Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 5) - Finale

Cerpen sebelumnya:
Mega Jingga
Cerpen selanjutnya:
Celoteh Mama (Fragmen Karya)


        "Boleh bagi kami masa lagi?"

        "Kami tak kisah.. Kamu ambilla berapa banyak masa yang kamu nak. Kami tak paksa kamu.."

        "Tapi.. maybe lama sket.. Sampai hujung tahun ni. Kami kan baru je masuk U. First sem ni kene struggle sket. Kami harap, kamu faham.." Hujung tahun ni, Disember 2002.. bermaksud genap 2 tahun aku single. Aku rasa, Roslan tak perlu tahu tentang bet bodoh antara aku dengan Mimi.


Nota penulis : Sila rujuk pada KAMU (Siri 4) untuk penjelasan lebih lanjut.


        "Hujung tahun ni? 4 bulan lagi kan?"

        "Yep.. boleh ke?"

        Senyap. Tiada balasan dari Roslan.

        "Hello, kamu?"

        "Hello.. Kami tak kisah.." Ada sedikit perubahan pada nada suara Roslan. Mendatar.

        "Kamu? Kamu ok ke?"

        "Ok.."

        "Kita masih kawan kan? Kamu akan telefon kami macam biasa kan?" Ada sedikit kerisauan di situ. Aku sukakan Roslan. Aku tak mahu kehilangan dia. Aku harap keputusan aku kali ini tepat. Aku perlukan lebih masa untuk mengenali dia. Aku tak mahu hubungan kali ini berakhir seperti hubungan-hubungan aku yang lepas.

        "Mestilah! Malam ni kamu nak dengar lagu apa?"

        "Cinta! Flop Poppy.. Lagu wajib.."



.......................................................



(16 April 2003)



        Hari lahirku. Aku tak berdaya untuk menahan kolam air mata daripada terus melimpah keluar. Aku patut keluar bergembira hari ini. Aku bukan tidak tahu, kawan-kawanku sudah siap sedia dengan kek harijadi istimewa untukku.. tapi aku tetap dengan keputusanku untuk terus mengunci diri dibilik. Ketukan dipintu dari siang tadi tidak kuhiraukan. Volume walkman kukuatkan agar aku tidak dengar suara bimbang rakan-rakanku dari luar bilik. Lagu 'In The End' nyanyian Linkinpark terus berkumandang di gegendang telingaku entah buat kali yang ke berapa.

        Aku kecewa lagi. Aku gagal lagi dalam hubunganku dengan insan bergelar lelaki. Entah di mana silapnya, aku kurang pasti. Kali ini dengan Syed.


        Syed.. bukan Roslan.

        Roslan menghilang entah ke mana. Panggilan terakhir darinya, bulan Ogos tahun lepas.. waktu aku memintanya untuk 'menunggu keputusanku' selama 4 bulan. Dia terus menyepi. Aku cuba menghubunginya juga, tapi gagal. Taliannya sudah ditamatkan.

        Waktu itu, aku sangat merasai kehilangannya. Dia bukan saja kawan berkongsi tawaku, tapi dia penghibur setia malamku. Menyesal? Terkilan? Kecewa? Tak dapat nak kugambarkan dengan kata-kata.

        Aku bukan sengaja 'jual mahal'.. tapi aku percaya pada takdir dan ketentuan-Nya. Kalau betul ada jodoh antara kami, tak mustahil dia akan setia menungguku. Kalau betul hubungan ini akan kekal, masa akan menentukan segalanya. Aku tak mahu terlalu cepat membuat keputusan dan kecewa lagi. Aku perlukan masa untuk menilai sejauh mana keserasian antara kami supaya kejadian lama tidak berulang. Aku mahu segalanya sempurna kali ini.

        Namun semua yang terjadi ternyata diluar dari jangkaanku. Roslan terus menyepi. Membawa diri, mungkin? Dia menganggap jawapanku sebagai tanda noktah baginya? Dia tak sanggup menunggu lama? Entahlah.. terlalu banyak persoalan yang tiada jawapan.


        Syed tiba-tiba saja hadir dalam hidupku dikala aku sedang lagi berperang dengan perasaanku terhadap Roslan. Aku terlalu kecewa untuk berfikir dengan waras ketika itu. Aku terima saja dia dengan harapan dia dapat membantuku melupakan Roslan.

        Aku tak nafikan, itu kelemahan terbesarku sebagai perempuan. Jiwa yang lara padaku ubatnya hanya satu, cari pengganti baru secepat mungkin. Itulah yang terjadi dalam hampir semua hubunganku sebelum ini. Tak mustahil, itu juga penyebab utama aku selalu gagal dalam bercinta. Sebab itulah aku perlukan masa untuk mengenali Roslan, tapi lain pula yang terjadi. ..dan kali ini, tanpa sedar aku mengulangi tabiat lamaku kembali.

        Hubungan dengan Syed tak seindah yang kuimpikan. Dia romantik, tapi panas baran orangnya. Pagi ini dia mengamuk, petang dia datang dengan bunga ros. Dia manusia yang sering lupa pada janji, tapi pandai memujuk hati perempuan sepertiku. Mulutnya sering manis dengan kata-kata, tapi ada masa dia garang seperti harimau. Hampir-hampir juga tangannya naik ke pipiku kerana aku lancang membantah kata-katanya, tapi kemudian dia pandai mengambil hatiku semula. Dia tau kelemahanku dimana. Dia tahu aku ni cuma keras umpama kerak nasi.

        Aku sedar, aku takkan lama bertahan dengan insan seperti Syed. Boleh gila jadinya. Kejap menangis, kejap senyum. Ada sesuatu yang kurang dalam hubungan kali ini. Hatiku tidak sepenuhnya untuk Syed. Aku tak pasti samada ada cinta untuknya atau tidak. Aku masih cuba bertahan. Aku banyak bersabar dengan kerenah Syed.


        Hari ini, kesabaranku sudah melampaui limitnya. Syed sudah berani mempergunakan kelemahanku. Duit PTPTN ku sudah banyak habis 'kupinjamkan' kepadanya. Masa senangku habis dengan membantunya menyiapkan kertas laporan praktikalnya. Tiada ucapan terima kasih langsung, bahkan maki hamunnya yang kuterima atas kesilapan yang tak kusengajakan. Itu semua masih mampu kumaafkan.

        ..tapi hari ini, dia benar-benar menguji kesabaranku. Sudahlah lupa tarikh istimewaku harini.. Lupa janji nak datang. Sekali, terang-terang depanku aku ternampak dia berpegangan tangan, bergembira dengan perempuan lain. Dia tak sedar ada hati sedang remuk berkecai memerhatinya dari jauh.


        Kata putus sudah kuberikan. Aku benar-benar kecewa. Bukan kecewa dengan Syed, tapi kecewa dengan diriku sendiri. Entah sampai bila aku akan terus begini. Aku bukan player yang sengaja mahu mempermainkan hati orang lain. Aku sebenarnya mempertaruhkan hati aku sekali dalam setiap hubungan yang aku bina. Aku cuba berikan yang terbaik.

        Dengan Azmi, cinta pertama yang dibina hampir 2thn.. gagal kerana aku merasakan dia kurang memberikan perhatian terhadapku. 2 tahun hubungan, hanya 2 kali bertemu muka. Itupun aku yang beriya untuk berjumpa dengannya. Dengan Izham, aku terlalu kecewa dengan pencapaiannya. Aku sudah jauh kedepan, dia masih lagi terkapai-kapai tiada arah dibelakang. Aku perlukan insan yang setaraf agar masa depanku nanti terjamin. Dengan Zaini, aku betul-betul angau dengannya. Tapi ada sempadan yang aku limitkan disitu. Padaku, itu sekadar cinta zaman sekolah. Tak perlu diteruskan kerana masing-masing ada cita-cita besar untuk dikejar. Banyak lagi contoh hubunganku yang tidak berjaya. Kali terakhir, dengan Zaki. Hubungan kami tak direstui keluarganya. Aku pun tak tahu di mana kekurangan diriku sampai mereka beriya pisahkan kami. Kemudian aku terus 'bertapa' dan menyendiri selama 2 tahun dan bila aku rasakan sudah sampai masanya aku benar-benar sedia, Roslan pula menghilang. Hai.. apalah nasib diriku ini..

        Mungkinkan aku yang terlalu ego? Mahukan sesuatu yang sempurna untuk diriku? Dengan Roslan, aku sudah tolak jauh ketepi semua kriteria lelaki idamanku. Dia tidak tinggi lampai dan handsome bergaya. Dia tidak berpelajaran tinggi seperti Zaini. Dia tidak kaya seperti Zaki. Namun dia menghiburkan. Dia pandai mengambil hatiku. Dia peramah. Dia buatku terlena dengan lagu-lagu merdunya..

       

        Jam sudah hampir pukul 1 pagi. Suasana hostel sunyi sepi kerana waktu-waktu begini penghuninya ada yang sudah lena dibuai mimpi dan ada yang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran. Mataku masih terkebil-kebil mengira luas siling bilik kecilku. Semester kali ini aku bertuah kerana dapat sebuah bilik kecil untukku seorang. Tak perlu berkongsi dengan sesiapa.

        Mataku bengkak kerana terlalu banyak menangis. Peningku semakin melarat dan suhu badanku juga bertambah. Rasa sejuk dan panas bertukar-ganti menyesakkan dadaku. Dalam pandangan yang semakin berpinar, botol ubat kucapai. Aku tak mampu untuk mengira berapa biji pil yang masuk kedalam kerongkongku. Pandangan semakin kelam dan malam kurasakan semakin sepi..



...........................................................................


        Aku membuka mataku perlahan-lahan. Ada denyut kuat didahi dapat kurasakan. Kornea mataku mula membenarkan cahaya masuk sedikit demi sedikit.

        Putih. Sekelilingku dipenuhi dengan warna putih. Aku mula panik. Di mana aku sekarang? Gegendang telinga mula menangkap bunyi disekitarku. Otakku mula bekerja keras membenarkan setiap saraf tubuhku menghantar informasi untuk diproses.

        Sudah matikah aku? Apa yang terjadi? Aku benar-benar keliru. Aku cuba menggerakkan tanganku tapi tak berdaya. Aku menjerit meminta tolong tetapi tiada suara yang keluar dari kerongkongku. Nafasku semakin sesak. Mata kupejamkan rapat-rapat.


        "Elina!"

        Ada suara yang memanggil namaku. Perlahan, aku membuka mataku kembali. Kali ini aku cuba bertenang dan membiarkan otakku untuk menjalankan fungsinya dengan sempurna. Aku amati betul-betul wajah dihadapanku. Nina, bekas room mateku dan Zura, jiran bilikku. Aku amati kawasan sekelilingku. Agak asing buatku.


        "Syukurlah, ko dah sedar. Ko kat hospital ni. Dah 3 hari ko tak sedarkan diri. Aritu ko demam teruk, kitorang jumpa ko pengsan kat bilik. Before tu ko berkurung 1 hari, tak makan, tak keluar bilik.. so kitorang risau. Panggil warden, bukak bilik ko. Nasib baik kitorang cepat. Doktor kata ko overdose, amik pil banyak sangat. Kalau lambat pegi hospital.. susah nak selamatkan.." Nina menjelaskan segala-galanya.

        "Ko jangan la buat kitorang risau lagi tau.. Kalau ada problem, share la ngan kitorang. Jangan simpan sorang-sorang.." Zura menyuarakan kebimbangannya.

        Aku angguk. Terlalu lemah untuk membalas dengan kata-kata.

        "Mak ko dah 3 hari dah tidur kat hospital ni. Ni aku suruh dia pegi rehat dulu, makan lunch. Kitorang stay jaga ko." Zura menambah.

        "Ko rest dulu, kitorang kuar jap. Kitorang pegi panggil mak ko ek?" Nina mula bangun, diikuti Zura meninggalkan aku sendirian dibilik.


        Aku mula mengelamun sendirian. Masih lagi keliru, tetapi ada rasa lega disitu kerana aku masih diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah..


        Pintu bilik diketuk. Mungkin Mama..


        "Hai.. kamu apa khabar?"

        Aku seakan kurang mempercayai mataku. Roslan?

        "Ibu kami kata, mama kamu amik emergency leave sebab kamu sakit. Jadi kami datang sini nak jenguk kamu.." Roslan berjalan perlahan menghampiri katilku.

        Aku masih lagi kaku, membisu.

        "Kami minta maaf sebab lama tak contact kamu. Nanti-nanti kami cerita ye? Sekarang ni, yang penting.. kamu dah sedar. Hope kamu sihat cepat-cepat. Nanti kami boleh datang lagi jumpa kamu.. nak tunaikan janji.."

        "Janji?" soalku. Otakku masih terlalu lemah untuk memproses maklumat-maklumat lama dari laci ingatan.

        "Kami pernah janji dulu, nak main gitar depan kamu.. Sekarang ni kat hospital. Tak bolehla nak main gitar. Nanti ganggu pesakit lain.." Roslan tersenyum. Senyumannya cukup untuk membahagiakanku. Hatiku terasa hangat dengan adanya sedikit sinar bahagia. Ada kuntum-kuntum baru mula tumbuh menggantikan bunga-bunga yang layu.

        "Kami rindu nak dengar kamu main gitar.." Aku bersuara perlahan, antara dengar dengan tidak.

        "Rindu gitar kami je? Kami kamu tak rindu ke?" Roslan mengusik.

         Ada rona-rona merah dipipiku yang tak mampu untuk kusembunyikan lagi. Inilah hadiah harijadi paling istimewa untukku.. Roslan..



.....................................................................




        --TAMAT--





       


       

          








Cerpen sebelumnya:
Mega Jingga
Cerpen selanjutnya:
Celoteh Mama (Fragmen Karya)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
pinkyunki | Jadikan pinkyunki rakan anda | Hantar Mesej kepada pinkyunki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya pinkyunki
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 4) | 2746 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 3) | 123 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | 2815 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1) | 2118 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1) | bacaan
Kisah Kau dan Aku | 4303 bacaan
Cerita tentang aku.. | 10735 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 5) - Finale
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik