Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SASI

 

Dia kata, malam ini tak ada bulan.
Aku kata, mungkin bulan terlindungkan mendung.
Dia kata, mustahil, siang tadi terik.
Aku kata, semuanya kuasa Tuhan.


Dia kata, ke mana perginya bulan, ya?
Aku kata, ada, dia tak ke mana.
Dia kata, mana kau tahu?
Aku kata, mestilah aku tahu.
Dia kata, di mana?
Aku kata, ada dalam almari baju kau yang sudah hampir roboh itu.
Dia kata, kau tidur luar malam ini!


Haih.


Aku bangun dari sofa busuk itu.
Berjalan ke kiri menuju arah bilik tidur.
Aku jerit namanya dua kali.


Aku kata, buka almari itu.
Dia kata, kenapa tidak kau saja yang buka?
Aku kata, sebab bulan itu untuk kau.
Dia kata, kau ini makin larut malam makin sengal!
Aku kata, buka sajalah! Bukannya kena bayar pun!
Dia kata, okey! Okey!


Dia (akhirnya) buka almari itu.
Serta-merta, cahaya putih yang terangnya tidak tertanggung dek pancaindera terpancur membuak-buak hingga dia tidak terbisa mengangkat kelopak matanya.
Lalu, ditutupnya semula pintu almari itu.


Aku kata, aku takkan pernah mungkin menipu kamu.
Dia kata, kesukaran apa yang telah kau harungi?
Aku kata, apa itu penting?
Dia kata, ya.
Aku kata, sukarnya hendak meyakinkan pungguk yang aku lebih setia darinya.


Dia terpa peluk aku.
Aku?
Aku senyum puas!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) oh,nice...
    bagi bulan?
    saya pon mahu!!
  • 2) kamu memang pakar memutar-belitkan ayat ya cik hulubalang. saya suka yang ini.
  • 3) kenapa xletak dbhagian puisi?

  • (Penulis)
    4) mizz_aszni - boleh. kuih bulan nak tak?

    ridhrohzai - terima kasih ya.

    robot - terima kasih atas cadangannya. tapi, ini sebenarnya perbualan antara si lelaki dan si perempuan. itu yang nampak macam puisi.
  • 5) wow..uniknya karya anda..
    thniah..
    n bg la kt sy satu bulan tu..nk smpn gak dlm almari
  • 6) simpan bulan dlm almari? wow!

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang