Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hari Kapasitor .2 : Kap-sule Vs Prasasti

 

Assalamualaikum, salam sejahtera

Untuk sesiapa yang baru tahu tentang HK, silalah ke Blog entry untuk Hari Kapasitor .1 dan ambil tahu tentang bagaimana menjayakannya.

.2 merujuk kepada kali kedua dianjurkan. Peningkatan yang baik pada Hari Kapasitor .1 yang lepas membuatkan kita teruja. Kesannya minggu ini motivasi ahli-ahli baru dan lama meningkat, psikologinya, mewujudkan kesan baik dalam percambahan karya, idea, peningkatan kendiri dalam penulisan dan lain-lain.

Malah, dengan kekuatan gabungan jejaka terbaik malaya yang ada sekarang, seperti _ dan dan _, ajaibnya, Chatroom kembali berseri sedikit! 

Bosan dengan HK dengan cara yang berulang? Kalau Hari Kapasitor .1 anda sibuk membuat pautan  kepada karya dan direct kepada kapasitor. Apa kata, Hari Kapasitor .2 kita buat pautan langsung kepada Kap-sule dan Prasasti, opss. Tapi prasasti belum keluar lagi. Iklankan Kap-sule kepada rakan-rakan anda. Juga malam esok, nantikan prasasti!

Kalau anda ada karya, tertunggu-tunggu bila mahu habiskan dan paparkan karya anda, poslah hari khamis, tekan f-share. Berkongsi dengan dunia, karya anda di kapasitor.

blog tentang kapasitor cuma ada tiga? Kalau ada lagi blog anda tentang kapasitor, silalah berkongsi di komen box.

http://www.rearrange-inc.com/2010/kapasitor-day/ http://cikqaqa-iqa.blogspot.com/2010/02/selamat-hari-kapasitor.html http://forza2jimmy.blogspot.com/2010/02/ahmad-jimmy-nk-jd-poetry-plak.html

Beri publisiti kepada karya anda, kapasitor, dan bersama menjayakan Hari Kapasitor .2 esok.

Jangan lupa download Kap-sule, dan Prasasti. 

JUGA! Gunakan Hari Kapasitor .2 untuk memberi promosi kapasitor - gather.1 (oke, aku sukahati nak buat nama) untuk tahun ni, 7 Mac di Alang Sendaya dan Sungai Pisang, Gombak, (tentatif pada entry tersebut diubah kepada yang ini).

Mari cuma berpiknik untuk sesiapa yang pokai macam saya, dan jika ada lebih rm50, bolehlah anda menunjuk kehebatan di medan paintball. Mari berkumpul dan berkenalan, untuk ahli baru, inilah medan untuk anda tunjukkan diri.

Penerangan lanjut daripada Johari.

Sebar-sebarkan kepada rakan dan juga ahli lama kapasitor yang lain.

INGAT, ESOK HARI KHAMIS, KHAMIS UNTUK KAPASITOR, DAN KARYA ANDA.

Khamis, karya, kapasitor.
apunpital
doakan saya, U* belum reply permohonan saya. :).
Ada idea untuk menjayakan kapasitor akan datang? Sila PM saya.
Untuk report Hari kapasitor .2 dan seterusnya, saya akan cuba rumuskan pada hari rabu setiap minggu untuk disekalikan dengan blog publisiti Hari Kapasitor.

 

Baca perbualan