Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KISAH IBUKU

 

 

Inilah Ibuku…

 

“Ibu..result periksa dah keluar” suara sebak kutahan dalam-dalam.

“Macam mana?” soal Ibu yang membuatkan aku diam seribu bahasa.

“Teruk, ada fail..” lemah suara ku kedengaran. Tangis yang ku tahan sedari tadi berderai memecah sunyi.

“Kakak jangan macam ni. Jangan nangis..” pujuk Ibu sayup di hujung talian.

“Kakak sedih..” perlahan ku luahkan kata. Berjujuran air mataku membasahi pipi.

“Kakak cuba lagi yer.” Esak tangis ku semakin menggila. Aku tahu dia kecewa. Ada rasa hampa dalam pujukan nya itu.

“Maafkan aku Ibu!”

 

Inilah Ibuku…

 

“Ibu sihat?” soalku bila ku hubungi ibu malam itu.

“Sihat. Kakak sihat?” jawabnya menyoal ku semula.

“Baik jer. Ibu buat apa?” soalan yang biasa ku tanya mesra.

“Tak buat apa.Bila kakak nak balik?” Ada nada kerinduan dalam nafas suaranya.

Aku berkira-kira sendiri. Aku tahu dia rindu. Lalu aku terus kata ,“Minggu depan kakak balik!”

 

Inilah Ibuku..

 

“Ibu mana?” Ku tanyakan pada adik bongsuku bila kepulangan ku tiada Ibu yang menunggu seperti selalu. Panjang muncungku merajuk.

“Ibu takda, kat hospital. Jaga Opah sakit.” Aku mencebik masam. Kulihat meja makan kosong. Baru ingat nak makan masakan Ibu. Aku terdiam sendiri. Lantas aku terus menelefon Ibu.

“Teruk ke sakit Opah tu.” soal ku seraya suara Ibu kedengaran. Rasa tak puas ati mula menjelma. Bagiku, entah kali yang ke berapa Ibu terpaksa menjaga Opah di hospital. Mana adik beradik Ibu yang lain aku sendiri tak pernah tahu. Tapi yang pasti hanya Ibu yang setia menunggu.

“Opah tak boleh bangun. Bila kakak sampai?” soalnya gembira bila tahu aku sudah sampai di rumah. “Kakak bosan la duduk rumah macam ni. Ingatkan balik boleh jumpa Ibu.” Bentak ku bengang. Entah kali ini hatiku cepat benar terusik. Aku merajuk sendiri. Merengek bagaikan anak kecil. Ku biarkan soalan Ibu berlalu sepi.

“Kakak, jangan macam ni. Nanti Ibu balik yer. Kakak nak makan apa, nanti Ibu masak.” pujuknya untuk membuatkan aku kembali senyum. Aku tahu Ibu memang begitu, “Terima Kasih Ibu!”

 

Inilah Ibuku…

 

Sudah seminggu Opah terlantar sakit. Seminggu jugala ibu cuti kerja menjaga opah di rumah. Pagi tadi kulihat Opah hanya seperti biasa. Cuma lewat tengahari ini, ku lihat opah termenung jauh ditempat baringannya. Tiba-tiba dia megomel sendiri, mengenang nasib hari tuanya. Aku yang duduk di ruang tamu cuma sekadar mendengar. Sayup suara tuanya kedengaran. Mengeluh berat akan perangai anak-anaknya. Ibu hanya menggeleng kepala. “Dah tu mak. Jangan di fikir-fikirkan lagi. Karang makin teruk sakit tu.” ujar Ibu memujuk lembut Ibunya. Tiba-tiba ku lihat dada Opah turun naik. Seluruh keluarga ku panik dan cemas. Semua duduk megerumuni opah. Ku urut-urut tapak kakinya. Satu persatu nama setiap yang ada di situ disebut perlahan, walau dengan payah yang amat. Ku lihat tegang urat muka nya menahan kesakitan. "Ya Allah, inikah yang kau katakan ajal kan datang bila-bila?"

Ibu pantas memangku Opah erat dalam dakapan nya. Luluh hatiku. Ku lihat Ibu tenang sahaja. “Mak, bawa mengucap. La..ila..ha ilallah…muhammadarasullullah..” Perlahan ibu membisikkan kalimah syahadah ke telinga Opah. Suasana semakin pilu. Makin kuat kedengaran tangis aku adik beradik memecah sunyi. Bergema memenuhi ruang tamu rumahku.

Opah tercungap-cungap mengikut setiap bibir ucapan Ibuku. Dalam keadaan diri yang sakit, lemah, dan longlai kalimah syahadah ditutur perlahan oleh Opah. Opahku sudah terdiam kaku. Dia rebah dalam pangkuan Ibuku. Ku lihat Ibu hanya membisu. Dia lantas bangun. Mencari cerpihan kain untuk diikat hujung Ibu jari kaki Opahku. Begitu juga dibahagian muka. Selembar kain batik lepas ditarik dalam almari. Ibu mencium lembut muka Opahku. Penuh kasih dan sayang. Lantas kain tersebut dikibar untuk menutup lembut sekujur tubuh yang terbaring kaku. Aku lihat Ibu sibuk-sibuk mengemas apa yang patut. Dan aku masih terdiam disitu. Kaku dengan apa sebenarnya yang berlaku. Dalam sedar aku tahu Opah dah tiada. “Kakak baca yasin yer.” Senyum Ibu menghulurkan surah Yasin kepadaku. Ku pandang Ibu. Aku kagum melihat wajah Ibu tenang bersahaja. Tiada sedikit pun air mata yang menitis, “ Ibu jangan sedih yer!”

 

Inilah Ibuku…

 

Suasana perkuburan masih sunyi sepi. Masing-masing agaknya kusyuk mendengar talkin dibaca atau hanya melayan perasaan sedih yang melanda. Aku memandang anak-anak buahku. Baik mereka hari ini. Tidak seperti selalu. Mereka pun sibuk menadah tangan. Walhal tak memahami pun butiran doa yang dibaca.

“Onyang mana?” Tanya sekecil Husna, anak buahku yang baru berumur dua tahun. Mata nya penuh pengharapan, agar ada seseorang yang boleh menjawab segala kehendak perasaannya ketika itu.

“Onyang dah takde.” Ibu lantas menjawab lembut. Didakap erat anak kecil itu erat dalam pelukannya. Sayu hatiku. Tambah pilu hatiku. “Ibu, macam mana kau boleh jadi setabah itu”

Setelah semua sudah selesai. Masing-masing beredar pulang. Aku terfikir panjang. Teringat kata Ibu suatu ketika dulu. Dan bila tujuh langkah kita meninggalkan tanah kubur itu, maka akan datanglah Malaikat Mungkar dan Nangkir menyoal si mati.

“Opah, kakak tak nak balik. Kakak nak teman opah kat sini!” jerit hatiku. Pilu semakin menggigit tangkai hati. Baru kini ku rasa erti kehilangan. Ya Allah, peritnya . Berilah aku sejuta kekuatan!"

Ku lihat ibu menghampiri kubur Opah. Kayu yang dijadikan batu nisan, diusap-usap lembut. “Mak, Nab balik dulu yer” luah Ibu tertunduk sayu. Menitis air mataku menahan sebak. Ibu lemah longlai berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu. Aku nampak langkah Ibu berat tika itu. Tak dapat aku bayangkan perasaannya ketika itu. “ Ibu, kuatkan hatimu!”

 

Inilah Ibuku…

 

Malam tu majlis tahlil diadakan. Lewat malam itu, Ibu masuk ke bilik ku. Dia sembahyang disitu. Mungkin bilik yang lain sudah penuh dek sedara mara yang datang. Aku terbaring di sudut katil. Mataku menunggu lelap. Mungkin badanku terlalu penat seharian. Atau yang lebih tepat, hatiku sebenarnya yang ku rasakan terlalu letih. Aku mengelamun sendiri. Jauh di sudut hatiku masih tak dapat menerima suratan takdir.

Dengan mata yang kuyu, ku pandang Ibu. Ku lihat sujudnya lama dari selalu. Dia bertelegu seketika di situ. Di atas tikah sejadah, ada mutiara yang mulai gugur di pipinya itu. Tiada teriak tangis yang kudengar. Tapi ku lihat bahu Ibu terhejut-henjut menahan sedu. Aku tahu Ibu sedih. Ibu rasa kehilangan. “Ibu, jangan nangis. Aku tak sangup melihat air matamu itu”

 

Dia Ibuku…

 

Ibu..Kakak rindu Ibu..Walaupun Ibu dah takda Ibu. Kakak nak ibu tahu, Kakak sayang Ibu. Kakak takkan lagi kecewakan Ibu. Kakak akan belajar sungguh-sungguh. Kakak takkan merengek bila Ibu sibuk dengan urusan harian hidupmu. Terlalu besar pergorbanan Ibu. Kakak nak jadi anak yang baik. Ibu, Kakak mahu jadi setabah Ibu. Sekuat semangat Ibu. “Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu, bahagiakanlah Ibuku kerna dia sentiasa membahagiakan aku. Peliharalah Ibu sebagaimana KAU memerliharaku. Kuatkan semangat dan jiwaku seperti hati Ibu.”

 

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI MUKA BUMI ALLAH INI

Cerita ini khas ku tulis untuk Opahku yang sudah tiada, YAH TAIB dan untuk insan yang terlalu istimewa dalam hidupku,Ibuku, ROBAAYAH HASSAN

Suatu hari nanti aku akan bergelar Ibu, dan aku mahu jadi seperti IBU.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Teringat emak & ayah kat kg....
    Berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada...
  • 2) em
    Ibu kau ratu hatiku........
  • 3) robot...cite ni mmg syahdu..berdasarkan pengalaman sebenarke? sebab semua scene begitu real. tahniah robot!! cite ni mengesan dari awl ke akhir.
  • 4) robot memang bakal menjadi seorang ibu yang baik.
    especially kalau menjadi perumah untuk anak-anak fairuzar.
    kudos!
  • 5) caha..klo xwat gossip xsah eh? suka btol..=P

    nice one robot..moga arwah opah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..ameen~

  • (Penulis)
    6) teja::
    bakti pada mak&ayah, jasa yang membawa ke syurga (:
    bot rindu gile nak balik umh ni.huhu.. (homesick T T)

    nidias::
    Ibu, kau segala-galanya dlm hidupku..

    fairuzar::
    Mekacih fai..terharu robot dgr.cter ni mmg dari pglaman sebenar.saja nak kongsi perasaan gn smua.

    caha::
    ibu yg baik?hehe..insyAllah..AMIN.
    tapi ibu untuk anak-anak fai ke? (ish-ish ssh nak jawab tu =p)

    syud::
    btl tu syud.caha bab tu laju jer =p
    mekacih syud, kita sama-sama doakan semua yang telah tiada sentiasa berbahagia di sana. AMIN..

  • 7) sdih nye...terharu aku bace...nak balik....miss my ma n abah so much...sdihh....hukhukhuk
  • 8) nk blk kmpung..:((
  • 9) aih...kalau la ade pintu suka hati doraemon
  • 10) hi robot, bagus cite ni.all the best. Semoga arwah opah robot tenang di sana dan pastinya die tersenyum bangga melihat cucunya masih mengingatinya wlupn die sudah tiade. Last week ari ahad celebrate ari ibu dgn mama & opah. Semoga mereka dipanjangkn umur & sihat tubuh badan, insyaallah..amin. SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA IBU YG TERSAYANG..
  • 11) adehh...

  • (Penulis)
    12) gnee& miszfrah::
    baliklah..luahkan rasa syg pada mereka

    joni::
    haha, bot pun nak gak. nak mintak mesin masa

    ajuana::
    amenn...sama-sama mendoakan. bot mmg sdih time tulis cerita ni. sampai demam2. rasa semangat bot ditarik sama pergi.hmmm

    paktam::
    knp? bot tak pandai nak menulis, tapi bot rasa menusuk kalbu tulis cerpen ni. masa tulis citer nih, siap nangis2 lagi
  • 13) kn apa ot..sedey sgt..saya dah xde mak ler...
  • 14) sob sob...al fatihah utk ibuku

  • (Penulis)
    15) paktam&masmot::
    jgnlah sedeh2. sorry.huhu
    oke, kongsi mak dgn bot eh?
  • 16) sedehnye.. mcm real je..
    ni kisah benar ke?
  • 17) terasa sungguh! menyentuh jiwa huhuhuhu
  • 18) berat rasa dada ni bile baca cerpen ni.. sungguh menyentuh..
  • 19) bot!
    kzu mai nih. oke, memang best...
  • 20) saye pun baca balik
    bergenang rasa
  • 21) teringat ibu dan ayah. dh la raya cina xbalik.. huaaa

Cerpen-cerpen lain nukilan rObOt

Read all stories by rObOt