Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Oktober 2009

 

Assalamualaikum.

Anda semua sihat? Ada yang terkena H1N1? Tidak? Diarrhea di musim raya? Tidak  juga? Oh. Buluh runcing? Pun tidak? Hihi, baguslah kalau semuanya okey.

Semoga kita semua ceria selalu dan hidup aman harmoni :) Jangan mudah melatah. Jangan mudah menggelabah. Terutama jika kita berjiran tetangga.

Alhamdulillah, Kapasitor sepanjang September ada peningkatan. Setelah merudum ke titik terendah, trend menaik boleh dilihat dari segi aktiviti dan penghantaran karya.

Seputar Kapasitor MS
Pertama sekali, selamat datang saya ucapkan kepada pengkarya-pengkarya baru. Dari awal September hingga ke saat saya menulis buletin ini kita menerima kehadiran rasyidah, hannanasuha, lukmanfitr, mieman, tubuhkecil, busseat dan wahyudimy. Buat mereka ini, jika berkesenggangan jemputlah menulis sedikit tentang diri kamu di blog Kapasitor ya! (cth. "10 Perkara Mengenai Diri Saya!")

Baiklah, di sini saya titipkan komen berkenaan seksyen cerpen oleh saudara ridhrohzai:
"Saya gembira dengan peningkatan jumlah cerpen pada bulan September. Hampir dua kali ganda jumlah cerpen yang dihantar oleh para ahli berbanding pada bulan lalu.

Penulis-penulis lama seperti saudari dayya, rain, lea qistina, nurie dan putri_alya, kembali dengan semangat baru. Tidak terkecuali pendatang baru saudari Rasyidah yang begitu aktif menghasilkan karya demi karya.

Sebanyak 30 buah cerpen termasuk drama radio telah dihantar pada bulan September. Penulis lelaki juga semakin ramai yang menghantar karya. Harapan saya, semoga lebih ramai lagi penulis-penulis baru yang akan muncul bagi memeriahkan ruangan cerpen dan novel."

Kembara Jundak Kini di Pasaran
Haa, buat peminat-peminat tulisan jundak. Berita baik untuk anda! Novel pertama dari trilogi Kembara Lang Surya beliau kini sudah melanggar rak-rak di toko buku.



Itu dia kulit bukunya. Wah, bukan main lagi! Tajuk pun sedap: Pendeta Gua Khayalan!

Jundak atau nama sebenarnya Masdalifadzlie M Saaid bekerjasama dengan PTS Fortuna Sdn Bhd selaku penerbit. Novel ini tebalnya 241 halaman, bergenre fantasi dan dijual dengan harga RM14 di semenanjung, RM16 di Sabah dan Sarawak.

Bagi yang berminat, apa lagi, serbulah ke kedai buku yang berh--, eh kejap. Mungkin kalau anda pergi menyerbu dan mengenyit mata pada jundak secara peribadi (cth: mesej beliau di Kapasitor) boleh dapat harga diskaun :D Entah-entah penghantaran percuma pulak lagi :D (Saya rasa beliau bujang lagi. Haha!)

Itu budi bicara masing-masinglah kan :kohkoh

Tok Penyu Beri Laluan
Sempena kesibukan beliau yang baru mendapat pelbagai projek motivasi, terutama projek di kepulauan Borneo. Abang Sham yang memakai Kapasitor ID upenyu memohon untuk memberi laluan kepada orang baru, malah diusulkan sekali prospek penggantinya. Beliau walau bagaimanapun masih berbesar hati untuk menyumbang, memberi komen dan menasihat di kala lapang.

Justeru, setelah berbincang dan mengambil kira pandangan beliau, saya bersetuju dengan usul tersebut. Abang Sham kini ditukar kepada Penasihat Tanpa Portfolio bagi Kapasitor MS dan pengganti beliau adalah...

Paktam85 :)

Di sini saya sisipkan sedikit profil mengenai beliau.

"Dilahirkan pada tanggal 3 Ogos 1985 di Hospital Besar Seremban, N9. Membesar di Selangor dan N9. Ayah duduk kat Kelantan dan mak sudah pergi ke ramatullah. Merpuakan anak ke 7 dari 9 orang adik beradik. Belajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sains Komputer(Kejuruteraan Perisian). Memegang Diploma Sains Komputer juga dari UPM. Tinggal di rumah kakak-kakak yang selalu berebut suruh balik rumah diorang bila cuti panjang.

Mula meminati penulisan keratif sejak memasuki dunia “honeymoon”. Bagi saya menulis menuntut seseorang melahirkan buah fikiran dan menzahirkan ranting motif secara jujur dan ikhlas. Diakui setiap orang boleh menulis namun apa yang membezakan adalah gaya dan cara masing-masing dalam menyampaikan sesuatu pemikiran itu. Dan apa yang penting kekuatan segumpal kesabaran, disiplin, ilmu dan doa adalah ramuan ketrampilan sebagai seorang penulis yang mapan. Menangislah dahulu dan ketawa kemudian… "

Sebenarnya ada lagi yang beliau tulis. Haha! Tapi panjang sangat. Maka saya kontotkan begini :) Maaf ye Paktam!

Selepas menunjukkan potensi dan contoh yang baik di Kapasitor ini, saya harap Paktam boleh kekalkan momentum sedia ada untuk mencapai sesuatu yang lebih baik di masa akan datang :)

Baiklah, seperti biasa setelah berbicara dengan penuh skima dan takzim ni, saya akhiri buletin ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan September 2009.


Puisi
Simfoni Rindu – Myelina (Reviu Magis Puisi Kecil oleh zinggof)
Persis Cinta – _therain_ (Reviu Emosi Mengalir Melalui Bahasa oleh Paktam85)
Dusun Ramadhan – Fahdrazy 
Warkah Buat Aina – Paktam85
Merdeka - Tanah Yang Terbelah – Tengku
Bisik Angin Teluk Bidara – Upenyu
Psikosis Cinta – Putri_Alya
Bahasa Tragedi – Fahdrazy
Cinta Dia: Kamu dan Aku – Dayya

Cerpen
Kedai runcit Junaidah dan Warung Pak Saman – Nurie (Reviu Pemilihan Diksi dalam Cerpen oleh paktam85)
Mak – Paktam85 (Reviu Naratif Tentang Ibu oleh ridhrohzai)
Syawal Terakhir – Upenyu
Sampai Sudah Hajat Abah – Uculer
Dia Yang Tergoda, Dia Yang Terkecewa.. - Rain

Baca perbualan