http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor MS: Buletin September 2010

iklaneka
 

Ketika saya menulis buletin ini, Ramadhan 1431 akan berakhir seminggu lagi. Alhamdulillah tahun ni belum kantoi! Saya ada masalah akan demam teruk bila Ramadhan. Sehari dua kena ganti tu biasa. Tahun lepas baru akhirnya berjaya puasa penuh buat kali pertama sejak sudah bekerja. Tahun ni harapnya begitu juga!

(SILA BACA SEHINGGA TAMAT UNTUK MENGETAHUI TENTANG KEMPEN MENULIS CERPEN KAPASITOR. SAGUHATI MENANTI PEMENANG!)

Untuk yang akan pulang beraya, pandulah berhati-hati. Saya akan pulang beraya Selasa malam. Nak kejar tol percuma LPT! Ha ha! Jadual cuti 11 hari saya amat padat dengan perjalanan memandu sejauh 2000km membabitkan KT – KL – Bota – KL – KTN – KB – KT. Saya akan bekerja selepas raya selama 3 hari, menghadiri mesyuarat, sebelum pulang semula ke KL untuk menjalani pembedahan lutut. Tentatifnya pada 25 September. Lepas tu... cuti sakit 6 minggu!

Teringat dulu saya pernah tiga kali cuti sakit 6 minggu begini akibat pembedahan mata sekitar tahun 2005-2006. Hasilnya adalah novel dan cerpen yang anda lihat di laman My.Kapasitor saya. Adakah cuti sakit kali ini akan menyebabkan saya menulis kembali kerana sangap? Mari sama-sama kita saksikan!

dRama(dhan) CK_Rizzy
Hidangan istimewa di Kapasitor MS sepanjang Ramadhan ini adalah projek kolabositor paling istiqamah iaitu maraton puisi dari Kekasih dan Rizzy yang bergabung-meletup-ahh menggunakan ID CK_Rizzy. ID tersebut mempunyai avatar dan gambar profail yang sangatlah comel dan mencerminkan tuan-puannya.

CK_Rizzy
*dilukis menggunakan Doodle (aplikasi YM)

CK_Rizzy menyajikan sehari satu puisi mengenai Ramadhan yang berkisarkan drama seharian menunaikan ibadat puasa. Karya ini kemudiannya berevolusi dengan penyisipan ayat-ayat suci Al-Quran. Dari sajak, formatnya kini pun dah berbentuk pantun. Esok lusa entah bagaimana lagi dRama(dhan) yang bakal dipersembahkan. Apapun, tahniah buat mereka! Setakat 24 Ramadhan ni memang tak pernah cicir!

Jemputlah baca karya mereka bermula di sini!
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/6453

Kapasitor Iftar @ Secret Recipe, Avenue K
Pada 28 Ogos lalu, bersamaan 20 Ramadhan, telah berlangsungnya Kapasitor Iftar buat tahun ketiga berturut-turut. Kali ini majlis bukan lagi di Rasamas KL Sentral sebaliknya menempah Secret Recipe, Avenue K sebagai lokasi baru.

Seramai lebih kurang 20 orang yang hadir pada majlis berkenaan. Lebih kurang angka yang sebelum ini juga. Cuma bezanya kali ini majlis berlangsung dengan lebih tenang dan sopan. Tidak seriuh biasa. Mungkin saf yang hadir pada tahun ini lebih keibuan, lebih kedewasaan mahupun lebih tawaduk dalam menunaikan kewajipan ke-3.

Aktiviti ini juga adalah aktiviti pertama Kapasitor yang disertai asma, 304_304 dan seorang ahli yang dah lama aktif tapi baru kali ni berkesempatan menjengah, Kamalia. Gembira jumpa kamu! :) Entah bilalah saya berpeluang berjumpa dengan Ridhrohzai atau Cikgunikmie!

pic1

Pic2

pic3



Kempen: Cerpen Sejarah Alternatif
Cemburu dengan Kapasitor EN, seksyen MS turut ingin melancarkan kempennya sendiri. Sepanjang September hingga 18 Oktober saya menyeru pengkarya semua untuk menulis cerpen mengenai sejarah alternatif. Tiada peraturan ketat mengenai panjang, format mahupun besarnya sejarah yang hendak diubahsuai. Asalkan memenuhi tema, itu memadai! 

Sejarah alternatif boleh jadi cerita mengenai sejarah dari sudut pandangan berbeza, contohnya peristiwa HARTAL dari pandangan pejuang AWAS dan API. Boleh jadi juga cerita tentang apa yang akan terjadi jika sesuatu insiden di masa lampau tidak berlaku seperti yang dicatatkan, contohnya apa jadi pada dunia ini jika Nazi menang Perang Dunia Kedua

Rebelliben pernah menulis sesuatu seperti itu dulu:
http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/2073

Bagi karya yang saya fikirkan terbaik, hadiah RM50  menanti anda. Namun jika ada budiman atau budiwati lain yang bermurah hati menyumbang untuk up-kan hadiah tu, akan dimaklumkan. Pengadilnya hanya saya seorang. Kalau perlukan pandangan pun saya akan tanya buah fikiran Jojo. Jadi kalangan Kru Pengelola sendiri layak menghantar karya dan bertanding di dalam kempen ini. Pemenang akan diumumkan pada Buletin November 2010 kelak!

Kriteria penilaian saya mudah. Saya gemarkan cerita yang segar. Ejaan yang baik jika tidak standard. Asimilasi antara pop dan sastera lebih membuka selera. Namun tidak bermakna saya tidak minat jenis tulisan yang lain! Jadi mari curahkan karya anda! Hip hip!

*Seperti biasa, karya yang dihantar adalah milik penulisnya. Saguhati hanyalah token untuk ganjaran kesungguhan yang ditunjukkan sang penulis.

*Sila letakkan di pangkal tajuk cerpen itu nanti parap "CSA: (diikuti tajuk cerpen)" untuk mengesahkan penyertaan karya berkenaan di dalam kempen ini.

Sepintas Kapasitor MS, seksyen Cerpen
Oleh: Ridhrohzai

Sebanyak 39 judul cerpen telah dihantar dengan variasi genre hasil daril penulis-penulis lama dan juga pendatang baru. Terlebih dahulu, selamat datang diucapkan pada Hardy, Faka91, Azueera dan Iris28 sebagai pendatang baru di seksyen cerpen.

Seperti bulan lalu, saudara Petak masih mengekalkan kreadibiliti beliau sebagai penulis yang aktif menghantar karya. Selain itu, penulis-penulis lama seperti Valium, Kpalakotak, dan Adra telah membuat kemunculan semula dengan menyumbang sebuah cerpen setiap seorang. Paktam85 juga kembali aktif dengan kehadiran cerpen berantai bertajuk Qurratul Ain.

Maaf kerana saya jarang berinteraksi di seksyen cerpen kebelakangan ini tetapi saya masih membaca dan memberi komen bagi setiap karya yang dihantar. Sibuk melakukan dua kerja dalam satu masa.

***

Sebelum mengundur diri, saya mewakili sidang pengelola Kapasitor MS ingin menyusun sepuluh jari dan mata yang berkerdip bersinar penuh harapan agar dimaafkan segala khilaf dan dosa sepanjang kami mengemudi seksyen ini dan Kapasitor secara amnya. Semoga lebaran yang tiba ini disambut penuh keberkatan dan dijauhi perkara-perkara kemungkaran.

Saya akhiri buletin kali ini seperti biasa :) ...

Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Ogos 2010

Puisi
Merdeka: Pung Pang Pung Pang – Jojo
Nonaku Norazah –  Azzkikr
Nak – Kurusawa
Saya Suka Awak – Choco
Premenstrual Stress Syndrome – Kekasih
Senandung Bahulu – Paktam 
Andai Ku Tahu ­– Bayumoslem 
Malam Ini Kumbang Gersang Lagi – MissClarks & 26life
Senja Morgana – Hadry 
Hanya Secebis Sedetik Sekepal Doa Pengharapan –Gopabahari,

Cerpen
Bunga Api Ogos 2157 – Acsonrobin
Cinta Hari-hari Perjuangan – Faka91 (reviu Cinta Tersulam oleh Paktam85)
Teori Pavlov Si Syaitan – Uculer
Segulung Riwayat – Petak
Tirai Aidilfitri Semalam – Adra 


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4221 reads
Kapasitor MS: Buletin September 2011 | 6676 reads
Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic | 8162 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12075 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14596 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6361 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8105 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Red Rabbit


admin blog