Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Hadiah dari Syurga II

Cerpen sebelumnya:
Kisah Hidupku - Part 1
Cerpen selanjutnya:
Wuk Ma Nai

Kisah kami yang sebelum ni: Hadiah dari Syurga

Setelah puas berdolak dalih, akhirnya...

Dating yang pertama kali di luar hospital: Marry Brown

"Nahara! Sini!" Aku lambai dia yang masih tercari-cari tempat duduk. Sedaya upaya aku cuba senyum dengan makhluk raksasa ni. Dia datang dengan dulang berisi dua set burger.

"Rasa lain jumpa dekat luar ni kan?" Aku cuba berbasa-basi. Sambil dia duduk menghadap aku.

"Sama je," Aku senyum kelat. Teruk betul mamat ni. Tak mesra alam lansung! Aku terus diam. Tak tahu apa nak cakap. Lagipun kami berlainan sekolah. Aku rapat dengan family pasangan kembar ni pun sebab dari kecil kami berjiran. Tapi aku lagi rapat dengan Nohara. Mungkin sebab perangainya yang sopan dan tahu nak hormat aku. Tak macam raksasa depan aku ni. Eii...tak sangka aku dia sebosan ini! Aku je yang lebih-lebih. Semangat bersetuju dengan pertemuan ni. Padahal mamat ni tak de hati lansung.

"Nahara, kenapa muka kau selalu garang?" Aku soal dia. Tapi sikit pun aku tak pandang muka dia. Takut! Aku tunduk jer sambil minum Coke yang ada depan mata.

"Dah memang muka aku macam ni," balasnya.

"Oooh...." Aku cuma diam. Tak puas hati. Kau tipu! Muka kau tak garang pun bila kau bercakap dengan Nohara. Kau memang tak suka aku kan Nahara?

*****

Dating yang kedua kali di tepi tasik: Sekitar Putrajaya

KLIK! KLIK! KLIK!

"Takkan ambil gambar pemandangan saja. Ambillah gambar orang juga. Ambil gambar orang tengah berseronok ke.." Aku tegur Nahara yang kusyuk menangkap gambar suasana kawasan tasik tu.

KLIK!

"Hei!" Eh apa pasal tangkap gambar aku pulak ni.

KLIK! KLIK!

"Apa ni...Ish! Janganlah...!" Aku bebel lagi, melihat Nahara buat tak tahu je dengan teguran aku. Dia selumber tangkap gambar aku tanpa henti.

"Janganlah macam ni! Aku tak bersedia lagi. Nanti muka aku dalam gambar tak cantik," Aku sedaya upaya menghalang Nahara dari terus menangkap gambar aku. Kot iya pun nak tangkap, bagilah aku make-up sikit-sikit. Takdelah muka macam serabut sangat.

"Ambil macam mana pun muka kau sama je hodoh!" Apa?? Terjegil mata aku, geram!

"Sini kau!" Aku terus menerkam. Budak ni mulutnya laser tak ingat! Hampeh betul! Aku terus berebut-rebut kamera dari tangannya. Tapi biasalah...manalah aku nak lawan raksasa yang kasar tu. Aku punya Oltromen dahlah tengah sakit. Tiba-tiba aku jadi sayu.

"Kalau Nohara ...dia mesti tak akan buat macam ni kat aku.." Aku tunduk bersuara. Kesal dengan layanan lelaki yang berdiri di hadapan aku sekarang ni.

"Sudah-sudahlah merungut tu," tegurnya kasar.

"Aku pun bukannya nak sangat keluar dengan kau," Hah? Kejam betul dia ni.

"Apa..?" Aku ketap bibir geram. Eiii...sakitnya hati aku! Tambah-tambah bila tengok muka raksasa tu cakap macam tu. Muka takde perasaan serba salah lansung. Selumber je pergi dengan tangannya membelek-belek kamera tadi. Aku benci kau, NAHARA!!

"Aku rasa tak selesa. Aku tahu kau pun tak suka keluar dengan aku," tiba-tiba dia bersuara.

"Tapi ini kali pertama Nohara minta tolong dari aku," Ehh..?? Biar betul mamat ni cakap macam ni.

"Aku harap kau boleh bagi kerjasama walaupun kau tak suka," Apa ni...Eii kau ni..

"Kata-kata kau lain dari perbuatan kau. Perangai kau tu memang menyakitkan hati!" Aku terus berlalu meninggalkan Nahara yang masih tercengang-cengang. Biar kan dia tahu perangai dia tu kasar. Biar puas hati aku!

Erk..aku kena pergi ni sebelum mamat ni naik angin dengan apa yang aku cakap tadi. Nanti tak pasal-pasal semua sumpah seranah keluar kena batang hidung aku. Tapi kan..dia macam..mm..

*****

"Ah, lari balik rumah ke?" Nohara mengeluh sendirian melihat Amira pergi dengan tiba-tiba.

"Hai...apa pulak aku nak buat sorang-sorang ni?" Dia mula berjalan meninggalkan taman tasik tu.

Dan belum sempat Nahara melangkah.....

*****

"Nah...!!!" Aku datang dengan dua kon popcorn.

"Kau memang pelik, Nahara," Aku ajukan popcorn itu ke mukanya.

"Hah?" Dia yang masih tercengang-cengang dengan kehadiran aku yang tiba-tiba. Kau ni blur betullah. Tak payah lah buat muka terkejut . Memang betul aku ada kat depan kau ni. Yer, aku tahu kau seorang yang kasar. Tapi....yang pasti kau selalu temankan adik kau. Kau sanggup buat apa saja untuk dia. Aku tahu kau sebenarnya seorang yang sangat penyayang, sangat baik hati!

"Tak ramai orang macam kau," Aku ucap lagi. Luahkan apa yang aku rasa, tentang dia. Bagi dia faham. Aku malas nak puji dia depan-depan. Nanti ada yang tunjuk ke-poyo-an. Sekurang-kurangnya biar aku layan dia dengan sebaiknya, kerna aku mula sedar dia sememangnya lelaki yang baik.

"Wehh...janganlah cakap macam tuh. Menggigil aku," Ada peluh jantan yang mula menitik dari tepi pipinya.

"Apa?" Aku buat-buat tak tahu. Biarkan mukanya lagi merona kemerahan, menahan segan, malu mungkin. Dan aku tambah suka melihatnya. Aku lantas tersenyum.

"Ah..Jom kita ambil gambar dekat air pancut tu. Kita posing macam orang yang tengah berdating," Aku tunjuk ke arah air pancut yang terletak beberapa meter dari tempat kami berdiri.

"Amira..." Aku terus berpaling, pandang dia.

"Ya?" Kenapa pulak ni. Ada lagi yang tak kena ke? Aku mula gusar, risau.

"Terima kasih..." Ehh...biar betul mamat ni. Aku terkedu sekejap.

"Apa kau cakap?" Aku tanya balik. Cuba dengar baik-baik. Betul ke tak dengan apa yang mamat tu cakap.

"Terima kasih...sebab tak tinggalkan aku..." Dia ucap dengan senyuman yang paling manis. Senyuman yang aku tak pernah tengok sejak dari aku kenal dia. Aku terkejut. Terpaku. Buat seketika, mataku tak berkelip...kerna itulah kali pertama dia tersenyum untukku! Kasih diterima Nahara!

"Jom!" Dia ajak aku dengan bibir yang masih menguntum senyum.

"Ok, ok!" Betapa manis senyumannya. Erk..apa hal jantung aku berdegup kencang pulak ni...takkanlah!

Bersambung....

Cerpen sebelumnya:
Kisah Hidupku - Part 1
Cerpen selanjutnya:
Wuk Ma Nai

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis
.kArYa OtAKkU.  
rObOt | Jadikan rObOt rakan anda | Hantar Mesej kepada rObOt

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rObOt
Senyum | 2176 bacaan
Bangku Kayu | 3973 bacaan
Hadiah dari Syurga III | 2234 bacaan
Hadiah dari Syurga | 5206 bacaan
KISAH IBUKU | 5198 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Hadiah dari Syurga II
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik