Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hama Hambatan

 

Dazwani adalah seorang gadis manis. Usianya dalam lingkungan 20-an. Ceria, bertudung litup. Putih mulus gebu kulitnya. Menjadi idaman setiap lelaki yang memandang dan yang ingin memegang.

Pada suatu hari, di kala renyai-renyai membanjir-kilatkan ibu kota, Dazwani bertemu Azrol. Mata bertentang mata. Jiwa bertemu jiwa. Buku bertemu ruas. Mereka jatuh hati. Berpegangan tangan mesra menuju angkasa. Atau lebih tepat pada malam itu, ke panggung wayang. Menonton gambar sepanjang malam.

Kemesraan mereka tidak dapat diendahkan lagi. Dazwani sudah nekad. Dia meluahkan hasrat kepada kedua orang tuanya, ingin membatalkan pernikahan(di dalam seminggu lagi) yang telah dirancang dengan lelaki pilihannya sebelum ini, Farouk.

Maka gegak gempita seluruh mayapada. Atau mungkin hanya di dalam jiwa Dazwani sahaja gempitanya. Ibu bapa si gadis sedih, hiba, tidak keruan. Mereka tidak kemarukkan harta atau rupa Farouk tetapi kad-kad jemputan sudah diedarkan, kadi sudah ditempah, khemah-khemah belum dipasang, wang-wang hantaran sudah mula dikira biar cukup jangan tertipu. Mereka sudah mula memikirkan tentang malu dan rugi.

Seluruh alam dan polan-polan teruja, memaksa, memerli, menghina Dazwani sebagai jalang dan bertanya mengapa? Mengapa sekarang? Bila dia mula tawar hati? Apakah yang Azrul tawarkan tetapi Farouk tidak ada? Adakah tayangan/lakonan tengah malam tempohari amat mengesankan?

Dazwani terdiam. Hanya mengalirkan air mata. Sesekali tersenyum. Sekali sekala menelefon Azrul bertanya khabar. Farouk sudah hampir separuh gila. Kawan-kawan sekelian dunia internet sudah tahu. Semua pada mulanya sudah bersedia untuk merempuh dewan tempahan. Tapi nasi minyak sudah hampir menjadi bubur.

"Awak," penuh sopan Farouk cuba mengorek rahsia,"apa yang terjadi? Mengapa begini? Sekarang? Kenapa bukan ketika saya punyai Hartina si gadis GRO dulu?"

Dazwani, air mata tidak tertahan. Merah padam pipinya cuba bersuara, "entahlah awak. Saya keliru. Dulu saya fikirkan awak sudah sempurna," dia menghela nafas,"walaupun awak kurang kacak dan tidak punya Honda Jazz seperti Azrul, tapi dulu kita memang cukup sempurna, utuh dan kamil untuk bersama."

Seluruh kerabat Dazwani dan Farouk berkumpul pada malam guruh sabung-menyabung itu. Malam yang sepatutnya malam pertama bagi dua merpati yang tidak mahu sangat berjoli sama sudahnya sekarang. Setiap satu polan dan polan memberikan pandangan. Menekan-nekan.

Akhirnya Dazwani tewas. Bersetuju untuk meneruskan pernikahan. Seluruh isi rumah melonjak riang. Bunga api dipasangkan menerangi seluruh kampung selama 20 minit. Meriah. Berwarna-warni dan mahsyuk. Sebelum bapak Dazwani mencari siapa yang pandai-pandai memasang bunga-bunga api tersebut sebelum sempat majlis akah nikah berlangsung.

Dalam linangan air mata, tompokan merah yang tak sekata di pipi, Dazwani hanya tertunduk mengantuk(menahan penat menjawab persoalan sepanjang malam) dalam mendengar kadi mengucapkan sah!

Dari kejauhan, Azrul masih sempat menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Dazwani. Malah tidak sampai 15 minit selepas majlis akad nikah Dazwani sempat juga membalas! Wah! Drama belum berakhir rupanya.

Maka bermulalah episod bahagia atau sebaliknya atau entah apa-apa Dazwani dan Farouk sebagai suami dan isteri yang sah tidak seperti sebelum ini. Farouk yang sebelum malam itu adalah bangsat yang menyebabkan putusnya pertunangan Dazwani dengan kekasihnya yang dulu, kini sudah mula memasang angan-angan untuk menghasilkan anak-anak lelaki dan perempuan sepasang yang comel-comel. Dazwani, seperti tadi, dalam melambai-lambai mesra kepada tetamu yang hadir, masih sempat menelaah telefon bimbitnya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) err..apekah?? dazwani..kamu ni konpius ah! kawen dgn org len tp masih mau berchenta dgn org len..kuikuikuii~~

    xbaek woo..syurga dibwh telapak kaki suami~
  • 2) em??
  • 3) "Kenapa bukan ketika saya punyai Hartina si gadis GRO dulu?"
    aku rasa nak sunat lelaki ini.

    penceritaan kau memang sentiasa tiptop. tapi kalau kau boleh sebarkan ketiptopan kau tu pada jalan cerita especially endingnya sekali. PASTI kau tak terkalah di seksyen bahasa melayu ini.
    aku boleh jamin itu.

  • (Penulis)
    4) HeHe. Betul Caha, semua org boleh jadi tiptop anyway.

    Tapi aku punya sifat malas adoi.

    Apapun, terima kasih pada yg baca dan komen.

    Untuk pengetahuan semua, ini berdasarkan kisah benar.
  • 5) best... =p hehehhe.. apa msg yang dazwani tu terima ek? hohoho.. sesebuk je nak tau... huhuhuh... =p
  • 6) sangat realiti kan cerita ni
    sebab tu kita tak puas hati
    sebab tak ada penerangan untuk realiti dan (konon2nya) impulsive action
    dan tak ada ending yang memuaskan hati dalam realiti
    satu atau dua orang memang pasti akan ditipu dan terluka

  • (Penulis)
    7) Err tu lah adik val, nak buat camne, masa tulis citer ni bukan nak buat cerpen sebenarnya tapi nak buat kritikan sosial kat satu set orang tu. So, mmg citer ni sampai sini sahaja(tak nak sibuk lebih2).

    Korang, amik pengajaran. Kenal sapa yg kita ingini tu.
  • 8) baca cerita ni aku teringat cerita valium. dan puisi Semalam Sekelas ko.

  • (Penulis)
    9) Tiada kaitan antara ketiganya. Semalam Sekelas hanya lalu sekali sahaja dalam kepala otak yang kian luntur ini. Ngehehehe.
  • 10) hehehe...hukum karma??

    anyway, aku nak berkomen secara professional.
    1. Penggunaan bahasa komersil (bak kate orang), mungkin tiada nilai estetika dari sudut pandangan dpb, tapi bagi aku, henzy mempunyai gaya yang tersendiri.

    2. Tatabahasa. aku seolah2 memaafkan apa2 kesalahan tatabahasa dalam karya ni (jika ada). mungkin kerana jalan cerita nya yang menarik.

    3. Jalan cerita agak sempoi. tapi ntah, cite ni ade kuasa magik.
  • 11) satu lagi.. kot pon nk gantung citer ni, kasi la tali tmpat orang yg mmbaca ni berpaut supaya jatuh tersungkur tu xparah.. hohoho..wat happen ni? baru wat assumption sndiri ngn harapan menepati jln cerita ropa2nya cerita tiada penghujung... aahhhh!!
  • 12) oh, maaf henzy, sebenarnya nak cakap...sy suka citer tergantung n sy xleh teka jln ceritanya... maknanya anda sangat kreatif dlm pengolahan idea. gud job!
  • 13) wah...siannyer....nape tak lari jer ikut tingkap Dazwani?
  • 14) takmo kene kawen paksa....tapi, sukar membuat pilihan! adeh.

    suami di sisi, kekasih di hati.
    moga2 dia dapat tiket masuk syurga dr sang suami (yg asik pk nak buat anak itu)
  • 15) aku suke bapak dazwani. ade ke orang tengah nak bernikah pasang bunga api.

    as usual.. aku suke cerita2 dengan kritikan sosial! simple but yet, true.

Cerpen-cerpen lain nukilan Siberkop

Read all stories by Siberkop