Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dunia Yang Semakin Lekit

 

Dah terlalu lama rasanya kita berkongsi satu cerita dalam ruang yang sempit ini untuk menarik nafas bersama,dari oksigen oksigen yang semakin pekat,melalui tiap saluran jantung bagai terlalu lambat,untuk memenuhi setiap rongga-rongga yang kosong. menghantar darah keseluruh anggota agar kita masih mampu untuk ketawa,berbisik cerita cerita dunia yang makin hanyir lekit  dan bernanah, menari rentak sumbang di kelab-kelab dengan hidangan-hidangan syaitan, hanyut, dan terus hanyut dalam malam bagai kelawar kelawar bermata merah, lupa tuhan, lupa pencipta, lupa jalan untuk pulang, tersesat dan terus sesat..

Kita hias taman dengan  jambangan-jambangan mawar hitam,dari kelopak yang kita saksi cantik dengan duri-duri yang berbisa tajam,yang mampu mengguris tiap tangan yang cuba menyentuh durja,berbisa menusuk kesetiap darah yang mengalir lekit dengan sisa-sisa dunia, membunuh anggota sedikit demi sedikit dalam diri masih lagi ketawa, meratah iman-iman nipis yang tertinggal di cawan-cawan kopi masjid,yang datang dalam temasya jemputan-jemputan keramaian, bertemu kawan berhibur di samping mencuci mata mencari teman suka,ketawa, lupa, alpa dalam gema doa iman mengaminkan keramaian,kerana jiwa hadir bersama teman-teman nafsu hancing bau kencing syaitan,

Arggg....!! Dunia hari sememanya terlalu kalut untuk kita berbicara, tentang nanah lumpur yang mencalit setiap anak bangsa yang semakin lupa, pada kitab, pada rasul pada agama dan  budaya yang kita junjung bermaruah, memenuhi dada-dada akhbar dengan cerita-cerita liar lagi mual tersangkut di halkum, lantas rasa malu tercalit pada diri sendiri berlumur arang dari dapur kayu moyang, Arggg...!! apalagi mahu bicara kalau dahi sendiri sukar bertemu sejadah menunai wajib, menadah doa  di awal malam selepas sunat apalagi mahu berdoa dalam sujud tahajud, lantas apa lagi mahu dirungut kalau beras berganti gandum kalau segar berganti kering,kerana kita sendiri yang menentunya arah kita kembali, dalam menuai janji menunai bakti.

 


Click here to join Alhaddads
Click to join Alhaddads

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dunia akhir zaman..beginilah kelihatannya..bukankah itu janji?
  • 2) bagus dads...akhirnya dah ade keputusan nak post kat mane :)

  • (Penulis)
    3) Entah la fai... nak post citer tak ada,
    so baik dadsltak je puisi panjang kat sini...
    hehehe..
  • 4) dads,.....akhirnyasegala najis, nanah, busuk, hancing, pekung dan bacin itu adalah kita juga.

    Aku suka penulisan ini. terlalu byk kata2 yang kena dgn selera jiwa dan lembut sebutan bibirku ini. aku sentuh hati sendiri, tapi hati beredar tanpa mahu dibelai.
  • 5) saya suka la... bravo! =p

Cerpen-cerpen lain nukilan alhaddads

Read all stories by alhaddads