Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerita dari Jepun

 

 

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tidak digunakan lagi. Maka dia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga kerana tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

 

 

* Sumber: IPIJ

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahah! adoi la. cekup mana ni kak?
    saranan : rasanya kalau pinjam karya orang, elok diletak kat blog je :)
  • 2) hahahahhahaha.......
    macam macam hallllllllll
    seram dah bertukarjadi gelak la pulak

  • (Penulis)
    3) alamak! silap letaklah caha...huhuhu
  • 4) =) pernah terbaca cite ni....
  • 5) hahaha..kesimpulannya..jgn ade bini yg byk ckp! antara calonnya?--> smbil tgn mngacu pada diri sndrik..[cerewet? bukan syuhada~] =P
  • 6) cerita dari "jepun" . paham2 la. ihiks ;))
  • 7) paham2..nurie faham..kan kak myelina..=)

  • (Penulis)
    8) tkasih nurie, sbb slalu faham :)






  • 9) ko budak IPIJ ke? wa~~~~~~~~ ke curik dari IPIJ je ni. myelina jepun ke? waa~~~~
    senpai jyaneikana~~

  • (Penulis)
    10) zingof; iyee....tak curik, dulu hantar citer ni ke IPIJ :)
  • 11) hahaha. nice!
  • 12) hehehe..
    suka laa.. :)
  • 13) sempoi je kenakan pembaca...
  • 14) hahahaha
    leh thn la cter ni
  • 15) okey le tuuuuuuuu wawawawaw...
  • 16) hahhahhaaha....
    klaka la...
    bagus utk redakan stress
  • 17) hahaha. dayme.
  • 18) sabar jer la..haahha
  • 19) ok gak

  • (Penulis)
    20) tkasih...
    bukan karya saya ni, silap letak la :">

Cerpen-cerpen lain nukilan myelina

Read all stories by myelina