Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Jenaka

Joe Parachute

Cerpen sebelumnya:
LIPURLARA CINTA
Cerpen selanjutnya:
Petang Yang Suram ......

(Siri Alih Bahasa USA)

Apartmen De La Plata
2.45 am, 11/09/2001

“Mak!!!!!!!!”
“Tidak! Tidak! Tidak!”
“Harghhh….!!”

“Adoi!!!”

Serentak dengan itu Joe terbangun dari mimpinya sambil tangan memegang dan mengusap-usap pipi kanannya yang kesakitan. Di lihat Malique di sebelah merenungnya dengan muka yang marah.

“Ngape ko tampo aku?” Joe bertanya.

“Abih ko ni macam orang sasau, terjerit-jerit pagi-pagi buter ni pesal!? Terperanjat aku bodoh!” Malique menengking.

“Tu la tido tak basuh kaki dulu, dah tu mengigau….” pot pet pot pet pot pet , Malique mengomel dan berleter.

Joe hanya diam dan membiarkan ‘rap’ Malique itu semakin lenyap perlahan-lahan. Bila Malique berhenti berleter, Joe bersuara, “Sori..”

“Dah la, tido balik! Esok kang lambat lagi ko tu. Sekali lagi aku dengo ko menjerit-jerit, aku simbah air!” Malique memberi amaran. Malique membaringkan badannya semula ke tilam dan menarik semula selimutnya. Tidak sampai 5 minit Malique dah mula berdengkur semula.

Joe tidak dapat melelapkan mata semula kerana masih teringatkan mimpi ngerinya tadi.

“Hmm..aku ngigau sikit dah tampar aku, dia tu berdengkur, orang nak tido pun susah, aku terajang baru tau! Pakkal jer badan besar dari aku” detik hati Joe sambil merenung Malique yang sudah jauh lena bersama dengkuran yang kuat itu.

Joe kembali teringat mimpinya. Mimpi itu telah dialaminya sejak kecil lagi. Mimpi yang sama. Berulang-ulang. Mimpi yang misteri. Sampai sekarang Joe masih tidak mengerti maksud mimpi itu. Dalam mimpi itu Joe terasa seperti jatuh daripada tempat yang sangat tinggi. Jatuh terawang-awang. Suasana kacau bilau yang tidak di ketahui punca. Dan setiap kali apabila Joe hampir tertungkus ke bumi, Joe tersedar.

“Real giler mimpi aku ni.Arghh…” Joe malas nak berfikir lagi.

Setiap kali tersedar, badannya akan berpeluh-peluh dan dadanya berdebar-debar kencang seperti pagi ini. “Cuma pagi ini suwey sikit,..” detik Joe, “..ada tambahan tamparan di pipi kanan!”. “Binawe punya Malique! Arghh..tido balik la..kang esok lambat lagi pergi kerja”

9.25am, Ofis

“Tunggu! Tunggu! Nanti!”

Joe berteriak kepada penjaga lif bangunan tersebut.

“Terimakasih” Joe kepada penjaga lif sambil tersengih-sengih kemudian tertunduk malu setelah sedar ramai mata yang memandangnya.

“Berlagak lah lu!” detik hati Joe.

Lif tersebut penuh dengan eksekutif-eksekutif dan pekerja-pekerja bangunan tersebut. Di sebelah Joe, eksekutif perempuan, dengan skirt pendek dan blaus merah dengan haruman Christian Dior semerbak menusuk ke lubang hidung Joe di pagi itu.

“Julie, Julie kalaulah ko awek aku..” kata hati Joe.

“Tapi siapalah aku, budak pejabat je, ko tak pandang, aku pun tak berani tego..hmm” detik hati Joe terus berkata.

“Lain la mamat-mamat exec kat belakang aku ini. Pirah yang berlagak tu!”

Tiba-tiba Julie perasan yang Joe sedang memerhatikannya. Joe mengalih pandangan, tertunduk melihat kasut Nikenya yang sudah lusuh itu. Malu sendiri.

Ting! Tingkat 15.

Julie dan 3 orang keluar.

“Bye darling..” detik hati Joe.

Ting! Tingkat 25.

Baru sahaja Joe menapak ke dalam ofis itu, terdengar satu suara yang kuat memanggilnya.

“JOE!!!….”

Terus Joe pusing. “Alamak bos! Kantoi aku!”

“Mana awak pergi hah!? Dah pukul berapa ni?Lambat lagi! Apa alasan awak kali ini? Nenek meninggal kali kedua?! Tayar basikal pancit?! Kucing awak beranak?! Hah?! Awak ni…” pot pet pot pet pot pet, bos terus berleter.

“Rap lagi, eminem pun kalah!” detik hati Joe berkata, “Dah lah subuh tadi Malique rap, ni bos lak berleter. Nasib. Nasib..”

Joe tunduk sahaja diam mendengar leteran bosnya. Joe tahu semua orang di ofis itu sedang memerhati. Malu juga. “Buat bodoh je la. Salah aku jugak” detik hatinya.

“Hoi awak pekak ke? Saya tanya kenapa lambat!?” Jerit bos.

“Saya lupa bawak beg parachute saya bos. Jadi saya patah balik ke rumah. Sebab tu lambat” jawab Joe.

“Awak ni memang gila la Joe. Yang awak bawak parachute tu ke sana ke mari tu buat apa?! Hiss..tak paham la aku budak sekarang! Dah la, pergi kerja! Tak kuasa saya nak layan. Banyak lagi masalah kat syarikat ni saya nak selesaikan. Yang lain ni kenapa? Takde kerja ke nengok-nengok??!!” bos menyambung leterannya.

Tak pasal-pasal semua staff pun kena leterannya tempias marahnya pada Joe.

“Laura, saya nak keluar ni, tengahari baru balik. Apa-apa call handphone saya” pesan bos pada sekretari.

Keluar sahaja bos dari pintu ofis, serentak itu juga bebola-bebola kertas dibaling ke Joe oleh semua staff di situ.

Kemudian di ikuti dengan bebelan-bebelan.

“Hei Joe ko ni, aku plak kena marah ngan bos! Apeda!” teriak Jim.

“Joe, bangang la ko ni. Lain kali kalau lambat call la. Pandai la kitaorang cover. Budush! Kasi susah orang jer!” jerit Sally.

Kemudian disambung oleh 2,3 lagi staff di situ dengan kata-kata cemuh terhadap Joe.

“Harghhhhhhhhhh…!!” Joe menjerit.

“Wei korang ni seme nak memekak kat aku ni apsal?! Korang seme bayar gaji aku ker?! Korang bayar duit sewa aku ker?! Suka ati aku la, nak lambat ke, cepat ker, datang ke, tak datang ke? Korang tak suke, pergi mamposs!!”

Semua terdiam.

“Aku tak campur hal korang, korang jangan campur hal aku. Kau Sally, apa budushkan aku?! Ko tu yg suke gossip dan mengumpat orang, curi tulang jugak, kepochi!. Jim, ko tu buang masa suka surf porno site pakai pc ofis aku tak bising pun! Angie ko tu suka bergayut kat phone dengan boyfren ko berjam-jam, aku tak campur pun! Apa korang ingat korang bagus sangat ke?! Pirah!!” sambung Joe dan terus berlalu ke pantry di belakang ofis.

Muka Laura, Sally, Jim, Angie, Frank dan lain-lain berubah. Suasana tenang sikit. Cuma ada yang masih berbisik-bisik lagi.

“Joe, sabar Joe. Duduk dulu o.k. Auntie buatkan hot choc nak tak?” perempuan negro 50an cleaner ofis itu memujuk Joe. “Terimakasih Aunt Bella” jawab Joe.

“Kenapa Joe lambat?” suara lembut Aunt Bella bertanya sambil membancuh hot choc itu.

“Ermm.. ala..biasa la..bangun lambat, takde pe la aunt” jawab Joe. Joe hormat dan sayang Aunt Bella macam ibu kandungnya sendiri. Perempuan negro ini sahaja yang ambil berat pasal Joe di ofis ini. Makan minum tak. Ada duit, takde. Semua Aunt Bella akan tanya selalunya. Sebab Aunt Bella pun tiada anak dan suaminya telah meninggal dunia 10 tahun lepas. Jadi Joe ini dianggap macam keluarga dan anaknya sendiri.

“Sudah. Minum ni. Biskut pun makan. Aunt tahu ko belum sarapan lagi” tutur Aunt Bella. Joe mengangguk-angguk kepala sambil mulutnya mengunyah biskut cracker itu.

Habis makan Joe ke depan ofis. Laura sekretari ofis menegur Joe. “Joe dokumen ini kena hantar ke tingkat 15 sekarang” katanya sambil menulis sesuatu. Matanya tidak melihat Joe pun. Apabila sedar Joe tidak memberi respon, Laura mendongak melihat muka Joe dan berkata “Please”. Joe tersenyum sambil mengambil dokumen dari tangan Laura lalu bergerak ke arah pintu lif.

Ting! Lif terbuka dan Joe melangkah ke ofis tingkat 15 itu. “Hai tumpang tanya, kat mana Department Reconciliation?” tanya Joe pada staff di situ. Staff tersebut menunjukan arah dan Joe mengucapkan terimakasih lalu berlalu pergi.

Joe mengetuk pintu ofis department tersebut dan terdengar teriakan “Masuk”. Dia menolak daun pintu dan melangkah masuk. “Alamak Julie la my sweetheart!” detik hati Joe berkata. Tiba-tiba dada dan jantung Joe berdedar kencang dan laju selaju keretapi elektrik berluncur.

“Ya, boleh saya tolong awak?” kata Julie. “Hello, boleh saya tolong awak?” ulangnya lagi. Joe tersentak, tak sedar dah 3 minit dia tercegat kat situ tanpa berkata-kata.

“Arr..sa..sa..saya nak awak” kata Joe terketar-ketar. “Hah! Apa awak cakap?” balas Julie terperanjat sedikit. “Eh..bukan..bukan..maksud saya, saya nak bagi awak dokumen ini” jawab Joe dengan cepat. Malu sungguh Joe sebab tersalah cakap tadi.

Julie menghampiri Joe dan mengambil dokumen di tangan Joe. Terbau haruman wangi lagi bila Julie dekati Joe. Terus Joe mengelamun dan berangan lagi.

“Er..ada lagi tak?” Julie bertanya apabila melihat Joe masih berdiri di situ. Tiba-tiba Joe tersentak lagi dari lamunannya. “Er..takde , itu sahaja. Terimakasih” jawab Joe kemudian menyambung “Cuma..” dan “Cuma..saya nak..”

“Awak nak apa lagi?” tanya Julie. Sebenarnya Joe ingin mengajak Julie makan tengahari bersama tetapi suaranya tidak boleh keluar.

Tiba-tiba terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Bilik ofis itu bergegar dan bergoncang dengan kuatnya. Habis kerusi, meja dan kertas-kertas bertaburan. Keadaan tunggang langgang. Joe hampir-hampir terjatuh. Julie menjerit ketakutan. Suasana kelam kabut. “Gempa bumi di New York?” detik hati Joe.

Joe menarik tangan Julie keluar dari bilik itu dan ke ruang hadapan ofis. Suasana yang sama. Orang ramai berlari-lari dan menjerit-jerit. Keadaan kucar-kacir. “Apa yang dah berlaku ini?”
Joe bingung.

Julie menangis dan berpaut pada Joe. “Macamana ni? Apa dah jadi?” sambil teresak-esak Julie bertanya pada Joe.

“Tak tahu. Tak tahu. Jom kita ke tingkap nengok” ajak Joe.

Mereka ke tingkap dan terlihatlah bangunan sebelah mereka telah runtuh. “Huh!” Joe terperanjat. Suasana semakin kelam kabut. Gegaran semakin kuat. Hampir-hampir Joe dan Julie tersungkur. Joe mengambil kerusi besi dan melontar ke arah tingkap kaca ofis itu.

Habis berkecai tingkap kaca itu pecah. Angin menderu masuk. Joe memegang tangan Julie dan berkata “ Peluk kuat-kuat badan saya dan pejamkan mata o.k ! percayalah!”

Sepantas kilat Joe merangkul Julie dan melompat kelur dari tingkap bangunan itu.

Poof!! Parachute Joe terbuka. Mimpi Joe selama ini menjadi kenyataan. Tapi kini bukan mimpi ngeri tetapi kenyataan yang indah. Bersama gadis impiannya dalam pelukan dan terapung-apung di awangan perlahan-lahan jatuh ke bumi.

Segala misteri mimpinya terjawab. “Syukur aku dan Julie selamat” detik hatinya berkata.


Pentagon, National Security Agency (NSA)
2 HARI KEMUDIAN

Lampu meja di suluhkan ke muka Joe. Sudah 20 minit Joe di tahan di bilik gelap ini dan di soal siasat oleh beberapa agen FBI itu.

“Cakap sekarang, apa hubungan awak dengan Al-Qaeda?! Di mana Osama sekarang?!!”


Sementara itu di Malaysia pada waktu yang hampir sama.

Kuala Lumpur, Interpol Agency

“ Cepat mengaku dan beritahu kami di mana pusat gerakan Osama bin Laden!”

“Sila bagi kerjasama sebelum tindakan dikenakan terhadap anda!”

Soalan bertubi-tubi diajukan kepada pelakon dan pelawak veteran Malaysia itu oleh agen FBI itu.

“Tolonglah encik saya takde kena mengena dengan Osama encik. Saya tak kenal pun dia. Bukan sedara pun. Tolonglah encik. Nama saja nak dekat sama. Tolonglah” jawab Mr. Os.

Cerpen sebelumnya:
LIPURLARA CINTA
Cerpen selanjutnya:
Petang Yang Suram ......

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.4
5 Penilai

Info penulis

kyrie

mosh | Jadikan mosh rakan anda | Hantar Mesej kepada mosh

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mosh
SAMAR 1.1 (sambungan) | 1673 bacaan
SAMAR 1.0 | 2059 bacaan
TGOL : Part IV, About Arguments | 5030 bacaan
Malam Suwey Untuk Julia | 6845 bacaan
Boy O' Boy | 3969 bacaan
Panas Dalam | 2638 bacaan
Cerita Satu Pagi | 4847 bacaan
What If I'm Superman... | 3817 bacaan
Letter To Friends, Me, Myself & I | 3703 bacaan
MEETINGS & PARTINGS AND THE IN-BETWEENS | 3229 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

22 Komen dalam karya Joe Parachute
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik