Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Terima Kasih Kapasitor!

 

JUTAAN TERIMA KASIH KAPASITOR!

DAHULU, saya tidak yakin dengan tulisan saya. Apakah ia sesuai untuk dibaca? Dapatkah ia diterima? Bagaimana kalau karya saya itu ditolak? Apatahlagi jika dikritik? Itulah antara persoalan yang menimbulkan ketakutan pada saya untuk menyiarkan karya buat tatapan umum. Apatah lagi ketika itu saya terkapai-kapai mencari platform untuk menyampaikan tulisan saya. Mujurlah, Tuhan permudahkan jalannya dengan menemukan saya pada Kapasitor.

 

Novel Ketiga


Ya, di sinilah tempat pertama saya menyiarkan tulisan saya untuk tatapan pembaca. Di sinilah saya beroleh keyakinan dan dorongan untuk terus menulis. Cerpen saya yang pertama disiarkan di sini ketika dua tahun lalu. Tajuknya Cinta Antara Kita. Waktu mula menghantarnya, saya cuba kuatkan semangat. Sepanjang hari saya asyik membuka laman Kapasitor. Menunggu dan melihat reaksi pembaca terhadap cerpen pertama saya itu.

Pelbagai reaksi yang saya kumpul dan syukur, pembaca  dapat menerimanya dengan baik. Serta-merta, saya mendapat lonjakan semangat untuk terus menghantar cerpen demi cerpen kerana perasaan ketika melihat tulisan kita dibaca dan diberi komen adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsir. Ia secara tidak langsung menjadi mangkin untuk terus menulis.

 

Novel Kedua


Kemudian saya beralih pada penulisan nopen pula yakni novel pendek. Perlahan-lahan saya belajar dan perbaiki setiap karya yang dihasilkan di samping belajar melalui karya-karya lain yang disiarkan di sini.

Dan dari situ, saya mula menulis novel dan percayalah, nopen saya yang pernah disiarkan di sini bertajuk Coklat Untuk Ezzy, telah pun menjadi sebuah novel yang dibukukan. Tambah bermakna apabila novel itu adalah novel sulung saya.

 

Novel Sulung


Dan atas semangat penulis yang lain juga, saya beranikan diri menghantar cerpen-cerpen yang ditulis ke media cetak. Syukur, ada beberapa cerpen yang telah disiarkan. Pada saya, dengan mengambil semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh penulis lain, ia menjadi motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Di Kapasitor ini juga saya berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama. Ada yang saya pernah bertentang mata, ada juga yang masih belum berkesempatan untuk bersua-muka. Namun, walau di laman maya ini, ikatan persahabatan yang terjalin itu tetap mesra dan ceria.

 

Antologi Cerpen


Ikutkan hati, banyak yang mahu dicoretkan kerana terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang saya peroleh di Kapasitor ini. Namun, biarlah saya simpan utuh di dalam hati. Tunjuk ajar, sokongan dan dorongan yang saya kumpul di sini, akan sentiasa saya ingati. Sekali lagi berbanyak terima kasih saya ucapkan pada Kapasitor. Terima kasih kerana membantu saya mencapai impian untuk bergelar penulis. Terima kasih untuk segala-galanya!


Salam manis,

ridhrohzai aka Rizai Reeani

 

Baca perbualan