Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Autobiografi

PCB#2: Aku, Zuhrah dan cintaku, Marikh.

Cerpen sebelumnya:
Cita-cita
Cerpen selanjutnya:
PCB#2 : Monolog Niraq

Dengan Teleskop Angkasa Hubble, aku mengintai planet Marikhku yang bintang- bintang cintanya gemerlapan di langit ufuk timur, tidak jauh dari Purnama yang hampir gerhana. Bintang-bintang memainkan peranan utama dalam Sistem Suria. Bukan sahaja mereka penghias Langit, malah mereka juga memberi panduan arah jalan. Bintang juga berperanan untuk merejam siapa sahaja yang cuba mencuri dengar perkhabaran dari Langit.

Aku mengkagumi kehebatan Sistem Suria di mana aku tinggal. Sungguh besar kurnia yang dianugerahi Pencipta Bima Sakti Cakerawala untuk kami menari-nari di angkasa raya yang tidak terbatas, seluas kekuasaanNya yang infiniti. Tanpa ada yang memegang, malah kami tidak pula jatuh.

"Subhana Allah!", bisik hati kecilku. Sungguh sempurna penciptaan ini.

Namaku Zuhrah, di ambil dari bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana pada waktu pagi dan senja bentukku yang seakan-akan bunga. Kedudukanku yang dekat dengan Suria menyebabkan aku planet yang tercerah di Langit selepas Suria dan Purnama. Yang paling menakjubkan tentang aku adalah orbitku mengikut putaran arah jam. Putaran ini menyebabkan Suria terbit dari arah baratku dan terbenam ke arah timurku.

Semasa zaman gelap Eropah aku digelar Venus. Aku sangat tidak suka dengan panggilan itu kerana ianya berbaur unsur-unsur penyembahan berhala dahulu kala. Ada sumber yang mengatakan bahawa ada agenda tersembunyi untuk menghancurkan zikir dan fikir di sebalik nama dewa-dewi Romawi yang dipuja itu.

"Mengapa Marikhku menyepikan diri?"  Suatu pagi, di hari terakhir bulan Februari, pada tahun lompat aku menyoal sahabat angkasaku, Ahli Falak, cendikiawan dalam bidang sains dan astronomi. Syukurlah dengan kebangkitkan cendikiawan halal yang menggoncangkan kegelapan Romawi  maka terlahirlah ahli fikir yang besar dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, dan optik.

"Kau jauh dan tidak terjangkau. Aku lihat Marikh, planet cintamu senang bercumbu dengan Musytari di sebalik gerhana Purnama.", Ahli Nujum dengan lancang menyahut. Ahli Nujum haram dan Ahli Sains palsu. Mereka mendakwa bahawa mereka mengetahui nasib, masa depan dan akhir kehidupan, berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika muncul. Mereka jugalah yang bertanggung-jawab menyebarkan cerita bohong, Kiamat 2012. Masakan dia mahu meyaingi Pencipta Bima Sakti Cakerawala dalam pengetahuan ilmu ghaibNya. Hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara yang ghaib di Langit dan di Bumi.

Aku diam mendengar sahutan Ahli Nujum. Siapalah yang tak kenal dengannya? Aku kenal sangat dengan tabiatnya yang pandai membuat tipu daya dan muslihat. Dia sangat mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan hingga berlaku pergaduhan yang besar dan bercerai berai. Banyak Ahli Nujum mempraktik ilmu sihir dan ilmu tilik untuk mempengaruhi perasaan dan khayalan.

 

*******************

 

Di Stesen Angkasawan Antarabangsa yang dibina oleh Al-Khawarizmi, teman angkasaku, Ahli Falak, mengintai planet Marikh. Ahli Falak halal dan Ahli Sains. Dia mempelajari dan memahami Langit dan Bumi, pertukaran siang dan malam, peredaran Purnama dan Suria, pasang-surut air laut, gerhana Purnama dan Suria, peredaran planet-planet, buruj dan bintang. Dia juga yang memainkan peranan penting mencipta peralatan matematik dan astronomi seperti alat mengukur masa dan jam untuk waktu-waktu sembahyang dan alat mengukur arah kiblat.

Dengan Teleskop Angkasa Spitzer, Marikh nampak merah dan penuh misteri. Semenjak Kapal Angkasa Phoniex mendarat di Marikh, dia menjadi sangat terkenal dan menjadi pujaan planet-planet yang lain. Kecerahannya hampir menyaingi Bintang Kejora, bintang yang paling cerah dalam Bima Sakti Cakerawala.

Aku bersyukur kerana Pencipta Bima Sakti Cakerawala menemukan aku dan Marikh. Pertemuan pertama kami terjadi pada malam itu, sewaktu satu fenomena yang luar biasa bernama Istiqbal berlaku sejak enam puluh ribu tahun. Istiqbal Istimewa Zuhrah dan Marikh, berlaku apabila kami berada dalam keadaan bertentangan segaris. Dia dengan perlahan bergerak menghampiriku. Pertembung mata dalam waktu yang singkat itu cukup membuahkan rasa cinta di dalam hati masing-masing. Sangat sakti detik itu, tak mungkin dapat aku lupakan dari ingatanku.

Tidak henti-henti Ahli Falak mengeluarkan kalimat Subhana Allah kerana mengkagumi penciptaan Pencipta Bima Sakti Cakerawala yang diintainya melalui teleskop itu. Dia mengingatkan aku kepada satu ayat dalam sebuah Kitab yang menyatakan,

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat tanda-tanda bagi ahli fikir. Iaitu orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan dengan mendalam tentang penciptaan langit dan bumi lalu mereka mengucapkan, “Wahai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Lindungilah kami daripada azab neraka.”

Ahli Falak telah banyak mengajarku fikir dan juga zikir. Di antara zikir yang paling utama katanya ialah La ilaha Illallah. Katanya zikir mengingati Pencipta Bima Sakti  Cakerawala membuahkan fikiran yang mendalam kepada penciptaanNya yang maha dahsyat. Kalau mahu jadi cendikiawan sepertinya selalulah berzikir dan berfikir.

"Gerhana Purnama melanda di Marikh.", begitulah takdir kata Ahli Falak. Gerhana Purnama di Marikh datangnya setahun tak sekali. Ianya akan menghilangkan sinar planetnya beberapa detik. Sehari yang ukurannya adalah lima puluh ribu hari di Langit.

"Ah! Nanti tatkala Sang Suria bersinar kembali pasti planet cintamu mengirimkan salam rindunya, insya Allah.", kata-kata Ahli Falak hanya membuat aku bertambah rindu kepada planet merah yang telah mencuri cintaku. Aku faham dia cuba meriangkan hatiku. Dia memang begitu. Walaupun ilmunya sangat luas, dia tidak sombong. Terlalu baik hatinya. Aku bangga punya teman sepertinya.

 

*******************

 

Satu malam, selepas waktu Isyak, dalam sunyi aku terpandang Purnama seperti si pungguk yang merindukannya. Amalan rukyah iaitu melihat Purnama adalah budaya yang tidak asing di angkasa raya. Kata teman angkasaku, Ahli Falak, ini adalan warisan amalan Sains atau budaya yang patut kita teruskan supaya kita terkedepan dalam ilmu pengetahuan dan pelaksanaan ibadah.

"Bukankan budaya ini membuang masa kita?" Aku masih ingat pertanyaan bodohku kepadanya, suatu hari dulu. Dialah yang mengajarku tentang manfaat melihat Purnama, iaitu bukan sahaja untuk menentukan waktu mulanya Ramadan tapi untuk melihat tanda-tanda kebesaran Pencipta Bima Sakti Cakerawala. Dia selalu mengingatkan aku supaya mengambil pengajaran dari kajian alam yang membuktikan kekuasaan Pencipta Bima Sakti Cakerawala yang Maha Pencipta. Rukyah Purnama tidak membazir katanya.

Telah semusim aku mengorbit Suria, namun Marikh masih tidak berkata-kata. Menurut Ahli Falak aku mengambil dua ratus empat puluh tiga hari Bumi untuk menghabiskan satu  putara mengelilingi Suria. 

Aku teringat buku "Men are from Mars and Women are from Venus" karya John Gray. Walaupun telah tamat aku membaca buku itu tidak lama dulu tetapi sikap Marikh yang diam membisu terlalu luar biasa untuk aku fahami. Sungguh cinta dan rindu membuat aku hilang arah tuju. Aku tidak seperti aku yang selalu. Tidak pernah aku segelisah begini, sehingga tak tidur malam dan tak lalu makan. Benar-benar kali ini Marikh membuat aku gelisah tahap maksima. Aku khuatir jika malapertaka alam melandanya di sana. Kalaulah Kapal Angkasa Apollo II milikku tidak tersadai rosak, pasti aku menghampirinya sekarang juga untuk bertanyakan apa gerangannya senyap dan sunyi.

"Aku lihat kasih planetmu telah pudar.", Ahli Nujum datang memujukku yang kelihatan sedih malam itu. Sesekali dia mengelengkan kepalanya sambil terkumat-kamit mengeluarkan bicara.

"Ada yang mencuri cintanya. Ini sudah tentu Musytari yang ada di sisinya saat ini.", sambungnya lagi sambil menasihatkan aku supaya mendapatkan planet pengganti. Malah dia menyuruhku mengoda Bumi, planet yang paling dekat denganku. Sungguh tidak masuk akal. Tak mungkin aku mengoda Bumi. Semenjak lahir aku teman mengorbitnya di Sistem Suria. Lagi pula, akan aku apakan pelengkap jiwaku, Marikh. Dalam hati aku  beristihadah, memohon perlindungan dari bisikan buruk yang lagi menyesatkan itu.

"Tinggalkan sahaja dia yang tak setia.", tambahnya lagi. Kata-kata itu terngia-ngia di cuping telingaku berulang kali. Setiap kali kata-kata itu bermain di benakku, aku kembali beristighfar dan beristihadah. Seperti biasa aku mencurigai ramalan Ahli Nujum dan tidak membenarkannya seperti yang dinasihatkan oleh Ahli Falak. Aku ingat nasihatnya bahawa, kalau mendatanginya dan bertanyakan tentang sesuatu, sembahyangmu tidak akan diterima selama empat puluh hari. Jika percaya ramalannya, maka kau telah ingkar.

Aku yakin cinta Marikhku sejati. Dengan sabar dan pasrah aku menanti khabar gembira darinya. Teringat akan akad kami untuk sehidup semati di hari himpunan planet terindah, Istiqbal, setahun yang lalu dalam perhitungan kalender Purnama. Aku yakin ikatan kasih aku dengannya akan kekal sehingga akhir nanti.

 

*******************

 

Dengan kelajuan cahaya Kapal Angkasa Phoenix, Marikh dikejarkan kepadaku dengan khabar sedih dan pedih. Rupa-rupanya Lingkaran Asteroid yang luar biasa telah jatuh berkecai di atmosfera Marikh hingga diselimuti gempa yang sibuk. Nafasnya sesak dan terpaksa mengunakan alat bantuan pernafasan. Keadannya begitu parah dengan luka-luka yang menyeluruh di tubuh merahnya. Sementara itu dia masih dalam keadaan koma. Badannya kaku dan matanya tertutup.

Tiga hari tiga malam Marikh tidak sedarkan diri. Tidak putus-putus aku panjatkan doa agar Pencipta Bima Sakti Cakerawala meyembuhkannya. Dengan rela hati aku merawatnya. Walaupun sesaat aku tidak meninggalnya dari sisiku.

“Zuhrah!”, suara yang lembut tapi lemah memanggil namaku. Benarkah apa yang aku dengar? Aku menoleh ke arah suara yang aku rindukan itu. Aku tersenyum, terpandang matanya bersinar kembali. Itulah saat yang paling bahagia buatku. Aku terus sujud syukur kerana Marikh telah sedar.

Apabila Marikh hampir sembuh aku bacakan kepadanya catatan cinta yang kuconteng istimewa untuknya semasa aku rukyah Purnama beberapa hari yang lalu.

Kasihmu dan Cintaku.

Sejurus kau dan aku bertaut satu
rasa gementar yang tidak keruan terpaku
lalu kau pancarkan sinar kalemmu.

Setelah itu kau rangkul kepercayaan daku
kau anugerahkan piala penghargaan, mengelarku ratu
dengan sejati, kasihmu dan cintaku terpadu. 

Ketahuilah wahai pelengkap jiwaku
syukurku sebilangan bintang di langit biru
saking memilikimu semenjak dahulu. 

Di angkasa raya aku ternampak ukiran Bintang-bintang menyebut namaku dan Marikh, kemas dalam bentuk hati, berkelip-kelip seperti hatiku yang ceria. Aku tersenyum malu. Sangat romantis. Di sampingku, terlihat Marikh mengerlipkan matanya kepada Ahli Falak, tanda puas dengan usaha yang dipamerkan olehnya itu. 

Di dalam dakapan Marikhku, untuk kali yang kedua, kami berikrar bersaksikan Suria, Purnama dan Bintang-bintang, bahawa hanya Pencipta Bima Sakti Cakerawala yang dapat memisahkan cahaya cinta kami berdua. Bukan takwilan Ahli Nujum yang suka merobekkan cinta para planet di Sistem Suria. 

Cerpen sebelumnya:
Cita-cita
Cerpen selanjutnya:
PCB#2 : Monolog Niraq

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.7
3 Penilai

Info penulis

Lightnur

I love Kapasitor
lightnur | Jadikan lightnur rakan anda | Hantar Mesej kepada lightnur

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya lightnur
PCB#3: Warkah untuk anak cerebral palsy. | 6042 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya PCB#2: Aku, Zuhrah dan cintaku, Marikh.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik