Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Singa Betina

 

"Tit..tit..tit..tit...tit..tittt..titt..."

Laju tangan ku memijak butang- butang di telefon bimbit.

Bunyi telefon yang menandakan mesej masuk dari tadi jelas kelihatan menganggu mama yang sedang menonton televisyen. Wajah mama seringkali berkerut menandakan dia tidak senang dengan bunyi-bunyi lain yang menganggu perhatiannya.

Mama menoleh ke arahku.

"Will you put your handphone in silent mode and turn off the keypad sound.. Its irritating and annoying!!" mama bersuara.

 

"Ala ma, relax la. It's not that loud at all. Stop being childish la ma", aku membidas kata- kata mama.

"Tak kuat pun. Ma je terasa bising. I dont think its loud at all", tambah aku lagi sambil terus menghantar sms.

 

"I don't care. I'm annoyed with that. Silent your handphone now or you want to see your handphone outside this house again", mama berkata dengan pandangan singa betinanya.

 

Gulpp!!

 

Aku kecut perut.

 

"Erk..erm..keh..".

 

Punat ‘silent' ku tekan.

 

"Dah pun!!!", aku bangun dari sofa terus ke bilikku. Tanda protes tidak senang dengan ugutan mama.

 

Aku terus menyembam diri atas katil memikirkan ugutan mama. Aku tau mama serius bila dia berkata untuk membuang telefonku keluar. Ini bukan kali pertama dia berkata begitu.Dia pernah melakukannya juga.

 

Aku bangun. Aku ambil kotak 'maroon' dalam almari ku. Aku ambil bungkusan kain putih itu. Masih kemas diikat dengan reben. Aku buka bungkusan itu. Sayu hatiku melihat Nokia N90 yang pecah. Air mataku gugur tanpa diminta. Nokia n90 itu masih boleh diguna andai dibetulkan. Tapi ego aku menghalang. Biarlah dia begini. Bisik hati kecilku. Tiba-tiba, aku ketawa kecil terkenangkan mogok lapar yang aku lancarkan selepas itu gara-gara mama.

 

*Flashback

Semasa aku baru mendapat tempat di universiti, papa telah belikan aku sebuah telefon bimbit sebagai hadiah. Aku terlalu gembira dengan hadiah itu. Sekembalinya kami kerumah, aku terus duduk di atas sofa sambil meng'explore' telefonku. Papa yang kepenatan terus sahaja ke tingkat atas untuk mandi. Papa hanya mampu tersenyum melihat aku. Aku tersenyum sendiri. Aku terlalu gembira dengan hadiah itu. Aku khusyuk bermain dengan telefon baruku, Nokia N90.

Sememangnya telefon itu menjadi idaman aku sejak pertama kali aku melihatnya di kaca TV. Siapa sangka papa mahu membelikannya untuk aku. Sejak kecil, aku memang telah diajar oleh mama, untuk sentiasa berusaha sendiri. Tidak pernah seumur hidup aku, aku meminta apa- apa daripada mama atau papa. Segalanya mestilah dari simpanan aku sendiri.Mama tidak mahu aku jadi seperti anak orang kaya yang lain. Tidak tahu erti wang. Tidak mengenal kesusahan papa mencari rezeki. Mama mahu aku sentiasa menghargai usaha papa dalam menjaga kami.

 

 

"Syira, help me set up the table for dinner, leh? ", suara mama yang lantang bergema dari dapur.

 

" Hmm..ala....hmm..jap ek ma. Syira tengah main dengan hp nie", aku menjawab kemalasan.

 

"syira, tolong ma dulu. Nanti syira men la handphone tu. Meh cni !!", suara mama semakin tegas.

"Ala, ma. Do it yourself la today. Please. Arini jeeee...", aku merayu sambil memberontak.

 

"Amiratul Insyirah, you better make sure you are here now! If you are not, I'll throw your handphone away.. Make your choice, girl!", mama meninggikan suara.

 

Aku sedar mama sudah marah ketika itu. Tapi, aku masih khusyuk dalam dunia aku lalu aku abaikan sahaja amaran mama. Siapa sangka, itulah kesalahan terbesar yang aku bakal sesali.

 

Mama memandang aku. Aku masih degil di atas sofa bermain dengan telefon baruku. Aku dapat merasa seseorang sedang berjalan kearah ku dengan laju. Belum sempat aku berpusing, telefonku bertukar tangan. Dalam sekelip mata, telefonku, mama campakkan ke luar.

 

Aku tergamam. Pandangan ku terhenti pada telefon yang dapat ku lihat sudah pecah. Air mula bergenang dan terus laju keluar dari mataku. Tiada satu kata dapat aku luahkan pada saat itu. Aku memandang mama dan telefon ku silih berganti. Aku bagaikan meminta penjelasan mama. Kenapa sebegitu drastik sekali tindakannya??

 

Tiada kata-kata keluar dari mulutku. Hanya air mata yang turun sebagai pengganti. Aku marah, terlalu marah dengan mama. Aku benci. Saat itu, tiada orang lain yang sangat aku bencikan selain mama. Aku bencikan mama. Aku benci dia yang tidak memahami aku.

Aku ingin lari dari rumah ini. Aku nak tinggalkan mama. Biar dia seksa tanpa aku disisinya.Biar dia sedih sebagaimana hatiku sedih sekarang. Akalku semakin galak menyuruh aku meninggalkan mama. Aku benci mama.Aku benci!!!!

 

Aku bangun. Aku pandang mama dengan pandangan yang tajam. Air mata masih keluar tanpa henti. Kaki ku melangkah. Laju dan laju. Pintu yang terbuka semakin luas. Aku tunduk mengambil telefonku yang sudah hancur dek balingan mama. Aku menangis bagaikan ibu yang baru kehilangan anaknya. Aku meratap melihat telefonku. Telefon pertamaku yang tidak sampai sehari usianya bersamaku. Aku pegang, aku genggam. Aku pandang ke arah mama. Kebencian dan kemarahan dalam diriku membuak. Dan aku lari.

 

Aku lari sekuat hati. Aku lari selaju yang boleh. Biarlah kaki ini membawa aku ke suatu tempat yang dapat membuatkan aku tenang.

 

Aku berlari ke bilikku dan menguncikan diri. Sampai saat ini, aku tidak faham kenapa aku berlari ke bilikku sedangkan akalku waktu itu kuat menyuruh aku lari meninggalkan mama. Aku ketawa sendirian memikirkan tindakan aku ketika itu.

 

Dibilik, aku simpan telefon yang sudah hancur itu dalam kotak kesayanganku. Kotak yang ku isikan dengan semua barang-barang kesayangan ku. Samada yang papa, mama atau kawan-kawanku hadiahkan. Aku balut telefonku dengan secebis kain dan aku ikat dengan reben. Lalu kuletakkan didalam kotak itu.

Hatiku sakit melihat telefon itu. Hatiku sedih dan membuak-buak dengan perasaan marah. Marah dan benci pada mama. Saat itu, aku tekad. Aku tekad untuk memastikan mama menyesal dengan tindakannya ini.

 

Aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan pastikan mama menyesal. Menyesal!!

 

"Singa betina", laju mulutku mengungkap perkataan itu.

" I'll make sure you regret this for your life ma.. you will", luah aku berbaur dendam.

 

to be continue~

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) first try..hope u like it..
    komen la dgn jujur ye~~

    komen membina..hehe~
  • 2) ganas gak mak dia....

  • (Penulis)
    3) hehe~ tktau la mak sape tu~
    seb bek bukan mak aku~ :p
  • 4) nice..tulisan dah okey tapi cerita terlalu ringkas..hohoo

  • (Penulis)
    5) sbnrnya cerite nie de smbungan die..tapi...nak letak kat section novel..cm...len plak..

    takut tk tertulis plak kang..hehe~
  • 6) best... hohohoh, nasib tak dapat mak fierce cam gitu... huhuhuh
  • 7) dari segi bahasa, ada here and there yang boleh diimprove. choice of good words tu kurang sikit la tapi terasa la emosi yang cuba disampaikan. :)

    syira nak penggal kepala mak dia ke? wakakaka. berdarah sungguh.

    (and i feel like doing the same things to people handphone bila tak reti2 nak silent bila masuk meeting.)

  • (Penulis)
    8) dayya: tu la..seb bek tk dpt mak mcm tu..hihi~even kdg2..my mum mcm mak syira nie..:p

    mangi: saya budak baru..tk pandai cari good words la mangi..hehe
    isk..syira nak penggal kepala mak dia ke??
    never thought so...but u gave me the idea la. Nantikan sambungan syira.~~
  • 9) hehe selamat menulis kembali missmizwa ;)
    tak sempat nak komen panjang. nak ke kelantan dah
    boi
  • 10) serabut sedikit tapi masih boleh dibetulkan =)
  • 11) aik. kate nk sambung?
  • 12) >fu yu...grang gla..
    >...cntnue...:)
  • 13) salam ziarah. sy terpanggil untuk memberi sedikit pendapat.

    "Laju tangan ku memijak butang- butang di telefon bimbit"
    - perkataan memijak itu kurang sesuai digunakan untuk tangan.

    penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami kecuali ada beberapa aspek yang perlu dibetulkan. keseluruhan, percubaan pertama yang baik. sy tunggu sambungannya.

    terus menulis dan selamat berkarya...

  • (Penulis)
    14) alamak..dh lame tk apdet! hahaha...
  • 15) hak ah la..da setahun da ni..
    kata nk sambung..

    cepat333..sambung333

Cerpen-cerpen lain nukilan missmizwa

Read all stories by missmizwa
No stories.