Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SAMAR 1.0

  • 5
  • mosh
  • 13 years ago
  • 3,025
  • FREE

 

SAM

Aku tak boleh tidur lagi. Bergolek-golek ke kiri ke kanan macam mentimun dalam ‘half pipe ramp’ papan luncur. Resah tak menentu di bawah kipas angin warna merah hati. Sekejap. Aku tahu mengapa aku gelisah. Pokok permasalahan adalah perempuan itu. Dialah penyebabnya. Punca seksa aku sekarang. Tapi kenapalah dia begitu?

Orang kata ‘peperangan’ jantina ni sememangnya tiada akhir. Orang katalah. Mungkin betul. Kalau masing-masing fikir dia lebih baik daripada seorang lagi dan masing-masing tak mahu mengalah, mana nak ada penamat?

Tapi aku tak mahu berperang dengan dia. Aku mahu dia faham sahaja. Di akhir hari, aku mahu dia dan aku gembira. Itu sahaja. Semua orang gembira!

Jam dah pukul 3.20 pagi. Ah! Masih belum boleh lelap!

Kalaulah dia macam internet mungkin senang. Haha.

Hai dalam pening kepala ni pun aku boleh gelak dalam hati. Tapi aku masih waras dan masalah ini belum jatuh dalam kategori kronik untuk aku jadi gila.

Iyelah, cuba aku bayangkan, Marina Binti Mohd Kassim seorang, eh bukan seorang, sebuah komputer peribadi feminin bercapaian internet jalur lebar. Dan aku tuan punya komputer ini. Haha.

Ketawa lagi. Belum, aku belum gila lagi beb.

Senang bukan kalau nak jawapan dari Mar. Aku klik pada enjin carian dan taipkan soalan-soalan hati ini. Presto! Dalam beberapa saat mesti ada jawapan. “Kenapa awak semacam je hari ni?”, “Kenapa awak diam je bila saya tanya?”, “Saya ada buat salah ke?”, “Awak suka kawan dengan saya tak?”…

Ok, mungkin lebih tepat kepada cadangan-cadangan jawapan. Ah, daripada tiada langsung respon, lebih baik seribu kemungkinan jawapan. Mar kalau marah mesti dia akan malas layan aku. Aku tanya dia buat bodoh je. Silent treatment konon. Ah ni semua mesti pengajaran daripada cerita-cerita romantik wayang Hollywood atau telenovela di tv dan novel-novel chick lit yang Mar baca. Orang dulu-dulu kata diam tu tandanya suka tau Mar. Haha.

Ok, mungkin aku gila sekejap. Tapi sampai bila Mar nak macam gitu? Takkanlah perkara kecil macam ni dia nak marah aku sampai kiamat?

Kecik pada engko, pada dia besar mana engko tahu bodoh!”

Hoi sapa plak ni sound-sound aku ni? Sah aku gila!

“Belum lagi la ngok, aku suara kedua dalam otak kau, buat ko fikir panjang! Supaya ko tak sorang-sorang”

Tapi kenapa kau sokong Mar? Aku yang salah ke?

“Entah, ko anggaplah aku sparing partner bila ko fikir ok, tapi aku mungkin bahagian otak ko yang lebih feminin dalam soal ini, soal-soal lain aku akan jadi antagonis fikiran ko

Kalau begitu baik kau diam je dulu ok, aku penat ni. Letih nak fikir lagi. Aku nak tidur!

Nota :
1. 'Samar' ni tajuk sementara je atau mungkin kekal kalau aku takde idea tajuk lain :P
2. Aku tulis tadi 9.30am. Belum tido dari semalam 6pm.
3.Aku akan sambung impromptu ni bila sempat nanti. Aku tak letak kat bhg novel sebab aku susah nak commit nanti, biar mcm ni senang, org kata "if u want to eat an elephant, you hafta eat it bit by bit ;)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) okeh..
    *menantikan sambungannya*
  • 2) dtg membaca..
  • 3) oh...
    okeh2..
    cepat sambung keh!

  • (Penulis)
    4) azni, tam & baby : thnks. InysaAllah akan sambung
  • 5) hehe ni main pendek2 gak ni. mana aci nih. hehe.
    hmm menunggu percambahan konflik cerita ni!

Cerpen-cerpen lain nukilan mosh

Read all stories by mosh