Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Jun 2010

 

Salam Ceria, Salam Kapasitor MS, Salam 1Kapasitor! (Tahulah penjawat awam.....)

Harus saya katakan, terbatuk saya melihat ada Buletin Kapasitor versi EN. Setelah lama hiatus, ulasan rangkuman seksyen EN sudah kembali! :D Jadi, saya pun tak bolehlah berdolak-dalik malas lagi. Kenalah tulis Buletin Kapasitor MS cepat-cepat :p

Perlukah saya bagi alasan sibuk lagi untuk kelewatan bulan ini? Tak perlulahkan. Tapi nanti apa pula justifikasi kelewatan saya? Ah, maka perlu juga saya sebut. Ya, saya lewat (dan saya salah!) Tapi mengapakah the lewatness? (Terkena tempias seksyen EN).

Saya sibuk menguruskan sebuah projek mega Maritim Malaysia yang bakal dirasmikan Ketua Pengarah. Program diarah dan diserahkan kepada saya dalam tempoh pecah-rekod-tersingkat. Maka setiap hari pun saya terkinja-kinja menyiapkan pembentangan, kertas cadangan serta bersiap siaga untuk pelaksanaan sekaligus tidak berkesempatan mencari mood menulis Buletin :p

Alhamdulillah selepas rumah siap dikemas dan dimop di kala cuti begini tiba-tiba bau penyahjangkitan Dettol ini mendatangkan mood menulis. So, here we go! (Terkena lagi tempias EN.. aishhh!)

Youth’10
Pada 30 Mei – 2 Jun lalu, Kapasitor telah dijemput buat tahun kedua berturut-turut untuk turut sama memeriahkan sambutan Youth Festival 2010 di PWTC. Terima kasih diucapkan kepada Denny Rozaidi (abang kepada sahabat saya di MMU dulu, Rita Rozaidi) dan Youth Asia kerana memberi peluang ini sekali lagi :) Believing in youth!

Tabik saya untuk saudara Kurusawa, Rebelliben dan saudari Syud yang membuat persembahan!

Untuk rangkuman majlis bolehlah didapati dari entri ini:
http://kapasitor.net/weblog/post/135

SELAMAT DATANG KAPASITORIAN BARU!
Seiring dengan kemeriahan majlis tersebut juga, Kapasitor dihujani beberapa pengkarya dan pengikut baru yang muncul hasil kemesraan Abang Jojo dan Adik Apun serta mereka lain di festival berkenaan.

Buat yang baru datang ini, tim Kapasitor MS mengucapkan SELAMAT DATANG menyertai komuniti ini! Rajin-rajinlah berkomunikasi dan kalau baca karya tu ringan-ringankanlah tangan mengomen dan menilai :D

Nak lagi baik, kenalkan diri anda dengan menulis entri blog salam perkenalan atau jika nak yang mudah kenalkanlah diri di entri ini:
http://kapasitor.net/community/post/3513

Moshi moshi!
Selamat bertugas kepada Mohd Khairi Yusof atau Mosh yang baru diperkenan secara rasmi menjawat ketua seksyen EN! Beliau menggantikan Uculer yang kini telah direposisikan ke jawatan pegawai perhubungan media.

Encik Mohd Khairi Yusof ni kalau anda semua tak kenal merupakan lelaki bujang yang dah layak sangat kahwin, usahawan pusat futsal yang berjaya di Johor Bahru, editor majalah Futsalasia dan tunjang di sebalik e-zine Kap-sule. Kalau saya seorang perempuan sunti, saya pasti akan hari-hari menghendap FB dia sambil mengambil hatinya di mana berkesempatan, sekian!

Prasasti?
Buat yang bertanya kemanakah Prasasti, ingin saya khabarkan yang e-zine tersebut dihentikan sementara dengan jangkaan 2 keluaran kerana kesibukan Youth Festival tempohari serta designer kita cik pijat2 telah pulang bercuti ke kampung. Berilah beliau berehat dengan aman di rumah ya! :D

Insya Allah Prasasti akan kembali menemui pembaca di bulan Julai kelak!

Program-program di Kapasitor
Semalam, 10 Jun, saya sempat bertemu dengan saudara Jojo dan Aniegma yang singgah di bandar Kuala Terengganu. Banyak topik yang telah dibualkan antaranya program-program Kapasitor sehingga akhir tahun ini dan halatuju Kapasitor untuk jangka masa sederhana.

Jojo akan buat pengumuman dari semasa ke semasa, cuma satu yang saya ingin beritahu: Kapasitor ada masa depan yang mengujakan! Saya tak sabar menunggu tahun depan! :D

Rangkuman Kapasitor MS
Berikut adalah ulasan seksyen Cerpen dan Novel oleh Ridhrohzai :)

Okey, 29 buah cerpen telah dihantar sekitar Bulan Mei yang lalu dengan variasi olahan dan jalan cerita. Penulis bahagian cerpen yang paling aktif untuk bulan ini adalah Saudara Petak dan Saudara Rebelliben di mana masing-masing berkongsi empat buah cerpen.

Diikuti dengan kasutbiru, pendatang baru dalam ruangan cerpen dengan tiga buah cerpen, berkongsi dengan saudara Kurusawa yang turut menyumbang cerpen dengan jumlah yang serupa.

Kebelakangan ini ruangan cerpen banyak dimonopoli oleh penulis lelaki dengan olahan karya yang santai dan lebih bersifat 'keras' dan 'berat' jalan ceritanya.

Oh, jangan lupa untuk menyambung cerpen rantaian Nur. Moga ahli-ahli baru dapat menjadikan cerita tersebut lebih menarik dengan unsur misteri dan suspennya.

Em, saya kira setakat ini dulu untuk seksyen cerpen. Oh, hampir terlupa, saudara Petak ada memulakan novel baru bertajuk Diari Seorang Nazi dan Apa Kata Hati dari ridhrohzai. Hehehe...

Bagi ulasan seksyen Puisi pula, disebabkan panjang sangat, maka saya meminta Zinggof mengepos sendiri ulasannya :p Jemput membaca di sini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3555

Di sini saya akhiri buletin bulan ini seperti biasa: :D

Karya Pilihan Kru Pengelola bagi Bulan Mei 2010
Puisi
Gerimis hati (buat mak) : paktam85
Pelita Malam : Kekasih
Musim : _theRain_
Kekejaman di atas Sebidang Tanah : 26life
Roman Polanski : Rebelliben
Selamat Hari Ibu : Petak
Sebatang Rokok Lagi dan Aku Akan Tidur : Kapitan
Hujan Resah : Kasutbiru
Sebalik Dermaga Ujung Pandang : Xmynnx_87
Pejuang Bahagia (khas buat teman-teman ANNSEN) : Choco

Cerpen
Surat Buat Cikgu – Ridhrohzai
..dan – Kamalia
Kain yang Terakhir – Petak
Berita-berita yang Ingin Kita Baca di Akhbar – Kurusawa
Kafein dan Nikotin – Wahyudimy

Baca perbualan