Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Orang akan Lupa

 

Pasar basah di hujung kota ibu negeri Simpang Durian tiba-tiba ditimpa kejutan.

"Tuan-tuan dan lawan-lawan, hari ni, di pagi yang mendung ini, ingin saya menawarkan anda semua satu keajaiban yang sukar untuk dilepaskan. KIPAS ANGIN BURINA!"

Orang ramai mula mengerumuni laman penjual tersebut. Bagai semut menyerang sebutir gula-gula Mentos yang cair di sudut meja. Semuanya kerana mendengarkan jenama Burina.

"Ya tuan-tuan. Kipas ini memang cantik. Bilahnya diperbuat daripada emas bertatahkan admantium yang sukar diperolehi di Semenanjung Harapan ini. Soket 3 pinnya kami sediakan dalam pakej halimunan dan di atas angin. Mari cuba, mari pegang. Jangan pegang saya sahaja!"

Makin ramai menjengah. Bagaikan seluruh pelusuk bandar tersebut datang. Oh, mungkin saya keterlaluan di bahagian itu. Biar saya ubah. Ya, bagaikan seluruh rakyat di Negeri Simpang Durian hadir ingin melihat kelibat kipas tersebut! Memang ramai. Bersesak-sesak. Panas, hangat, sukar untuk bernafas. Ada yang mula mengambil kesempatan menjual tabung oksigen.

"Tapi ana tidak faham mengapa harganya jauh murah, " seorang bakal pembeli, berbangsa Proto cuba mendapatkan penjelasan,"emas dari manakah salutan bilahnya?"

Seorang lelaki besar dan gelap di belakang menghayunkan tangan sederasnya pada kepala Proto tadi seraya berkata," orang kaya. Sila ambil nombor giliran bertanya," sambil mula mendail nombor kecemasan hospital melihatkan keadaan Proto pengsan bersama telinga yang berdarah.

Saya yang sedang bercerita pun pitam melihatkan darah tersebut. Sambungan cerita akan difikirkan. Harap-harap tiada darah diperlukan dalam siri seterusnya. Ah, siapalah yang ingin baca cerita tanpa keganasan dan darah kan?!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hei
    apa mahumu?
    tapi aku pasti tidak akan lupa!
  • 2) dem u siber!! buat cite sekerat..huhuhu

  • (Penulis)
    3) Siapalak yg kasik 1 ni? Citer ni tak sampai sekerat pun.

    Eh, tul gak. Manade 0.5 pun.

    Jojo!
  • 4) sambung cepat cik sheena. teruja nk bace nih ;p
  • 5) kamu ni nak kena rotan ni henzy. hehe.
  • 6) aku teringat cerita mana sikana dalam buku "di benua buta". salah satu anekdotnya, bertajuk "maka terkhatanlah qalam si penulis".

  • (Penulis)
    7) Kawan2 yg aku hormati, aku yg terhormat ini telah menaip cerita satira ini dalam masa tidak sampai setengah jam. Mungkin untuk menguji reaksi kamu2 semua(konon).

    Jika ia cukup 'mengganggu' atau 'menyakitkan hati' pun aku rasa agak teruja(bengang sikit. Tengku tak komen). Doakan aku rajin utk menulis dan kurang ngarut di dlm chatroom(Sheena punya keje). Nantikan BURINA.
  • 8) akhirnya ko post juga?? hahhahahaha
  • 9) hehehhehe... nice2... nak baca lagi..
  • 10) aduh! walau lambat baca n komen tapi penangan terencat tu ada gak... cepat sambung.. aahh..i miss sheena yg suka mengarut
  • 11) *laugh* tue je lya leh wat..ehehhe
  • 12) ??
  • 13) >oRg x aKn luPa:)
  • 14) tidak.. org tidak akan lupa...
  • 15) APAHAL! cite sangkut2?
  • 16) nak bli gak kipas jenama Burina tu...brape hargenye??

  • (Penulis)
    17) Sori ah, citer ni mula2 nak test power jer. Sekali rupa2nya takde power langsung. Akhirnya hanya jadi a very very short story.

    Anyway, kipas dan tukang kipas dijual berasingan by HASBRO.

Cerpen-cerpen lain nukilan Siberkop

Read all stories by Siberkop