Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Cerita tentang aku..

Cerpen sebelumnya:
Aku bukan yang kau sangka...
Cerpen selanjutnya:
Soyuzers... (Part 1+1/2)

Cerpen ni sebenarnya hadiah untuk birthday kawan aku. Dah lama upload dalam blogspot.

100% karya original aku. Just want to share with you guys..

Enjoy!

 

click sini untuk karya asal

 

Cerpen : Cerita tentang AKU...

Handsome.. Dia memang tersangatla handsome bergaya.. Dengan kulit cerah, kening tebal, mata tajam yang mampu membunuh, hidung mancung, bibir merah segar menunjukkan dia tidak merokok, rambut lurus panjang paras bahu, ditambah dengan pakej lengkap badan yang tough dan tinggi.. Memang patut sangat pun dia menjadi jejaka idaman Malaya..

Tapi..aku bukan nak cerita pasal dia Tu ha.. pasal budak laki yang duduk sebelah dia tu. Ehehehe..Dia la sebenar-benarnya lelaki idaman aku..Nak kata handsome sangat tu takde la. Elly kata, dia tak handsome langsung! Macam perogol bersiri.. kata dia la.. Kijam sungguh!! Tapi lantaklah..Yang penting, aku suka..

Badan besar, kulit gelap, mata bulat, ada jambang sket, rambut kerinting..Kalau ada parut melintang kat muka memang sah macam perogol bersiri kot..

Citarasa aku memang pelik sikit. Kalau semua perempuan dok tergila-gilakan Brad Pitt, Tom Cruise, Tom Welling, atau Mawi AF3 (macam yang Elly gile sangat tu..), aku minat yang muka jenis muka ‘pecah rumah’. Muka ganaz, ala-ala muka dalam iklan ‘WANTED – reward $100 000’, muka yang orang tengok pun leh takut. Tak tau la apasal..

 

cerita lagi..

Minat dari jauh bolehlah.. ‘Usha-usha’ je..Tak plan lagi nak kenal lagi dekat. Bila dia lalu, aku pandang puas-puas. Dia lepak kat mana, rehat pukul berapa, pakai motor apa, siapa kawan-kawan dia..Semua dalam tangan aku. Aku dah kaji semua. Ehehe.. Aku leh jadi ‘private investigator’ la macam ni..

Ni bukan sekali aku minat orang macam ni. Dah banyak kali. Tapi sekadar minat aje lah..Tak kacau orang pun.

Orang kata, zaman sekarang ni memang dah tak heran kalau perempuan yang start buka langkah pertama. Perumpamaan perigi cari timba tu dah tak boleh nak pakai sangat lagi. Tambahan pula, sekarang ni mana ada orang mandi air perigi lagi..Semua dah ada saluran paip air kat rumah masing-masing. Kalau ada pun yang mandi air perigi, sebilangan kecil aje la kot.. Kan??kan??
Kenapa aku cakap macam tu? Apa korang ingat aku tak pernah buat ke hah??

 

cerita 3

“Saya suka kat awak..Memang dah lama minat awak..”

Fuhh.. Rasa tak percaya ayat tu akhirnya keluar dari mulut aku. Aku beranikan diri untuk menatap wajah dia.

“Err..Boleh bagi saya masa untuk berfikir? Seminggu dua lagi..”

Hah..dah agak dah.. Memang sah dia tak ndak kat aku. Aku rasa macam semua orang keliling aku ni tengah gelakkan aku guling-guling. Macam terdengar je suara-suara sumbang yang mengutuk aku.. ‘Tak malu tul pompuan ni. Ha, kan dah kene rejek..’ Perasaan aku je tu kot..

Tapi, pedulik apa?? Sekurang-kurangnya lepas satu beban. Aku tak payah nak pening-peningkan kepala nak fikir pasal dia – dia suka kat aku ke tak, dia anggap aku ni macam mana..kenapa dia macam layan aku baik.. Sekarang, dah terjawab dah semua walaupun jawapan yang aku dapat negatif!!

Mesti korang semua labelkan aku ni perempuan tak tau malu. Aku tak kisah buat semua tu. Aku tak kisah nak luahkan perasaan aku pada lelaki yang aku suka. Tak rugi apa-apa pun. Ye tak? Yang penting, aku puas..Biarpun dah banyak kali kene rejek.. Err..tak silap aku, semua cubaan aku tu kene rejek..Tak de nye yang sangkut.

Itu cerita 2 tahun yang lepas..Dan hari ni aku jatuh hati lagi sekali. Dengan senior fakulti aku, pelajar Kejuruteraan Awam tahun akhir. ‘Si perogol bersiri’ yang pada mata aku tersangat la macho. Myza kata, kalau aku luahkan isi hati aku pada senior tu, mesti dia terima sebab mesti takde perempuan lain selain aku yang ndak kat dia. Yakin sangat dia tak berpunya lagi sebab selalu nampak dia melepak ngan kawan-kawan lelaki je. Huhuu.. ‘kijam’ gak Myza ni. Sama ‘kijam’ macam Elly..

 

cerita 4

Nak cerita pasal sorang kawan baik aku masa sama-sama belajar di matirkulasi dulu. Karim nama dia. Chiss..korang gelak yekk?? Ahahaha..nama kampung tul.. Tapi, dia ada karisma tersendiri. Dia tergolong dalam golongan budak nakal, selalu ponteng kelas, tapi dia bijak. Lagi pandai dari aku yang selalu pergi kelas. Periksa final asik dapat PNGK 4.0 je..

Dia takde ‘geng’ di kelas sebab dia jenis yang suka buat hal sendiri. Lagipun, memang jarang sangat nampak muka dia di kelas. Macam mana la nak ada ramai kawan.. Kami jadi kawan baik pun mungkin sebab dia tengok aku ni pun takde kawan. Budak-budak perempuan kelas aku pulaukan aku. Diorang bengang kat aku. Diorang la, buat peraturan bodoh kat asrama tu. Ada ke patut, tak boleh pakai kasut kalau lalu kat koridor depan bilik diorang? Merepek!! Tu jalan atuk diorang agaknye.. Aku dahla kene lalu situ hari-hari. Nak balik bilik aku kene lalu situ. Takkan la aku kene bukak kasut masa lalu situ, pastu pakai semula sebab bilik aku jauh lagi.Huhh..

Start hari tu aku isytihar perang ngan diorang. Aku ni gangster tau.. Geng aku semua digeruni. Ahahaha.. Kalau masuk bilik air, biasa aku jerit je.. “Ha, aku nak mandi ni!! Berambus semua..” Tak sampai 60saat, diorang semua mencicit keluar. Dan setiap kali tu jugalah, aku dapat mandi dengan aman tenteram sorang-sorang. Tak pun, ngan budak-budak geng aku.. Miahahahaa…

Eh, melalut lak. Aku sebenarnya nak cerita pasal Karim. Sebenarnya aku dah lama kenal dia. Kawan sejak sekolah dulu. Tapi akhir-akhir ni baru rapat. Aku pun dah mula rasa suka kat dia. Tiap-tiap hari nak bercerita pasal Karim.. Karim itu, Karim inilah.. Yang jadi mangsa, Alia la.. Teman sebilik aku yang kene jadi pendengar setia. Tapi semua cerita-cerita biasa je la.. Sampaikan aku beriya-iya sangat kenalkan Alia pada Karim. Nak Alia tau betapa ‘best’ nye Karim tu. Ahahaa.. Angau sungguh!!

Sampailah habis setahun setengah pengajian di matrikulasi, keadaan tetap sama. Aku masih berhubungan dengan Karim. Tapi biasa-biasa je. Tak pernah ada keberanian nak luahkan isi hati aku.

Satu malam, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Karim..

“Shida.. Aku happy sangat-sangat ni. Nak ucapkan terima kasih banyak kat ko sebab kenalkan Alia pada aku. Kitorang baru je declare couple tadi!! “

Ha.. terduduk terus aku dibuatnye.. Tak ke frust namanya tu?? Selang 5 minit, Alia pula yang telefon membawa khabar yang sama.

Hmm..terjawab dah soalan korang?? .. kenapa aku jadi macam ni.. Kenapa aku boleh masuk dalam kategori muka tembok.. Siapa suruh pendam perasaan sorang-sorang..kan? Ni jadi pengajaran untuk aku. Lagi bagus aku berterus-terang dari awal. Kalau suka, kata suka.. ye tak?

 

cerita 5

Aduu.. Kenapalah malang sangat nasib aku ni.. Aku dah dapat tau nama senior tu. Tapi tu bukan berita gembira. Nama dia Auliya Ranjitt a/l Mutusamy. Huhuhuhuuuuu…. Rasa nak pengsan sebab selama ni aku minat kat lelaki berketurunan Hindu, warganegara Indonesia pula tu! Patutlah kulit dia gelap. Tapi takde la gelap sangat. Nampak macam kulit Melayu, hitam tapi ada manisnya. Sia-sia 1 hari suntuk aku kene gelak ngan Elly dan Myza. Diorang siap bagi aku cara-cara nak menukar kewarganegaraan. Chiss..chisss..
dan chiisss lagi!!!

Kadang-kadang, terasa gak ngan diorang ni. Cemburu, bukan apa.. Myza ada Danny. Ntah apa nama betul mamat tu, tak ingat pulak aku.. Tiap hari Myza bercerita tentang Danny. Danny itu..Danny ini..Danny tinggi, macho, romantik, gaya dan citarasa ‘kejepunan’, sama macam Myza. Tu yang Myza gila sangat pada Danny. Sanggup buat apa saja untuk Danny.

Elly pula, sejak baru ber ‘kapel’ ni bukan main ligat! Mentang-mentang dapat boyfriend yang dah bekerja, semua boyfriend support. Kalau dulu, masa ‘single-mingle’ lagi, tiap hari makan malam ngan aku. Sekarang, kalau malam je, terus tak nampak batang hidung. Malam minggu lepak di NZ. Takde lagi nak lepak ngan aku kat mapley Ameer Ali, Bangi ni. Minah sorang ni memang tak sedar diri tul. Angau gile. Sakit-sakit, tangan patah baru lepas accident pun boleh keluar dating tiap hari. Tapi, takpelah.. Nampak macam baik je budak yang jadi kekasih hati Elly tu. Dia jaga Elly betul-betul. Bahagia sungguh kawan tu. Harap kali ni kekal la hubungan diorang. Aku dah tak larat nak dengar cerita-cerita sedih dia kene tinggal dengan lelaki..

 

cerita 6

Selama 23 tahun aku hidup ni, tak pernah sekali pun aku rasa macam mana perasaan yang dinamakan cinta. Perasaan yang aku cuma dapat bayangkan sebagai satu perasaan yang sangat indah, yang buat hati sentiasa berbunga, bibir sentiasa terukir senyum, wajah terpancar cahaya seri, tubuh bagaikan tidak jejak di bumi nyata..

Selalu aku dengar orang bercerita tentang hebatnya cinta..indahnya rasa.. Selalu juga aku terbaca di majalah, “10 tanda anda sudah jatuh cinta”.. Hahaha.. 1 pun tak pernah kena ngan aku. Minat orang tu biasa lah. Tapi tak pernah lagi ada yang sangkut. Nak kata taste aku tinggi tu takdelah. Indonesian Indian pun aku minat. Alahai, kali ni aku yang rejek dia.. Rejek!! Rejek!!
Buruk sangat ke aku ni? Ke, sebab aku ni ganas sangat.?. Takde siapa yang ndak kat aku. Huhu..sedihnya rasa.. Benda-benda ni selalu buat aku rasa rendah diri. Malu nak tatap muka sendiri dalam cermin. Tak pernah rasa diri ni lawa..

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni ‘desperate’ sangat. Want to love and to be loved. Nak juga merasa bergayut tiap malam di telefon macam Myza, dating tiap hari macam Elly..
Arghhh!!! Kenapa dengan aku ni??..

 

cerita 7

“Oi..angkat tepon oi.. Ada orang bagi sms ni..Angkat oii..!!”

Tersentap aku. Cilakak punya Elly.. Entah bila dia set suara dia sendiri jadi tone untuk sms alert aku ni. Pening aku dapat kawan-kawan biol macam ni.

“Akum..pekaba? Kenapa lama tak sms?”

Hatiku berbunga girang melihat nama pengirim sms tu – Nizam. Ni lagi satu hal. Aku hampir-hampir terlupakan dia sejak aku gile kat Auliya tu. Bukan apa, dia ni nampak macam bagi respon negatif kat aku. Susah payah aku dapatkan nombor telefon dia, sms tiap hari.. Sms terakhir, 2-3 bulan yang lepas. Masa tu, dia beriya nak tau aku ni siapa. Aku pun, aper lagi? Tindakan berani mati la..ngaku je..

“Saya Shida, sama fakulti ngan awak tapi lain jabatan. Electrical Department..”

Lebih 30 minit aku tunggu sms balasan dari dia. Elly dan Shasha dah mula sakat aku.

“Kalau lama macam ni, aku rasa mesti dia balas ‘saya nak tido dulula..’..ahahhaa..” Shasha pula yang ligat mengusik aku, disambut dengan deraian tawa Elly. Kureng punya member.. Bukan nak bagi sokongan moral kat aku..

Yang buat aku rasa makin bengang tu, memang betul kata Shasha!! Penat aku tunggu dia balas. Tiba-tiba dia balas kata dia ngantuk, nak tido..Assalammualaikum, bye!

Terus taubat taknak sms dia lagi. Jumpa di fakulti pun aku lari. Malu.. Tau malu gak rupanya aku ni.. Dia pun senyap je. Langsung tak sms. Kene rejek lagila aku..

Tapi tiba-tiba tadi dia pulak yang start sms aku. Satu perkembangan yang sihat nampaknya. Jeng, jeng, jeng.. Ahahaha..

 

cerita 8

Respon dari dia memang baik. Aritu hampir terlepas buku kat tangan aku bila dia tiba-tiba datang dan tegur aku kat library. Menggelabah aku dibuatnya. Kat fakulti, dia makin berani. Tiap kali terserampak ngan aku, mesti dia senyum Padahal selama ini, dialah manusia yang paling kedekut senyuman yang pernah aku jumpa.

‘Efek’ pada diri aku?? Ehehe.. (gelak gatal) Aku tiba-tiba je boleh nampak jalan turap tar itam tu penuh dengan bunga warna-warni, tiba-tiba je rasa nak tersengih selalu (tak boleh kontrol lagi dah senyuman tu).. Bila berjalan rasa macam tak pijak tanah. Terawang-awang je rasa. Akibatnya?

Terpaksa mintak bantuan dari Fairus aritu untuk keluarkan aku dari longkang besar. Ngahahaa.. Tu lah akibatnya kalau jalan pun rasa macam dah tak pijak tanah kan?? Pijak longkang pun tak perasan. Patutnya langkah.. Macam ni kot rasanya orang tengah bercinta.. Bercinta ke aku? Ntahlah.. Padahal tak pernah declare apa-apa pun.. Borak ngan dia lama-lama pun tak pernah. Just ‘hi-hi bye-bye’ je.. Call dia pun aku tak pernah. Sms je.. Aku tak ready lagi kot..

 

cerita 9

Aku betul-betul kecewa kali ni. Kali ni memang frust sangat. Bukan macam selalu, frust kene rejek. Tu aku dah tak heran sangat. Tapi kecewa kali ni rasa teruk sangat. Rasa sesak nafas, sakit dada, macam ada batu besar hempap atas kepala, rasa dunia gelap gelita.. Ini ke perasaan orang putus cinta?

Rupanya aku yang syok sendiri. Aku bercinta sorang-sorang rupanya. Tadi aku call dia..buat pengakuan berani mati. Asalnya, cuma nak ucapkan ‘selamat bercuti’ sebab cuti semester dah nak bermula.. Tapi dia yang tiba-tiba tanya aku, kenapa aku boleh ada nombor telefon dia. La..baru nak tanya ke? Selama ni tak nak tanya.. Jawapannya, mestilah sebab aku minat dia!! Kalau takde kepentingan, buat apa aku nak susah-susah korek dari kawan-kawan dia cerita pasal dia, nombor telefon dia..??

..dan tadi, dia dah jelaskan sejelas-jelasnya, dia dah ada orang lain. Ayat-ayat seterusnya dari dia lepas tu aku dah tak dengar. Aduu.. sakit dada aku.. Parahnye rasa hati.. Bleeding ni!! Internal bleeding.. Help!!!

 

cerita 10

Bak kata pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar aL-Haj, “The most exciting adventure is when you begin the journey of self discovery”. Istimewanya manusia terletak pada akal. Namun hati tetap menjadi rajanya. Hati mahukan sesuatu, maka akal akan bertindak mencari jalan untuk mendapatkannya.

Tiba-tiba rasa macam pakar motivasi. Ehehe.. Bila aku fikirkan semula apa yang dah berlaku, aku sedar selama ini hati aku mahukan cinta..dan akal ku menurut kata hati, bertindak mendapatkannya walau apa jua cara. Tapi aku juga lupa kegunaan lain akal, berfikir sebelum menurut arahan hati..

Untuk apa sebenarnya aku asyik mengejar cinta? Sebab kawan-kawan lain bercinta? Sekarang Danny dah tinggalkan Myza untuk perempuan lain. Elly juga kecewa kerana lelaki yang disanjungnya selama ini juga pergi kerana ada benda lain yang hendak dikejar selain darinya.

Aku dapat rasakan kekecewaan mereka juga. Myza ke kelas dengan mata bengkak. Elly tidak bergurau dan ketawa riang seperti selalu.. Mereka menyibukkan diri dengan membuat kerja sambilan, menari di Saloma Bistro sekarang. Pulang saja dari kelas jam 5 petang, terus ke studio tarian di Jalan Gombak. Bukan dekat tu..KL dengan Bangi..Nak diikutkan, tak dapat apa-apa pun dari kerja susah payah tu. Gaji habis untuk duit minyak dan tol tiap hari. Kelas pun jarang dihadiri. Tapi aku faham, itu saja caranya untuk melupakan tekanan.. Jangan biarkan ada masa terluang untuk duduk sendirian dan meratapi nasib diri.

Takkan aku nak ikut jejak langkah mereka? Aku tiada langsung bakat dalam bidang tarian ni. Keras-kaku anggota badan ni menurut rentak lagu. Nak diikutkan, aku tidaklah seteruk mereka kecewa. Aku belum sempat merasa bercinta betul-betul pun.. Itulah.. orang bercinta, aku pun sibuk nak bercinta.. Orang putus cinta, aku pun dah merasa penangan putus cinta.. Hai..naseb..naseb..

Ah, jalan hidup ni masih panjang dan kisah hidup aku bukan sekadar untuk mencari cinta. Lagipun, aku masih muda lagi. Baru 23 tahun, nak masuk 24.. Apa nak dirisaukan?? Ehehe..

 

cerita 11

Habis dah cerita tentang aku. Sekarang aku dah jadi usahawan berjaya. Seorang businesswoman dengan degree Engineering. Inilah sebenarnya yang aku mahukan. Aku mahukan sebuah kedai kek seperti mana yang telah pun aku miliki sekarang. Ahahaa.. Kelakar bukan? Korang ketawakan lah aku. Bodoh betul, penat-penat je ambil Ijazah Kejuruteraan Elektrik, tapi akhirnya jual kek..

Tapi ini yang aku inginkan selama ini dan atas segala usaha penat lelah, aku berjaya mencapainya. Ijazah yang aku ada ini sebagai tanda aku mampu cemerlang walaupun dulu mak aku yang paksa aku mengambil bidang kejuruteraan ni..

..dan tidak lupa juga, aku bahagia sekarang. Aku akhirnya berjaya mencari cinta.. Walaupun suamiku ini jauh menyimpang dari citarasa aku.. tapi aku sangat-sangat cintakan dia.. Dia ni tak buruk langsung! Bahkan comel, lembut, penyayang, dan sangat memahami. Pakej lengkap seorang suami mithali. Suami dan 2 orang puteri ku inilah yang menjadi bukti kejayaan aku yang terbesar..


-tamat-

Cerpen sebelumnya:
Aku bukan yang kau sangka...
Cerpen selanjutnya:
Soyuzers... (Part 1+1/2)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.6
5 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
pinkyunki | Jadikan pinkyunki rakan anda | Hantar Mesej kepada pinkyunki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya pinkyunki
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 5) - Finale | 2691 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 4) | 2725 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 3) | 97 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | 2783 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1) | 2085 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1) | bacaan
Kisah Kau dan Aku | 4271 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya Cerita tentang aku..
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik