Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

Sepetang Bersama Churchill

Cerpen sebelumnya:
Misteri Perkuburan Purba
Cerpen selanjutnya:
Jamdol mahu jadi kucing!

“Haram jadah!”

Churchill tepukkan kedua belah tapak tangannya ke muka meja. Dua biji gelas, setiap satunya berisi air teh ais berkocak sebentar. Pembantu peribadinya kelam kabut meminta diri, khuatir ditembak barangkali.

Aku nyalakan Surya sebatang. Tembakau dan nyalaan api mancis yang bersatu menyebabkan ianya berbunyi kemeretek. Perlahan-lahan asap wangi yang berbau kayu manis mengepul di udara.

“Lu sebagai salah seorang pemimpin yang berkuasa sepatutnya menghentikan, Churchill.”

Churchill memandang aku dengan pandangan mata syaitan, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke sebalik pagar, kepada sepasukan askar yang sedang menjalani rutin kawad. Churchill diam.

“Lu tengok askar-askar tu, lu ingat semuanya lahir tak berkeluarga? Lu pernah jadi wartawan, sepatutnya lu lagi faham akibat perang.”

Churchill meneguk air teh ais yang gelasnya sudah berpeluh. Kemudian dia berkata, “Pengecut macam kamu ‘ja yang takut mati.”

Aku cuma tersenyum. Faham benar aku pada lelaki yang di dadanya penuh dengan lambang-lambang kuasa ini.

“Lu lupa pendaratan Gallipolli, hah Churchill si penyembelih? Ha ha.”

Churchill nampak tidak senang dengan provokasi aku. “Kalau bukan pasal kita ini sahabat, sudah lama peluru ini aku sumbatkan dalam otak kau!”

Di langit, lima buah jet pejuang meluncur laju memutuskan silaturrahim awan-awan. Di belakangnya mengekori lima buah lagi jet pejuang dan lima buah lagi dan begitulah seterusnya, entah berapa puluh, bahkan mungkin beribu jet pejuang yang sedang terkorban dalam propagandanya.

“Apa yang pembantu lu sampaikan tadi, Churchill? Sampai mencarut-carut lu dibuatnya.”

“Hitler.”

“Apa pula yang dibuatnya kali ini?”

Churchill menghela nafas panjang. Dia cuba untuk bertenang mungkin. “Bukan semua perkara aku boleh kongsikan dengan kamu.”

Aku menyedut Surya dalam-dalam. Sedutan yang terakhir. Selepas ini aku akan hilang perlahan-lahan seperti asap Surya. Seperti tulisan pensel yang dipadam dengan pemadam.

Petang ini bukan petang yang biasa. Winston Churchill, wartawan yang aku kenal itu sudah mati. Yang duduk di dalam tubuhnya itu syaitan. Syaitan yang mencadangkan penggunaan mesingan kepada pemogok-pemogok lombong.

“Aku minta diri, sahabat. Pentas itu memerlukan aku sekarang. Sampai jumpa lagi nanti.” Kata-kata terakhir Churchill meninggalkan aku bersama puntung-puntung suria dan dua biji gelas yang sebentar tadi berisi air teh ais.

Churchill berjalan dan perlahan-lahan tubuhnya hilang dari pandangan. “Selepas berpuluh tahun, masih gua tak tahu apa yang lu fikirkan, Churchill.” Monolog aku sendirian.

Aku keluarkan sebatang lagi Surya. Tembakau dan nyalaan api mancis yang bersatu menyebabkan ianya berbunyi kemeretek. Perlahan-lahan asap wangi yang berbau kayu manis mengepul di udara. Sekali lagi.

Di corong pembesar suara, kedengaran suaranya begitu gah memberi ucapan.

Be Ye Men of Valour!

Cerpen sebelumnya:
Misteri Perkuburan Purba
Cerpen selanjutnya:
Jamdol mahu jadi kucing!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
7 Penilai

Info penulis

Ben Nizari

rebelliben | Jadikan rebelliben rakan anda | Hantar Mesej kepada rebelliben

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rebelliben
BANDAR MATI #1 | 2965 bacaan
PCB#1: Bicara Ini Memori Bersama Sang Dewi | 2306 bacaan
Misteri Perkuburan Purba | 2122 bacaan
Karma Sebatang Aerial | 2327 bacaan
Naratif Faezul Lurus Bendul | 2741 bacaan
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Ep. 1) | 1963 bacaan
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Pilot) | 1999 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

18 Komen dalam karya Sepetang Bersama Churchill
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik