Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Januari 2011

 

Salam budaya, salam karya, salam Kapasitor... dan salamat tahun 2011!

Seperti semua badan kerajaan, politikus, NGO mahupun orang-orang sekampung, saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan bolasepak Malaysia di Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Hah, Januari dah tiba! Bermakna, 31hb ini Kapasitor sudah 5 tahun membuka keahliannya kepada umum, sudah 6 tahun bernaung di bawah nama URL www.kapasitor.net! Kalau dulu Jojo merupakan seorang pelajar, kini beliau seorang ayah. Kalau dulu Cahatomic merupakan seorang pekerja bawahan, kini pun masih pekerja bawahan. Cuma dulu majikannya adalah stakeholder syarikat. Kini bosnya adalah rakyat Malaysia sekaliannya ;)

Pemenang Pertandingan Cerpen Bertema Edisi ke-2
Alhamdulillah, edisi kedua telah tamat. Malah, edisi ketiga sudah pun berlangsung dan mendapat 3 penyertaan setakat ini. Abang26 walaupun bukan pembuka tirai bagi edisi terbaru, dengan bangganya telah melengkapkan hatrik dan mencatat rekod sebagai peserta yang belum pernah lagi ketinggalan setiap siri PCB. Kira macam Brazil tak pernah miss World Cuplah ni!

Jadi bagi siri lalu, setelah berputar-putar kepala saya memikirkan siapakah yang layak menjuarai PCB#2, itupun selepas Jojo kata jangan kira dia punya untuk persaingan – dia cuma nak memeriahkan, barulah saya dapat ilham.

Tiga karya telah disenaraipendek untuk dinobat pemenang daripada 11 karya-karya bagus lain. Cinta Zuhrah dan Marikh, Klise dan Lecuran. Ketiga-tiganya ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Saya ada cuba risik-risik bertanyakan pendapat juri awam. Tapi responsnya agak bercampur-baur sekaligus turut mengusutkan lagi fikiran saya memilih sang juara. Kalaulah ini PCB#3, senang. Semua orang ni dah gerenti dapat hadiah :p

Jadi dengan berat hati, setelah melihat dari sudut pakej: idea, penceritaan, bahasa, promosi, komunikasi dengan pembaca, telah dirumuskan menggunakan satu algoritma paling kompleks dalam sejarah PCB, maka dengan ini pemenang bagi Pertandingan Cerpen Bertema Edisi Ke-2 adalah:

Ancalime – Aku Klise!
Ancalime - Pemenang PCB#2 

TAHNIAHH!
Nota: ini bukan iklan skim piramid / MLM yang menunjuk-nunjuk wang untuk mempengaruhi orang-orang berakal pendek.

PENTING: Kiraan “Like” bagi pemenang kategori paling di-“Like” untuk PCB#3 akan direkodkan pada 11:59 malam, 28 Februari 2011. (Tarikh hantar karya 21 Feb, tarikh kira like 28 Feb) :)

Ulasan Seksyen Cerpen (oleh Ridhrohzai)
Sebanyak 26 judul cerpen telah dihantar pada bulan Disember dengan pelbagai variasi tema. Rata-rata karya menampakkan kematangan dan peningkatan dari segi olahan dan jalan cerita terutamanya tulisan Ancalime yang bertajuk Bas. Sebuah kisah yang mengungkap sisi-sisi gelap dalam kehidupan anak muda.

Penulis paling aktif pada bulan ini adalah Petak dengan penghantaran tiga buah cerpen yang memaparkan tema kisah kehidupan remaja. Muka-muka lama seperti Syud dan MissClarks juga turut menyumbang karya untuk bulan ini. 

Sebanyak empat entri PCB telah dihantar dalam bulan Disember dan jangan lupa untuk menyertai peraduan ini dengan tema yang baru dalam bulan Januari. Terima kasih pada teman-teman baru yang mewarnai seksyen cerpen seperti LightnurWazrulShah dan Monkekhai.

Kesimpulan, bulan Disember ternyata sangat meriah dengan kandungan cerpen yang pelbagai dan tampak lebih berkualiti serta punya keunikan tersendiri. Semoga terus kekalkan momentum ini untuk bulan Januari nanti.

--

Di sini, dengan ‘klise’nya saya mengakhiri buletin kali ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Disember 2010. Tahniah kepada yang terpilih! :D

Cerpen
Merah Mata Hitam – Petak
Bas – Ancalime
Hikayat Cinta Gila – WazrulShah
Dia yang Suka Memerhati - 26life
Azam Seorang Rakyat – Toti

Puisi
Pesta puja tahun ke tahun- Kurusawa
Ikatan suci- Srikandi
Tahniah Rimau Malaya- Ckgunikmie
Kerana setitik cairan hinamu- Lightnur
Pedifilia- Aima
Apa khabar cinta?- Kamalia
Mengunjung Firdausi-mu- Adreena
Doa terakhir- WazrulShah
Berubah- Choco
Kiub- Ancalime 

Baca perbualan