Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Bahagiaku Untukmu

Cerpen sebelumnya:
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final)
Cerpen selanjutnya:
KAK EEETONNNNN....... 3

  Skuter biru itu dipecut selaju mungkin. Tak mahu dileter kerana terlambat menghadiri kelas. Memang inilah dia. Tak gemar dileter, berleter, dan meleter. Nanti boleh berasap telinga dibuatnya. Di satu persimpangan, seorang gadis terkocoh-kocoh menuju ke perhentian bas. Dia telah terlewat untuk menghadiri temu duga. Sebuah skuter biru mencuri perhatiannya. Malangnya, tanpa disengajakan penunggangnya terlanggar lopak air di atas jalan lalu memercik mengotorkan pakaian gadis itu! Pemuda itu serba salah. Dia tayang muka selamba dan sempat mengenyitkan mata kepada gadis itu. Tanda minta maaflah konon. Untuk memberhentikan skuter tidak sekali. Kelas lebih penting pada waktu ini!

Tetapi tanggapan gadis itu tentunya berbeza dengan Azril. “Alamak! Baju aku… Habislah! Nak pergi temu duga macam mana?” Dia membebel sendiri. Mahu tak mahu terpaksalah dia berpatah balik ke rumah. Mujur tak jauh… satu kilometer pun tak sampai. Dia cam muka mamat tadi betul-betul. Nanti kalau jumpa semula, senang sikit dah kenal muka.


“Malam ni nak lepak mana? Bosanlah aku duduk kat rumah tu. Macam celaka!” Dengus  Azril. Bibirnya dijuihkan. Nampak sangat bengang.

“Ala, port biasa lah beb! Macam pelik pulak.” Izzul menyambung. Bahu sahabatnya ditepuk-tepuk. Amir tersenyum sumbing. Sekadar memandang gelagat dua sahabat karibnya.

“Mana si Farid ni? Tak nampak batang hidung dari tadi. Lembap betul,” Azril ketap bibir. Bosan menunggu mamat seorang ini. Tapi dalam lambat pun, Farid lah yang paling dia sayang. Mana taknya, dari kecil mereka berdua begitu kamceng.

“Ha! Tu pun, panjang umur dia,” Azril tersenyum pula. Lega melihat kedatangan sahabatnya.

“Sori la wei. Aku ada hal tadi. Kucing nak beranak,” Terbahak-bahak tiga orang pemuda tersebut ketawa. Alasan Farid kali ni betul-betul melucukan.

“Korang ni takde kerja gelakkan aku eh?” Farid angkat penumbuk. Berniat untuk mengusik Azril, Amir dan Izzul.

“Lek ek leh…takkan tu pun nak kasi buku lima, Farid. Cool bro!” Sekali lagi mereka gelak beramai-ramai. Farid tak jadi nak teruskan usikan, dia ikut sama gelak.

“Jomlah wei, gerak sekarang. Nanti ramai pulak yang berebut nak conquer port strategik kita.”

Tanpa membuang masa, mereka memakai helmet dan menghidupkan enjin skuter masing-masing. Empat sahabat ini begitu menyayangi skuter mereka kerana bagi mereka skuter inilah yang banyak berjasa. Mereka mencurahkan sepenuh kreativiti pada skuter ini dengan mengabadikan imej masing-masing pada skuter sendiri dalam pelbagai pose menarik. Azril memilih warna biru, Amir pula dengan warna ungu kegemarannya, Izzul memilih hijau yang diminati dan Farid takkan lekang dengan warna merah pilihannya.  Tak hairanlah skuter mereka berempat sering bergilir-gilir memenangi pertandingan skuter tercantik dan kreatif.

“Woit! Siapa pulak yang menggelabah kacau daun ni?” Soal Azril bengang. Baru je nak tanggal helmet dah nampak dua tiga orang kutu yang entah dari mana datangnya melepak di tempat mereka.

“Entah? Aku tak kenal langsung. Baru first time je nampak muka kutu-kutu ni,” balas Farid. Amir dan Izzul berpandangan. Mereka angkat bahu.

“Nak ajar ke?” Azril geleng kepala.

 “Biarkan jelah. Tempat ni bukannya ada tulis nama kita pun. Hak awam, sesiapa pun boleh datang. Lagipun, geng kita ada prinsip tersendiri. Merokok, bergaduh, ponteng kelas dan perempuan bukan kerja kita. Jadi, buat tak tahu je ngan dorang ni,” ujar Azril bersahaja.

Dia memang bencikan pergaduhan. Bukan kerana tak tahu mempertahankan diri, tapi…argh! Panjang ceritanya. Bab merokok pulak apa barang? Bukan bertambah macho pun kalau merokok. Perempuan? Ehm… maaf. Belum masanya untuk bercinta. Jika bercinta sekadar untuk mempermainkan, baik tak payah. Ada apa dengan cinta? Ada apa dengan perempuan? Mereka berempat begitu serasi dari segi pemikiran dan perwatakan. Kesemuanya tidak mudah mendamba kasih daripada insan bernama wanita. Bukan bermakna mereka mencintai kaum sejenis, tetapi mereka lebih percaya pada cinta yang tulus ikhlas, biarpun sukar menemuinya, tetapi cinta itu melekat di sanubari. Bukan setakat hari ni jumpa, terus bercinta, esok berpisah. Apa gunanya begitu? Daripada membuang masa eloklah ketepikan dulu hal ini. Sedang asyik memerhatikan gelagat kutu-kutu tadi, telefon bimbitnya berdering.


“Hello, kak. Ada apa?” Azril separuh menengking.

“Ril kat mana tu? Baliklah, dah lewat malam ni. Akak bimbanglah.” Dia merengus. Pantang ditegur sebegitu.

“Yang akak sibuk-sibuk ni kenapa? Tahulah Ril jaga diri. Ikut suka Rill ah nak balik pukul berapa sekalipun,” ucapnya kasar.

“Ril…” Tak kuasa nak dengar bebelan seterusnya, Azril matikan telefon.

“Aku kena chow dulu lah. Siren dah bunyi. Jumpa esok,” Enjin skuter dihidupkan. Helmet dipakai kemas. Lalu Azril memecut selajunya.

Sesampainya di perkarangan rumah, Azril mematikan enjin skuternya. Dia terhendap-hendap melangkah masuk. Selangkah lagi menghampiri pintu biliknya, kedengaran derapan tapak kaki. Sah! Sabrina tahu dia dah balik.

“Ril, tolonglah jangan balik lewat sangat. Akak bimbang, Ril. Nanti kalau jadi apa-apa pada Ril apa akak nak buat?” Azril menghentikan langkah. Dia berpaling semula. “Akak tak payah ambil tahu pasal Ril. Jaga je laki akak tu baik-baik. Ril tak susahkan akak macam dia!” Membulat mata Sabrina. Tak disangka adiknya akan bersuara selantang itu. “Ril, jaga sikit mulut tu. Akak cuma nak nasihatkan Ril. Ril satu-satunya adik yang akak ada,” balas Sabrina perlahan. Masih berlembut, cuba bertolak ansur terhadap kata-kata Azril.

“Sudahlah kak! Ril malas nak dengar. Ril bencikan akak! Ril benci semua orang dalam rumah ni!” Serentak itu pipi Azril terasa perit. Sabrina terkedu. Terketar-ketar tangannya. Setitis dua air hangat menyentuh pipi. Azril menghela nafas dalam-dalam. Dia mengetap gigi. Kolam mata terasa hangat.
“Argh!” Dia melangkah ke bilik dan menghempas pintu sekuat hati.
Helmet dan jaket denim kesayangannya dicampak  ke katil. Dia menghentak dinding. Sakit atau tidak itu semua belakang kira. Hatinya lebih sakit berbanding tangan. Lama dia menyandar pada pintu. Sungguh dia merasa sebal. Sakit hati mengenangkan perlakuan lelaki durjana itu, juga sakit hati kerana melihat Sabrina seperti orang bodoh. Sanggup dipergunakan oleh suami sendiri.

‘Maafkan Ril, kak. Maafkan Ril. Ril geram tengok keadaan akak macam tu. Bukan suka-suka Ril nak melawan akak,’ bersama ucapan yang terzahir dalam hatinya berjuraian air mata membasahi pipi.

‘Maafkan akak Ril. Akak tak sengaja. Akak memang bodoh. Masih tegar memihak suami sendiri. Tapi… Ril perlu tahu. Ril paling akak sayangi,’ Sabrina teresak-esak. Kesal kerana naik tangan di muka adiknya tadi. Bukan kehendaknya untuk menggunakan kekerasan tetapi dia terlalu marah dengan kelantangan Azril.


Pagi-pagi lagi Azril bangun. Dia mahu keluar seawal mungkin bagi mengelak bersua muka dengan Nizam. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

“Minum dulu, Ril,” Pelawa Sabrina. Azril angkat muka. Tadi dia sengaja jalan menunduk, tak mahu memandang sesiapa sekalipun Sabrina.

“Tak pelah kak. Ril tak nak minum. Takut muntah nanti,” Nizam merenung tajam wajahnya. Azril buat bodoh. Terus berlalu keluar. Sabrina mengeluh. Faham benar dengan sindirian Azril terhadap suaminya.

“Adik awak tu tak habis-habis kurang ajarnya,” ujar Nizam perlahan namun kedengaran sinis. Sabrina buat-buat tak dengar. Dia terus saja menuang air ke dalam cawan suaminya. Nizam menepis cawan yang diunjukkan oleh Sabrina. Isterinya tersentak.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Jangan nak buat tak tahu pulak!” Tengking Nizam. Rambut isterinya ditarik. Sabrina mengaduh.

“Abang tolonglah jangan macam ni. Kasihankanlah Ina. Tolong…” Rayuan isterinya tidak dipedulikan. Bagaikan manusia yang tidak berperasaan, tubuh Sabrina ditolak hingga terdorong ke tepi sinki. Paha isterinya disepak sekuat hati. Pipi wanita itu ditampar bertubi-tubi.
“Abang! Tolong jangan… Anak kita…” Rayu Sabrina dalam esak tangisnya. Apakah nasib yang menimpanya selepas ini? Hanya Allah yang tahu…Nizam terus berlalu tanpa mempeduilkan  Sabrina yang sedang kesakitan. Dia tak mendengar ayat terakhir isterinya. Sabrina cuba untuk bangun, namun badannya terasa begitu lemah. Perutnya semakin memulas…pandangannya kelam untuk terus berpijak.

“Lah! Kelas batal pulak hari ni. Buat penat aku naik skuter lima belas minit. Bengang betul aku. Balik tidur lagi bagus ar,” Luah Azril geram.
Farid dan Izzul dah pasang strategi. Tak habis-habis nak merayap! Farid pula mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Tak sabar-sabar melihat anak-anak kucingnya.
“Oklah…jumpa malam kang. Chow lu.” Azril dan Farid menuju ke haluan masing-masing.

Azril terhendap-hendap masuk ke rumah melalui pintu utama. Dia hairan melihat cawan pecah di atas lantai. Tiada tudung saji menutupi hidangan sarapan pagi tadi. Dia membetulkan kerusi-kerusi. Nak terbeliak matanya melihatkan titisan-titsan merah membasahi karpet. Azril berjalan mengikut titisan merah tersebut dan…. Jantungnya seakan terhenti berdegup demi terpandangkan Sabrina terbaring lesu berhampiran meja telefon. Lebih mengerikan, darah merah membasahi kain batik yang dipakai oleh kakaknya.
“Kak! Apa dah jadi ni kak? Ya Allah!” Tanpa berlengah, Azril terus menelefon ambulans. Dia benar-benar terkedu. Terkejut besar melihat keadaan Sabrina. Mengapa begitu banyak darah mengalir dari celah kelangkang kakaknya? Adakah Sabrina… tumpah darah? Adakah kakaknya sedang mengandung? Serta merta dadanya terasa sebak.


“Kak, maafkan Ril kak. Ril tak dapat melindungi akak. Akak cepatlah sedar.” Erat dia menggenggam tangan Sabrina. Doktor Zulaifah sayu memandang kelakuan Azril. Dia menghampiri pemuda itu.
“Dik, jangan terlalu bimbang. Puan Sabrina berada dalam keadaan stabil. Tindakan segera adik berjaya menyelamatkan nyawanya.
Nasib baik. Azril mengangguk lemah. Dia terkilan kerana tiada di situ semasa kejadian. Namun, terubat sedikit sakit hatinya apabila pihak polis berjaya menemukan Nizam dan menahan lelaki itu atas kesalahan mencederakan isteri berdasarkan keterangannya. Ini bermakna, kakaknya berhak meminta cerai dan Nizam bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Penderitaan kakaknya akan berakhir! Alhamdulillah…syukur. Lelaki itu takkan berhak lagi untuk menyentuh Sabrina.

Deringan telefon bimbit membuatkan Azril sedikit kelam-kabut.

“Hello, Ril kau kat mana? Kata nak hang out pukul 8. Ni dah 8.30. Tak nampak batang hidung pun.” Suara Farid jelas kedengaran gusar di talian.

“Sori la wei. Bukan aku tak nak keluar, tapi tak boleh. Kakak aku masuk hospital.” Balas Azril sayu.

“Hospital? Hospital mana? Kau tunggu, nanti kitorang datang,”

“Hospital besar,” Azril memejamkan mata seketika. Dia memegang-megang batang hidung. Tangan Sabrina digenggam semula. Harapannya pada masa ini, tiada lain. Hanya mahu melihat Sabrina sedar.


Sabrina membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya berbalam-balam. Serasa tangannya digenggam erat oleh seseorang. Nizam? Mustahil lelaki durjana itu mahu memunculkan diri setelah apa yang berlaku. Azril terbangun sebaik terasa rambutnya diusap. “Kak, akak dah sedar? Semalaman Ril tunggu akak. Ril minta maaf kak,” Bicara Azril dengan lembut. Hari ini tutur katanya sopan sekali. Telah lama dia melukakan hati Sabrina, mulai saat ini dia mahu menghormati wanita itu selayaknya. Menyayangi Sabrina sebagaimana patut kakaknya dikasihi selama ini.

Sabrina meletakkan jari telunjuk ke bibir adiknya. Air matanya bergenang. Sesungguhnya, telah lama dia memaafkan segala salah silap Azril. Malah, dia tidak putus-putus memohon agar hubungan mereka adik beradik kembali jernih.

“Sayang, akak dah lama maafkan Ril. Ril dah tunaikan tanggungjawab pada akak. Walaupun akak kehilangan anak akak, tapi akak tetap ada Ril,” ucap Sabrina lemah. Azril menggeleng-geleng.

“Tak. Akak tak pernah kehilangan anak akak. Dia masih lagi dalam rahim akak. Kita sama-sama tunggu kelahiran dia ya?” Beritahu Azril penuh semangat. Dia tidak mahu Sabrina bersedih lagi. Dia akan bersama kakaknya tak kira susah ataupun senang. “Kita akan lakukan segalanya bersama kan?” Azril tersenyum lagi. Dia menyeka air mata di pipi Sabrina.


“Mama, Yana nak ke hospital sekejap. Nak melawat kawan. Semalam adik dia called. Tiba-tiba pengsan. Tak cukup air dalam badan,” Ilyana mengambil kunci kereta. Dia tunduk menyalami mamanya. Puan Ruziah tersenyum memandang anak gadisnya.

“Hati-hati jalan. Jangan nak cepat sangat sampai,” Nampak kelam kabut. Nak cepatlah tu. Anak gadisnya memang begini. Hari itu, gara-gara terlewat bangun melepas satu temuduga. Bukan kelewatan penyebab sebenarnya tetapi baju Ilyana bertompok-tompok akibat terkena becak.  Berbakul-bakul juga Ilyana menyumpah pemuda yang menunggang skuter terbabit.


Sedang dia mundar-mandir mencari wad sahabatnya, mata Ilyana terpandangkan seseorang yang begitu dikenalinya. Bukan maksudnya mereka berkenalan rapat, tetapi… pemuda tersebut ada hutang yang belum dijelaskan terhadapnya. Dia membetulkan tudung. Dengan harapan, pemuda itu menyapanya. Namun… lain pula yang terjadi. Sebaik sahaja keluar dari sebuah bilik, dia nampak dengan jelas pemuda itu sedang memapah seorang wanita. Lagak mereka kelihatan begitu mesra. Gentleman betul. Penuh kasih sayang dan penuh kesabaran menemani isterinya. Alahai…Kalaulah aku dapat suami macam tu. Tiba-tiba hatinya berdetak lain macam. Macam hampa, kecewa. Tapi kenapa? Mungkin jejaka itu telah mendirikan rumah tangga. Biarkan, berdoa sahajalah agar mereka bersama selamanya sehingga ke akhir hayat. Amin… Tanpa sedar, Ilyana mengucapkan Amin sambil meraup tapak tangan ke muka. Saat itu juga jejaka itu lalu di sebelahnya. Azril menjungkit kening.

“Awak tengah berdoa ke?” Usiknya nakal.

“Kak, Ril jumpa kawan sekejap ya. Nanti Ril datang,” Ilyana tertunduk. Akak? Maknanya dia belum berpunya lagilah? Yihaaa!!! Tapi kenapa pula aku terlebih gembira ni? Ilyana geleng kepala. Sabrina senyum lebar. Sempat pula dia dan Ilyana bersalaman.

“Tak lah. Saya bersyukur, keadaan kawan saya tak teruk mana. Awak buat apa kat sini?” Aduh! Bodohnya soalan. Bebel Ilyana dalam hati.

“Saya jemput kakak saya balik. Dia ada pregnancy problem. Saya minta maaf pasal hari tu. Tak sengaja sebenarnya. Nak cepat sangat. Dah lewat masuk kelas.” Jelas Azril bersungguh-sungguh.

It’s okay. Saya dah lupa pun. Kirim salam kat kakak awak ya. Emm…maknanya tak lama lagi awak dapat anak buah lah? Bestnya.” Ilyana tertawa girang.

“Iya. Macam tu lah nampaknya. Tak sabar nak tunggu dia lahir. Awak suka budak-budak?” Azril garu kepala yang tak gatal. Melencong pula kepada soalan ini.

“Suka sangat. Lagipun saya anak tunggal.” Ujar Ilyana tanpa selindung. Azril mengangguk. Tak dapat dinafikan rasa yang bertandang di jiwanya saat ini. Meskipun baru sebentar mengenali ‘mangsa’nya, dia cukup terhibur dengan telatah gadis ini.

“Dah banyak kita borak. Tapi nama tak tahu pun kan? Saya Fazlan Azril. Panggil Azril,”

“Ilyana. Ilyana Zulaikha.” Comelnya perempuan ni senyum. Tampak begitu manis.

“Boleh mintak nombor telefon?” Azril memberanikan diri. Ilyana pantas mengangguk. Peluang keemasan tak mungkin dilepaskan! Ya Allah, comelnya.Berwajah tenang, berambut spiky. Bila senyum, nampak kiut sangat.


Semenjak pertemuan di hospital dulu, hubungan antara Azril dan Ilyana semakin erat. Masing-masing menyimpan suatu rasa dalam hati namun masih tidak diungkapkan dengan kata-kata. Tatkala bertentang mata, hanya debaran yang mengisi rentak dalam sanubari. Malam ini mereka akan bertemu sekali lagi.

“Kak, Ril nak keluar. Akak jaga diri dan baby elok-elok tau. Kalau ada apa-apa telefon Ril cepat-cepat,” Azril pandang kakaknya dari atas ke bawah.
Sabrina semakin berisi sekarang. Kadangkala simpati juga melihat Sabrina termengah-mengah membawa perut. Kandungan yang telah masuk tujuh bulan membuatkan Azril tak berani membiarkan kakaknya melakukan sebarang kerja rumah lagi. Tugas-tugas berat biarlah dia yang buat.

“Oklah sayang. Jangan bimbang. Baby ni baik, dah jarang meragam. Sampaikan salam akak pada Yana.”Azril tunjuk thumbs up.


“Sedap betul makanan kat sini. Kenyang perut Ril.”

“Iyalah. Yana pun kenyang sangat. Nanti kita bolehlah makan kat sini lagi,” 

Ilyana menatap wajah Azril. Jejaka itu membalas dalam renungan panjang. Dekorasi tempat makan yang istimewa dengan nyalaan lilin dan dirimbuni bunga-bungaan menimbulkan suasana romantis.

“Yana, Ril bukan nak cakap pasal makanan sebenarnya. Ril… Ril. Ril nak tanya Yana sesuatu. Kalau Ril nak Yana bersama dengan Ril boleh tak?”

Ilyana tersedak. Nasib baik hanya tersedak. Matanya terkelip-kelip. Betul ke apa yang aku dengar ni? Tak salah ke? Aku memang nak sangat pun!

“Sehingga ke ahir hayat pun, Yana sanggup Ril,” Azril tersenyum bahagia. Matanya tak lepas dari asyik merenung Ilyana.

“Betul ke Yana? Gadis itu tersipu malu. Dia mengangguk-angguk. Cukup meyakinkan Azril.


“Biar betul Ril? Fuyooo… tak sangka betul aku. Kau memang betul-betul dah tersangkut dengan Ilyana. Betul tekaan kitorang,” jerit Farid gembira. Amir dan Izzul dah tergelak sakan.

“Dah-dah la tu. Lawak sangat ke? Umur kita dah 20. Normal apa kalau bercinta. Lagipun aku bukan anti perempuan, cuma nak tunggu masa yang sesuai,” Azril buat muka serius. Nak tegakkan pendiriannya. Amir, Farid dan Izzul bukan membantah. Mereka turut tumpang gembira. Keputusan Azril untuk mengambil Ilyana sebagai teman wanitanya adalah tepat bagi mereka.


Beberapa bulan selepas itu…

“Yana, bertenang ya. Kak Ina mesti selamat. Ril yakin, kak Ina kuat semangat.” Azril mententeramkan Ilyana yang mundar-mandir dari tadi di luar wad bersalin. Dia sendiri cemas dan kasihan melihat wajah kakaknya berkerut menahan kesakitan untuk melahirkan.

“Yana dah puas bertenang ni. Yana bimbang, tu je. Inikan anak sulung, mesti susah sikit,” Membulat mata Azril.

“Betul ke Yana? Ril tak tahu pun selama ni. Nanti time Yana sakit-sakit nak beranak, Ril mesti masuk sekali,” ujar Azril. Dia benar-benar maksudkan ayat tersebut. Dia benar-benar mahukan Ilyana menjadi suri hidupnya suatu masa nanti.

“Ish…Ril ni. Ke situ pulak. Kalau Ril tak nak masuk pun, Yana heret Ril sekali tau,” Ilyana tersenyum simpul. Lucu pula rasanya. Pada masa genting beginipun sempat lagi Azril berlelucon.

bersambung....

Cerpen sebelumnya:
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final)
Cerpen selanjutnya:
KAK EEETONNNNN....... 3

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

cik cerpen

menulis dan menulis..menulis lagi =)
adra | Jadikan adra rakan anda | Hantar Mesej kepada adra

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya adra
Pergi | 2490 bacaan
Sedetik Cinta Selamanya | 6323 bacaan
Berikan Hatimu | 4092 bacaan
Tirai Aidilfitri Semalam... | 3612 bacaan
Tiada Sesalku | 2958 bacaan
Laksana Bulan | 2979 bacaan
Seribu Impian | 3980 bacaan
Tu Amor Sayangku! | 3410 bacaan
Papa Jim-Kenangan Terindah- | 3802 bacaan
Lovebug(Epilog Cinta) | 3490 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Bahagiaku Untukmu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik