Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah Empat Ekor Anjing

  • 13
  • otak
  • 16 years ago
  • 4,134
  • FREE

 


Title : Kisah Empat Ekor Anjing

Medium : paper, pen and photoshop

Technique : meluahkan isi hati tentang keadaan semasa

 

Ini kisah empat ekor anjing. Seekor namanya ONMU, seekor lagi namanya SAP, seekor lagi pula PAD, dan yang akhir sekali yakni yang penghabisan pula, namanya agak panjang dan berbunga-bunga ejaannya, naLIDAek. Keempat-empat kawanan anjing ini amatlah bergantung harap pada seseorang yang bernama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Keempat-empatnya amatlah manja akan sifat-sifat mereka. Seperti anjing-anjing kebanyakan, kerja mereka hanyalah makan, tidur, berhibur, menipu, tabur janji manis, mencaci, dan membenci (eh? Itu macam cerita lain je..maaf).

Seperti anjing-ajing awam juga, mereka ini hanya mahukan ganjaran sahaja setiap apa yang mereka lakukan. Jika tuannya yang bernama sangat panjang itu mahu ajak bermain (dog trick), setiap aksi mereka pasti mahu upah makanan anjing berbentuk tulang macam dalam tivi itu. Jika tiada upah, jangan harap mahu lihat aksi.

Memang sifat anjing yang tak pernah kenang untung, tuannya yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam mencari duit, membeli makanan, bayar sewa dan segala bil-bil. Tapi mereka hanya goyang ekor menumpang harta tuannya. Kadang bila tidak diberi makan, tangan digigitnya pula. Kesian-kesian…kesian sama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Bila tiba masa makan, merekalah yang paling terhegeh-hegeh sekali tiba. Penuh dengan aksi-aksi yang menarik cuba meng’impress’ si tuan. Dalam konteks ini, siapa yang kuat mengampu tuannya dengan apa-apa aksi (janji) manis, maka dia akan lebih disayangi atau jadi “Pilih”an hati En. Rakyat. Ketika ini, segala macam kebolehan ditunjukkan. Boleh buat lebuh raya, buat masjid, jambatan, bantu orang miskin…sangat prihatin. (eh? Termasuk cerita lain lagi…maaf).

Dalam kisah empat ekor anjing ini, ONMU lah anjing kesayangan si tuan. SAP dan PAD pula kadang-kadang menjadi pilihan hati tuannya di beberapa tempat. Manakala, naLIDAek pula semacam dipinggirkan..mungkin, namanya yang pelik agak sukar untuk dipanggil oleh tuan.

Bagi En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya pula, dia memang tiada pilihan lain selain empat ekor anjing yang tak berapa berguna ini..terpaksa menjaga, bagi makan dan jaga kebajikan, kerana itu sahaja yang dia ada. Jika ditanya isi hatinya dengan lebih lanjut…harapan En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya, hanyalah mahu mereka menjaga keselamatan rumah dan dirinya. Tapi buat masa ni belum lagi mereka diuji, melainkan si ONMU sangat gemar membantu menghalau posmen yang datang hantar surat. "Gaya tu dah ada" katanya.

“tapi time-time nak bagi makan macam ini, saya rimaslah!” tambah beliau lagi.

“alah! Susah apa, buang je semua…” tambah saya pula.


 



 


 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) WAU!! otak punya otak memang berotak. Bila baca ayat pertama sy sudah jangka ini mesti pol. Mula2 tu tak tahu apa tu naLIDAek, rupanya RKP plak..ish2..tak sanggup nk bayangkan penggunaan simbol anjing2 itu..ish2..kalau otak hantar cerpen ni ke berita harian mesti org terkesima baca..ish2..(eh,berapa banyak ish2 daaa..) patutlah dalam section satira..hehe, kalau ada section pol mesti dah masuk dlm section tu kan..dan kalau ada section pol kat kapasitor ni dah lama kena band kan sbb di kalangan kapasitor kita ni ramai yg extreme gak pemikiran terhadap pol ni..=)
  • 2) hahaha. nice!
    nak2 anjing yang satu tu. dah mmg tanggungjawab dia tapi ckp mcm dia yang beri kita rezeki. sibuk menabur duit. duit kita jugak. *keluh*
  • 3) nurie: hahaha, betul tu. Takkan masukkan element politik dlm Kapasitor. Letih melayan politik Malaysia ni.

    otak: anjing-anjing bebas tak de ke? maksud aku, yang berkeliaran kat blakang2 rumah tu. tapi, anjing ONMU tu breed ape yer? Rotweiller?

    kohkohkoh
  • 4) wow.. analogi yang berkesan dan tak sedikit pun terlebih.. =)
  • 5) wow... wanginyer bau politik kat kapasitor ni.. suci bersih.. terkawal.. hahhaha paper pun.. best la!
  • 6) "abis tu, kalo dah buang semua... sapa nak jaga kita," encik rakyat bin biasa.... tanya saya kembali.

    "tak payah susah-susah. pakat2 jaga diri sendiri..." huhuhuu... bernas sungguh idea saya...

    maaf encik otak... saja gatai nak menambah.
  • 7) hahaha..shazmiey..klo kita jaga diri sndri sape plak nk wat 'aksi'??

    anjing2 ni cam asam,garam,gula,rempah ratus dalam masakan..takde mereka xsedap ah makanan~~

    sy rase patutnya ade 5 anjing..satu lagi nama dia aNBy..hehe.. aNBy ni agak cummil coz dia baby bulldog..hahaha..kiut~~

    *shhuuuuttt upp syuhada! mau kene tangkap? umo pun xcukup lg nk mngundi..hohoo~
  • 8) lawak ar ko syud..tetiba aku terbayang anjing jd rempah ratus plak..hahahhaa..haisyhhhh!

  • (Penulis)
    9) huis! kalau rempah ratus anjing mcmname agakknye pakaging dia ek?
    mcm menakutkan je..
    heheh!
  • 10) hm.. tak baiklah ckp mcmtu...
    semua nakkan yg terbaik...
    cuma kdg2 ad sorg dua yg mencacatkan benda..
    Hahaha... sibuk je ak ni..
  • 11) hehehe... otak ni.. sumer dia tulis, saya suke.. setakat ni la... sinis yang menyinis, tersinis dan disinis.. wahahhaha...=p
  • 12) Mesej yang mendalam. Cuma, diriwayatkan dalam keadaan agak bercelaru.
  • 13) hehe. kenyataan yg berani dan tulus

Cerpen-cerpen lain nukilan otak

Read all stories by otak