Satu Kisah Alam

 

setelah beberapa purnama
terkurung didalam sangkar ghaib,
kini aku bebas untuk memulakan kehidupan baru

tanah, rumput, hujan dan juga sungai yang sudah lama tidak ku hidu,
desiran ombak, kicauan burung dan hembusan dedaunan yang sudah lama tidak didengari,
seolah-olah menyegarkan dan memperkasakan pasak besi kursani tubuhku..

dapat kurasakan diri ini lebih tabah dan teguh
untuk meneruskan pengembaraan mengikut peta qada' dan qadar ku
sebagai pengembara aku masih perlukan bantuan daripada pelbagai unsur sekeliling
permukaan laluan, matahari, awan, angin , bulan dan bintang berperanan..

jangan sesekali difikir
kewujudan kita adalah sia-sia dimuka bumi ini
kerana
aku
kau
dan kita semua
adalah 1 kisah alam yang saling memerlukan

 

Saturday, November 10, 2007 - 1.15am

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) urm, rasanya macam tersilap entry jer.. ker memang nak letak kat cerita pendek? ke memang ada sambungan penceritaannyer? huhuhuh...

Cerpen-cerpen lain nukilan averrose

Read all stories by averrose