Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Babah

 

Cuba pandang sekali. Nampak macam dia. Cuba pandang untuk kali kedua. Haa betul! Memang geranan yang dicari-cari selama ini. Tapi macam tak percaya pertemuan di tempat itu...

Aku lambai-lambaikan tangan yang tak seberapa panjang ini mengharapkan perubahan pada ekspresi wajahnya. Tapi hampa. Don't give up! Aku gerakkan kaki yang tak seberapa panjang ini menuju ke arahnya. Eh, sudah bergerak menuju destinasi lain. Oh, kenapa begitu susah untuk ku dekati? Geram betul. Tapi bak kata pepatah melayu, alang bisa tegal biasa.

Perlahan-lahan langkah ku menjadi sepantas degupan jantung ku. Aku kepingin benar untuk bersua muka dengan si dia. Slow down la brother. Tapi aku tak bisa meluahkannya. Semua tersekat dikerongkong sahaja.

Peluh sudah membasahi baju t-shirt pemberian ibu sempena hari lahir ku. Aku teruskan jua larian mengejar mu. Peluh yang mula menitik terus ku lap dengan lengan baju baru ku.

Mata ku bercahaya tatkala terpandang kelibat si dia. Hati ku melonjak gembira. Akhirnya! Aku mula memperlahankan larian. Tersengih aku sendirian sambil memikirkan kata-kata yang akan aku luahkan padanya sebentar lagi. Seluruh tubuh ku menggigil. Ah, nervous nya. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya. Hanya beberapa tapak lagi!

Kata-kata yang ku susun tadi hampir hilang dek tekak yang terasa kering seperti gurun Sahara. Aku kumpulkan semua air liur ku. Ku ulang dua tiga kali sehingga benar-benar yakin yang aku boleh memulakan bicara.

Seperti biasa ku pandang tepat ke matanya. Dia tersenyum gembira melihat ku. Aku tersipu-sipu malu membalas senyumannya. Lalu ku hulurkan wang kertas berwarna biru. Hampir lunyai kondisi wang tersebut. Aku tak sedar begitu kuat aku menggengamnya.

"Mau apa?" Si lelaki itu bertanya pada ku.

"Merah ka, coklat ka, ungu ka? Macam-macam ada," senggih pakcik bertopi keledar itu.

"Bagi aiskrim chalong satu uncle," tergagap-gagap aku menuturkan kata.

"Satu ringgit," ujar pakcik cina selepas memberikan ku aiskrim chalong yang berwarna coklat, kuning dan ungu.

"Terima kasih uncle," ucapku sambil melambai-lambai pada motorsikal apek cina yang semakin hilang dari pandangan. Aku gembira dan puas. Nikmatnya tak dapat ku luahkan.

Setiba dirumah, ku lihat ibu sudah mencekak pinggang. Alamak! Ku lihat baju baru ku. Oh selamat. Tidak ada sebarang kesan comot. Tersenggih aku seperti kerang busuk.

"Amin pegi mane tadi?" sergah ibu.

"Amin pegi beli aiskrim la bu. Sedap tau."

"Masya'allah anak bertuah ni. Amin tau tak hari ni hari ape?"

"Hari raya la bu," ku tunjuk barisan gigi yang putih pada ibu tercinta.

"Hari raya esok la Amin oi."

"Tidak!!!!" Aku terjelepuk dimuka pintu. Azam ku untuk puasa penuh tahun ini tidak kesampaian dek kerana aiskrim chalong. Oh, dunia ini sungguh kejam. Babah sudah tetapkan syarat supaya aku berpuasa penuh tahun ini jika mahu wang kertas berwarna merah. Ganjaran hari raya kata babah.

Apa lagi, air mata ku turun bagaikan air terjun Niagra. Ibu mula memujuk tapi pada ku itu semua tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur....

Di pagi hari raya, aku menghadap babah dengan hati yang kecewa. Ku cium tangan dan kedua-dua belah pipi babah. Ku ulang perbuatan yang sama dengan ibu. Muka ku monyok. Sampul hijau langsung tidak dihulurkan pada ku. Aku hendak berlalu pergi.

Tiba-tiba babah memanggil ku.

"Eh, Amin. Duit raya tak nak ke?"

Langkah ku mati.

"Tapi Amin tak puasa penuh tahun ni, bah."

"Takpe. Babah bagi duit warna hijau sebab Amin tinggal satu hari," pujuk babah.

Huluran sampul hijau ku sambut. Ku buka perlahan-lahan. Menitis juga air mata ku untuk kali kedua. Di dalam sampul ku lihat dua keping wang kertas lima ringgit. Aku terus memeluk abah. Tidak putus-putus ucapan terima kasih dari bibir ku. Babah...Amin sayang sangat dengan babah!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Wah, rindunya kat abah...
    simple...tp menyentuh hatiku...
  • 2) gerangan, not geranan.
    alah bisa tegal biasa, not alang bisa
    di kerongkong, not dikerongkong

    ek eee mak amin ni, kan amin terlupa tu. mana batal puasa dia. amin ingat ni dah hari raya. kemon mak amin. kasi can aa.

    mujur babah xdehal kan ;)
    sayang babah jugak.

    (mak amin tu mesti mcm kak kori)

    idea : 3.9, dah lama takde cerita camni, but sedikit plain.
    penceritaan : 4.2 tempo yang lancar, penceritaan pun menarik.
    susunan kata : 4.1 mudah dibaca, mudah difahami. nice ;)
  • 3) suka sgt2..citer nightingale nih best! dan sesuai ni bg budak2 baca utk bg semangat berpuasa penuh..bagus..oweyz like ur writings nightingale..=)
  • 4) caha dah komen :)
    anyway, susunan ayat bagus. susunan cerita menarik.

  • (Penulis)
    5) terima kasih atas nasihat dan kritikan membina anda semua. yes i know i'm not good enough to write in malay. that's why i rather do all my ramblings and writings in the english section =p.

    naqiah: lovely name. thanks.

    caha: my malay vocabulary is limited at this moment =p.

    nurie: terima kasih. but i think i'll stick with english from now. unless my hands itchess to write in malay. ahaha

    fairuzar: :)
  • 6) ko bagi aku senyum je night? ok lah! dis is a great story!!

    naah, just kidding. Smile is enuff for my little comment. but seriously, i like nurie's comment. Bole letak dalam majalah kanak-kanak time bulan puasa :) or majalah ibu bapa.
  • 7) heheh.. simple.. tapi sangat menyentuh hati.. teringat masa blajar puasa dolu2.. hehhehe..
  • 8) amin,syud suke aiskrim roti!yum3~~

    amin,awk jgn risolah..ibu kita katakn..klo xsngaje xpe..pose xbatal..

    (maybe sbb tu kot babah awk kasi gak 10hengget~~ hehe)

    komen: tersengih..bukan tersenggih..hehe..tp xpe nightingale..ur malay writing is not that bad..go on writing..both~ =)

  • 9) sgt cumil :)

  • (Penulis)
    10) fairuzar: takkan nk peluk cium kot. berdosa, bukan mahram.ahaha

    dayya: hati mu mmg ingin ku cuit.(ok ni da off topik =p)

    uculer: sy tau sy mmg comel. terima kasih kerana menyedarinya sekarang :)
  • 11) cerita ni macam iklan petronas,
    simple dan berkesan
    thumbs up night!
  • 12) despite of spelling errors, i think ur writing is the best so far and like nurie said... kalo letak dalam majalah kanak-kanak atau majalah keluarga or even majalah mingguan wanita, msti diterima... gud job nighty!

  • (Penulis)
    13) val: i like playing with human emotions.

    shaz: u flatter me too much. i am content when my point gets across when the readers FEEL something while/after reading this piece :).
  • 14) awk...ade frasa silap eja sket..
    tersengih bukan tersenggih.

    hehe touching..tak dpt merah..tp duit kertas hijau yg jumlahnye same mcm merah =)

Cerpen-cerpen lain nukilan nightingale

Read all stories by nightingale