tangan.  

Pasar besar. Sebuah bangunan perniagaan yang terkenal di bandar K. Mempunyai empat (rasanya) tingkat di mana; di tingkat pertama kaum wanita memonopoli ruang  niaga samada barang-barang basah mahupun yang kering. Tingkat kedua pula; di situlah Farid nak belanja aku makan. Keadaannya tak ubah seperti gerai-gerai di tepi jalan yang duduk berdekatan. Bezanya gerai-gerai tersebut terletak di dalam bangunan. Manakala, tingkat ketiga tingkat kegemaran aku. Shopping kain baju. Pelbagai barangan di jual di situ terutama sekali barangan diri.  Sebenarnya, aku jarang sekali ke pasar besar. Selalunya aku akan mengekori mami, itupun kalau mami terasa nak beli barangan basah kat situ. Kalau tidak, memang tak terpergilah. Makan di gerai situ pun jarang sekali. Kalau tak silap aku, baru dua-tiga kali. Itupun sebab kawan-kawan aku yang ajak. Itupun sebab diorang kenalkan aku dengan ABC tapai yang sedap.Yumm.... 

Makan di gerai yang berdekatan di antara satu sama lain, dengan lalui yang sempit sebenarnya merimaskan aku. Mungkin kesempatan untuk Farid supaya dapat duduk dengan lebih rapat. Namun, seboleh mungkin aku menjauhkan diri daripada dia. Sekurang-kurangnya lebih daripada sekaki. Tapi...  

“Apahal yang penting sangat Farid nak jumpa orang? Sampai main dengan hidup mati ni?” Aku menyoalnya dengan raut wajah yang tak dapat nak aku bayangkan. Muka membosankan. Bihun sup yang masih berasap aku masukkan ke dalam mulut dengan perlahan-lahan.  

“Makanlah dulu. Sekejap lagi saya beritahu.”   

:: PERGI :: 

Ungkapan yang keluar dari bibirnya langsung tak melembutkan hati aku. Aku tak tahu kenapa aku harus bertahan. Aku tahu yang aku sudah pasti dengan keputusan yang aku buat. Namun, kekuatan itu belum ada.  

Farid masih tersenyum. Matanya tak lekang daripada memandang wajah aku yang masih kelat. Aku tak tahu bagaimana nak membalas setiap baris kata yang diucapkannya. Dia mesti salah faham dengan sikap aku yang berdiam diri. Aku tak mahu dia salah faham tapi aku juga tak sampai hati untuk memberitahu akan kebenaran yang ada di hati aku. 

“Janganlah macam ni. Saya janji saya takkan lupakan awak. Dalam hati saya cuma ada nama awak saja. Awaklah segala-galanya untuk saya.” 

Hati aku mula meronta minta dilepaskan. Ayatnya dah menusuk tepat ke hati aku. Terluka dan berdarah.  

“Senyumlah sikit. Saya bukan pergi untuk selama-lamanya. Saya akan telefon awak. Walau jauh mana pun saya pergi kita tetap akan terus bersama.” 

Damparkan aku ke pulau. Aku rela bersendirian daripada terus bersandiwara begini. Terseksa benar rasanya menipu hati dan perasaan sendiri. Menipu dia satu hal lain pula.  

“Tak apa. Orang faham. Orang rasa itu lebih baik daripada Farid tinggal kat bandar ni dan buat kerja yang tak menjamin masa depan. Orang cuma boleh doakan Farid selamat di tempat orang lepas tu buktikan pada orang yang Farid boleh berjaya.”  

Aku ikhlas sewaktu menuturkan kata-kata ini. Namun masih ada beban yang memberati bahu aku. Beban kerana tidak berterus terang. Mulut aku masih berat nak menuturkan kata yang sebenar. Raut wajah masih tak berubah. Aku tak pandang wajah dia kerana aku takut aku akan terus bersimpati maka agenda aku akan tergendala.  

“Saya tahu awak sayangkan saya,” lembut dan penuh dengan kasih sayang. 

 

Ek! Tolong jangan jerut leher aku dengan kata-kata macam tu!  

Maka, berangkatlah dia keesokannya ke ibu kota untuk sebuah penghijrahan. Hijrah untuk dirinya dan juga ruang untuk aku fikirkan kembali akan tindakan aku selama ini. Agenda aku terus tergendala.  

 

 

....last part .... nanti ek.... 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhuu..can't wait..paksa diri bercinta..mmg cmtu ah jadinyer~~ =)

    moral: jgn men sedap n suka suki kapel dgn org~
  • 2) aduhhh.....baru tgh syok membaca nih rupanya ada sambungan lg
    come on shazmiey.huhuhuhu

  • (Penulis)
    3) hahaha..sabar syawina... tunggu ek...
  • 4) woww...best ;)
  • 5) its all about communication :p
    kalau terus terang dari awal. sure lebih ringan kepalanya. :p
  • 6) hahhaaha..bandar K..kota baru ke..sbb muda osman ade...hahaha..abc tapai..best ke..nak cube..mm pasal cite ni..gnee suka jln penceritaan die....nice...mm..ape lagi..pas2 ganti diri org..bes..sweet je dgr...hahahha....2 je..next cikgu...hehheheh

  • (Penulis)
    7) doh tu mano lagi gnee... ore hok ghajin gi bandar k jah tahu ado mudo osme...hahaah... abc taper... trgha la... tapi tok tahu sedak lagi ko dok... lamo doh tok gi denu... kalu cendol taper kompem sedak.... kohkohkoh...
  • 8) hahahhahha...tau x po..sbb muda osman ado kat kelate jah..cite ni psala cikgu muda2 dlu ke..ooo hahahaha

  • (Penulis)
    9) err..ehm..ntah... agaknya kot...
    *mata melilau cari tmpt sembunyi*
  • 10) very nice story.... =) i like..
  • 11) err..bandaraya manchester city a.k.a. machang pun ader mude osman..
    haha..
    nice..nice..
    erk..teringat dulu pernah paksa diri sukekan sum1 yg sukekan sy..
    tapi, btol..x menjadi..x boleh paksa diri..;p

  • (Penulis)
    12) paper:: kita serupa~~~
  • 13) hurm..bandar K?cam knal je..kb ek??
    pasar besar lak cm psr ct khadijah..he2

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey